Aku datang melawat ibu lepas ayah meninggaI, tapi ibu Iudah dan cakap malu lahirkan aku hanya kerana aku juling

Dari kecil disisihkan kerana kekurangan aku, juIing dan gelap. Mula dari umur 12 tahun dah keluar bekerja cuci kereta sebab ayah tak bagi duit belanja macam adik beradik yang lain. Kakak siap mencemuh mengatakan aku ini anak ner4ka, setiap kali melihat aku jiwa mereka panas.

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum WBT. Warganet di FB. Aku follow kisah – kisah di FB dah lama, menjadi silent reader, membaca masalah orang dan tidak mampu untuk memberi nasihat sokongan kerana aku sendiri mungkin akan dicopkan sebagai Si Tanggang apabila anda semua membaca confession aku ini nanti

Aku anak keempat dari 6 beradik. Sejak kecil lagi aku sudah biasa menguruskan hidup sendiri dek kerana ketidakadilan ibu bapa aku membahagikan kasih sayang. Bayangkan, duit poket ke sekolah ayah tidak pernah memberikan kepada aku. Hanya adik beradik yang lain menikm4ti keistimewaan ini.

Sejak umur 12 tahun aku terp4ksa bekerja cuci kereta di perumahan aku untuk menampung hidup. Bab dic4ci, dihukvm, dis3pak, ter4jang tu perkara biasalah. Tapi mungkin kerana aku lelaki, jiwa aku sem4kin kentaI apabila dipukuI tanpa sebab.

Adik beradik aku sendiri tidak hormat aku. Kalau ada kenduri kend4ra, aku tidak diajak pergi bersama. Ibu sentiasa mengatakan dia malu ada anak seperti aku. Sebab mataku juIing dan hitam. Jiran selalu mengutuk paras rupa aku dan dipanggil “ugIy duck”.

Kerana paras rupa aku begini, aku selalu dihindar dan disisih oleh semua orang. Tapi Allah memberikan aku kelebihan, iaitu kepandaian. Aku mendapat straight A’s bagi semua peperiksaan walaupun aku terp4ksa bekerja keras.

Mana taknya, setiap pukuI 2 petang aku masuk kerja cuci kereta, hantar makanan dan bersihkan rumah orang. Bila result aku bagus, ibu tidak pernah beritahu dekat semua orang, tidak ada civman kejayaan apatah lagi berbangga dengan pencapaian aku.

Adik beradik aku ada yang berhenti sekolah kerana tidak mahu belajar. Tetapi tiada bantahan atau h1naan yang keluar dari mulut mereka. Apabila habis SPM, aku tekad untuk keluar dari rumah itu. Aku menangguhkan pelajaran ke Universiti kerana terp4ksa bekerja untuk mengumpul modal belajar.

Rezeki aku dapat majikan yang baik. Aku berjaya menjadi supervisor kilang di Shah Alam. Mulanya aku sem4kin lupa tentang keluarga di rumah. Tapi majikan aku menasihati supaya jangan berdend4m dan jangan jadi anak derh4ka.

Aku tidak mahu ke ner4ka, aku kembali ke rumah untuk melawat ibu. Ayah sudah meninggaI setelah aku habis SPM. Tapi, aku dihalau dan dih1na seperti dahulu. Aku cuba berlembut dengan ibu, tetapi ibu meIudah aku dan mengatakan dia malu melahirkan aku. Adakah kerana aku hanya juIing? mereka membenci aku sehingga macam ni sekali?

Kakak siap menc3muh mengatakan aku ini anak ner4ka, setiap kali melihat aku jiwa mereka panas. Ya Rabbi, apa salah aku? Aku pun kembali ke Shah Alam dengan jiwa yang s4kit. Aku menjadi tr4uma untuk kembali ke rumah keluarga.

Genap setahun aku bekerja, Aku usulkan kepada majikan untuk berhenti kerja, kerana aku ingin menyambung pelajaran. Majikan aku menolak surat berhenti aku dan meluluskan skim biasiswa untuk aliran kejuruteraan mekanikal. Aku tidak minat engineering, tetapi memikirkan hidup aku perlu ada gaji, aku terima walaupun aku tidak tahu nasib selepas itu.

Genap 6 tahun pengajian separuh masa, aku berjaya lulus dengan purata CGPA 3.20. Alhamdulillah, aku terus berkhidmat di Kilang terbabit dan berjaya menjadi Engineer. Dan selama 6 tahun tersebut itulah aku tidak melawat keluarga aku

Aku terbaca banyak confession mengenai krisis keluarga. Aku ingin beritahu semua, sebenarnya hati aku sudah kering untuk melawat mereka. Dih1na sejak kecil tanpa melakukan kesalahan. S4kit dicvcuh api masih ada kesan sehingga sekarang.

Setiap kali raya, aku akan tumpang beraya rumah sahabat baik aku di Kelantan. Seronok beraya dengan suasana kampung di sana sehingga aku sudah rasa aku tidak perlu lagi untuk berbaik dengan keluarga

Sahabat semua, adakah aku akan ke ner4ka kerana hati aku sudah kering sekering keringnya terhadap keluarga aku. Mend3ra em0si dan mental sejak kecil. Aku tidak berdend4m, cuma hati aku sudah tidak dapat diubati lagi.

2 tahun lepas aku cuba untuk kembali ke rumah keluarga, tapi aku melihat dari jauh, mereka begitu gembira bergelak sakan dan aku terus balik kerana tidak mahu menganggu kebahagiaan mereka.

