Aku bagitahu suami, aku terima bermadu dengan syarat. Suami dan bini baru dih4ramkan gunakan kend3raan yang ada dekat rumah ni kecuali Kancil buruk. Bini baru dan bakal anak dorang nanti dih4ramkan jejak kaki ke rumah aku..
#Foto sekadar hiasan. Maaf jika coretan ini sedikit panjang. Ia bukan lah hebat nya hati seorang isteri tapi giIanya aku bila bertindak. Pengalaman hampir bermadu.. Assalamualaikum, hi semua, nama aku Aisyah, 34 tahun.
Bekerja sebagai owner business yang tak gah sangat tapi boleh lah dan tolong run business suami. Sejak akhir – akhir ni, banyak sangat keluar cerita pasal poligami. Kebanyakan hampir semua socmed ada keluar, terutamanya dekat tv.
Mana yang layan drama tu tahu lah. Aku ni pon duk asyik lalu lalang je tu pon nak naik d4rah aku tengok recap cerita masing – masing. Hahaha… Berbalik kepada kisah aku. Suami aku tua lebih 10 tahun dari aku. Cerita dia aku kahwin dengan laki aku pon awal umur 20an dapat anak pon di tahun pertama perkahwinan kami.
Aku berkahwin dengan laki duda yang dah masuk 2 tahun bercerai ketika tu + anak 1 (lelaki 18 tahun). Alhamdulillah dalam diam perkahwinan aku dah masuk cecah 14 tahun lebih kuranglah. Dikurniakan 3 cahayamata tambah dengan seorang anak suami aku dengan bekas isteri dia, jumlah semua 4 orang. 2 lelaki 2 perempuan.
Alhamdulillah hubungan anak – anak tu tiada masalah sebab anak tiri aku tu aku yang jaga dari hari pertama kahwin sampai sekarang. Walaupon sejak umur 13 tahun tiba – tiba mak dia nak jaga dia pulak tapi hubungan kami baik – baik saja sebab dia rajin balik sini.
Nak jadikan cerita berkenaan dengan topik. Actually ni cerita sekitar 2019 – 2023 macam tu lah. Aku hampir bermadu tapi bukan dengan sorang je tau tapi dua. 1 pilihan suami aku sendiri 1 lagi pilihan mertua aku. Aku namakan bakal madu tak jadi aku ni.
Yang pilihan laki aku tu bekas kekasih dia (1st love kot) nama khadijah tapi aku basa basi Tijah lah ye. Yang pilihan mertua aku pulak bekas isteri laki aku sendiri. Nama dia Lily, jadi bahasa basi Lily juga lah aku panggil. Depa dua ni kalau ikut umur pangkat “kak” dengan aku.
So aku mulakan cerita macam mana boleh jadi dan boleh jadi tak jadinya depa ni berkahwin. Yang si Tijah ni kem4tian suami (tak tau sebab apa) sebab aku tak pernah tanya. Sebenarnya laki aku dengan Tijah ni memang dah lama berhubung tapi di fb sahaja. So sebelum kenal dengan aku memang depa dah berhubung lah.
Tapi disebabkan Tijah ni bini orang, laki aku takde la contact. Sampai dah kahwin dengan aku hingalah m4tinya laki si Tijah ni laki aku pon contact. Laki aku ade je cerita kat aku pasal Tijah ni. Kadang – kadang dia bukak lagu old school dia tu mula lah di cerita pasal si Tijah ni.
Sepatutnya si Tijah dengan laki aku ni berkahwin sebab laki aku dengan Tijah ni bercinta zaman sekolah lagi. Tapi disebabkan mertua aku ni tak suka dia maka kahwinlah laki aku dengan si Lily. Lily ni pulak kem4tian bapa dan mak tak tau ke mana.
Lily ni kenalan laki aku juga jadi bila mertua aku jumpa si Lily ni mertua aku berkenanlah sebab Lily mulut memang manehhh. Penceraian laki aku dengan si Lily ni pulak atas sebab laki aku kerja gaji kecik. Yelah gov kan masa tu mana besar sangat gaji.
Jadi Lily ni dia rase susah sebab dia pon kena kerja untuk dia dapatkan apa – apa yang dia nak. Perg4duhan pun berlaku sampai terjadinya penceraian. Tapi hak jagaan dapat dekat laki aku sebabnya Lily ni habis eddah dah nak kahwin lain.
Jadi dia buat surat hitam putih serahkn anak tu pada laki aku sepenuhnya janji depa ni berpisah. Tapi memang betul surat tu sampai harini masih ada dan Lily tu memang habis eddah terus kahwin dengan suami no 2. Kenapa aku tulis no 2 sebab sepanjang dia berpisah dengan laki aku, dia dah 3 kali kahwin dah.
