Aku dan mak mertua upah spy ikut suami. Masa nampak suami tgh minum mak mertua panggil dia

Aku simpan lagi bukti yang dia pergi ke tempat tempat itu. Aku tunggu waktu yang sesuai untuk aku meIetop. Aku dan mak mertua senyap – senyap pasang spy. Bila spy aku inform, kami terus ke sana. Aku nampak suami aku tengah syok minum bersama perempuan tu. Aku geram terus aku ganyang!

#Foto sekadar hiasan. Nama aku Sya, bukan nama sebenar. Aku telah berkahwin hampir 7 tahun dengan pilihan sendiri dan atas dasar suka sama suka. Dan kami telah dikurniakan 2 orang anak hasil dari perkahwinan. Dari menyewa flat kos rendah, merempit motor kapcai, dengan rezeki yang meIimpah, akhirnya kami dapat membeli rumah sendiri.

Masa tu seronok sangat. Dapat anak, dapat beli rumah, dapat pakai kereta besar sedikit. Tapi badai datang menerpa. Suami aku berubah per4ngai jadi lain macam. Selalu keluar malam, pagi buta baru balik. Katanya pergi minum kedai mamak.

Sebelum ini ada juga tapi hati aku tidaklah keruan. Hati ini semacam pelik. Berkata juga dia ada pempuan lain ke? Atau ada aktiviti selain minum malam? Sampai la satu pagi kant0i ada pempuan whatsapp. Tapi dia menidakkan. Betul – betul dia menidakkan.

Tapi hati ni berkata  mesti ada sesuatu yang tak kena pada suami aku tapi aku pun tak tahu apa dia. Takkan kita nak menuduh kan. Kali kedua kant0i bila kami pergi bercuti bersama keluarga. Perempuan lain. Kant0i dari bill telefon bergayut mengalahkan orang bercinta.

Selalunya, dia akan bergayut waktu pejabat atau dia outstation. Bila aku tanya, dia tergamam. Macam tak boleh nk jawab tapi dia dah tak boleh nak lari sebab aku ada bukti dari bil telefon tu. Aku balik je rumah, aku teliti satu persatu waktu dan masa di bil telefon.

Ada yang ketika anak s4kit, ada waktu aku outstation dan sebagainya. Hati aku luluh. Luluh seluluhnya. Bila aku sampai rumah, dia minta maaf sampai civm kaki dan menangis. Berjanji tak buat. Dan katanya hubungan setakat pergi minum sahaja.

Ok lah, permohonan maaf diterima. Tapi sekali lagi, naluri seorang isteri ni memang istimewa, macam dikurniakan deria ke-6. Kant0i kali ketiga dia bermain wechat dengan perempuan tu. Suami aku rupanya dah terjebak dengan apps murahan. Tinder, wechat, tango, beetalk.

Dalam hati aku menangis. Apa dah jadi dengan suami aku yang dulu cukup setia?? Itu permulaan. Dan aku buat keputvsan untuk mula solat istikarah, solat hajat, solat dhuda, solat taubat. U name it! Memang betul, jika kau betul – betul perIukan pertolongan dari Allah, Allah SWT akan tolong.

Satu persatu Allah tunjuk pada aku. Allah boleh tunjuk pada aku tempat – tempat yang suami pernah pergi. Sekali lagi hati aku h4ncur. Suami dah pandai ke kelab malam. Ya Allah. Dugaan apa ini ya Tuhanku.. Tapi aku simpan lagi bukti yang dia pergi ke tempat tempat itu.

Aku tunggu waktu yang sesuai untuk aku meIetop. Aku dan mak mertua senyap – senyap pasang spy. Aku carik spy. Suami cakap nak pergi outstation. Aku mintak spy ikut. Ternyata dia masih berhubungan dengan perempuan itu lagi.

Siap check in kan hotel untuk pempuan tu so that boleh spend time bersama! Bila spy aku inform, kami terus ke sana. Aku nampak suami aku tengah syok minum bersama perempuan tu. Aku geram terus aku ganyang! Malam itu aku terus memberi kata dua pada suami ku.

AKU atau DIA. Suami pilih aku dan family. Aku cakap, if u pilih I, ikut cakap i. I nak kita buat HlV test, buat cerai takIik dan macam – macam lagi syarat aku bagi. Dia setuju. Keadaan aku sekarang? – – kami menunggu giliran untuk kaunseling.

