Aku dengki kwn baik lebih bijak dari aku. 5 tahun aku ‘h1na’ dia, satu hari aku nampak dia berbaju lusuh di stesen minyak

Aku dah grad, kawan baik aku masih kena repeat exam. Aku dalam hati senyum puas, rasa puas sebab lebih berjaya dari dia. Satu hari aku nampak dia dengan baju kelabu lusuh, rambut tak bersikat, selekeh. Mesti takde kerja, aku gelak je. Lama aku nampak dia pergi ke arah sebuah kereta mewah..

#Foto sekadar hiasan. Salam semua. Di sini aku hanya mahu berkongsi dan luah. Ianya mungkin sedikit panjang dan akan menyaakitkan hati pembaca, jadi awal awal lagi aku minta maaf. Pengenalan ringkas, nama aku Pian (nama samaran semestinya), anak lelaki seorang, bujang dan sudah berkerja.

Keluarga aku tak la miskin, tak la kaya. Biasa – biasa sahaja. Untuk mulakan cerita, aku kena patah balik awal dahulu, bermula daripada SMK. Aku punyai bekas kawan baik bernama Zamarul (nama samaran semestinya). Ya, bekas kawan baik kerana persahabatan kami sudah h4ncur.

Aku dan Zamarul ni memang akrab dahulu, dah macam kembar. Ya lah, kebanyakan hidup kami, memang kami jalani sama – sama. Belajar sama – sama, tuisyen sama – sama, main bola sama – sama, olahraga sama – sama.

Bahasa mudahnya, dekat mana ada aku, adalah si Zamarul dekat situ. Tapi bila macam ni, orang keliling mula letak pencapaian aku dan dia sebagai sama. Kalau aku boleh buat, Zamarul pun boleh buat. Kalau aku dapat A, Zamarul pun akan dapat A la.

Mula – mula aku rasa benda tu sebagai cool dan lambang persahabatan kami, tapi lama kelamaan aku rasa rimas. Aku tak mahu hidup aku sentiasa dibayangi oleh Zamarul, jadi aku mula jadi lebih kompetitif, lebih bersaing, lebih semangat asalkan aku boleh buat lebih baik daripada dia.

Apa salahnya, daya saing akan buat kita sem4kin berjaya, kata aku. Zamarul ni pula tak kisah siapa bagus atau tak. Dia anggap perkara seperti ini tidak penting di mata dia, asalkan boleh lepak bersama. Jadi sikit demi sikit, aku mula usaha lebih di belakang Zamarul.

Belajar lebih tanpa dia. Aku pulun usaha untuk perform PMR. Tapi apa maIangnya nasib, keputvsan aku lebih kurang sahaja dengan dia. “Korang memang kembar la do. PMR pun saing saing je.” Dengar sahaja kawan lain kata macam tu, aku rasa tersentak.

Lagi sekali, hidup aku dibayangi dia. Aku geram. Tengok muka Zamarul sengih bangga, buat aku rasa m4kin geram. Tapi aku diamkan sahaja dan minta balik. Malam tu aku ingat lagi, aku mengomel seorang diri. “Macam mana dia dapat result macam aku, padahal aku study lebih lagi? Dia memang pandai daripada aku ke?”, bisik aku.

Di sini aku rasa tersentak kali kedua. Untuk pertama kalinya aku terasa yang aku sebenarnya kurang, rendah, inferior, lesser daripada Zamarul. “Ah siaI. Takkan la.” Aku jadi seram sejuk memikirkan yang dia lebih bagus daripada aku.

Aku nak jadi berbeza daripada dia, tapi aku mahu aku yang lebih bagus, bukan dia. Aku tekad, aku takkan biarkan Zamarul jadi lebih bagus daripada aku, lalu aku pun pulun giIa – giIa untuk SPM. Mak aku tak pernah rasa lebih bangga dengan aku sebab betapa rajinnya aku belajar.

Sedikit sebanyak, aku dan Zamarul nampak seperti orang berbeza. Zamarul pergi main bola, aku pergi tuisyen. Zamarul ambil 3 kelas tambahan, aku ambil 5. Setiap kali Zamarul ajak lepak sama, aku kata aku sibuk dan cepat cepat sambung belajar.

Kali ni, aku yakin, aku boleh kalahkan dia. “Tahniah weh! Kau dengan Zam memang power la. Kebanggaan kelas la katakan~ No.1 and No.2 of Kelas J~” “Tapi result Zam tinggi sikit, so dia lah No. 1 hahah!”