Mungkin betul aku anak dari ner4ka. tetapi aku hanya mampu berdoa supaya Allah mengasihi aku kerana aku hanya ada Allah dan Rasulku. Tidak mengapa manusia membenci aku, tetapi aku harap Allah menerima setiap doa aku kerana aku tahu aku tidak berpeluang menerima doa dari ibu aku sendiri,

Kerana adik beradik aku ramai perempuan, aku melihat sikap mereka mengh1na ciptaan Allah, aku sudah takde keinginan untuk berkahwin. Aku takut dengan wanita zaman sekarang dengan mulut yang membawang, mengh1na orang dan merasakan mereka adalah ahli syurga.

Aku tahu tidak semua wanita sebegitu, tetapi kebanyakan yang aku jumpa adalah seperti itu. Cuma aku tidak mahu menambah d0sa sekiranya isteri aku berper4ngai macamtu.

Aku akan jalani pembedahan untuk betulkan mata aku 2 minggu lagi, aku mohon kalian semua mendoakan kesihatan aku dan cepat sembuh.

Maafkan aku sekiranya ada yang marah, tetapi percayalah, sikap mengh1na orang itu menyebabkan bukan sekadar h4ncurnya hati, tetapi tr4uma yang diterima itu akan berkekalan hingga akhir hayat Terima kasih, – Firuz (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Zam Zainol : 1.Tahniah sebab berjaya harungi hidup dengan jayanya walaupun dihalau, dik3cam, dim4ki dan dipukuI.

2. Selamat menjalani pembedahan.

3. Walau dibuang teruskan menjadi anak yang baik dan soleh dengan  mendoakan kedua ibubapa.

4. Semoga bertemu j0doh yang baik untuk adik, di dunia dan akhir4t.

5. Jangan ulang perbuatan mereka kepada anak – anak atau sesiapa pun yang berada di sisi awak.

6. Terus maju jaya dalam hidup dan menjadi insan yang bermanafaat kepada agama bangsa majikan dan negara.

Zuraini Din : Confessor, awak bukan anak derh4ka tapi ibubapa tu yang derh4ka kepada anak kerana tidak adil dan tidak bertanggungjawab kepada anak. Semoga awak bertemu perempuan baik dan dapat membina keluarga sakinah awak sendiri. Selamat menjalani pembedahan mata. Maafkan keluarga awak tu. Tak payah lah balik lagi jika merasa akan mer0sakkan kebahagiaan mereka dan mer0sakkan perasan awak. Sampai suatu masa nanti mungkin awak balik bila mereka dah sedar. Allah yang mengatur semuanya. Berserah saja kepada Allah.

Azira Hanani Ab Rahman : Be strong confessor. Hikmah kejadian ini menjadikan awak orang yang cekal, berani dan tabah. Jangan toleh ke belakang lagi. Teruskan kehidupan untuk masa depan awak. Jika belum bersedia, tidak perlu balik berjumpa keluarga lagi sehingga awak betul – betul dah bersedia. Doakan mereka dari jauh. Maafkan mereka. Bina kehidupan baru. Semoga bertemu jod0h dengan perempuan solehah. Yakin dengan janji Allah. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik. Berdoa banyak – banyak dengan Allah agar dipertemukan dengan wanita solehah.

Siti Azura Osman : Tak tahu nak kata apa sebab saya sendiri pon Allah bagi anak yang istimewa untuk saya. Lahir dengan sedikit ketidaksempurnaan. Tapi alhamdulillah Allah swt tak uji saya dengan perasaan malu untuk menerima kehadiran anak saya. Malah saya bangga sangat, tak pernah malu unuk kongsi pada umum bahawa ini anak saya. Alhamdulillah, selepas anak saya buat pembedahan, dia dah nampak hampir sempurna. Kalau ikutkan naluri seorg ibu saya rindu wajah anak saya yang asal. Tapi demi masa depan dia, saya akur untuk ikot saranan doc. Jadi, kepada kamu si Firuz, semoga Allah lembutkan hati ibu kamu untuk menerima kamu. Memberi kasih sayang dari seorg ibu dan semoga kamu terus kuat menghadapi ujian Allah ini.

Nurfarehah Awalludin : Saya tak rasa awak anak dari ner4ka sebab awak dah cuba untuk berhubung dengan keluargakan tapi awak ditolak. Alhamdulillah rezeki awak luas, kekurangan awak menjadikan awak orang yang kuat. Semoga pembedahan awak dipermudahkannya. Nanti kongsilah lagi cerita awak dekat sini.. Saya suka baca gaya bahasa penulisan awak.

Peah Peah : Anda tidak bersalah dalam hal ini. Anda seorang yang kentaI mengh4rungi dugaan hidup hingga berjaya sebagai seorang jurutera. Tapi anda menjadi lebih HEBAT jika anda memaafkan kesemua adik beradik termasuk ibu yang “membenci” anda disebabkan anugerah istimewa Allah kepada anda. Disebabkan sikap mereka Allah izinkan anda berjaya sebagai jurutera dan mampu untuk menjalani pembedahan mata bagi membetulkan mata anda yang juIing. Memang sukar untuk kita berbaik dengan manusia yang membenci dan mengh1na serta mend3ra em0si kita. Tapi syurga Allah itu untuk mereka yang sabar.

Apa kata anda?