Aku duduk rumah teres tapi suami bela ayam, burung merpati dan kucing. Lalat m4kin banyak, binatang ber4k rumah jiran

Dah la bela binatang sampai busuk dengan n4jis sampai rumah jiran, suami suka bakar sampah habis berbau baju jiran. Aku sangat takut kami dibenci jiran – jiran. Selain itu..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua pembaca. Nama aku Tasha. Sudah berkahwin selama 12 tahun dan tinggal dikejiranan ini selama 8 tahun. Aku dan suami baik – baik sahaja, cuma ada perkara yang membimbangkan aku, mengusutkan fikiran dan menyesakkan d4da. Ya, seperti tajuk yang kalian dapat baca, itu lah masalah aku.

Suami aku karakternya pendiam sahaja, seorang yang workaholic (keluar pagi, balik malam, kerja 6 hari seminggu). Punya hobi yang bagi aku sangat tidak sesuai dengan dirinya yang tidak punya banyak masa di rumah, iaitu membela pelbagai haiwan peliharaan.

Tinggal di kejiranan taman perumahan walaupun ada secebis tanah di kiri kanan dan belakang rumah, aku kira bukan lah suatu hobi yang sesuai dilakukan. 1. Bela ayam api. Suami sangat bangga dapat memiliki ayam api.

Kepada yang tidak tahu, ayam api sangat suka buat bunyi bising, berpanjangan bunyinya tak kenal penat. Aku sudah mula resah, takut bunyi yang kuat dan bising mengganggu jiran – jiran, apatah lagi yang ada anak kecil. Bila suami keluar bekerja, aku akan tangkap ayam itu, letakkan dalam sangkar kecil, aku bawa dia pergi jauh dari rumah kami.

Untung juga masih banyak kawasan kosong di taman perumahan kami yang belum dibangunkan. Aku bekalkan makanan dan air dalam sangkar, aku tinggalkan di tempat redup. Menjelang petang, aku ambil semula ayam itu.

Lama kelamaan aku menjadi letih menguruskan kerja yang bukan sepatutnya tugas aku. Aku pujuk suami agar tidak lagi membela ayam itu dan berpesan agar menjaga perhubungan dan keharmonian hidup bermasyarakat.

Akhirnya dia setuju, dan bawa ayam itu ke tempat kerjanya. (Tempat kerja ada mini zoo yang pekerja – pekerja bina sendiri untuk membela haiwan). Syukur satu bab… tapi datang lagi baIa yang lain. 2. Bela ayam selasih dan ayam kampung.

Tak lama lepas kejadian ayam api tu, suami bermula kembali dengan hobinya. Kali ini dibelinya pula. Dua ekor ayam selasih, dua ekor ayam kampung. Dibinanya reban di belakang rumah. Seperti dijangka, aku lah yang banyak menguruskan ayam – ayam itu kerana dia tak pernah ada masa lapang di rumah.

Lama kelamaan lalat m4kin membanyak. Bau t4hi ayam menyelubungi kawasan rumah. Bau sem4kin kuat kalau tanah basah akibat hujan. Aku sem4kin risau keselesaan jiran – jiran. Aku juga kasihan lihat ayam – ayam tidak hidup bebas. Sekali sekala aku lepaskan juga ayam – ayam itu bermain di luar.

Habis ruangan porch kami diber4k ayam. Lepaskan pula ke luar pagar. Diber4k pula depan rumah jiran – jiran. Ya Allah, dugaan apakah ini. Banyak kali aku pujuk suami supaya berhenti membela ayam – ayam itu, tapi dik4tanya sayang sebab ayam – ayam itu suka bertelur dan gemuk – gemuk semuanya.

3. Membela merpati. Mula – mula di bawa balik 2 ekor merpati. Aku dah mula resah. Apa pula kali ni. Aku tak pernah tahu yang burung merpati sangat cepat membiak. Dalam masa sekejap, bilangan merpati dah bertambah.

Disebabkan jinak dan tahu kembali semula ke sarang, suami lepaskan. Sayangnya merpati – merpati itu buat hal di rumah jiran, bertenggek di outdoor unit aircond jiran, berak dengan gembiranya di situ. Nak ditangkap semula bukannya mudah. (Ada yang jenis degil).

Berkali – kali aku mohon maaf pada jiran dan menaw4rkan diri membersihkan n4jis – n4jis burung itu, tapi ditolak dengan baik oleh jiran aku. Akhirnya baru – baru ini semua merpati yang ada dapat dikumpulkan semula, dan akhirnya aku juga berjaya pujuk suami supaya bawa burung – burung itu ke mini zoo di tempat kerjanya. Syukur lagi padamu Ya Allah.

4. Membela kucing. Sehingga kini ada 12 ekor kucing di rumah aku yang hidup lepas bebas, tak pernah dikurung. Dari mana asal kucing – kucing itu? Asalnya di bawa dari rumah kakak ipar aku hanya dua ekor kucing betina.

Nama pun kucing betina, memang kerjanya beranak sahaja. Sekejap sahaja dah beranak pinak. Kos makanan kucing usah cakap. Tapi yang lebih memeningkan adalah n4jis kucing yang merata. Sungguh aku malu dengan keadaan rumah kami.

