Aku dan suami menumpang rumah mak aku. Semua makanan yang aku beli untuk anak, habis adik aku ambik dan makan. Dia sorok masuk bilik

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Kalau adik aku makan, memang ikut hati dia je tanpa pandang sekeliling. Aku selalu beli roti, snek untuk anak aku. Aku tahu adik sorok makanan dalam bilik sebab nampak plastik makanan dalam tong sampah bilik dia. Sedangkan makanan tu aku beli untuk anak aku

Foto sekadar hiasan / AI. Salam semua . Aku sangat buntu nak buat keputusan sama ada nak terus tinggal dengan keluarga sendiri atau pindah tinggal dengan keluarga suami. Sejak berkahwin, aku dan suami memang tinggal dengan keluarga aku, tapi masalahnya ialah mak aku sendiri yang banyak buat aku makan hati.

Apa – apa masalah aku dengan suami, semuanya dia nak perbesarkan dan sebarkan dekat orang lain, sebab dia jenis yang tak pandai tutup aib orang sampai aib anak sendiri pun dia sanggup buka. Keluarga aku kecil je, ada mak, ayah dan seorang adik lelaki yang berumur 15 tahun.

Sepatutnya bila tinggal serumah, kami boleh saling membantu dan hidup dalam keadaan aman, tapi keadaan yang berlaku sekarang buat aku makin tertekan. Aku dah lama bersabar dengan per4ngai mak dan adik aku, tapi makin lama aku rasa macam diri aku ni langsung tak dihargai.

Kadang – kadang aku terfikir, salah ke aku nak hidup tenang dengan suami dan anak sendiri walaupun masih menumpang di rumah mak? Dulu masa aku masih bekerja, aku tak pernah tak penuhkan barang dapur dekat rumah. Aku memang seorang yang sangat peka pasal makanan sebab aku tahu macam mana perasaan bila nak makan sesuatu tapi barang tu dah habis.

Aku akan pastikan makanan untuk anak aku cukup dan pada masa yang sama, aku akan beli juga barang untuk kegunaan orang lain dalam rumah. Aku tak pernah berkira sangat sebab aku anggap keluarga sendiri, jadi tak salah kalau aku berkongsi rezeki dengan mereka.

Tapi masalahnya sekarang ialah adik aku sendiri. Kalau dia makan, memang ikut hati dia je tanpa pandang sekeliling, asalkan dia kenyang, orang lain nak makan apa pun dia tak kisah. Kalau setakat aku dan suami, mungkin aku masih boleh bersabar, tapi yang buat aku paling s4kit hati bila melibatkan anak aku yang baru berumur tiga tahun.

Budak umur macam tu mestilah nak makan apa yang dia nampak, tambahan pula kalau dia nampak makanan kegemaran dia sendiri. Aku selalu beli roti dan snek untuk anak aku, dan aku beli lebih supaya adik aku pun boleh makan sekali. Aku tak pernah berniat nak sorok makanan daripada dia sebab aku tahu dia pun masih budak dan sedang membesar.

Tapi per4ngai dia yang suka sorok makanan dalam bilik sendiri memang buat aku s4kit hati. Aku tahu dia simpan makanan dalam bilik sebab aku nampak sampah pembungkus makanan dalam tong sampah bilik dia, sedangkan makanan tu aku beli untuk anak aku juga.

Yang paling aku tak boleh terima bila anak aku minta makanan, tapi adik aku langsung tak nak berkongsi. Sampai anak aku menangis – menangis sebab nak makan, dia tetap buat tak tahu. Aku bukan nak berkira dengan budak umur 15 tahun, tapi sekurang – kurangnya fikirlah yang budak kecil tu pun nak makan.

Aku bukan minta dia bagi semua makanan dia, cuma kalau makanan tu memang dibeli untuk dikongsi bersama, takkan langsung tak boleh bertolak ansur? Satu hari, aku dah tak tahan lalu aku tegur adik aku tentang per4ngai dia tu. Aku cakap elok – elok supaya dia faham yang makanan yang aku beli bukan untuk dia seorang, dan anak aku pun berhak makan.