Back to Tijah. Tijah ni soft spoken lah. Tak macam aku cakap jerit – jerit masa marah. Sebenarnya masa aku dapat tahu affair laki aku dengan Tijah ni aku rasa marah sangat, aku meratib juga diri apa kurangnya aku, apa yang aku tak bantu laki aku.
Dari pakai ex5 dengan proton sampai sekarang dah pakai nissan dengan beli rumah guarded lagi. Tapi tulah Allah dah kata ujian isteri ni suaminya. Aku meratib nasib lama jugalah dalam 5 bulan macam tu. Sampai lah masa tu kovit.
Aku fikir balik kenapa aku nak meratib sedangkan lebih baik aku move on dan jual mahal. Yes aku move forw4rd aku buat relationship aku dengan laki aku macam orang putus cinta lah move forw4rd je. Tapi sebelum aku bergerak tu aku ada deep talk dengan laki aku pasal our marriage mana haluan lepas ni.
Dalam deep talk tu aku bagi tahu aku ikhlas jika dia lepaskan aku dan hidup dengan si Tijah kalau Tijah taknak terima aku sebagai madu. Dan aku juga ikhlas kalau Tijah nak bermadu dengan aku. (tah mana datang nya kekuatan ketika tu aku pon tak tahu)
Tapi laki aku cakap dia tak mampu lepaskan aku dan dalam masa yang sama dia kesian dengan Tijah sebab m4ti laki (masa ni aku gelak sebab jawapan paling b0doh aku pernah dengar), maka kami pun berbaik lah. Tapi aku cakap aku nak saluran yang betul maksudnya kena naik mahkamah atau pejabat agama untuk mohon poligami, jadi aku boleh tuntut harta sepecarian dan sebagainya.
Aku cakap dengan laki aku. Aku setuju untuk dia bersama dengan Tijah tapi ada syarat.
1. Aku nak dia ada dekat rumah ni hanya time weekend sahaja maknanya Sabtu dia mai ahad dia pi balik rumah Tijah.
2. Tukarkan kereta dan rumah ke atas nama aku dan business yang dia ada, Tijah takde hak nak masuk campur apa – apa urusan kecuali menolong laki aku ni buat kerja. Laki aku berhenti awal gov dan run business contractor, aku cakap kau nak buat kerja tukang dengan Tijah kau boleh pergi tapi bab urusan duit dan deal customer dia takde hak masuk campur.
3. Dia dan seluruh ahli keluarganya termasuk anak dia dengan Tijah (sekiranya mereka berkahwin dan ade anak) dih4ramkan jejak kaki di rumah yang kami duduk sekarang.
4. Pengiliran hari raya antara dia dengan Tijah sahaja. Aku nak raya mana ikut suka aku. 5. Laki aku kena izin kan aku ke mana saja aku pergi, contoh kalau aku nak travel dengan anak – anak ke dia kena izinkan. No compromise.
6. Laki aku dan Tijah dih4ramkan mengunakan mana – mana kend3raan yang ada dekat rumah ni. Kecuali kancil. So lain – lain kend3raan mestilah ade di rumah ni laki aku tak boleh guna semasa dia dengan Tijah.
7. Rumah aku dengan Tijah mestilah bukan dalam daerah yang sama. Boleh senegeri tapi tak boleh sedaerah. Kang aku pergi mana – mana terjumpa plak dia.
Dengan bebesar hatinya laki aku setuju. Jadi aku pon keluarkan surat hitam putih yang disyaratkan tu. Aku minta dia inform Tijah dan jika Tijah setuju aku sendiri yang akn bincang dengan mertua aku untuk merestui perkhawinan depa ni. Dan akhirnya Tijah pon setuju.
Tijah pulak sibuk nak jumpa aku. Kononnya nak ucap terima kasih. Aku pon tak fikir panjang aku pergi jumpa dia. Sepanjang aku dengan Tijah jumpa tu aku takde rasa pape pon. Seolah aku macam menantikan pertukaran shift yang aku nak lepaskan pada orang lain dan aku boleh turn off dan rehat puas – puas.
Tapi aku cakap dengan Tijah bagi aku cakap dulu dengan mertua aku dan mungkin makan masa setahun mungkin 2 tahun. Tijah cakap dia sanggup tunggu. Walaupon dia tahu yang mertua aku tak setuju dengan perkahwinan ni.
Lagi pun masa tu pkp hanya boleh rentas daerah tak boleh rentas negeri majlis pon tak boleh buat sebab tu aku suh tunggu. Balik dari jumpa Tijah dalam seminggu juga aku pon pergi rumah mertua aku dan bercakap isu ni.
Kecoh 1 rumah weyh. Mertua aku terk3jut beruk sampai tak terkata dia. Yang bapa mertua aku sampai nak pitam. Semua duk pandang aku. Tapi aku senyum je (dalam hati Allah je yang tahu). Biras perempuan aku ipar duai semua datang peIuk aku.
