Aku duduk flat, baru nak lepak dgn kwn2, jiran depan rumah bawa par4ng suruh diam

Makcik psik0 ni duduk rumah hujung sekali. Ada satu kali tu adik – adik aku main mercun pop pop, dia keluar rumah tengok kami dalam 3 minit macam tu. Lepas main aku sapu sampah semua letak dekat hujung. Tiba – tiba dia datang rumah mengadu dekat ayah aku cakap sampah aku masuk dalam rumah dia.

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua. Terima kasih admin jika cerita saya disiarkan. Saya menulis cerita ini bukan untuk membuka aib sesiapa. Tetapi untuk buatkan pengajaran okey. So let’s go!

Aku ni baru pindah kat sini. Maaf nama tempat dirahsiakan. Rumah aku pindah ni adalah rumah flat berbelas tingkat. Kedudukan rumah aku hujung sekali tapi second last. Jiran puaka ni pulak duduk depan rumah aku tapi rumah dia hujung.

Jiran depan rumah aku dan jiran sebeIah rumah belah hujung alhamdulillah dapat jiran yang baik sangat – sangat. Korang faham tak? Kalau tak faham hmm. Cucu jiran sebeIah nama Razak, rapat dengan adik – adik aku. Nama adik aku Timah dan Roziah.

Okey bermulanya cerita dia macam ni. Jadi, dekat beIah hujung ni ada tempat luas la juga boleh buat tempat lepak – lepak. Razak, Timah dan Roziah selalu main sama – sama. Kadang – kadang main kat rumah aku, kadang – kadang main kat rumah Razak.

Kalau dah bosan main kat rumah dorang main kat luar pula. Main kat hujung beranda. Tengah main – main tu makcik puaka tu keluar marah budak – budak ni jangan main kat situ sebab bising. Okey aku tahu budak kalau dah main memang bising kan?

Okey takpe. Next dorang main kat situ lagi tapi aku mengawasi dorang la ya tak bagi bising. Dan mak cik tu keluar cakap jangan bising. Otak aku jem. Bila masa dorang bising. Lepas tu aku dah tak bagi dorang main kat situ dah. Nak main situ kena ada orang dewasa.

Next part. Abang aku dan kawan dia lagi dua orang duduk situ lepak la kan. Serius dorang tak bising wei. Sebab aku join dorang. Hahahaha. Tak lama lepas tu mak cik tu keluar cakap jangan bising. Aku pun tak tahu la telinga dia macam mana.

Masalahnya dia boleh tahu kalau ada orang lepak dekat luar walaupun kau tak buat bising. Aku sampai rasa mak cik tu psik0. Next part. Masa tu raya. Aku dengan adik – adik aku main la mercun pop pop. Sekian lama tak main kat hujung tu.

Tengah syok main ni mak cik tu keluar tengok saja. Dalam tiga minit camtu. Aku buat tak tahu saja mak cik tu sebab aku dah mula benci dan menyampah dengan dia. Bila dah siap main tu aku pun sapu la kertas mercun tu ke bucu tangga sebab nanti acik cleaner sapu.

Pastu aku balik rumah. Dalam lima minit macam tu makcik tu datang. Dia mengadu kat ayah aku cakap sampah aku sapu tadi masuk sampai dalam rumah dia. Sebenarnya ayah aku, jiran sebeIah dan jiran depan rumah pun beng4ng dengan dia.

Lepas tu ayah panggil aku dan t4mpar belakang aku pastu suruh sapu balik. Ayah bukan nak marah aku tapi nak marah makcik tu. Aku rasa macam tak adil saja. Time sapu tu makcik tu cakap

Mak cik : mak cik tak marah pun awak main depan ni, tapi sampah yang awak main masuk dalam rumah makcik.

Aku : kau diam la.

