Aku halau dan tamp4r bini aku, sekarang ni anak2 kata aku ayah yang jahat sebab haIau mak mereka

Aku halau bini dari rumah dan anak – anak aku ambil. Jangan harap dia boleh jumpa anak – anak. Dia ceritakan kepada ahli keluarganya yang kononnya aku jahat sebab haIau dan tamp4r dia tapi dia tak bagitahu masalah sebenar kami. 3 minggu aku pergi kursus, tapi apa yang dia dah buat belakang aku..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum Min. Aku perlukan pendapat sebab dah buntu tak tahu nak buat apa dengan situasi yang berlaku sekarang.

Aku baru g4duh dengan bini aku. Aku haIau bini aku dari rumah ni dan anak – anak aku ambil dan jangan harap dia dapat jumpa aku dan anak – anak. Baru – baru ni aku ada kursus 3 minggu jadi anak – anak aku tinggalkan dekat rumah mak sebab bini aku kerja, masa balik kursus, kant0i bini aku simpan scandaI kat tempat kerja siap tidur dengan laki orang. Aku jumpa banyak gambar dan video – video mereka dalam HP yang bini sembunyikan.

Bila dah kant0i dia merayu meIutut. Aku suruh dia berhenti keje dia tak nak. Aku bukan jenis yang tak bagi nafkah dekat bini. Belanja barang – barang semua aku beli. Dia bebas ambil duit aku berapa pun yang dia nak. Tapi dia masih tak reti bersyukur. Aku nak ceraikan dia min. Tapi anak – anak aku merayu rindu mak dorang, siap anak – anak cop aku ayah jahat sebab haIau mak diorang.

Aku tak nak buka a1b mak dorang. Aku sanggup biar aku je nampak jahat. Keluarga dia semua ingat aku yang jahat tapi aku sabar je. Ya aku memang jahat tapi tak lah sampai nak curang. Aku bukan lelaki yang sempurna tapi aku tak pernah sentuh perempuan lain selain dia. Apa lagi yang dia nak?

Kalau dia nak bahagia dengan suami orang pergiIah tapi anak – anak semua aku ambil, biar aku yang jaga. Dan aku tak akan maafkan dia. Aku tak nak dengan perempuan bekas orang. Hari ni pak mertua asyik call aku, dia tanya kenapa haIau anak dia. Apa salah anak dia. Aku suruh ayah dia tanya dengan anak dia sendiri. Ayah dia siap nak buat report sebab aku haIau dan bagi penamp4r pada anak dia.

Sekarang ni aku fikir, perlu ke aku tunjuk je gambar dan video ni pada ayah dia? Aku dah penat letih nak hadap semua benda ni. Dia nak tunjuk pada family dia yang kononnya aku jahat. Aku tamp4r dan pukuI dia. Tapi kelakuan dia satu pun dia tak cerita. Aku buntu. Dah berapa hari aku tak boleh fokus. Mana lagi anak – anak rindu kat mak dia. Ya Allah buntu nya aku.

Perkongsian yang dibuat telah mendapat pelbagai komen dan reaksi dari warganet. Rata – rata bersimpati dan memberikan nasihat buat penulis supaya berterus terang agar tidak terus menjadi m4ngsa dan dipersalahkan.

Komen Warganet :

Zamri Ghasali Zamri : Hantar kat makamah.. semua hak penjagaan dapat kat hang tapi sebelum tu buat report polis. Biar laki orang tu masuk lokap sebab mengh4ncurkan rumah tangga hang. Biar pulak dia berdepan dengan bini dia pulak dan mak bapak dia. Sekarang hang dah malu, biar dia merasa pulak malu atas perbuatan dia. Lepas tu cari ibu baru, banyak tu ibu – ibu di luar sana..

Che Mazenah Che Omar : Rimas sangat bila ramai suka jadi hero la penyeamat la rela dis4kiti sanggup simpan rahsia. Bagai . Berterus terang bersemuka dengan keluarga kedua beah pihak apa yang sebenarnya berlaku tunjuk bukti, Tak payah nak sembunyi – sembunyi . Bab anak – anak tiada Iarangan nak bertemu ibu bapa, mereka dan jadi m4ngsa keadaan, dan mereka tak salah pun dalam hal ni.

Ar Jemi : Ko nak masuk lokap ke atau nak ceritakan hal yang sebenar tt.? Bagi aku bincang elok – elok dengan mertua bagi bukti pastu bawa kes ke mahkamah kalau rasa nak cerai.. Kalau rasa masih sayang bincang elok – elok dengan wife.. Kalau dia setuju denganĀ  kehendak ko alhamdulillah.. Kalau dia tak setuju.. Pandai – pandai la jumpa kat mahkamah.. Untuk anak – anak plak.. Terpulang la bila dewasa baru nak bagitau ke macam mana.. Yang penting bukti tu simpan betul – betul.. Apa pun dorang berhak tau kebenaran.. Jangan sampai dorang benci ko plak nanti.

Sal Ishak : Bukti dah ada kan, yang pergi simpan buat apa. Tunjuk la pada ayah dia bagi dia senyap. Sebelum tunjuk tu salin dulu, kot phone tu dihemp4snya dan diramp4s atau hantar je kat phone dia. Dia nak hantar kat orang lain pulak antak dia la. Anak dia pandai la dia simpan kalau dia rasa malu..

Coretan Asmara : Sebagai lelaki, bertenang dahulu dan pergi rumah famili dia dan terangkan perkara yang sebenar. Apa yg telah berlaku, seeloknya ko yang hantar dia balik. Macam mana ko ambil macam tu ko pulangkan. Ko berterus terang dengan bukti yang ada, biar semua pihak faham akan situasi sebenar. Ini ko haIau dan penamp4r, tentulah ayah bini ko marah dengan ko. Ko buat anak mereka macam tu, pergiIah ke rumah mertua dan berterus terang. Tentang anak – anak ko kena tanya nak tinggal dengan ko atau ibu mereka. Jika mahu hak ko, pi mahkamah dan tuntut dengan bukti yang ada, wallahualam.

Harith Hakim : Jumpa berdua dengan bapa mertua dan tunjuk video tu kat mertua. Lepas tu cakap kat bapa mertua elok – elok yang awak nak pulangkn semula anaknya. Tapi bukan cucunya sebab tanggungjawab mereka atas bapa bukan ibu. Cakap terus terang, awak masih nak jaga a1b isteri dan nak lepaskn cara elok.

Apa kata anda?