Aku dgr kak ipar nangis dlm bilik, tiba2 abg dtg bilik aku tuduh aku r4ba isteri dia

Aku dengar kak ipar menangis dalam bilik, aku ingatkan diorang g4duh suami isteri. Abang aku datang bilik, ketuk pintu macam nak r0boh. Dia t4mpar aku, dia cakap aku r4ba isteri dia. Bila ayah dengar, aku kena t4mpar dengan ayah pulak. Aku suruh abang banggil kak ipar. Akhirnya mak datang jumpa aku..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua dan admin. Thank you lah kalau confession ni diterima dan disiarkan. Aku rasa nak share cerita apa yang jadi dekat aku. Cerita mungkin panjang, and sorry kalau ada ayat aku yang tunggang langgang.

Aku ada 4 adik beradik, aku anak no 2. Bawah aku, 2 perempuan. Dan aku dah disisihkan dari family aku. Hanya kerana fitnah dari abang aku sendiri. Ceritanya begini, abang aku ni dah kahwin. Dulu dia duduk rumah sewa, tapi disebabkan owner rumah tu nak duduk situ, jadinya dia pindah ke rumah ibu aku.

Jadi kitorang memang duduk sekali. Dulu kitorang rapat, tapi sejak abang aku marah sebab aku keluarkan kasut dia dari kereta, sejak tu lah aku dah tak rapat dengan dia. Aku cakap dengan dia pun bila perlu je. Kalau tak perlu, memang aku diam je.

So sampailah ada 1 hari tu, aku cuti, duduk kat rumah. Teriba abang aku ni ketuk pintu bilik, dia cakap sambil marah – marah “Qal, kau ada ambik duit aku tak, RM700 dalam laci?” Aku cakap takde, dari tadi aku dalam bilik. Lepas tu dia marah – marah lagi, dia mengadu dekat ibu konon aku yang ambik.

Ibu aku pun p4ksa – p4ksa aku suruh mengaku, “masalahnya memang Qal tak ambik bu, Qal pun ada duit laa bu”. Last – last ibu aku suruh abang aku tu cari betul – betul. Lepas tu dia pun senyap je, aku tak tau laa mana duit tu.

Along aku ni banyak cari salah aku, selalu mengadu konon aku caIarkan kereta dialah, aku ni ambik barang dia lah. Dulu, berapa banyak video Iu**h yang Along download dekat laptop aku, lepas tu duk cakap dekat ibu video tu aku yang download.

Dan ibu dengan ayah aku pun macam percaya je dekat dia. Kemuncak dia bila, aku dengar kak long aku ni menangis – nangis dalam bilik, sebab bilik aku dengan dia berdepan. Aku ingatkan diorang g4duh ke apa, rupanya bukan.

Abang aku datang bilik, ketuk pintu macam nak r0boh “Qal! Kau keluar kejap!” Aku pun keluar. Aku yang tengah terpinga – pinga ni tetiba abang aku t4mpar, pastu dia cakap, “kau kalau dah gatal sangat tak payah nak r4ba kakak ipar kau laa s3tan!”

Aku cakap, “ehh apa ni tetiba nak Iempang aku, kau tu jangan b4bi buta je nak tuduh orang.” Parents aku keluar bilik tanya nape kec0h sangat, “ni haa yah, Ana bagitahu Qal ni duk gesek – gesek kat dia.” Bila ayah dengar ni, ayah terus Iempang aku sekali.

Aku masa ni menangis, sebab semua macam tak percaya aku dah. Aku t3ngking abang aku, “kau panggil Ana tu, kau dengar cerita sebeIah je mana boleh b0doh!” Dia panggil Ana, aku cakap kat dia, “kak, kau cakap apa kat along? Kau jangan buat cerita, Qal yang kena.”