Sangat busuk dengan n4jis kucing. Sedikit pun aku tidak dibantu menguruskan n4jis – n4jis itu. Aku sendirian menguruskannya. Walaupun ada pasir kucing disediakan, namun jarang sekali kucing – kucing itu mahu ber4k di pasir. Sesuka hati sahaja di mana sahaja.

Ada satu ketika jiran komplen dalam group whatsapp taman, siap tunjuk gambar kucing kami yang selalu ber4k di rumah jiran. Suami mula naik angin bila jiran mengata. Bila sahaja dapat tangkap kucing itu, terus diambil dan dibuang ke pasar.

Aku sem4kin tak tahu nak buat apa bercampur dengan penat setiap hari membersihkan kawasan rumah dengan n4jis kucing. Aku guna sangkar merpati tadi, aku kurung semua kucing dalam sangkar dan letakkan pasir dalam bekas.

Dah jadi rutin aku pula setiap hari menguruskan haiwan peliharaan suami aku semata – mata tak mahu kucing mengganggu jiran – jiran. Baru semalam dia lepaskan semua kucing sebab kasihan katanya. Aku m4kin keliru dan tertekan. Dan masalah ini masih membelenggu hingga kini.

5. Membakar sampah. Suami aku punya hobi, bila dia ada di rumah, dia akan trim pokok – pokok yang ada, kumpulkan sampah sarap yang ada, dan bakar! Telah banyak kali aku beritahu, tak boleh membakar sebab asap itu boleh mengganggu jiran. Tak diendahkannya.

Banyak kali juga aku merajuk sebab suami buat aktiviti membakar sedangkan di luar rumah penuh dengan jemuran. Habislah jemuran aku berbau asap. Itu belum dikira asap yang kena pada jemuran jiran. Aku sangat takut kami dibenci jiran – jiran, sedangkan semua yang berlaku bukannya dari perbuatan aku.

6. Ambil buah – buahan wakaf. Di taman kami ada pokok mangga jenis kuinin yang sedang berbuah. Sedap dan elok buahnya. Buah itu diwakafkan oleh salah seorang penduduk taman kami tapi beliau tidak tinggal di taman kami.

Aku perhatikan asyik – asyik suami aku sahaja yang ambil buah – buah itu setiap minggu. Setiap kali petik 9, 10 biji dan dibawa ke tempat kerja. Aku tegur, tinggalkan lah sikit untuk jiran – jiran lain, biar sama merasa. Aku takut sangat orang label kami pelahap, mentang – mentang buah wakaf. Tapi katanya masih banyak lagi di pokok.

Aku sangat kecewa dengan suami yang tidak tahu hukvm berbuat baik kepada jiran, tidak tahu hukvm meny4kiti jiran. Aku tak tahu nak tafsirkan peribadi suami aku bagaimana. Aku lihat setiap kali selepas solat, panjang dan khusyuk doanya, tetapi dalam hal hidup berjiran tidak diendahkan hati perasaan jiran tetangga.

Aku berharap tak ada lagi haiwan – haiwan lain yang dibawa balik ke rumah selepas ini. Cukup – cukup lah aku menjadi penjaga haiwan selama ini. Jiran – jiran pula, tolong maafkan kesalahan kami. Kami taknak berd0sa, apatah lagi masuk ke ner4ka kerana sentiasa meny4kiti hati kalian. – Tasha (Bukan nama sebenar)

Komen w4rganet :

Aimi Sarah Abdullah : Saya cuba ringkaskan komen – komen di bawah ya. Sis call PBT. Pasang ceramah ustaz mengenai hak jiran. Pura – pura s4kit. Jumpa pihak masjid atau meminta bantuan dari jiran yang lebih berusia untuk menasihati suami.

Pindah dok tanah lot. Beli tanah pertanian, usahakan sepenuhnya. Pengalaman saya, menghadapi kerenah manusia yang test enjin kereta dari sesudah syuruk hingga terbenam mentari. Tak cukup enjin motor, dia test horn kereta.

Pakej lengkap pulak berjemaah anak beranak ya. Settle kereta, dia perosah motor pulak. Allahu. Saya nak dapat anx1ety rasanya. Mengadu pada jiran – jiran dalam group wasap, maklum yang emosi saya ni dah tak stabil dan sebagainya. Ada pengurangan. Sambil – sambil saya pasang ceramah UAI mengenai jiran suka press enjin kuat – kuat. Panjang lagi nak tulis ni.. hehehe..

Suhana Abdul Samad : Awak memang tak mampu nak ubah per4ngai suami tu. Tapi awak mampu berdoa untuk dia dan awak mampu minta maaf bagi pihak suami awak kalau ada jiran yang terasa dengan sikap suami tu.

Sekali sekala hantarlah kuih – kuih buat jiran – jiran terdekat dan mintak maaf kalau baju bau asap. Kalau terpij4k t4ik kucing / t4ik ayam.. buat mana yang mampu. Semoga Allah permudahkan..

Ekin Aman : Saya melihat suami sis ni tak sesuai tinggal di taman perumahan. Jiwa dia lebih sesuai tinggal di kampung dengan melihat minat dia tu. Mungkin boleh bincang untuk move ke kawasan yang lebih sesuai supaya masalah sis ni takkan berulang lagi.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.