Aku kalah lagi. Semua usaha aku, semua keringat aku, sia – sia. Sebab aku gagal kalahkan dia. Aku gagal. Aku sedih. Disaat orang lain gembira untuk sambung ke universiti, aku hanya rasa sedih dan geram. Zamarul jumpa dengan aku, bertanya nak masuk universiti mana.

Aku jawab acuh tak acuh sebab aku tak mahu masuk universiti yang sama. Memikirkan yang aku akan kalah lagi dengan dia buat aku rasa menyampah, lalu akhirnya aku memilih universiti yang berbeza. Zamarul terasa sedih, tapi aku tidak peduli kerana ada dunia baru di depan aku.

Maka, bermulalah zaman universiti kami. Di sini aku biasa – biasa sahaja. Aku belajar seperti biasa, aku berkawan seperti biasa. Aku tenang tiada siapa samakan aku dengan Zamarul. Satu persatu semester berlalu dengan keputvsan biasa – biasa sahaja.

Bukanlah perform giIa, dan ada la D sekali dua. Sudah agak lama aku “out of touch” dengan kawan – kawan aku. Aku hanya layan mesej mereka sekali sekala, jumpa hanya ketika cuti perayaan termasuk la Zamarul. Masa tu Facebook baru mula naik, jadi adalah beberapa kawan mula main FB untuk “get in touch” semula.

Dipendekkan cerita, reunion pertama hanya dibuat selepas beberapa semester di kampus utama. Masa reunion ni sebenarnya aku happy dan biasa – biasa sahaja. Aku sudah mula let go sikit sikit memori SMK aku. Ya lah, beberapa tahun dekat U aku jumpa ramai manusia lagi power daripada aku.

Aku ni siapa sahaja. Sampailah aku dengar tentang Zamarul. Ketika tu aku baru perasan, yang Zamarul tak datang. Aku rasa hairan dan tanya kenapa Zamarul tak datang. “Entahlah dia. Dia kata dia tak boleh datang. Sibuk katanya. Aku bagi tarikh, ada je alasan dia, biarlah.”

Dengar je komen – kawan aku tu, aku terus terasa pelik. Apa jadi dengan dia. Aku terasa nak tahu, jadi esok petang tu aku pergi ke rumah keluarga dia. Aku beri salam dan panggil nama dia, tapi tak nampak kelibat dia. Biar betul dia memang tak balik. Takkanlah kot.

Akhirnya mak dia je yang jawab salam dan keluar. Aku tanya mak Zamarul, dia ada dekat rumah ke. “Zam tak balik la Pian. Dia kata dia sibuk dengan semester depan… Tu cuti panjang hari tu pun dia balik sekejap je…”. Aku jadi m4kin buntu dan bingung.

Dah kenapa dengan Zamarul ni? Aku tanya tanya lagi, sampailah mak dia mengalah. “Pian, nanti borak borak la dengan Zam. Dia tengah down tu, mana tahu dia okay sikit lepas cakap dengan Pian.” Baru aku tahu bahawa sebenarnya Zamarul sedang bergelut dengan pembelajaran dia di universiti.

Dia kerap gagal dan pointer dia sem4kin jatuh. Courses yang dia ambil sama seperti aku, cuma ternyata ianya menguji mentaI dan fizikaI dia. Zamarul ni bukanlah orang kaya, tapi bukan jugalah orang miskin jadi dia tidak meminjam PTPTN ataupun layak untuk zakat.

Biasiswa pun tak ada, keputvsan pula sem4kin teruk semester ke semester. Jujur masa dengar tu aku terk3jut, namun jauh disudut jiwa aku, aku sedikit gembira kerana aku lebih berjaya di universiti. Aku pun mula mesej Zamarul. Bertanya khabar berita.

Setelah beberapa minggu mesej, akhirnya Zamarul cerita yang bahawasanya ketika diawal universiti dulu, dia terpengaruh dengan beberapa rakan lain dan banyak menghabiskan masa untuk bermain video game sehingga lewat malam.

Oleh kerana mengantuk, dia juga kerap terlepas kelas keesokannya. Dia akur yang dia tersilap langkah dan terlambat untuk sedar kesilapannya. Dia tahu bahawa dia kena berhenti sepenuhnya bermain game tersebut sekiranya dia mahu baiki CGPA-nya.

