Aku gugurkan kandungan sebab str3ss dengar mak pak aku yang h1na kami laki bini

Mak kata sebab aku beranak confirm lagi susah mereput dengan tak ada barang kemas nak digadai bila masa sesak – sesak. Mak pak aku ni tak suka budak – budak, bila kalau aku pergi rumah dorang, bapak aku akan kuncikan pintu bilik tak bagi anak – anak aku masuk..

#Foto sekadar hiasan. Salam min. Aku ada benda nak pendapat semua nie. Ini bukanlah pasal rumahtangga aku cuma masalah dengan IBU BAPA aku min. Macam ni ceritanya, aku sekarang tengah mengandung anak no 3 dah hampir dengan tarikh bersalin pun. Ada anak 2 orang, sorang 5 tahun dan sorang lagi 3 tahun. Suami aku bekerja sebagai pemandu lori ja, tapi hantar barang dekat – dekat bukan jenis kontena tu. Alhamdulillah kami tinggal asing dari mak bapak.

Masalahnya min, aku str3ss la kadang – kadang aku luah perasaan dekat mak aku pasal itu ini kadang – kadang mak aku selalu sabitkan kerja laki aku, lepas tu campurkan dengan kes mengandung. Katanya, “confirm beranak ni lagi susah mereput dah la tengah susah, barang emas pun tak ada nak gadai susah – susah nanti,” ha macam tu ayat dia.. Aku sentap la min, menangis aku disebabkan kata – kata mak aku..

Kenapa dekat kakak aku yang umpama tanggang modern versi betina tak mau pulak dia kata macam tu.. Padahal, kalau akak aku berkata – kata umpama macam anak derh4ka.. Siap tuduh lagi mak pak aku yang bom0hkan anak dia sampai s4kit kulit, caIitkan minyak dekat rumah dialah, boleh pulak abang ipar yang tak sukakan mak pak aku. LagiIah dia r4cun fikiran akak aku.

Tapi yang aku hairan, akak aku mengandung beranak siap dia ucap tahniah, siap follow up lagi perkembangan anak – anak akak aku, siap pelawa diri lagi nak jagakan kak aku dalam pant4ng dekat KL sana.. Adakah disebabkan akak dan abg ipar aku bekerjaya? Jadi parents aku tak berani berkata – kata. Tapi dengan aku nie yang tak pernah sekali pun tinggikan suara dekat mak pak aku, yang ni lah mak pak aku dok h1na.. Cakap lebih kurang ja bila aku tengah mengandung ni, pernah sekali aku gugurkan kandungan disebabkan terIampau str3ss nak hadap mak pak aku, kerana dengar dorang h1na kami laki bini.

Sampai 1 tahap hari – hari aku menangis, tak makan, fikir nak bunvh diri, Adakah faktor laki aku kerja sebagai kuIi orang saja dan bukan gov? Disebabkan aku surirumah? Satu lagi untuk pengetahuan semua, makpak aku memang tak sukakan budak – budak, aku memang payah nak tinggalkan anak – anak aku dekat parent aku, kalau aku pergi rumah dorang, bapak aku akan kuncikan pintu bilik tak bagi anak – anak aku masuk, nanti tak tau la dekat sapa aku nak tinggalkan anak – anak kalau aku beranak nanti, mertua dah tak ada, adik beradik harapkan akak aku sek0r tu ja tapi sejenis j1n ifr1t dorang laki bini.

Bila tahu aku mengandung memang kena tahan telinga contohnya laki ko nie tau nak menyedap ja. Tau buat anak ja, tak ada kerja lain dah. Mana aku nak letak muka aku min, malu min. Nanti dalam berpant4ng terp4ksalah laki aku cuti 2 minggu tanpa gaji untuk jagakan aku dalam pant4ng disebabkan takdak sapa yang boleh jagakan aku dan anak – anak sementara aku nak kuat, jadi makan je lah apa yang ada, ikhtiar la macam mana sekalipun kami laki bini..

Aku tak pernah pon mintak mak aku jagakan sebab aku tau dia takkan nak. Terkadang aku dengki dengan orang lain. Kenapa mak bapak aku tak macam mak bapak orang lain. Sedangkan orang lain mengandung senang hati, aku tiap kali mengandung mesti susah hati.. Masa anak no 2, aku pernah mak aku tak bercakap sama dengan aku sebulan disebabkan aku mengandung. Allah min, kuatkan la hati aku min.

Komen Warganet : 

Moreen Maring II : Kesiannya awak. Move on sis.. Tabahkan diri dan kuatkan semangat sis, berdikari sis.. Tak perlu berdekatan dengan ibu bapa yang tidak bertanggungjawab tu. Biarlah parents macam tu, mereka sepatutnya menjadi contoh yang baik kepada anak – anak dan cucu – cucu tapi sebaliknya pula sikap parents awak. Sis tak payah str3ss sangat, bersalin nanti ada suami jaga. Jangan banyak fikir sis, jaga kandungan tu.. Ramai orang di luar sana suami yang jaga masa berpant4ng. Fokus dengan family kecil sis tu. Suami dan anak – anak lebih penting.

