Aku dah lama tak tengok duit dalam tabung haji, baru ni aku terk3jut tengok jumlah duit dalam tu!

Mak ambil insurans pendidikan untuk kami, kalau mak meninggaI sebelum kami habis belajar, duit tu boleh tampung sampai kami habis sekolah. Lepas insurans tu dah matang, Mak keluarkan dan simpan, Mak gunakan duit tu untuk tampung majlis kahwin kami. Kami cuma keluarkan duit untuk hantaran je.

#Foto sekadar hiasan. Kisah 1 : Assalamualaikum semua. Ini kisah Mak aku. Mak dan Ayah pesara guru. Harta taklah banyak sangat, ade lah rumah sebuah, kebun 4-5 ekar. Selama ni aku kagum sangat dengan cara Mak urus duit dia. Duit Mak memang banyak. Sampai aku wonder mana dia dapat semua duit – duit ni? FTR, gaji / duit pencen, Mak aku pegang sendiri, Ayah tak pernah tanya atau mintak.

Suatu hari tu, sambil basuh pinggan aku borak – borak dengan Mak. Lepas tu Mak ajak pergi kedai, nak beli beras katanya. Aku tanya kenapa nak beli lagi padahal dah ada 1 pek beras orang sedekah haritu? Mak kata, Mak nak beli beras wangi, nanti campurkan dengan beras yang orang bagi tu, biar lembut sikit, senang Atuk nak makan. (Atuk tinggal dengan kami)

Then it hits me. Aku tersedar, patutlah duit Mak banyak, tak pernah putvs. Mak sangat pemurah dengan ahli keluarga.

Aku 4 beradik membesar sederhana je, makan KFC, Pizza Hut pun setahun sekali je. Tapi Mak buat perancangan awal. Masa kami sekolah, Mak ambil insurans pendidikan untuk kami. Kata Mak, andai kata Mak meninggaI sebelum kami habis belajar, duit tu boleh tampung sampai kami habis sekolah. Tiap bulan Mak dan Ayah pot0ng gaji untuk insurans ni. Lepas insurans tu dah mat4ng, Mak keluarkan dan simpan, Mak gunakan duit tu untuk tampung majlis kahwin kami. Kami cuma keluarkan duit untuk hantaran je.

Mak jugak buka akaun Tabung Haji (TH) untuk kami. Tiap – tiap bulan Mak masukkan sikit – sikit duit gaji Mak dalam 5 akaun, akaun kami dan Mak. Ayah aku ada jugak share dia tapi aku nak fokus cerita Mak aku je.

Jujur aku cakap, aku dah lama tak tengok buku TH aku. Oh ya, lupa nak beritahu. Umur aku 26, tengah tunggu kerja. Ya, Mak aku masih masukkan duit dalam akaun aku dan adik – beradik perempuan aku. Abang aku mula bayar sendiri bila dia dah kerja. Yang aku tahu, duit yang dah sedia ada dalam akaun Abang, yang Mak simpan bertahun – tahun, boleh tahan banyak.

Haritu aku tengok buku akaun TH kami, terbeliak mata. Mak boleh pergi haji 3 4 kali lagi kalau dia nak. Tapi, Mak sedekah duit – duit tu kepada anak – anak dia untuk mudahkan kami pergi haji nanti.

Mak jugak ambil medical card untuk kami. Tiap bulan Mak bayar (sebab aku belum kerja, sekarang adik – beradik aku bayar sendiri) Aku tak tahu apa pun. Tahu – tahu Mak bagi medical card, suruh simpan.

Mak beli kereta sebuah, bila anak mula kerja, Mak bagi kereta pada anak. Mak ada 4 buah kereta, 3 bagi anak – anak pakai. Ada saud4ra – mara mengata Mak aku tumpang senang Ayah aku. Padahal Mak aku pun banyak sangat share dia dalam rumah ni.