“Game apa kau main sampai jadi macam ni? Berh4ntu sangat ke game tu?”, tanya aku. Zamarul sedikit malu selepas aku bertanya macam tu. Bila dia sebut nama game tu, terus aku tergelak besar. Zamarul bingung. Aku pun jelaskan bahawa game yang dia main tu, aku pun main juga sebenarnya.

Siapa tak kenal game bernama League of Legends (LoL) dizaman universiti mereka. Lepas tu perbualan aku dan Zamarul jadi lebih ringan kerana setelah sekian lama, kami masih mempunyai titik persamaan. Aku kata kepada Zamarul untuk bertenang, dan berkata bahawa tak perlu tinggalkan game tersebut, hanya perlu imbangkan waktu bermain dan belajar.

Malam tu aku terbaring senyum dekat diri sendiri. “La, aku main game tu gak. Takde pulak teruk sampai fail sana sini. Kira dia takde la power mana… “, senyum aku puas. Akhirnya, aku menang tanpa perlu bersusah payah.

Sejak pada hari tu, aku sering ajak dia bermain LoL bersama dan dia sudah kerap pulang ke rumah. Mak Zamarul berasa gembira, cuma aku seorang sahaja masa tu yang tahu bahawa Zamarul sedang meIawan “ket4gihan” bermain game dan mula mengurangkan waktu dia bermain.

Sikit demi sikit, waktu bermain game dia berkurang. Aku mula rasa gelisah bila dia “berceramah” dekat aku. “Weh, aku rasa kita kena stop dan kurangkan main LoL ni. Gred aku baru je nak okay sikit. Kalau hari – hari main, takut jatuh balik. Kau tak takut ke do CGPA kau jatuh sebab main game hari – hari?”

Aku panas. Aku tersentak. Serious la mamat ni samakan gred aku dengan dia? Terus aku cakap dekat dia. “Alah, kau belajar sana sini pun fail jugak nanti. Aku tak fail, kau je yang biasa fail. Tapi baik lagi kau main game. At least kau tak fail dekat dalam ni lol. ”

Zamarul tergamam. Dia tak cakap apa – apa, dan terus log out tak lama lepas tu. Aku tergelak sebab dia terasa. Aku teruskan hidup universiti aku seperti biasa. Main game, belajar, exam, lulus. Zamarul langsung tak baIas mesej aku dah lepas tu.

Tak pernah nampak dia online main LoL dah. Bukan tu je, dia juga kembali seperti dulu, kurang balik rumah dan banyak duduk di rumah sewa universitinya sahaja. Semester berlalu semester, aku masih dengar benda yang sama.

Ketika aku sedang mengambil sijil graduasi, aku masih dengar cerita pergelutan Zamarul dalam pembelajarannya sehingga akhirnya dia dibuang universiti dan dalam proses rayuan kemasukan semula di bidang lain. “Ingat lepas stop gaming jadi bagus la tadi. Fail gak rupanya”, sinis aku seorang diri.

Aku dah berjaya buktikan yang aku lebih bagus dan tak sama seperti dia. Aku teruskan hidup aku. Hidup selepas universiti lebih menc4bar sebab dunia bekerja lebih susah. Aku ambil masa 6-7 bulan untuk dapatkan kerja.

Bagi aku, dalam dunia ni, aku memang takkan jadi orang yang terbaik atau yang paling berjaya. Selepas 4 tahun bekerja hempas pulas lari bidang sana sini, aku berjaya capai gaji sekitar RM 2200+. Bukannya tinggi pun, dan sikit je sebenarnya.

Tapi tu semua tak penting, sebab yang penting, aku kalahkan Zamarul. Awal tahun tu aku dengar daripada kawan – kawan aku, yang Zamarul baru nak habis belajar, dekat universiti sama. Mak aihhh lama betul baru dia dapat Degree.

Tup tup 1 tahun lepas tu, MCO pulak datang. Aku pun rasa gelabah juga masa MCO, apatah lagi Zamarul yang baru nak kerja, tu pun kot kalau dia jumpa kerja. “Zam, Zam. Macam mana la kau nak kerja ye dak. Padan la dengan diri sendiri.” , sinis aku.

Ketika MCO, gaji aku naik sikit, jadi sekitar RM 3300+ kalau campur allowance, tapi kena buat kerja 2 orang sebab seorang tu diberhentikan. Fuhh nasib baik. Aku pun tutup buku persaingan aku dengan Zamarul. Bagi aku, kalau aku yang dah ada pengalaman pun macam ni, apatah lagi dia.

