Aku hutang bank beratus ribu sebab ayah. Hujung2 terp4ksa guna duit isteri. Isteri menangis tak redha duit dia habis

Demi ayah yang aku sayang, aku buat pinjaman beratus ribu. Konon untuk ayah berniaga. Kesilapan terbesar yang aku sesali sehingga kini ialah aku serahkan semua duit pada ayah. BERATUS RIBU by hand. Lepas seminggu aku dapat tahu duit tu lesap..

#Foto sekadar hiasan. Assalammualaikum dan salam sejahtera. Aku tulis dekat sini sebab harap sangat dapat pendapat dari mereka yang ahli dalam bidang ni ataupun siapa yang ada melalui pengalaman yang sama. Mohon cadangan yang baik – baik sahaja, ya.

Ok perkenalkan, aku Fitri. Lelaki. Usia 30-an dan dah berkahwin. Seperti tajuk di atas, ya aku telah ‘ter’buat loan beberapa tahun lalu, sejak mula – mula bekerja. Semuanya demi ayah yang aku sayangi. Ayah merancang untuk berniaga dengan beberapa orang kawan.

Dan memandangkan aku mendapat kerjaya yang agak stabil, jadi ayah menyuruh aku keluarkan sejumlah modal buat dia. Niat aku adalah satu, untuk berbakti pada ayah dan aku fikir inilah masanya. Aku siap survey tapak berniaga, buat name card apa semua. Loan pun lulus.

Kesilapan terbesar aku yang aku sesali sehingga kini ialah aku menyerahkan SEMUA duit pada ayah bulat – bulat kerana mempercayai ayah dan kawan – kawannya. Bukan sedikit jumlah duit tu, BERATUS RIBU. By hand sahaja. Tanpa melihat proposal bussiness mereka atau apa.

Seminggu lepas tu, aku mula rasa tak sedap hati sebab bisnes tak jalan pun, aku tak nampak apa pun. Bila ditanya, duit tu HABIS diberi pada kawan yang kemudian lesap! Aduh. Nak gugur jantung aku dibuatnya. Bulanan sahaja aku kena bayar seribu lebih!

Boleh buat duit beli rumah untuk mak ayah aku (mak ayah aku masih hidup berpindah randah menyewa, rumah sendiri takde lagi). Hubungan aku dengan ayah m4kin renggang selepas tu. Lebih – lebih lagi bila ayah buat tak tahu, macam takde apa yang berlaku.

S4kitnya aku, sebab aku menanggung hutang tu seorang diri. Yelah, ayah cuma bekerja sebagai jaga. Dengan kos sara hidup di kotaraya, memang menc4bar juga. Masa tu aku masih belum kahwin. Kawan – kawan ayah entah ke mana.

Puas aku cuba jejak melalui ayah, tapi bila ayah pun tak beri kerjasama, memang tak berhasil. Kini, sudah hampir 7 tahun aku menanggung hutang tersebut. Tunggu anak – anak aku dah habis sekolah baru langsai agaknya.

Isteri aku memang aku nak dia jaga sendiri anak – anak di rumah. Walaupun dia mampu untuk jadi wanita berkerjaya. Alhamdulillah, pendapatan isteri yang bekerja sambilan pada waktu malam dapat tolong aku sedikit sebanyak untuk cover mana yang lompong.

Kehidupan kami suami isteri memang simple. Isteri sedaya upaya untuk masak setiap hari walau sibuk dengan tugas di rumah dan anak – anak kecil. Lauk yang dimasak kadang – kadang bertahan untuk 2 hari. Aku pula hanya makan maggi di ofis pada waktu tengahri.

Jika ada rezeki orang belanja makan atau jamuan di ofis, dapatlah aku makan nasi waktu tengahari. Pakaian aku dapat free bila ada event, aku jadikan pakaian bila ke site. Selagi tak lusuh atau koyak rabak, selagi tu kami masih pakai. Anak – anak pun begitu.