Serius! Aku tak pernah kurang ajar macam ni. Tapi tak tahu kenapa aku rasa benci sangat dengan makcik tu. Next part. Sebelum aku tahu per4ngai makcik psik0 ni macam ni. Aku pernah lepak dengan adik aku kat hujung tu. Makcik tu keluar pastu dia cakap,

Makcik : Adik ada bau tak rumah sebeIah makcik ni busuk?

Aku & adik : takde pun cik.

Makcik : makcik tak tahu la kenapa rumah sebeIah ni busuk. Mengganggu makcik. Tak tahu la apa dia masak atau pakai. Busuk nyaaaa. Aku pun start la tak suka jiran depan ni. Yang sebeIah rumah makcik giIa ni kan. Mungkin sebab aku tak suka sebab dia ganggu jiran lain dengan bau busuk dia.

Rupanya takde bau pun weh. Makcik tu buat fitnah. Banyak la dia fitnah. Fitnah aku, fitnah jiran – jiran. Bila dah tahu per4ngai dia macam tu aku jauhkan diri aku dari makcik tu. Dan per4ngai sebenar dia adalah macam yang kat atas aku cerita tadi.

Sampaikan abang aku dan kawan dia lepak tapi tak bising dia keluar sambil bawa par4ng. Dia tak marah. Cuma cakap jangan bising. Sambil tangan kat belakang yang tengah pegang par4ng. Sump4h psik0! Rumah tu dia duduk sorang saja.

Banyak lagi dia buat benda yang membeng4ngkan orang! Banyak lagi nak cerita. Tapi panjang – panjang karang takut orang bosan atau tak baca. Kalau nak tahu lagi cakap nak okey. Thanks korang. – Sofea (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Nur Fikriah : Rasenye confessor yang tak pandai hormat jiran. Mane ade melepak tak bising bile borak. Satu lagi, ade ke patut main mercun depan umah orang. Main la depan umah sendiri. Saya pernah duk flat, budak – budak lepak bawah skali kat tempat parking, rumah saya tingkat 3. Ya Allah, diorang bersembang sampai tingkat 3 dengar. So di sini. Confessor yang patut jaga tingkah laku, hormat jiran tu.

Afifah Ali : Saya pernah duduk flat, tingkat 5. Kadang – kadang orang bersembang kat parking lot bawah pun boleh dengar sampai atas tau. Bunyi mesej hp jiran bawah rumah pun boleh dengar. Apatah lagi kalau lepak di hujung koridor. Kesian makcik tu. Mungkin dia betul – betul perIukan ketenangan. Awk pernah tanya tak khabar makcik tu? Jangan nak membenci je tapi tak pernah peduli pun.

Lemon Razs : Awak pun ada salahnya juga. Bab bising tu.. tempat tu tak sesuai nak main. Apatah lagi main mercun. Serius tak boleh brain. Lepas main sapu tapi tak buang terus. Pergi letak hujung tu kenapa. Hidup ni kena la rajin jadi pembersih.

Sampah ringan mudah terbang. Kalau saya jadi makcik tu pun marah. Rumah flat ni setahu saya memang sempit. Jadi kalau berborak dengan member pun orang lain boleh dengar. Lagi satu orang tua kan.. sebenarnya orang tua tu keseorangan.

Try la berbaik. Saya dah jumpa orang macam tu. Bila kita selalu bagi kata pujian, cakap baik – baik bagi hadiah ke apa. Nanti dia akan ok. Cuma maybe dia str3ss tu yang sampai itu tak kena, ini tak kena.

Miz Atom : Dear confessor. Kenapa mesti nak lepak kat tempat makcik tu? Itu kawasan dia, suka hati dialah kann. Saya pun pernah duduk mnyewa kawasan rumah sebegitu, luas selesa. Ramailah budak – budak main depan rumah, paling tak seronoknya sesuka hati depa buang sampah depan rumah.

Bukan sikit tapi banyakkk. Conteng rumah lak tu. Panjat pagar lah, mer0kok depan rumahlah bagai! Mujur makcik tu, tak campak budak tu ke bawah kannn. Bersyukurlah dapat jiran baik begitu.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?