Lagi satu perkara yang PALING PENTING. 4 tahun Mak jaga arw4h Nenek yang terIantar s4kit. Orang kata, nak tahu hati budi adik – beradik kita, tunggulah bila mak ayah kita jatuh s4kit nanti. Aku malas nak cerita lebih – lebih pasal ni. Faham – faham je lah. Tapi yang penting, Mak aku berk0rban masa, tenaga, duit untuk jaga arw4h nenek aku. Walaupun Mak aku sendiri ada s4kit belakang dan s4kit lutut, gagahkan diri juga tukar lampin, jaga arw4h nenek aku.

Banyak lagi kisah Mak aku. Nak cerita panjang – panjang nanti korang bosan pulak. Anyway, aku rasa point yang korang boleh ambil:

1-Sedekah. Paling utama pada ahli keluarga. Janganlah sedekah kat luar bukan main banyak, tapi ada ahli keluarga terdekat terabai. Mak aku selalu pesan, dalam apa jua perkara yang kita buat utk ahli keluarga, niat untuk sedekah. Beli barang dapur, barang rumah, jangan berkira suami isteri. Kalau pergi rumah adik beradik, jangan datang tangan kosong, beli la sesuatu untuk ahli rumah tu, tak kisah la makanan ke, barang dapur ke.

2-Bijak merancang kewangan keluarga. Gaji pertama Mak aku RM600 je. Awal 80-an. Tapi sebab dia bijak dan berhati – hati merancang, alhamdulillah sekarang hidup Mak aku walaupun tak mewah, tapi senang.

3-Bersusah dahulu, bersenang kemudian. Masa aku kecik, makan kat luar jarang – jarang. Tak pernah melancong jauh – jauh. Tiap tahun PD, itupun balik hari. Mak pakai beg, baju takde jenama. Bila anak – anak dah besar, baru merasa kain sutera, beg ada jenama (bukan mewah). Sejak pencen, baru merasa melancong dengan Ayah ke luar negara tiap tahun.

4-BaIas budi orang tua kita. Masa Mak jaga arw4h Nenek, macam – macam dugaan Mak terima. Kalau aku cerita karang aku pulak menangis. Tapi Mak tetap teruskan juga.

Aku berazam nak jadi macam Mak aku. I know you won’t be reading this but Mak, I love you. – H

Kisah 2 :Assalamualaikum. Aku Ari (bukan nama sebenar). Aku seorang isteri berkerjaya, Alhamdulillah dikurniakan suami yang baik dan anak – anak yang sihat dan baik. Aku masih teringat memori 23 tahun lepas, saat tu aku masih di bangku sekolah rendah. Waktu dah hampir Maghrib. Aku ingat lagi masa tu hari Isnin, ada kawan arw4h abah datang bagitahu abah kemaIangan.

Zaman tu bukan secanggih sekarang, lima minit acc1dent dah masuk facebook. Arw4h abah aku kemaIangan pagi pukuI 7, 7 malam baru dapat berita. Aku masih ingat lagi mak aku dengan berstokin, waktu tu mak aku genap sebulan pant4ngkan adik bongsu aku.

Kuatnya mak aku, air mata pun tak tumpah , telefon hospitaI sana sini untuk tahu hospitaI mana abah aku dimasukkan.

Fast forward, abah aku sejak kemaIangan tu jadi lupa ingatan. Bertahun – tahun nak recover, tapi memang tak macam dulu. Cerita yang sama akan diulang cerita berkali – kali ibarat kau boleh hafal skrip.

Bertitik tolak dari tu, mak aku jadi pencari nafkah utama. Mak aku memang berkerja tapi bergaji kecil. Bayangkan duduk di pinggir Bandar Kuala Lumpur, dengan anak – anak kecil yang ramai.

Waktu tu kami semua masih bersekolah, yang kecil pun baru sebulan. Pencen SOCSO hilang upaya kekal abah sikit sangat sebab arw4h abah pun bergaji tak besar. Hakik4tnya sebelum abah kemaIangan pun kami bukan lah orang senang. KFC setahun sekali pun belum tentu.

Makan luar memang tak pernah, berkereta jauh sekali. Masa tu ayat pertama yang keluar dari mulut arw4h abah lepas dia sedar, ‘kenapalah abah tak m4ti je masa acc1dent tu, kalau korang anak yatim banyak bantuan boleh dapat’.

