Aku hampir giIa fikir perangai mama yang suka memburukkan isteri

Mama tak setuju aku ikut isteri berniaga. Dia nak suruh aku jadi pegawai polis supaya aku dihorm4ti. Mama sampai tahap masuk bilik kami dan tangkap gambar dalam bilik dengan baju-baju kotor lepas tu sebarkan pada ahli keluarga yang lain kata isteriku pemalas…

#Foto sekadar hiasan. Tolong lah admin siarkan kerana aku hampir jadi giIa. Aku perlukan pendapat. Terutamanya dari ustaz ustaz.

Aku tak faham. Selama aku dibesarkan. Aku selalu baca artikel tentang Mak Mertua tak ngam dengan menantu perempuan. Selama ni aku tak percaya. Bila betul – betul terjadi, aku seperti tidak boleh terima.

Aku anak tunggal lelaki dalam keluarga aku. Dah dua tahun berkahwin, namun tidak dikurniakan cahaya mata lagi. Mama dan abahku adalah anggota polis. Namun setelah kahwin, mamaku berhenti kerja dan menjadi surirumah tangga sepenuh masa.

Mamaku amat menyanjung tinggi pada Pegawai Pegawai polis, lebih – lebih lagi yang memiliki gelaran Dato dan Datin.

Masa mula mula berkahwin, mamaku memujuk untuk tinggal bersamanya memandangkan aku masih belum tamat Masters. Dia kata kejap je, nanti dah stabil nak pindah. Pindah lah. Oh ya, aku kahwin semasa aku sedang menghabiskan Masters, dan tidak ada kerja tetap lagi. Tapi jangan salah faham ya, semua duit kahwin semua aku dan isteriku kumpul sejak dari sekolah lagi. Kami bercinta dari zaman sekolah.

Kerana memikirkan aku tak habis Master lagi, aku pun memujuk isteriku untuk tinggal bersama dengan mama dan abahku sementara aku mengukuhkan kewangan. Isteri aku tidak mempunyai kerja tetap, tapi dia sangat berbakat dalam bisnes. Duit kahwin yang dia sumbangkan semua berpunca dari bisnes dia. Isteri aku menjual pelbagai barang dan sememangnya dah targ3t untuk terus berbisnes. Sebab itu aku yakin untuk berkahwin walaupun tidak mempunyai kerja tetap lagi. Duit selepas kahwin pun ada kami kumpul. Tidak lah banyak, tapi ku kira 10k itu cukup untuk makan pakai berdua. Isteri aku ada degree dalam bidang Kejuruteraan. Tapi entah macam mana dia boleh terminat sangat dengan bisnes. Jadi dia tidak langsung mencari pekerjaan, sebaliknya fokus dalam bisnes.

Pada awal perkahwinan. Semuanya okay lagi. Namun semuanya jadi serba tak kena apabila aku membuat keputvsan untuk ikut isteriku dalam bidang perniagaan. Isteriku membuatkan aku berminat dengan bisnes. Dia boleh kerja ikut masa dia. Tapi dia pernah nasihatkan aku bahawa jika berniaga, memang akan susah pada awalnya. Namun jika konsisten dan tidak cepat tamak serta sabar, akan membuahkan hasil yang lumayan.

Mamaku ingin aku mencari kerja tetap. Jika aku tidak mahu kerja dalam bidang aku, dia mahu aku menjadi Pegawai Polis. Katanya, jika aku jadi pegawai. Semua orang akan hormat, lagi – lagi di tempat kecil seperti Ipoh ini. Di sinilah ceritanya bermula.

Mama aku memang marah yang amat setelah mendengar keputvsan aku untuk berniaga. Hubungan kami mula renggang. Terutamanya hubungan isteri dan Mama ku. Mama ku menyebarkan berita bahawa lepas kahwin anak lelaki tunggalnya ikut cakap isteri sahaja. Tidak mahu dengar kata – katanya. Mamaku mula mencari salah isteriku. Ada je yang tak kena. Menantu pemalas lah. Selalu meIawan lah. Padahal ketika isteriku di rumah, dia memang fokus dengan bisnesnya dan ada je bantu siang – siang bawang ke kalau kakak masak.

