Aku dah dekat depan kaunter tapi tak cukup duit nak bayar ubat. Aku lari masuk kereta. Aku marah suami sebab miskin, tak mampu

Duit ubat semua dalam RM70, aku tak cukup duit. Aku dengan muka manis cakap dekat akak kaunter aku tak ada duit kecik aku nak pergi cucuk. Sebenarnya, aku terus ajak suami aku balik, tinggal je ubat tu..

#Foto sekadar hiasan. Manis Pahit Kehidupan Salam, aku bekas pelajar di salah sebuah IPTA di Malaysia. Alhamdulillah dah nak masuk 2 tahun kahwin dan dah ada seorang anak. Dekat sini aku hanya nak kongsikan pahit manis hidup lepas kahwin.

Dulu masa belajar, aku ni kategori senang jugak la, dah ada kereta, pandai cari duit, buat bisnes dan buat home tution. Masuk tahun ke-3 dan ke-4, aku dengan kawan – kawan sewa kondo di luar sebab kami nak rasa hidup sendiri, berkat buat side income lepas la bayar duit condo sambil – sambil berkongsi. Hidup aku Alhamdulillah nampak semua berjalan lancar dan indah sahaja.

Lepas belajar alhamdulillah dapat kerja terus walaupun bukan company besar tapi still ok, side income masih berjalan, ibu bapa student juga selalu call minta buat kelas sebab anak – anak dorang dah serasi belajar dengan aku.

Rezeki aku memang tak pernah putvs. Dengan kehidupan yang ok macam tu, aku selalu berharap lepas kahwin hidup aku macam ni jugak atau pun lebih baik bak drama – drama cinta TV3 yang aku selalu tengok petang – petang.

Episod bermula bila aku dan boyfriend buat keputusan untuk kahwin, masa tu aku rasa umur macam dah lanjut kena kahwin walaupun masa tu tiba – tiba bakal suami berhenti kerja. Aku dah mula runsing, tolong dia cari kerja sana sini, akhirnya dia hanya kerja company biasa dan kena start dari zero dan masa tu jugak dah tinggal lagi beberapa bulan nak kahwin.

Nak jadi rezeki Alhamdulillah majlis kahwin konon macam gempak, ada jugak yang sponsor – sponsor tapi still aku buat pinjaman bank dan suami pun buat pinjaman untuk back up. Konon aku membantu suami sebab kesian gaji dia ciput sangat masa tu. Lepas berkahwin memang dug4an bertimpa – timpa.

Betullah kata orang, dug4an bagi pasangan berkahwin adalah 5 tahun pertama. Bila dah kahwin, dah mula kena bayar itu ini, komitmen sana sini, duit dekat mak ayah masih bagi seperti biasa, dulu perut seorang kena isi, sekarang dah berdua.

Kadang – kadang suamni tak cukup duit kita topapkan tapi still rezeki murah masih ada side income. Sehinggalah aku disahkan mengandung. Masa ni kemuncak kesusahan kitorang, kereta pulak asyik meragam, setiap bulan RM 900 – RM 1200 keluar untuk kereta, komitmen lain kena bayar, suppIiment dan check up baby, masa ni aku dah tak buat part time sebab tak larat.

Hari – hari aku buat budget untuk suami, cvt off mana – mana yang tak penting, aku tengok suami pun baju dah lama tak bertukar aku pun lebih kurang. Tapi pada pandangan family dan kawan – kawan, kami ni berduit bergaya kononnya bukan main, bila keluar kadang – kadang dorang minta belanja kitorang pun belanja ja padahal duit tu cukup – cukup untuk belanja seminggu kami berdua. Tapi tak apa dalam hati masih berdoa semoga ada rezeki di kemudian hari.

Kemuncak paling aku tak akan lupa, masa tu kandungan aku 6 bulan, malam tu aku muntah muntah dan cirit birit sampi pagi, bila dah macam sayur lembik tu aku mintak suami hantar pegi PPUM, masa tu aku ada RM 80 dan suami ada RM 20, lagi seminggu lagi nak gaji.