Sedih tapi hakik4tnya begitulah, Alhamdulillah dapat zakat walaupun sekadar bantuan di awal persekolahan. Dari situ, aku azam dalam diri untuk satu hari nanti aku bukan penerima zakat tapi pembayar zakat.

Make it short, hampir berbeIas tahun mak aku jaga arw4h abah. Jarang aku dengar keluh kesah mak. Mak aku ni sabar sangat. Jaga orang s4kit ni lain dugaan dia. Tambah – tambah arw4h abah aku ni jenis lupa ingatan.

Aku ingat lagi pagi – pagi seawal lepas subuh mak aku gerak ke tempat kerja. Sebab nak naik bas. Dari tempat turun bas nak ke pejabat pun jauh sangat berjalan. Ada nasib baik orang tumpangkan.

Jawatan mak aku ni perlukan mak aku hantar surat dari satu bangunan ke bangunan. Jauh guys, tapi mak aku kayuh basikal je mak aku sebab itu satu – satunya kenderaan yang mak aku pandai.

Mak aku ada basikal yang dia tinggalkan kat tempat kerja dia. Sedihnya aku ingat kesusahan mak aku masa tu. Makanan abah mak aku siap masak – masak untuk tengahari.

Bila aku dah start sekolah menengah, dah pandai bawak motorsikal, selalu mak aku tulis nota pesan apa – apa pesanan untuk abah aku.

Balik kerja tak tanggal baju kerja mak aku kisahkan hal rumah. Masa tu adik abang aku dah masuk asrama. Kakak aku dah masuk universiti. Tinggal aku dengan dengan yang bongsu je kat rumah. Aku sibuk dengan SPM mak sekadar bantu yang mana mampu.

Mak aku ni sangat pentingkan pendidikan anak – anak. Alhamdulillah aku rasa berkat kerja mak aku kami semua berjaya mudah – mudahan bukan sahaja di dunia tapi di akhir4t nanti.

Bukan mendabik dad4 tapi hakik4tnya kami semua sekarang memegang jawatan pr0fessional dalam bidang masing – masing.

Masing – masing ke IPTA dengan biasiswa. Soon, adik aku in sha Allah dapat doktorat. Dari sekolah rendah mak aku setiap tahun akan pergi sekolah untuk tengok kami ambil hadiah di pentas.

Saat paling bahagia k0nvo aku mak aku dapat special seat sebab aku salah satu penerima anugerah terbaik. Aku nampak muka kegembiraan mak aku lepas berpenat Ielah.

Zaman aku belajar dulu adik beradik tak pernah minta duit. Aku, asal masa terluang semester break aku kerja. Lepas SPM kerja mencari duit nak sambung belajar. Aku, kakak dengan abang berjimat cermat. Ibarat berpusing – pusing duit siapa ada lebih bantu yang lain.

Aku masih ingat lagi abang aku datang dari universiti dia kat Skudai semata – mata nak bagi aku duit 20 ringgit masa aku study. Waktu tu zaman transfer – transfer tak ada lagi.

Aku nak keluar untuk withdraw pun susah. Naik motor kapcai dia yang jugak dia beli hasil titik peluh sendiri. Seingat aku jarang kami meminta – minta duit dengan mak. Alhamdulillah direzekikan adik beradik yang sampai saat ini aku rasa tidak pernah berkira dari apa jua.

Berkat kesusahan hidup nilai kekeluargaan aku pelajari. Aku sendiri masa foundation jauh di selatan negeri mak aku teman naik bas tengah malam. Sampai subuh tukar baju dekat tandas terus lapor diri.

Allah besar peng0rbanan mak aku. Masa aku futher degree, mak aku dah rasa yakin biarkan aku pergi seorang diri. Habis degree pack barang hantar guna keretapi ja.

Prinsip aku selagi aku mampu berdikari paling penting tak menyusahkan mak aku. Lepas 4 tahun aku habis belajar baru mak aku dapat tengok tempat aku belajar. Aku nampak muka sebak mak. Kesenangan aku memang bermula dari titik kesusahan.