Pada mulanya, isteri aku boleh tahan. Tapi lama kelamaan, mamaku mak1n banyak menabur fitnah pada isteri aku. Dia ceritakan pada kawan – kawan dia, pada abah ku, pada kakak – kakakku tentang keburukan isteri aku yang tidak betul. Bila kami tiada di rumah, sehingga tahap mamaku masuk ke bilik kami dan tangkap gambar bilik dan sebarkan pada kawan – kawannya. Dia lihat bakul baju kotor penuh. Sebar bahawa menantunya pemalas tidak basuh baju.

Aku mengaku. Isteri aku tidak sempurna. Dia tidak dibesarkan oleh wanita bergelar mak. Maka dia memang Iompong dari segi pengurusan rumah. Isteriku tidak pandai masak sangat. Isteriku bukan jenis basuh baju hari – hari, dia akan tunggu dah penuh bakul baru akan basuh. Aku tidak ada masalah dengan itu. Langsung tidak pula aku complain. Tetapi mamaku asyik mencari kesalahan.

Isteri ku memang tidak berbakat dalam ”dunia suri rumah tangga“. Tapi dia sangat rajin dalam berkerja walaupun hanya berkerja sendiri. Kadang – kadang isteriku perlu tidur 3/4 pagi demi siapkan tempahan. Maka kadang – kadang dia tak mampu untuk bangun awal pagi. Tapi aku faham. Tidak langsung aku marah kerana faham.

Isteriku juga tidak mahir memasak kerana dia hidup bersama babahnya. Sepanjang dia hidup, keluarga isteriku memang makan di luar sahaja, Bila masuk sekolah menengah sampai lah ijazah, isteriku duduk di asrama. Maka isteriku tidak didedahkan dengan dunia dapur. Namun aku juga tidak ada masalah kerana aku bukan cerewet tentang makan.

Tapi di depan isteriku, Mama ku tidak pernah complain kepadanya. Tapi dia akan mengumpat isteriku kepada kawan – kawan jirannya. Banyak cerita cerita fitnah mamaku tabur pada isteriku. Macam macam cerita dia buat supaya isteri aku nampak seperti pemalas dan teruk. Hampir 1 taman perumahan ingatkan isteri aku sangat teruk walhal sama saja dengan semua wanita. Isteri aku juga seorang manusia, ada masa malas. Ada masa rajin. Mamaku juga bukanlah rajin mana. Rajin mengumpat adalah.

Memasak pun jarang. Selepas masak memang sinki ditinggalkan begitu. Basuh baju pun jarang sekali mamaku buat. Biasanya aku dan kakak – kakakku akan buat. Tapi tidak pula kami complain. Abah pun tidak complain.

Kemuncaknya adalah bila aku membuat keputvsan untuk berpindah rumah. Menyewa di luar. Aku kasihankan isteriku. Serba tak kena di rumah mertua sendiri. Tak boleh jadi sendiri, bak kata omputeh – fake. Asyik menghadap fitnah mamaku. Betapa kuatnya em0si dia yang bergelar isteri.

Kini bisnesku semak1n stabiI. Bisnes yang ku usahakan dengan isteriku. Cuma mamaku masih kekal dengan perangainya. Tak pernah rasa diri sendiri salah. Semua benda di sekeliling dia akan kutuk. Sekarang mamaku masih aktif mengumpat tentang isteri ku pada jiran jiran. Aku dianggap sebagai anak derh4ka, kononnya kerana aku asyik dengar kata – kata isteriku walhal semuanya adalah dari keputvsan aku sendiri. Isteri aku ? Isteri aku digeIar sebagai menantu derh4ka. Walhal yang banyak kena fitnah, adalah isteriku.

Isteri aku kini sudah pandai memasak. Sejak ada dapur sendiri, isteri aku rajin eksper1men masak. Walaupun dulu banyak tak jadi, tapi sungguh aku tak kisah kerana aku tidak cerewet.

