Dah lebih 10 tahun jiran tu diam je walaupun muka masam. Tapi start tahun lepas dia buat hal. Dia curah air sabun depan rumah, dia kata bau busuk, bising pasal kucing, pasal anak aku bising main bola depan rumah dia..
#Foto sekadar hiasan. Hi semua. Boleh panggil aku Gorilla je, ibu dah beranak, muda bergetah lagi 40an. Aku nak meluah pasal jiran – jiran aku yang per4ngai pelik. Sebelum teruskan, aku tinggal di rumah flat yang jenis koridor panjang boleh pegi je semua pintu rumah orang lain.
Rumah aku dekat dengan tangga tapi bukan unit paling tepi. Ada jiran bujang terlajak tinggal sorang di unit tepi. Depan pulak ada jiran dah bercerai, kadang – kadang keluarga dia datang. Biasalah duduk flat, ruang sempit, tempat nak kenduri, nak main pun tak ada.
Sebab barang keluarga kami m4kin hari m4kin bertambah, suami aku pasang rak di dinding kosong depan rumah si bujang. Mula – mula rak kecil, jiran diam je walaupun selalu pandang muka tak puas hati. Lama – lama m4kin banyak, makan ruang dan tinggi sebab suami aku pun ada hobi suka simpan barang lama kut nanti nak guna.
Selain tu rumah kami berkat, selalu ramai bertandang, jadi kami sedia kipas, meja dan kerusi buat senang nak duduk di koridor depan rumah kami. Bila jiran or rider lalu kami bagi je laluan, bukan nak halang pun. Aku nak tekankan, barang kami banyak tapi tak kacau pun ruang atau laluan jiran bujang tu. Jiran lain pun elok je lalu tak ada halangan atau masalah.
Seminggu sekali suami aku dengan kawan lelaki dia akan masak daun k3tum sekawah besar depan rumah kami, masa tu memang barang akan dialih kejap ke depan rumah jiran. Dulu selalu jugak masak depan pintu jiran. Sekejap je pun pastu alih balik.
Tapi jiran ni memang muka masam tak bole bincang, sebab tu takde orang nak kot. Bukan kacau dia pun. Tak paham aku ape masalah. Susah la hidup berjiran takde bertolak ansur ni. Aku pernah try jemput dia ke kenduri aku tapi dia buat b0do je. Kera sumbang. Sekali tu je la.
K3tum tu bukan nak buat ape, cuma suami aku kerja bawak lori penat. Memang perlu minum kalau tak, lama dah eksiden. Tak pernah pun jiran terganggu dengan k3tum tu. Setakat bau bukan kuat pun. Kalau nak sikit mintakla, bukan taknak bagi. Drama je lebih.
Dah lebih 10 tahun jiran tu diam je walaupun muka masam. Tapi start tahun lepas dia buat hal. Jiran tu curah air sabun depan rumah dia, laluan semua orang ke tangga. Tak mop ok, bergenang air sabun. Alasan bau busuk, padahal takde ape pun.
Habis licin kami sekeluarga nak lalu ke rumah sendiri pun susah. Aku sound petir kaw – kaw, satu blok boleh dengar biar dia malu. Tapi lepas tu jiran tu sound laki aku pasal kucing, anak aku pun kena marah. GiIa cari pasal betul.
Aku ni memang cepat marah kalau orang kacau aku dan family aku. Lagipun kami tak buat apa yang menyalahi undang – undang tapi jiran tetap nak cari pasal. Suka hempas pintu, buka TV kuat – kuat, berani sound anak aku dengan kawan dia main bola.
Siap pernah dibab*kan anak aku t3ndang bola kena rumah dia. Padahal rumah dia ada pintu besi, bukan direct kena pintu kayu pun. Dah la beruk tak bergaul dengan orang, pastu giIa pulak. Nak jugak bagi aku menyirap, saje tunjuk berani gamaknye.
Yang jiran depan pun sama, dah lebih 10 tahun takde isu tiba – tiba tak suka anak aku main depan rumah dia. Jangan duduk flat la camtu. Duduk flat memang kena hadap je budak – budak main bunyi bising, kotor orang kenduri depan rumah tu biasalah.
Aku pernah g4duh sampai pecah barang dia, padan muka. Dah la bukan Islam. Dia tak tahu orang Islam ni d0sa banyak manapun masuk syurga akhirnya, tak macam dia kekal dalam ner4ka. Aku ni anak bekas pegawai berunifom.
Bapak aku siap terlibat handle masa kecoh perg4duhan 1969 dulu, so aku memang garang. Setakat nak ganyang jiran – jiran perempuan ni celah gigi je. Asrama budak UniKL dekat taman aku ni selamber jer aku sound, dengan guard sekali kena. Malam – malam buta gelak kuat dah kenape. Silap besar la sape kacau aku.
Salah ke aku jaga hak aku dan anak aku untuk main di tempat selamat? Padang bola jauh, takkan aku nak bawak anak – anak aku pergi sana selalu. Dah la aku penat nak kemas rumah masak semua hal, hantar anak lagi, hal sekolah lagi.
Aku rasa jiran – jiran aku semua nak cari pasal dengan aku sebab dorang dengki aku ada suami dan anak – anak. Jiran aku pulak bujang tak laku, satu lagi bukan melayu dah bercerai tapi selalu keluar malam s3ksi dengan laki.
Apa perlu aku buat bagi jiran tak cari pasal? Tolong la jangan suruh kami pindah. Duit kami tak banyak, simpanan pun takde. Gaji laki aku tak banyak mana, aku pulak tak kerja. Jiran – jiran kerja, berduit je tak macam aku.
Aku tau mulut aku jahat, tapi aku macam tu semua sebab jiran ye.. aku pun diuji dengan s4kit dan macam – macam hal. Bertimpa masalah, tolong doakan aku.. – Gorilla (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Nadd Tajuddin : Dah tahu duit tak ada, mampu duduk flat je jaga lah hati jiran – jiran sama. Bukan buat macam satu blok tu kau yang punya, orang takkan heran pun kalau kau anak beruniform ke pencen sprm ke asal ada adab orang hormat ko.
Ni dah lah miskin, takde adab pulak lagi mulut macam pu4ka duduk rumah mengata orang je kerjanya langsung takde nak jaga hati jiran, kalau aku jadi jiran engko bukan takat masam muka je lebih pada tu aku buat tapi syukur duit aku lebih sikit pada ko so takde duduk macam ko tuuu.
Aku tak mengata rumah flat ni sebab laki aku pun membesar dari rumah flat dulu, after kahwin dia dah taknak duduk flat better teres je tauuu sebab mungkin dia pun risau jiran tetangga jenis engko ni kot kak.
Cik Munirah : Confession dari jiran yang bujang tu ke? Bersepah ek golongan macam ni. Ni baru betul – betul mentality b40. Letih nak ngadap jiran per4ngai macam ni. Rumah dia pandai nak lapang. Lepastu barang – barang letak depan rumah orang. Takde otak betul.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.