AtikaH Basri : Rancang. Awak macam saya. Anak umur 5 tahun, 3 tahun dan sekarang ni 9 bulan. Suami kerja sendri. Buat jendela. Tolong la masaIah rumah tangga janganlah cerita walaupon emak sendri. Nanti awak yang s4kit hati. Untuk awak nak bersalin nanti cari la bidan yang dari rumah. Boleh jaga anak dan makan kita masa pant4ng. Tak payah hantar rumah emak. Selalu untuk sebulan caj rm300, tengok jugak la kalau awak jumpa bidan yang murah.. Lepas bersalin ambik la perancang. Pasal suami awak kerja pemandu lori. Jangan la rasa menyesal. Fikir di sudut hati. Suami awak kerja cari duit untuk awak dan anak – anak. Bukan pergi berjoIi. Beri kata semangat dekat suami. Biar la orang nak kata apa. Yang penting hidup kita mesti bersyukur dengan rezeki Allah

Nor Adila Ali : Sedihnya la, sampainya hati mak pak tt tu ye. Tt kena kuat demi suami yang baik dan anak – anak, lepasni merancangla tt jangan mengandung lagi besarkan anak – anak yang ada tu dulu kesian anak – anak tu tak ada sapa nak uruskn bila tt di hospitaI. Bincang elok – elok dengan suami rehat dulu, besarkan anak – anak dulu didik anak – anak dengan ilmu yang baik yang berguna. Ajar anak – anak urus diri sendiri, uruskan rumah juga nanti senang kalau tt tak sihat anak – anak masih terurus. Mak pak tu nanti tengok la bila anak – anak awak dah besar sikit dah pandai bawa diri barulah diorang tu terhegeh – hegeh mengaku sayang cucu. Jangan difikir sangat, kesian anak – anak dan suami awak yang baik tu.

Maz Atie : Sabar je la, ko jangan suruh laki kau cuti sampai 2 minggu. Tapi kau cari la orang yang boleh jaga kau dalam pant4ng. Dari pukuI 8 sampai pukuI 5 ke. Tak ade la kena bayar mahal sangat. Budak abis SPM kalau nak buat partime pun boleh untuk tolong jaga anak dengan tolong masak je. Bab kemas dengan basuh kain tu, kau suruh la laki kau buat. Tak ade la sesak sangat kau nanti.

Siti Perubatan Islam : As salam Adik. Anak itu amanah, ia juga merupakan rezeki Dari Allah. Adik beradik adik tak ramai dan mungkin ibu bapa adik nak keluarga Adik ni seperti mereka juga. Adik perlu belajar untuk berdikari, memandangkan suami akan bercuti 2 minggu dia boleh menjaga Adik biar pun cuti tanpa gaji. Adik sekarang di bawah jagaan suami bukan mak ayah lagi. Adik berg4ntung haraplah sepenuhnya kepada suami. Biarkanlah kedua orang tua Adik pilih kasih, ambil lah pendekatan untuk berdiam diri dan berdoalah kepada Allah agar ibu dan ayah adik sentiasa di Iindungi Allah.

Apa – apa masalah bincanglah dengan suami, tidak perlu berbincang dengan ibu dan ayah Adik, jika perkara itu boleh diselesaikan bersama suami. Beranak ramai seronok dik, seperti Adik beradik akak 9 orang. Ketika ibu meninggaI dunia, kami Anak – anak perempuan mandi dan kafankan ibu. Cucu lelaki 20 orang mengangkat jenaz4hnya bergilir – gilir, dan Abang – abang akak menyambut jenaz4h ibu di liang Iahad untuk pengkebvmian. Tengok tu hikmah anak ramai. Adik tak perlu takut untuk terus melahirkan zuriat. Tahniah dik kerana mempunyai suami yang baik dan bertanggungjawab. Semoga Adik berbahagia selalu dan beroleh rahmat Allah. Aamiin.

Maziana Fazila : Daripada gugurkan kandungan baik ambil langkah pencegahan, ni dah sah – sah mengandung kenapa nak gugurkan? Dalam mengandung lagi, rancanglaa sekarang. Banyak kaedah boleh guna puan, kecuali dah merancang tapi sangkut jugak tu adalah rezeki dah. Jangan dibuang bayi tak berd0sa, larat ke akhir4t nak menjawab. Lagi satu kenapa nak str3ss puan yang jaga anak puan bukan ibu puan atau bapa puan atau keluarga puan serta seangkatan dengannya. Saya 9 beradik puan, kecik – kecik struggIe mak nak besarkan kami, sekarang besar – besar belaka, mak ayah dah boleh tarik nafas lega. Abaikan kata – kata negatif, lapangkan dad4 yakin dengan ALLAH, setiap anak yang diberi disertakan sekali dengan rezeki, cuma suami dan puan kena rajin berusaha demi anak – anak, insyaallah semoga Allah S.W.T permudahkan segala urusan puan.

Apa kata anda?