Aku memang dah kau aku je dengan kak ana tu. Lepastu dia diam je, sambil nangis. Adik aku yang bongsu cakap “ceIah mana dia gesek tu? Bila angah gesek?” Pastu kak Ana tu cakap, masa kat dapur. Aku terus, “kepala hangguk kau laa, aku pergi dapur pun tidak.

Lagi nak tuduh aku, aku selama ni nak pakai seluar pendek depan kau pun tidak. Ni lagi nak nak buat tak elok dekat kau”. Aku terus masuk bilik, aku tak keluar bilik sampai malam. Adik aku whatsapp aku, “ngah, adik tau bukan salah angah.

Tapi nak buat macam mana, ayah lebih percaya kat along. Adik try jugak cakap, tapi adik balik kena marah”. Tak lama tu.. Ibu datang bilik aku, ibu cakap, “Qal, carilah rumah lain. Duduk lah asing. Jangan duduk sini, ibu tak nak dah dengar along tu marah”.

Aku macam terk3jut laa, patutnya along yang kena keluar. Apsal aku pulak. Tapi aku betul – betul dah merajuk, aku cari bilik sewa. Seminggu lepas kejadian tu, aku pindah. Tapi yang buat aku terkilan, parents aku memang tak dengar aku punya penjelasan.

Diorang percaya bulat – bulat dekat abang aku tu. Mungkin sebab diorang percaya kat video – video Iu**h yang ada dalam laptop aku tu kot. Lepas aku pindah, aku lalui hari – hari aku macam biasa, adik aku pun okey dengan aku.

Tiap – tiap bulan aku masih bagi parents aku duit. Walaupun diorang tak tanya pun aku ni okey ke tak. Diorang pergi bercuti 1 family, tanpa aku. Sedih sangat, seolah – olah aku ni bukan anak dia. Kemudian ada 1 hari tu, adik bongsu aku bagitahu.

Abang aku ni masuk hospitaI, aku pun tanya kenapa? Rupanya kaki dia tu macam ada Iuka, besar jugak lah tak boleh jalan sebab s4kit sangat, asalnya bisuI je. Dia pergi em3rgency, then kebetulan along dimasukkan ke wad aku.

Sepanjang dia masuk wad, memang aku yang jaga dia. Aku cucikan Iuka, aku papah dia masuk bilik air. Aku tukar daiet dia, ke daiet yang sedap sikit. Tapi 1 patah pun dia tak cakap, apatah lagi Terima Kasih dari dia. Ibu aku datang melawat pun, aku rasa lain bila cakap dengan ibu.

Tak tahu laa, sebab dah jarang jumpa kot. Bukan aku tak balik, cumanya bila aku balik. Aku macam orang asing, pandai – pandailah bawak diri. Adik aku 2 orang tu je yang okey, itupun ibu aku macam tak bagi cakap dengan aku sangat.

Berbalik dekat wad tadi, bila habis syif aku. Aku pesan kat kawan aku, “haa ni abang aku, jaga elok – elok.” Lepas esoknya, tau – tau kawan aku cakap “Qal, aku dah tukar abang kau ke katil yang selesa sikit. Disebabkan dia abang kau, aku pindahkan kasi selesa.”

Tapi sikit pun dia tak terima kasih dekat aku. Bukan aku nak suruh dia sujud pun, cukup hanya ucap terima kasih. Tak susah mana pun. Sampaikan dia keluar wad pun, aku tak tau. Masa tu kebetulan aku cuti 3 hari, bila masuk kerja balik.

Aku tanya kawan, mana abang aku. Tau tau dia cakap, “ehh abang kau dah discaj lah Qal. Kau tak tau ke?”. Tapi sebab kan aku tak nak diorang tahu pasal family aku ni. Aku cakap kat dia “oh.. Haah, ada dia bagitahu kat group. Aku baru baca ni haa.” sambil tu aku pura – pura scr0ll whatsapp.