Tapi mak aku pula masuk campur dan menyuruh adik aku supaya tak payah makan apa yang aku beli. Aku ingatkan mak aku nak nasihatkan adik supaya belajar berkongsi, rupanya makin menjadi – jadi pula keadaan. Mak aku bukannya nak ajar adik aku supaya bertimbang rasa, sebaliknya dia macam sengaja mengapi – apikan keadaan.

Mulut je cakap tak nak makan makanan yang aku beli, tapi perangai adik aku tetap sama dan mak aku pula selalu mempertahankan dia. Aku jadi pelik, kenapa benda yang jelas salah pun mak aku sanggup tegakkan? Kalau aku tegur, aku pula yang nampak macam orang jahat, sedangkan aku cuma nak anak aku dapat makan makanan yang aku dah sediakan untuk dia.

Bukan setakat makanan anak aku je, kadang – kadang suami aku sendiri pun tak sempat nak makan lauk yang dah dimasak kalau adik aku dah makan dulu. Adik aku ni memang jenis tak pandang kiri kanan, asalkan dia dapat makan, dia tak fikir orang lain pun mungkin belum makan.

Bila aku tegur, mesti ada je jawapan daripada mak aku untuk mempertahankan dia. Sampai satu tahap, adik aku berani meIawan cakap mak sendiri pun mak aku macam tak kisah langsung. Aku makin lama makin stress dengan keadaan macam ni.

Kalau bab kerja rumah pula, adik aku memang liat nak membantu. Bila disuruh buat sesuatu, pandai pula dia menjawab sebab dia tahu mak aku akan sebelahkan dia. Pantang sangat kalau aku minta tolong, mesti ada je yang tak kena. Pernah juga dia cakap aku tak reti nak buat semua sendiri, sedangkan aku bukan minta dia buat semua kerja rumah pun, aku cuma minta bantuan sikit.

Aku pun ada anak kecil yang perlu dijaga, ada suami yang perlu diuruskan dan ada macam – macam tanggungjawab lain. Takkan semua benda aku kena buat seorang diri sedangkan kami tinggal serumah? Umur adik aku dah 15 tahun, bukan budak kecil yang tak tahu apa apa lagi.

Kalau nak makan pandai, takkan nak tolong kerja rumah sikit pun susah sangat? Yang selalu bagi aku semangat selama ni cuma suami aku sebab dia sangat faham keadaan aku dan tahu macam mana aku cuba bertahan. Satu lagi perkara yang aku paling tak suka ialah bila mak aku selalu membandingkan aku dengan anak saud4ra dia yang lain.

Dia suka cerita anak saud4ra dia semua bekerja, bayar bil, bagi duit dekat mak ayah dan beli barang dapur. Seolah – olah aku ni langsung tak pernah buat semua tu untuk keluarga sendiri. Hakikatnya, aku dan suami pun ada bayar bil dan beli barang dapur, cuma jumlah yang kami mampu bagi tak sama macam orang lain.

Mak aku paling tak puas hati bila anak saud4ra dia boleh bagi duit sampai RM700 lebih setiap bulan. Aku pula tak mampu nak bagi sebanyak tu sebab aku dan suami ada tanggungjawab sendiri yang perlu diutamakan. Kami kena bayar ansuran motosikal, beli minyak, sediakan susu dan lampin anak, beli barang dapur serta tanggung macam macam perbelanjaan lain.

Bukan kami tak nak bagi lebih, tapi kewangan kami pun ada hadnya dan bukannya setiap bulan semua benda berjalan lancar. Aku kadang – kadang tertanya, kenapa mak aku tak boleh tengok keadaan aku sendiri sebelum membandingkan aku dengan orang lain?

