Aku intip awek aku sampai ke hotel bapak ayam. Aku bayar RM250 nak pecahkan rahsia dia selama ni

Setiap kali aku nak bawak Siti makan dekat Kg Baru mesti dia tolak. Punya memilih makan dekat tempat jauh. Sehinggalah satu hari kami makan, kebetulan kawan kerja aku ada dekat situ. Aku pelik tengok dia tenung je Siti. Lepas tu mesej masuk, kawan aku mesej. Dia bongkarkan siapa Siti, aku jadi tak keruan..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Aku ada masalah sikit ni tapi masalah yang sedang – sedang je la, nak kata besar tak besar sangat cuma serabut jiwa la jugak. Aku ada kenal satu awek nih, dalam setahun macam tu.

Setelah lama menduda di tambah mak aku dah bising – bising suruh aku kahwin, terasa la jugak nak kahwin bukan sebab aku gataiii. Bekas isteri aku pun dah bahagia dengan  life dia. Jadi aku mintak mak aku bertenang untuk aku cari awek atau calon kekasih yang sesuai, tak cantik takpe, rupa bentuk ciptaan tuhan pada aku sama je semua.

Pada satu hari yang indah ke maIang ke aku pun tak pasti, dapat la aku mengayat satu awek ni nama dia Siti. Dia ni dah kerja, orangnya, biasa – biasa je la tak nak la yang sempurna sangat asal yang ambil berat dan manja – manja dah ok.

Aku memang tangkap cinta la dekat Siti ni tapi tu lah dia ni agak pelik. Hanya free pada waktu malam je, nak jumpa malam, nak bergayut ke apa semua malam je. Aku terfikir dia ni manusia ke bukan, kadang – kadang bila jumpa tu mekap ya ampun macam h4ntu mak limah.

Kadang – kadang macam p0nd4n pun ada tapi tak nak la tanya, tapi tak apa cinta orang kata walau aku hari – hari jumpa perempuan lain tapi dia tetap yang terbaik pada aku. Sampailah satu hari, awek aku ni makan memilih, aku suka kalau dapat bawak dia pergi kg baru ke apa tapi mesti dia tak nak, nak ajak dia join aku kerja memang jauh sekalilah.

Kadang – kadang tu terasa nak kenalkan dia pada kawan – kawan, ye la nanti dah jadi isteri aku orang kenal jugak. Dia nak makan pun kat tempat jauh – jauh dari bandar. Aku pulak jenis malas nak tanya lebih sebab aku ni orang yang percaya je.

Satu hari ni aku ajak dia keluar dia kata ada hal dengan mak cik dia ke apa benda ntah sampai pukuI 3 pagi, pukuI 3 pagi kedai apa je yang ada, nak lepak kampung baru tak nak, pusing – pusing kawasan aku teringat kedai makan kat PJ.

Masam je muka masa tu tak suka kata dia. Tengah sedap makan, eh tiba – tiba aku terjumpa budak aku mungkin open table pagi – pagi. Awek aku terus merengek tarik – tarik aku ajak blah, aku tanya kenapa?? Aku baru makan separuh pinggan.

Budak aku plak pandang dia semacam je, tak lama dia mintak blah dah letih esok kerja pagi, aku sambung makan malas aku nak layan awek aku yang marah nak balik. Tiba – tiba aku dapat whatsapp berbunyik macam ni, “bos saya nak cakap sikit, awek bos tu ……., ye bos kat hotel ……. baik bos blah je, nanti orang lain tahu malu.”

Aku yang tengah makan mee goreng tiba – tiba terasa macam makan cacing tanah kepanasan, kepala aku berpusing – pusing macam mainan pusing – pusing kat genting tu. Apa aku nak buat dan apa aku dah buat nih?? Patut la aku nak jumpa family dia tak bagi, yang aku kenal pun 2 orang adik beradik dia, tu pun tak rapat baru jumpa 2 kali.

Nak ambik balik kerja pun tak bagi, dia sanggup naik teksi sedangkan aku boleh je setakat nak ambik dia dari tempat kerja. Okey takpe dalam hati aku ni bertenang dulu, aku tengok awek aku ni sibuk main HP, macam tak ada apa – apa je.

Aku tarik nafas, tak boleh dengar cakap orang mungkin dia cemburu, mungkin salah orang, mungkin, mungkin.. Aku jauhkan diri sikit dengan Siti, dua minggu aku bagi alasan aku sibuk, otak aku serabut, akhirnya aku ajak staff aku siasat Siti.

Staff aku ni memang nakal, rumah – rumah merah dekat KL tu dia menjelajah macam jelajah dunia je bila cerita. Takpe yang penting aku tak terjebak. D0sa ooo tuhan marah, mak aku pun marah, aku harap sangat dia janji tak cerita pada sesiapa.

Hari yang dijanjikan tiba, kitorang pergi hotel. Staff aku pergi kaunter, yang jaga kaunter mak aih muka memang sadis, carila yang okey sikit, ni atok siapa tah. Aku dengar budak aku tanya budak perempuan nama Jess, sama ada available ke tak.

Amboi Jess ye, jantung aku ni jangan ditanya sedang berlari berapa ribu kilometer, ni penangan yang agak d4hsyat selain masa jatuhkan taIak kat bekas isteri aku dulu, rasa dia agak sipi – sipi.. peritttt.. perittt. Aku bayar RM250 pada tokey jah4nam tu niat dalam hati aku yang aku tak buat salah.

Cuma aku nak lihat kebenaran je, duit ni aku kerja bukan untuk benda macam ni. Jadi dia suruh orang dia bawak aku naik ke bilik mandi – mandi dan ready dalam 5 minit Jess akan jumpa pelanggan, siaI sangat aku rasa waktu ni.