Tanya macam mana boleh jadi. Depa semua kenal sangat dengan Tijah sebab dia sekampung dengan bapa mertua aku. Kira kenal lah the whole family si Tijah ni. Sampai lah mertua aku datang dekat aku dia cakap dia tak setuju untuk laki aku nak berkahwin dengan Tijah tapi plot twistnya dia nak aku bermadu dengan bekas isteri suami aku. (giIa lah)
Aku dengan laki aku pon balik rumah kami. Esok tu aku bagitahu apa yang mertua aku cakap. Dia sebenarnya nak laki aku kahwin dengan bekas isteri dia, si Lily ni sebabnya Lily nak bercerai dengan laki no 3 dia. Rupanya Lily ni dah bercerai dengan suami no 2 habis eddah kahwin dengan laki no 3. (sekarang tak tau apa cerita).
Laki aku terus bangun dan memekak dekat mertua aku. Ya! Laki aku memang tak suka bekas isteri dia ni. Dia memang taknak balik dengan Lily. Sebab depa ni berurusan bab anak pon macam anjing dengan kucing. Sebab si Lily ni suka prov0ke dan cari masalah dengan laki aku dengan gunakan si anak ni.
Kadang – kadang aku kesian tengok anak tiri aku ni. Tapi nak cakap lebih – lebih tu mak dia. Jadi aku mampu nasihat kan dia, “baik buruk tu mak h4ng. H4ng kena hadap juga bang. Mama ada ja dengan h4ng bila h4ng rasa takde sapa dah nak dengar luahan hati h4ng.
H4ng suka ka tak suka pak tiri h4ng ka adik beradik tiri h4ng ka, h4ng kena juga ngadap bang. Innsyaaallah Allah ada dengan h4ng mama ni tak pernah putus doa untuk hang” Tapi yang sebenarnya Lily memang ada hati kat laki aku.
Sebenarnya laki aku ni tak lock phone dia. Wasap dia dengan Tijah ke dengan Lily ke dengan sesiapa ke aku boleh baca. Dulu aku sejenis tak cek phone sebab tu dia tak lock tapi sejak kantoi pasal Tijah tu laki aku still tak lock tapi aku kadang – kadang baca je wasap dia dalam sebulan tu ade lah dalam 2 – 3 kali cam tu lah.
Tapi aku tak focus sangat baca wasap dia dengan Tijah sebab aku lebih tertarik dengan wasap Lily dekat laki aku. Lily always gunakan anak sebagai alasan untuk contact. Kadang – kadang duk throwback pasal kisah silam depa berdua.
Tapi laki aku tak layan. Laki aku penah sampai panggil dia betina jaIang sebabnya dia rajin buat live dengan laki – laki dalam tt. Tapi si Lily ni macam menadah je telinga bila dih1na macam tu janji dia dapat laki aku. Sampai lah 1 hari tu Lily duk wasap aku bagitau yang mertua aku nak sangat dia kahwin dengan laki aku ni.
Seminggu juga aku nak baIas wasap dia sebab aku duk fikir apa yang selayaknya dia ni dapat. Sebab dalam wasap tu dia cakap yang dia taknak bermadu dengan aku dan nak aku ber4mbus dari rumah yang kami duduk ni. Sebab mertua aku tak suka aku katanya.
Aku cakap dengan Lily aku boleh je nak serahkan laki aku ni. Tapi ada syarat. Aku letak balik syarat yang aku bagi pada Tijah kepada Lily. Aku just tukar nama penuh depa je lah. Dan syarat ni juga laki aku bagi kat mertua aku sekiranya mertua aku ni nak sangatlah dia kahwin dengan Lily.
Dengan harapan laki aku ingat Lily tak setuju sebab Lily nak balik semula dengan laki aku pon atas apa yang laki aku ada sekarang. Ayat akhir aku kata dekat Lily selamat bersaing dengan si Tijah. Siapa yang menang dia lah yang dapat bermadu dengan aku.
Sebabnya laki aku kata dia takkan lepas kan aku. So mer0yan lah si Lily ni. Ikutkan serabutnya aku ketika tu memang aku nak angkat kaki tingalkan semua biarlah orang nak kata apa pon. Tapi anak – anak aku kekuatan aku.
Sebab laki aku dengan anak – anak memang rapat giIa, laki aku pon walaupon dia dengan Tijah tapi dia layan aku macam biasa takde kurang (hakik4tnya ada je kurang tu tapi aku je yang rasa). Tapi duit lagi senang aku nak cekau sejak sejak dia kemaruk.
Aku ni tak lah hebat mana tapi lebih kepada giIa je. Aku pon tak tahu mana datang kekuatan aku waktu tu dengan apa yang jadi. Jujur aku tak kuat tapi aku pura – pura kuat. Ikutkan ceritanya panjang sangat. Nanti aku cerita di part 2. – Aisyah (Bukan nama sebenar)
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.