Pendapatan setiap keluarga tak sama, komitmen pun tak sama. Aku bukan anak yang tak kenang budi, dan aku tak pernah lupa jasa mak yang membesarkan aku, tapi aku pun ada kehidupan sendiri yang perlu aku fikirkan. Aku nak bantu mak ikut kemampuan aku, bukannya sampai aku dan suami sendiri terp4ksa ikat perut semata – mata nak memenuhi apa yang dia harapkan.

Aku dan suami sebenarnya dah lama terfikir nak pindah rumah sendiri, tapi masalahnya kewangan kami tak mengizinkan. Suami aku kerja biasa – biasa je, sebab tu aku pun bekerja untuk tambah pendapatan keluarga. Kami fikir daripada duit habis bayar rumah sewa, lebih baik kami bagi duit dekat mak sebab dia pun tolong jaga anak aku.

Aku ingat keputusan tu boleh memudahkan kehidupan kami semua, tapi rupanya tinggal bersama keluarga sendiri pun boleh jadi punca tekanan yang tak habis – habis. Pernah juga aku dan suami berbincang nak balik ke kampung keluarga suami dan cuba buat bisnes sendiri dekat sana.

Aku ada beritahu mak tentang rancangan kami, dan pada awalnya dia nampak macam tak ada masalah. Aku ingatkan dia boleh faham yang kami perlukan suasana baru untuk bina kehidupan sendiri, tambahan pula kami nak cuba cari pendapatan yang lebih baik.

Tapi bila dia mula cakap anak aku mesti tinggal dengan dia, aku terus rasa berat hati. Alasan mak aku ialah dia takut keluarga mertua aku tak pandai jaga cucu. Sedangkan keluarga suami aku dah biasa menjaga cucu – cucu mereka yang lain dan tak pernah timbul masalah macam tu.

Anak aku pula cucu sulung mak aku, mungkin sebab tu dia terlalu susah nak lepaskan. Tapi aku sebagai ibu memang tak sanggup kalau anak sendiri terp4ksa tinggal jauh daripada aku semata – mata sebab mak aku nak anak aku berada dekat dengan dia.

Aku tak faham kenapa mak aku boleh bersetuju aku pindah, tapi dalam masa yang sama nak pisahkan aku daripada anak sendiri. Aku dan suami nak pindah sebab nak baiki kehidupan kami, bukannya nak buang keluarga atau lupakan tanggungjawab terhadap mak ayah.

Kalau anak aku tinggal dengan mak, macam mana aku nak uruskan kehidupan aku sendiri dekat kampung suami? Aku tak nak setiap hari hidup dalam keadaan rindukan anak, sedangkan aku boleh bawa dia bersama dan besarkan dia dengan suami sendiri.

Sebenarnya, aku dah lama kenal per4ngai mak aku yang sangat berkira tentang duit. Sebab tu aku cuba sedaya upaya beli barang yang tak ada atau dah habis dekat rumah. Kalau ada duit lebih, aku akan pastikan barang dapur cukup supaya tak timbul masalah.

Tapi bila duit dah tak cukup atau ada kecemasan yang memerlukan perbelanjaan lebih, aku memang tak mampu nak buat apa – apa selain dahulukan perkara yang penting. Malangnya, waktu macam tu jugalah mak aku ambil peluang untuk memburukkan aku dan suami dekat orang lain.

Dia bercerita sana sini seolah – olah kami ni anak dan menantu yang tak bertanggungjawab. Aku s4kit hati sebab dia sendiri tahu kami bukannya senang, tapi dia tetap nak menjadikan kesusahan kami sebagai bahan cerita. Macam dia tak pernah melalui kesusahan hidup, sedangkan aku tahu setiap keluarga pasti ada ujian masing – masing.

Bab duit memang mak aku sangat teliti dan berkira. Sampai satu tahap, dia pernah mengungkit tentang duit yang dia habiskan untuk membesarkan aku, seolah – olah semua peng0rbanan seorang ibu boleh dikira satu persatu. Setiap kali kami bertekak, mesti akan keluar cerita pasal duit dan jasa dia membesarkan aku.