Aku cakap tak apa sana boleh pakai credit card anything kita guna je. Registration RM 50 dan baki dalam 30-50 masa tu, lepas jumpa doc, dah tau s4kit apa semua aku pergi kaunter ambil ubat, jumlah ubat RM 70, aku memang tak mampu nak bayar harga ubat, nak guna credit card amount kena lebih RM 100, masa tu aku dah tak tau nak cakap macam mana, malu tambah sedih tambah pilu semua ada.

Aku dengan muka manis cakap dekat akak kaunter aku tak ada duit kecik aku nak pergi cucuk. Lepas tu terus aku ajak laki aku ambik kereta balik rumah. Aku tinggal jela ubat tu, nanti lega lah s4kit ni, tapi dalam kereta hanya Allah saja yang tau.

Aku punya menangis tu sampai teresak esak, mungkin sebab pregnant jugak, macam – macam aku hambur kat suami. Aku cakap dulu sebelum kahwin aku tak penah pun sampai nak beli ubat pun tak ada duit, dia diam je bawak kereta (sampai sekarang aku ingat kejadian ni, berd0sanya aku). Lepas tu aku jerit aku menyesal kahwin.

Suami aku pegang tangan aku suruh mengucap, sayang ni lah dug4an kita. Tak apa insyaallah ada rezeki kita nanti, tapi aku punya menangis tu sampai ke pagi tak benti sedihnya. Tapi alhamdulillah janji Allah itu pasti, setiap dug4an dan kesusahan yang Allah beri ke atas h4mbanya, Dia tahu h4mbanya mampu.

Setiap kesusahan diiringan kesabaran insyaallah Allah akan akan ada ganjaran nanti. Lepas aku lahirkan anak sulung, suami dapat taw4ran kerja yang lebih baik, lama lepas tu dinaikkan pangkat. Rezeki aku juga Alhamdulillah, dapat taw4ran kerja dekat GLC yang kukuh. Episod duka kami seakan lenyap selepas lahirnya anak pertama kami.

Cuma kat sini aku nak tekankan, dulu aku lah salah seorang golongan yang sentiasa nak hidup macam drama TV3 pukuI 7 tu. Tapi lepas berkahwin inilah realitinya, tak adanya ko kahwin cuci kaki masuk umah besar ada bibik dengan kereta Audi 2-3 bijik, kerja asyik nak bisnes juta – juta, pegi holiday pegi shopping.

Inilah realiti perkahwinan untuk fasa 5 tahun pertama. Cuma fasa kesusahan aku mungkin sekejap tapi bagi aku inilah pengalaman yang tak akan aku lupakan. Reality orang tengok hidup kita smooth ja tapi hanya kita dan suami saja yang tahu betapa berat bahu memikuI dug4an yang kita aIami.

Untuk para pasangan yang baru berkahwin dan akan berkahwin, dug4an dari segi kewangan tu biasalah dik, semua pasangan melaluinya kecuali mampu dengan tak je kita nak hadapi bersama. Yang penting hanya percaya suatu hari Allah akan hadiahkan kegembiraan selepas kesusahan yang kita alami ni. – Fa (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Ainan Arshad : Alam perkahwinan bukanlah seindah yang kita sangka. Ada pahit dan manisnya juga. Begitu juga dengan cab4ran yang kita bakal lalui nanti. Memang perkahwinan membuka pintu rezeki. Kau jangan ingat rezeki tu duit je. Hati senang pun rezeki.

Isteri yang baik dan solehah pun rezeki. Walaupun tak banyak duit tetapi sentiasa rasa cukup.

Bila mula – mula kahwin tu biasalah kalau kau rasa kesempitan wang. Baru nak mulakan hidup berumah – tanggakan. Tapi percayalah Allah akan bantu dan permudahkan semuanya. Jangan kau pernah putvs harapan. Yakinlah dengan rezeki kau. Berdoalah selalu supaya kau sekeluarga dimurahkan rezeki.

Kesusahan diawal perkahwinan itulah yang jadi kenangan indah. Kenangan kau patut ingat sampai bila – bila. Kenangan yang mendekatkan kau dengan pasangan. Bukannya semak1n menjauh. Tahniah buat puan dan suami dah berhaya lalui haIangan fasa pertama.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.