Aku hanyut bercinta dengan boss di pejabat, dalam masa yang sama aku perasan anak selalu s4kit

Boss tempat kerja selalu cakap, kenapa isteri dia tak macam aku. Dia selalu bandingkan aku dengan isteri dia, sampai puji meIambung – Iambung. Dah macam orang bercinta, telefon sentiasa di tangan tapi sentiasa pastikan lepas baca, delete semuanya.Tiba – tiba aku sedar, anak aku selalu s4kit..

#Foto sekadar hiasan. Aku dah kerja sebagai penjawat awam dah 16 tahun. Selepas graduate 2-3 tahun juga kerja di sektor swasta sebelum masuk sektor kerajaan. Apa aku nak kongsi adalah pengalaman sendiri yang mungkin boleh dijadikan sempadan supaya jangan terjebak.

Masa aku masuk sektor kerajaan, muda lagi, dalam usia 25 – 26 tahun gitu. Tapi masa tu aku dah kahwin. Aku kahwin selepas grad, masa umur 23 tahun.

Posting pertama aku di negeri kelahiran aku sendiri. Rezeki. Bukan senang awal – awal posting dah dapat tempat sendiri. Suami aku ikut aku pindah. Alhamdulillah, ada rezeki untuk dia, dapat kerja yang sesuai dengan dia.

Di tempat kerja aku tu, unit yang aku ditempatkan adalah unit yang agak baru. Dan ketua unit aku pun muda jugak. Gred 41 jugak sama dengan aku, cuma dia masuk dua tahun dulu dari aku.

Kerja aku pada masa tu memang lancar saja. Tak banyak masalah, dari segi beban kerja, teman sekerja, ketua jabatan semuanya ok. Cuma, walaupun aku posting dalam negeri sendiri, jarak agak jauh jugak lah dari rumah aku ketika tu, dalam 45km jugak sehala.

Masalah mula timbul di tahun ketiga aku di situ. Disebabkan banyak masa dihabiskan di tempat kerja, hubungan aku dengan kawan – kawan sekerja jadi rapat. Sampailah satu ketika, ketua unit aku dah berani bercerita tentang hal rumahtangga dia pada aku.

Aku yang masa tu anggap biasa – biasa saja rajinlah jugak melayan luahan perasaan dia. Lama – lama dari luahan perasaan, jadi luahan hati, meleret – leret bila sya1tan dah berjaya cucvk jarum. Dia kata, sebab apa isteri dia tak macam aku, mula banding – banding kekurangan isteri sendiri. Mula puji – puji aku meIambung – Iambung.

Dan aku? M4kin hanyut dengan pujian dan perhatian orang lain. Dah macam orang bercinta, telefon sentiasa di tangan. Masa tu belum ada WhatsApp dan media sosiaI. Tapi ada sms.

Sepanjang hari kerap berbaIas SMS, tapi sentiasa pastikan lepas baca, delete semuanya. Dia pernah kata, kalau jadi apa – apa pada suami aku, dia sanggup ambil aku sebagai wife dia. Hurmm… Teruknya bila difikirkan bila dah waras ni.

Hubungan aku dan suami baik – baik saja. Cuma aku boleh katakan, aku suka dengan segala perhatian yang aku terima. Bukan aku tak tahu apa yang aku buat masa tu salah, tapi nafsu seronok tu buat aku lupa sekejap status aku sebagai isteri.

Tapi aku perasan, masa tu anak aku selalu tak sihat. Entahlah, mungkin Tuhan masih sayangkan aku, mungkin juga doa dari emak bapak aku agar anak mereka selamat, aku tersedar jugak dari kemaksi4tan tu. Aku kaitkan asbab anak aku selalu tak sihat dengan d0sa yang aku buat. Aku bersalah sangat – sangat.

Aku mula fikir macam mana aku nak keluar dari kemelut tu. Tak nak aku terus – terusan dalam d0sa. Nak elak berjumpa memang tak boleh, sebab kami seunit. Nak berhenti kerja, Aku tak sanggup. Aku tak putvs berdoa, solat taubat, mohon jalan keluar.

Aku isi borang, mohon pindah, atas alasan, tempat kerja jauh. Memang ketua jabatan aku cakap awal – awal dia tak sokong. Sebab alasan yang remeh. Habis tu tak akan aku nak letak alasan nak elak skandaI dengan suami orang. Aku diam dan terima saja komen ketua jabatan aku. Tapi borang pindah tu tetap aku isi dan hantar.

Aku terus terang pada ketua unit aku tu, Aku tak boleh lagi kerja sekali dengan dia. Masalah tak akan selesai kalau asyik bertembung. Tapak dalam hati dah ada, siram air sikit, berbunga balik perasaan tu. Sya1tan akan terus buat yang salah tu indah dan sedap.

Nak dijadikan cerita, hujung tahun tu, aku dapat panggiIan telefon dari seorang staf di cawangan lain, mintak aku hadir mesyuarat di situ. Terpinga – pinga aku. Rupanya, permohonan pindah aku diterima! Surat arahan perpindahan aku dah sampai ke cawangan tempat aku kerja tapi sebab ketua jabatan aku ada kursus di luar, makanya surat tu belum diminitkan pada aku lagi. Sujud syukur aku masa tu.