Hidup mak lebih bermakna dan nampak senang bila kami tiga beradik yang atas dah start bekerja. Alhamdulillah rezeki mak jugak ada kawan sekerja duduk dekat rumah mak.

Jadi mak dapat tumpang kawan pergi dan balik. Dah tak bersusah payah naik bas. Sebab laluan kerja kakak aku tak sehala dengan mak.

Aku pula ditakdirkan bekerja jauh dari mak. Mak juga nampak lebih ceria bila aku dah kahwin dan dapat anak. Lepas abah meninggaI, adik – adik aku yang belum berkahwin duduk dengan mak. Direzekikan sebab univerisiti mereka dekat juga dengan rumah mak.

Alhamdulillah mak nampak ceria bila m4kin ramai cucu sejak abang dan kakak aku berkahwin. Selalu kami bawak mak ke sana ke sini berjalan walaupun mak sebenarnya lebih suka duduk rumah. Kota London pun mak pernah sampai.

Kami pun selalu buat birthday surpr1se untuk mak. Betul kadang – kala memang duit sangat perlu untuk membahagiakan seseorang selain dari kasih sayang.

Hotel  – hotel yang dulu mak tak pernah jejak kami bawak mak. Lepas mak bersara mak duduk rumah rehatkan minda. Solat, makan, mengaji, tengok drama dan main games. Bila cucu datang layan cucu dan masak makan sedap -s edap. Aku nampak kepuasan hati seorang mak di sisa usia.

Mak aku ni agak k0nservatif. Tak pandai pakai handphone smartphone. Tapi setahun lepas kakak aku p4ksa jugak mak aku pakai. Belikan. Boleh bervideo call dengan anak cucu.

Akhirnya mak aku pandai tengok youtube ceramah – ceramah agama, drama – drama yang dia minat. Mak aku jugak suka main games. Tapi bukanlah PUBG ke. Ala games tembak – tembak guli tu. Anak aku suka menemp3k nenek dia bila balik rumah mak aku.

Aku bahagia bila tengok mak aku ada masa untuk diri sendiri lepas bersusah payah untuk orang sekeIiling. Rezeki aku 4 tahun kebelakangan ni suami aku kerja cuti di hujung minggu. Kerap aku dapat jengah mak.

Tapi betullah kan. Allah ambik apa yang paling kita sayang. Mak aku dah tinggalkan aku. Tak sampai sebulan yang lepas. Sampai saat ni aku rasa susah nak sebut arw4h mak. Aku masih rasa macam mimpi.

Pagi tu aku jamah makanan mak masak. Petang tu mak aku masih lambai aku nak balik rumah aku, tengah malam adik aku call mak aku jatuh s4kit dan sampai hospitaI mak aku kritikaI. Tak lama lepas tu mak aku pergi tinggalkan aku.

Mak, mak memang tak suka menyusahkan orang lain. Dari saat mak hidup sampai mak pergi. Pergi mak di hari Jumaat dengan suasana redup damai . Rehatlah mak setelah berpenat Ielah di dunia.

Adik – adik, hargailah kesusahan sebab kau pasti menikm4ti rasa kesenangan. SayangiIah ibu bapa kalian sementara hayat mereka masih ada.

Saat ini aku masih terkilan sebab rasa masih tidak puas berbakti, jarang bertelefon atas kesibukan kerja dan keluarga. Hanya video mak yang aku mainkan setiap kali datang rasa rindu yang terlalu s4kit.

Buat pembaca, Doakan dan hadiahkan al fatihah untuk arw4h mak dan abah aku, doakan diberikan syurga terindah buat mereka. Doakan juga diberi kekuatan untuk menahan rindu yang terlalu meny4kiti ini.

Yang benar, – Ari (Bukan nama sebenar)

Ini adalah antara kisah – kisah peng0rbanan dan kasih sayang seorang ibu yang tiada bandingnya. Sekiranya kita masih ada ibubapa, jaga dan sayangiIah mereka. Tatang mereka seperti mana mereka menatang kita dahulu bagai minyak yang penuh.