Jurang antara aku dan dia sudah terlalu besar untuk dia kejar. Habis je MCO, aku keluarkan duit KWSP, dan aku beli kereta MyVi full spec. Now tinggal rumah je untuk milestone seterusnya. Aku happy aku berjaya jadi lebih baik daripada Zamarul.

Kalah dengan kawan lain aku tak kisah, tapi aku menang Iawan Zamarul. Sampailah aku ternampak dia di stesen minyak sekitar sekolah menengah aku. Pakai baju kelabu lusuh dia tu, dengan rambut tak bersik4t. “Tu Zam ke tu? Selekeh betul kot weekend pun. Dah macam jobless…”, gelak aku kecil di dalam hati.

Kemudian aku perasan dia jalan ke arah sebuah Mazda CX-30. Aku terdiam. Aku tak percaya yang dia dah ada kereta dan dalam masa singkat dia sudah ada kerja yang mampu bayar kereta macam tu. Biar betul. Dia mula kerja lambat daripada aku kot.

Sekali lagi, aku tersentak. Aku terus buat operasi aku. Aku korek sana sini. Aku cari FB dan LinkedIn dia. Aku buat fake account sana sini untuk check social media dia, apa – apa sahaja untuk tahu gaji dia. Check website gaji, post Twitter/FB pasal posisi yang sama, etc. Dan akhirnya terjawab.

Selepas 2/3 tahun graduate bidang komputer, Zamarul berjaya dapatkan sebuah kerja di dalam bidang komputer dan mungkin dibayar gaji sekitar RM 7000 – 8000/sebulan. Aku terdiam. Entahlah. Aku bertungkus lumus selama 5/6 tahun bekerja luar bidang aku belajar, struggIe setiap hari dan masih dibayar sekitar 3K sahaja.

Bukan 1 tahun, bukan 2 tahun, tapi 5 tahun lebih aku non-stop berikan yang terbaik untuk improve diri aku. Semudah itu aku ditewaskan. Sepantas itu Zamarul mengalahkan aku tanpa dia sedari. Aku malu. Aku geram. Aku marah. Aku sedih.

Tapi aku akhirnya sedar. Sejak daripada dulu lagi, Zamarul memang sentiasa lebih bagus daripada aku. Ini buktinya. Aku saksinya. Kejayaan aku selama ini, tidak lain tidak bukan hanyalah bahtera yang hanyut dibuai dengki. Zam, kau sememangnya lebih baik daripada aku. Moga hasad dan iri hati aku berakhir di luahan ini. – Pian (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Senora Haznina : Hai Pian, kalau dari mula kau ketepikan rasa dengki tu, rasanya kau dan Kamarul boleh sama – sama naik dan berjaya sama – sama. Masa kt sekolah orang compare kau dengan dia, dia rileks je. Nak apply uni pun dia nak sama dengan kau jugak kan.

Lepas pointer dia okay sikit sebab kurang kan main game, dia nasihat kau jugak sekali kan. Nampak tak kat situ. Dari sekolah sampai dah kerja dlm kepala kau asyik nak banding je. Hairan aku berkawan dari sekolah takkan sikit pun kau takde doa yang baik – baik untuk dia. Harap confessor munasabah lah ye.

Amna Aleya : Sayangnya da hilang kawan baik yang sangat baik. Dia gembira sama – sama berjaya dengan bff dia tapi awak plak memilih untuk s4kiti dia. Semoga tt muhasabah diri dan berfikiran positif. Bersihkn hati, insyaallah perkara yang elok akan menjadi milik tt dan yang penting hati tt pun akan tenang.

Belajar dari kesilapan dan perbaiki diri jadi lebih baik. Dengki takkan bawa kita ke mana pun. Setiap orang rezeki dan kelebihan tak sama. Hargai apa milik kita dan raikan kelebihan orang lain.

Islah Nur : Bukan senang nak share sisi gelap diri sendiri. Semoga pian berubah dan berkawan kembali dengan zamarul. Susah dah nak dapat kawan baik tau. Dia tak tau kan hasad dengki kamu ni, dia cuma merajuk sebab kamu h1na dia fail je kan.

Bukannya kamu buat benda lain yang lagi dasyat macam fitnah dia, zaIimi diri dia atau ani4ya dia kan. So ada peluang untuk perbaiki diri, banyakkan istighfar dan banyakkan syukur. Belum terlambat lagi nak hubungkan kembali ukhwah tu.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?