Alhamdulillah, isteri dapat bersabar dan menerima keadaan aku seadanya walaupun kadangkala dia mengeluh keletihan. Kadang – kadang, kami berg4duh juga sebab duit. Sehingga kini, macam – macam yang aku dan isteri lakukan secara sambilan asalkan boleh mendapat rezeki yang halal.

Seolah – olah kami berkerja 24 jam sehari. Penat memang penat. Tapi hidup begini bersama isteri dan anak – anak tidaklah aku keluhkan sangat. Cuma yang buat aku sangat terkilan, bila aku lihat keluarga aku membelanjakan duit sewenang – wenangnya.

Makanan ayah, mak dan adik aku sahaja mencecah seribu lebih sebulan! Mereka hanya bertiga. Pendapatan ayah dan adik aku melebihi gaji aku dan isteri sebulan, tapi mereka sentiasa mengeluh tak cukup. Malah membebankan aku pula yang sedia terbeban.

Sampai ayah terp4ksa pinjam dengan kawan – kawan pula. Berapa banyak dah hutang yang ayah buat, entah dapat bayar semula atau tak.. Aku rasa ini semua sebab perancangan kewangan yang tak betul. Minyak untuk ulang alik hantar adik aku ke tempat kerja sahaja RM 700+ sebulan.

Aku dah cadangkan macam – macam cara alternatif untuk jimatkan pengeluaran duit tapi ada saja yang tak kena. Suruh naik bas, tak nak. Suruh ambil lesen biar boleh memandu sendiri, tak nak. Mak ayah aku pun turutkan saja per4ngai mengada – ngada adik aku. Sampai naik lemak.

Umur dah nak menjangkau 30 tahun, dah patut jadi mak orang. Tapi per4ngai manja tak bertempat. Dahlah kuat meIawan kata – kata aku jugak. Mak dan ayah juga masih begitu. Hidup m4kin susah tapi bila bab makanan mesti nak yang mewah. Aku pun tak faham prinsip begitu.

Akibatnya, aku dan isteri yang makan hati berulam jantung. Ayah memang ada bayar hutang tu tapi tak sampai separuh. Banyak yang mengelak. Bayar kadang – kadang tak cukup. Yang jadi m4ngsa adalah duit isteri. Sampai isteri pernah menangis cakap dia tak redha sebab duit tu kalau berhabis untuk mak ayah dia atau anak – anak, dia tak kisah. Ni untuk hal yang kami sendiri tak rasa sesen pun.

Orang sekeliling pun pandang serong pada kami suami isteri sebab kenapa biarkan mak ayah hidup susah sampai sekarang sedangkan aku bergaji besar (kononnya). Isteri pula yang jadi m4ngsa fitnah konon sejak berkahwin dengan aku, dia yang control semua gaji aku.

Sedangkan bila aku dapat gaji atau bonus sikit pun dia tak pernah tanya. Keluarga aku seolah – olah mengiyakan kata – kata orang sekeliling yang kami tak pedulikan mereka. Sedangkan kalau susah, kamilah yang dicari. Tapi bila kami cuba untuk minta difahami, diperlekehkan saja.

Kami masih ada anak – anak yang masih kecil. Sampai sekarang, simpanan untuk anak tak boleh nak buat sebab tak cukup. Kalau ada pun orang beri pada anak – anak, mesti duit tu kami terp4ksa dahuIukan. Macam mana caranya supaya aku dapat selesaikan hutang tu tanpa rasa terlalu terbeban.

Duit tu memang aku tak guna langsung. Satu lagi macamana nak bagi mak ayah dan adik aku faham situasi sekarang ni. Duit bukan segala – galanya tapi segala – galanya perIukan duit. Jangan membazir melampaui batas sedangkan hutang ayah masih ada.

Jenuh aku dan isteri nasihat tapi macam tak makan saman. Aku tak nak sampai hubungan jadi sem4kin dingin antara isteri dan family aku. Harap dapat komen – komen yang membina. Thanks guys. – Fitri

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.