Sampai sekarang hubungan kami masih renggang. Mamaku tidak pernah angkat call aku. MembaIas mesejku. Tapi aku masih mengirim duit buatnya walau dia hebahkan dia tidak perlukan duit aku (walaupun sebenarnya dia guna juga)

Jadi aku nak bertanya pada pembaca sekalian. Derh4kakah aku dan isteri aku ? Apa yang harus aku lakukan. Apakah hukvm nya ? Mohon pencerahan. Aku buntu !!!! – Amat – Anak Tunggal Lelaki

Komen Warganet :

Siti Zaleha Mardiah Ali : Pertama sekali, tahniah kerana berjaya jadi wali yang baik buat isteri. Sekarang masing – masing tak happy, isteri str3ss, mak tak suka, saud4ra susah hati. Cuba buat win – win situation. Teruskan duduk berasingan (ini memang saranan Islam) tapi dalam masa yang sama, senangkan hati mak sementara dia hidup. Dalam confession kat atas, impian mak tu kita sendiri dah tahu.

Try dulu mengalah sekali dengan berk0rban memenuhi impiannya. Tengok apa jadi dengan hubungan anak – mak, menantu – mertua, kesenangan hidup, keberkatan rezeki dan kebahagiaan hati selepas itu.

Balik berbuka dengan keluarga nanti, cubalah slow talk dengan dengan mak, hati ke hati. Gembirakan mak, insya Allah mak berubah. Yakinlah dengan janji Allah, redha Allah terletak pada redha ibu bapa (bagi anak lelaki). Semoga Allah buka jalan penyelesaian buat saud4ra.

Puan Zuera : Kesiannya.. Sabarnya isteri encik, dan dia sangat bertuah mempunyai suami yang memahami isteri, pindah rumah untuk keselesaan isteri.. Semoga ibu encik dibukakan hati untuk menerima korang suami isteri, dia sedih sebab encik tak ikut katanya untuk jadi polis… Asalkan encik hormatkan ibu dan jalankan tanggungjawab anak sudah la.. Ibu encik masih tak dapat terima hak1kat untuk berkongsi anak lelaki tunggal nya dengan orang lain.. Sabar

Nurul Shahedda : Teruskan bersabar, org tua ada eg0nya. Doa sungguh – sungguh agar 1 hari nanti ibu awak lembut hati dan berubah. Yakinlah dengan Allah dan jangan pernah penat berbuat baik pada ibu awak. InshaaAllah mana tau,1 hari nant dia berubah denagn sikap awak dan isteri yang baik dan sabar.

Ida Ghazali : Jangan hindari ibu walaupun sejahat mana pun dia berbuat baik seperti biasa malah lebih lagi baiki hubungan dengan Allah dan banyakkan berdoa inshaAllah, Allah maha mendengar. Pada si isteri banyakkan sabar keIuhan si isteri pujuk la dengan hikmah jangan menambah s4kit di hati. Saya juga mengaIami nasib yang sama tapi saya tak nak suami jadi derh4ka cuma banyakkkan sabar. Sekarang menantu tinggal dengan saya sebaik mungkin saya layan kerana tak mahu mengulangi episod duk4 saya, saya nak anak menantu saya bahagia dunia akhir4t.

Pakcik Dan Makcik : Bagi pakcik, tak derh4ka. Kamu bijak main peranan dah tu. Yang jadi salah bila kamu layankan sikap buruk mama kamu. Ketaatan ada batasnya, Islam pun tetapkan begitu, andai ketaatan itu meIanggar syariah, wajib tak taat. Sebab itu dah okay dah apa kamu buat, jadi badan beruniform semata – mata kerana nakkan hormat manusia tak ade maknanya. Sebab itu memancing r1ak dan takabbur dan kena ingat 100% berkat rezeki ialah dari perniagaan. Selagi kamu adil kepada isteri mengikut agama, teruskan. Dari segi Islam pakcik yakin tiada salahnya apa kamu buat, kamu adalah pejuang, suami serta anak yang baik dan bijak.