Aku hadir mesyuarat dan melapor diri pada masa yang sama. Esoknya aku mohon pelepasan untuk kembali ke tempat kerja lama aku untuk menguruskan perpindahan aku dan nak serahkan semua urusan kerja sebelum ni.

Aku masuk berjumpa dengan ketua jabatan aku. Agak mencuka mukanya. Soalan dia pada aku, kabel mana aku guna untuk pindah? Dalam hati aku jawab, kabel paling besar di atas sana.

Alhamdulillah. Aku nak keluar dari maksi4t, Allah buka jalan, yang tak disangka – sangka. Logik akal, aku susah nak dapat pindah, sebab aku baru 3 tahun di situ, jarak sebenarnya tidaklah jauh sangat pun, dan di tempat baru aku tu sebenarnya dah ada orang untuk jawatan aku tu. Tapi aku yakin sebab aku betul – betul mohon disertai dengan taubat. Maka Allah izinkan ia berlaku.

Selepas kejadian tu, aku sangat berhati – hati dalam bergaul. Tak ada lagi aku nak dengar luahan mana – mana rakan berlainan jantina. Sampailah sekarang, kawan – kawan aku yang nak berhuha, berjimba atau meluah perasaan hanyalah perempuan. Tak nak aku terjerumus dalam per4ngkap yang sama. Dan yakinlah kalau kita betul – betul nak berubah, Allah akan buka jalan untuk kita.

Terima kasih untuk semua yang membaca. Aku mengajak, sama – samalah kita jaga diri kita dari terjebak dengan perkara yang sia – sia. Kalau dah terjebak tu, usahalah untuk keluar, insyaAllah, Dia dengar dan nampak usaha kita. – Dian (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Ann Fardan : Kisah orang jadikan tauladan. Alhamdulillah walau dah berbeIas tahun dalam sektor kerajaan dan bermacam – macam versi skandaI yang saya nampak. Saya lebih suka ambil pendekatan mendoakan yang baik – baik untuk mereka. Jangan menilai dan jika ada sebarang kecurigaan saya lebih suka bertanya sendiri tuan punya badan, usah menghukvm. Kita tidak tahu kelak jika Allah nak duga kita bila – bila boleh jadi.

Apa pun pembawakan diri sebagai isteri orang perlu selari dengan keperibadian kita, mesra berinformasi bukan bermakna menggatal. Selalu jaga hubungan baik dengan rakan – rakan sekerja dan orang atasan. Cara saya ialah dengan mengenali isteri – isteri  mereka supaya tiada prasangka apabila memerlukan kita bertugas bersama. Akhirnya semua berbalik kepada hati kita. Mohon pada Allah jaga hati kita selalu.

Nuriswani Halim : Alhamdulillah, semoga Allah taala sentiasa Iindungi kita semua dari segala hasutan sya1tan. Cerita sis lebih kurang macam cerita saya dulu tapi situasinya saya ni masih bujang dan terper4ngkap dengan cinta suami orang. Dan akhirnya saya macam tersedar, sampai bila aku nak jadi macam ni.. Saya doa mohon kat Allah supaya diberi pertolongan. Alhamdulillah, saya dapat kerja kat tempat yang jauh dari laki orang tu dan tawaran yang lebih baik.

Kemudian, terus saya jumpa dengan BF dan sekarang dia dah jadi suami saya pon. Cuma saya takut sangat kalau ada perempuan di luar sana cuba nak g0da suami saya sebab dulu saya pernah buat d0sa bergaul dengan suami orang. Semoga semuanya akan berada dalam Iindungan Allah taala.. Aminnn

Masitah MH : Alhamdulillah, sekarang yang dah beristeri dan bersuami kena somb0ng. Bukan apa, tak nak buka ruang sya1tan usik. Memang kerja sya1tan untuk kacau rumahtangga sampai runtvh. Lelaki dan perempuan, dua – dua jangan bagi ruang, tutup kemas. Nak dengar luahan boleh, dari sama jantina. Kalau yang mengadu tu lain jantina, senyum je kemudian cakap sabar. Kalau yang terang – terang kena pukuI, suruh pergi kaunseIing atau ke balai polis. Tahniah confessor

Ku Nazlee : Yang dah kahwin tu jagalah perkahwinan tu. Bukannya senang nak jumpa jod0h yang sanggup terima kita. Ada ramai orang kat luar sana yang maish belum bertemu jod0h dan sebagainya. Apa yang Allah beri bersyukur la selalu. Lagi banyak kita bersyukur, lagi banyak nikmat yang akan kita dapat.

Palie Block Block : Tahniah puan, yang har4m memang sya1tan akan pusing bagi nampak indah, sekeIiling saya pun banyak dah nampak benda macam ni. Memang isteri orang yang di cari, sebab kalau janda dan anak d4ra perlu ditanggungjawab kalau jadi apa – apa. Kalau bini orang, suami dia kan ada. Semoga kita semua dijauhkan dari perkara – perkara macam ni.

Apa kata anda?