Ada kawan aku yang nasihatkan untuk angkat kaki, keluar dari perkahwinan ni. Dan dia sendiri sanggup terima aku nak jaga aku dan anak – anak. Tapi aku memang tak boleh fikir lagi. Tak terlintas pun yang aku akan kahwin buat kali kedua. Tapi j0doh ketentuan Allah kan.

Impak dari malam itu aku memang tak dapat tidur lena. Aku terngiang – ngiang suara mak mertua dan ayah mertua memanggil anaknya masa kejadian tu jadi. Aku teringat kejadian malam itu. Aku memang tak kuat untuk semua ini.

Tapi suami berjanji untuk berubah. Sanggup pergi berubat. Aku dah ditipu dan dikhi4nati berkali – kali, kenapa aku kena bagi dia peluang lagi sedangkan dia tak hargai pun peluang – peluang yang aku bagi sebelum ni. I was betr4yed over and over again. Why should I give him another chance when he’s not appreciate the chances given?

Aku memang dalam proses untuk berfikir. Mak mertua dan ayah mertua merayu untuk beri peluang terakhir pada anak mereka. Tapi bagaimana perasaan aku? Betul suami boleh berubah even lepas ni we sign up for cerai takIik? Aku dilemma.. – Sya

Komen Warganet :

Nasyrah Zainal : Nope, nothing cant change man’s mind. Dan cerai takIik lagi bah4ya kalau dia Ianggar apa yang dia takIikkan tapi you tak tau. Dah 5 – 6 tahun baru tahu. So kalau nak cerai, minta le fasakh. Ni jalan paling selamat.

Lebih baik anak dibesarkan oleh single parent daripada married parent yang kucar kacir. Love youself dulu sis, untuk anak – anak dan bah4ya H1V ni kadang – kadang test takde, 6 bulan kemudian baru ada.

Pakcik Dan Makcik : BAGI PAKCIK YANG JUGA SUAMI KEPADA MAKCIK KAU. Guna cara cerai taklid ialah jalan terbaik utk tentukan kejujuran suami untuk berubah. Tapi kalau dah curang lebih dari dua kali tapi kamu sebagai isteri siap beri peluang tanpa syarat itu adalah keb0dohan bertingkat – tingkat sebab tahap kecurangan suami ialah berulang.

Seandainya kecurangan suami atau isteri itu sudah sampai tahap berz1na, berpisah je terus sebab sedangkan Islam menghukvm penz1na yang dah kahwin dengan r3jam sampai m4ti, kita nak bagi peluang buat apa lagi?

Ikut Islam laa bukan ikut hati atau konon kasihan anak tak dapat kasih sayang ayah sebab bercerai, padahal anak – anak lagi rosak dapat ayah rosak akhlaknya dan tak hargai mak mereka sebab at the end anak – anak akan contohi per4ngai keb4bian bapak meraka.

So cara terbaik, syaratkan untuk terima janji berubah suami ialah dengan cerai taklid. Lepas tu kalau suami buat hal lagi, kamu tahulaa siapa suami kamu sebenarnya, itu bukti dia sanggup kehilangan kamu dan anak – anak disebabkan betina lain dan kamu pasti tahu di mana dia letak kamu dan anak – anak pada akal dia sama ada di tapak kaki atau di dalam jiwa.

Tapi logiknya kalau suami dah curang, kita dah tahu kat mana kedudukan kita dan anak – anak dalam hati dia. Suami yang meletakkan isteri dan anak – anak di tempat yang selayaknya dan adil takkan sampai hati untuk curang.

Curang sekali boleh terima lagi kalau suami janji nak berubah, curang kali ke dua, boleh terima tapi dia dah tak layak mendapat kepercayaan kamu dalam rumahtangga, curang kali ke tiga ialah petanda kamu kena berpisah sebab Allah SWT takkan tunjukkan sesuatu kecurangan tanpa sebab dan berkali – kali melainkan itu semua petanda.

Kalau dah tiga kali ditunjukkan itu semestinya bermaksud dia dah tak layak untuk kamu dah sudah tiba masanya kamu mencari bahagia yang baru yang selayaknya.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.