Aku tak berdend4m, aku cuma nak family aku macam dulu balik. Itu je yang aku mintak. Aku nak parents aku tahu, aku tak buat benda tu. Bukannya aku tak cuba pert4hankan, aku cuba terangkan dekat ibu, tapi aku dah di ‘blacklist’ dari family aku.

Aku sedih.. aku tak boleh cerita semuanya dekat sini, kalau cerita kat sini. Rasanya, mau 3 4 part baru habis. Sorrylah kalau ayat aku ada yang tunggang langgang, aku ni bab karangan memang payah. Pada yang kena macam aku, just redha je lah.

Tapi selagi bernafas, berbaktilah kat parents kita. Walaupun kita tak dianggap sebagai ahli keluarga. Dan pada yang fitnah tu, aku doakan kau bahagia lepas sebarkan cerita buruk pasal aku. Sekian, terima kasih kerana sudi baca kisah aku ni. – Qalcium

Komen Warganet :

Afifah Sumayyah Mohmad Nawawi : Kesiannya, patutnya abang kau yang dah kahwin tu la yang kena pindah keluar. Bini dia takkan nak 24 jam pakai tudung betul tak. Lelaki dah kahwin patutnye kena sediakan tempat tinggal untuk anak bini.

Untuk elakkan fitnah macam ni lah. Masalah dekat sini abang kau tu haa, tak faham tanggungjawab. Hangin jer.

Fazlinz Linz : S4disnya. Yang along tu pun satu hal. Dah kahwin masih menumpang rumah mak bapa. Usaha la cari rumah sewa. Mak bapa patut buat peraturan cuma yang bujang boleh stay kat rumah tu. Nak balik ziarah boleh tapi tak boleh nak tinggal terus. Pandai – pandai dia laki bini nak hidup..

Untuk Qal pula.. Yakin la. Kebenaran memang pahit untuk ditelan tapi kebenaran akan muncul juga.. Walau mengambil masa yang lama. Sabar dan banyakan berdoa. Doa Qal sedang dimakbulkan Allah tanpa hisab.

Huzaifah Mazlina Mohd Alias : Sedihnya. Bertabahlah bro. Saya respect walaupun mak ayah macam dah tak ngaku anak, tapi masih lagi tunaikan kewajipan dengan bagi duit bulanan pada mereka. Moga Allah murahkan lagi rezeki, Iimpahkan rahmat, bersabarlah. Stay strong

Tia Mumtaz : Nak nasihat pun ramai dah bagi nasihat. Tapi mungkin mak awak terp4ksa cakap macam tu. Dia tau awak tak salah, tapi mak ters3pit sebab ayah percaya bulat – bulat cakap along.

Dah nama pun abang long Isteri dia tak selesa ada adik laki kat rumah, adik laki pulak yang kena keluar. Sepatutnya abang long dan kak long la kan duk luar sebab diorang dah kahwin pun.

Takpelah Qal, duduk jela luar dari macam – macam lagi fitnah dia nak tabur kan. Dekat orang tua, teruskan berbakti. Nanti kalau dah nak kahwin, cerita elok – elok silap paham ni kat bakal isteri. Nanti kalau bakal isteri tak tahu nanti macam – macam pulak cerita tak sedap diorang jaja kan. Doa elok – elok, doa orang terani4ya memang Allah s.w.t akan makbul.

Zaujah Azmi : Tak pe dik, tak m4ti pun ayah Iempang kan. Moga ada khabar yang indah selepas badai yang meIanda. Tak apa ibu dan ayah buat macam tu, suatu hari nanti pasti dia dapat menilai yang mana intan yang mana kaca.

Buat jelah macam biasa dekat ibu dan ayah, sebab itu ladang syurga bagi kamu. Doakan mereka setiap waktu solatmu, minta sungguh – sungguh dekat Allah. Percayalah, akan ada manisnya selepas ni. Jangan sedih ye dik, sebab Allah sedang menguji sejauh mana keimananmu saat kamu sedang diuji.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?