Aku bukan tak kenang budi, tapi bila semua benda diungkit setiap kali berlaku perselisihan faham, aku rasa macam aku ni tak pernah cukup baik sebagai seorang anak. Paling menyedihkan, bila aku cuba bagi nasihat dekat adik supaya belajar rajin – rajin dan cari kerja yang baik apabila dah besar nanti, mak aku sendiri mencelah.

Dia cakap anak orang belajar tinggi pun tak guna, boleh juga mengandung masa belajar dekat universiti. Dia siap cakap dia tak berharap sangat adik aku belajar tinggi sebab nanti habis duit keluarga, akhirnya dia juga yang kena tanggung makan minum adik aku.

Aku terkedu bila dengar kata – kata macam tu keluar daripada mulut seorang ibu. Aku ingatkan mak aku akan lebih menyokong adik untuk belajar dan berjaya dalam hidup, tapi rupanya dia sendiri dah fikir macam – macam perkara negatif. Aku terfikir, kalau dari sekarang pun adik dah selalu dipertahankan walaupun buat salah, kemudian dalam masa yang sama dia tak digalakkan belajar tinggi, macam mana dia nak bina masa depan yang lebih baik?

Aku bukan nak masuk campur cara mak aku mendidik adik, tapi aku risau kalau per4ngai adik yang sekarang ni berterusan sampai dia dewasa. Dia perlu belajar berkongsi, membantu keluarga dan menghorm4ti orang lain, bukannya mengharapkan semua orang ikut kehendak dia.

Aku pun bukan sempurna, tapi sekurang – kurangnya aku cuba fikir tentang masa depan anak aku dan adik aku supaya mereka tak membesar dengan sikap yang menyusahkan diri sendiri. Sekarang aku betul – betul buntu nak buat keputusan.

Kalau aku terus tinggal dengan mak, aku takut makin banyak perkara yang akan buat aku makan hati, tapi kalau aku pindah ke rumah mertua, aku tak tahu sama ada keadaan akan menjadi lebih baik atau sebaliknya. Aku dan suami masih belum cukup stabil dari segi kewangan untuk menyewa rumah sendiri, jadi pilihan yang ada pun agak terhad.

Ada masa aku terfikir nak pindah juga ke rumah mertua supaya mak aku dapat rasa macam mana bila aku dan anak tak ada lagi dekat rumah. Tapi aku sedar, kalau aku buat keputusan hanya sebab marah dan nak bagi mak terasa, mungkin akhirnya aku sendiri yang susah.

Aku nak buat keputusan yang terbaik untuk diri aku, suami dan anak, bukannya semata – mata nak membalas segala perbuatan mak selama ni. Aku cuma nak hidup dengan tenang, nak tengok anak aku membesar dalam suasana yang baik dan nak bina kehidupan bersama suami tanpa terlalu banyak campur tangan orang lain.

Aku tetap sayang mak dan aku tahu aku ada tanggungjawab sebagai anak, tapi sampai bila aku perlu pendam perasaan sendiri hanya sebab tak nak orang kata aku anak derh4ka? Aku pun ada hati dan perasaan, dan aku pun nak rasa dihargai dalam keluarga sendiri.

Jadi aku nak minta pandangan semua, kalau korang berada dekat tempat aku, apa yang korang akan buat? Adakah lebih baik aku bertahan dulu dekat rumah mak sementara kumpul duit untuk pindah sendiri, atau aku patut cuba tinggal dengan keluarga suami sambil kami usahakan bisnes dekat kampung? Aku harap korang boleh bagi pandangan yang jujur dan berkongsi pengalaman masing – masing, sebab aku betul – betul perlukan pendapat daripada orang luar untuk bantu aku fikir dengan lebih jelas.

Apa kata anda? Hantar kisah anda di sini

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5162 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.