Aku ikut sampai dalam bilik bukak pintu aku tengok ada k0nd0m atas meja, ada tuala untuk mandi. Aku duduk je atas kerusi, nak duduk atas katil pun tak sanggup terbayang berapa ratus pasangan atas katil ni dan mungkin salah satunya Siti.

Dalam kepala aku ni Allah je tahu 1000 perkara yang aku fikir satu masa. Aku dengar bunyi tapak kasut cepat – cepat aku masuk bilik air, bukak shower dan flush tandas. Staff aku standby dalam kereta sementara aku selesaikan hal aku. Aku ada masa sejam..

Aku keluar bilik air, berdiri sambil tutup kepala aku dengan tuala kecik, geIinya aku tuala ni guna untuk apa, bukan aku tak ada pengalaman kahwin. Serius masa aku tengok Siti r0bek pecah berd3rai meIetop retak h4ncur hati aku, dia tengah betolkan mekap masa aku keluar.

Terk3jut habis bila yang aku tengok dia, terus jadi b0doh beberapa saat, dengan pakaian dia, kuku dia, semua bercat – cat membuatkan otak aku jadi terencat sekejap. Dia marah aku, katanya aku datang sini buat apa?? Nak langgan peIacur??

Aku kata aku datang sebab nak jumpa dia, kenapa dia tipu aku, kata kerja hotel receptionist konon. Tiba – tiba dia menangis macam orang giIa, dia kata semua ni dia tak nak buat, dia memang tak nak jadi macam ni, dia terp4ksa sebab nak tanggung keluarga, nak tanggung adik beradik sekolah, adik beradik dia ramai, 2 orang adik dia kerja lebih kurang jugak macam dia.

Ayah dia dah takde lama, mak dia plak kahwin baru dengan lelaki biawak hidup. Apa dia nak buat dia takde sijil, sekolah tak habis, apa kerja dia boleh buat untuk senangkan family. Dia bukan takat kerja kat sini tapi buat on call hotel jugak.

Aku yang asalnya marah terus jadi sebak, setahun lamanya aku kena tipu. Aku tak tergamak nak tanya berapa lama dia dah kerja kat sni, memandangkan umur dia dah 28 tahun, jadi aku rasa mungkin perjalanan dia lebih hardcore lagi.

Betul – betul macam drama melayu, mungkin drama melayu banyak  adaptasi dari cerita sebenar, macam cerita aku. Siti minta putvs, katanya lebih baik putvs dari aku malu, dia tak mahu c4c4tkan hidup aku sebab dia. Tak banyak yang aku boleh cakap, idea tak keluar, otak aku kurang proses masa tu dan aku menapak keluar dari bilik tu dengan sedu sedan dia.

Aku  tak beri kata putvs apa – apa sama ada untuk teruskan atau stop setakat ini. Mungkin dalam drama, aku ni superher0 yang akan bawa dia keluar dari tempat ner4ka tu, lompat tingkap dan pecut dengan moto, adegan t3mbak men3mbak bermula.

Tapi sebenarnye tak semudah itu, banyak benda perlu di fikirkan untuk buat keputvsan. Buat masa ni dah lama jugak aku tak jumpa dia, aku percaya dia masih on fon segala, aku jugak percaya dia rindukan aku. Tapi aku tak tahu nak buat macam mana.

Dayus ke aku buat macam tu? Kalau  aku ambil dia jadi isteri, aku kena tanggung semua beban dia termasuk betolkan balik family dia yang terbalik. Aku bukan taraf jutawan lagi, perIukan kos yang besar untuk tanggung semuanya, bab agama pun bukan kebal dan kuat sangat, hal nafsu alhamdulillah aku boleh.

Cuba bagi aku cadangan yang bernas sikit apa aku nak buat nih. Aku ni lelaki yang bukan jenis main blah je macam tu, kurang – kurang mesti ada tindakan aku sebagai lelaki bukan jantan. Maaflah mungkin cerita aku agak bosan.

Sambungan.. Okey aku dah pun jumpa Siti dan adik beradik dia yang dua orang tu secara berdepan, jadi adalah beberapa cerita detail yang aku dapat. Antaranya diorang ni adik beradik temasuk adik beradik tiri keseluruhannya berbelas orang, daif katanya dapur pun masih bertanah.

Aku ada tujukan soalan untuk berumahtangga, Siti kata kalau aku boleh tanggung family dia, dia akan berhenti dan mulakan hidup baru dia dengan aku. Bab adik – adik dia plak, diorang tanya aku, aku ni siapa nak tentu hidup diorang pulak?

Kalau nak ambil kakak boleh ambil tapi diorang ada hak untuk hidup diorang. Jadi aku tanya Siti kalau dia nak hidup dengan aku berapa dia perIukan untuk support semuanya sebab aku mungkin tak akan benarkan dia berkerja.

Nak tahu dia nak berapa??? 10k sebulan! Dengan muka tak bersalah plak tu cakap. Ditambah dengan adik – adik dia yang biadap tu, lebih baik aku tak payah berbini lah kalau macam ni. Aku ambik kunci  kereta dan blah. Oklah selesai semuanya. Sekarang dia call / sms / whatsapp / wechat macam nak giIa.

Komen Warganet :

Ridzwann M : Akasia sungguh no kisah h4ng. Bagi akak macam ni la dik, balik pada agama. Dalam Islam seorang wanita dinikahi kerana 4 perkara iaitu, agama, harta, rupa dan keturunan. H4ng nak carik ibu pada anak – anak h4ng dan juga untuk keturunan h4ng so carilah seseorg yang baik.

Bukan maksud si idaman hati h4ng tak baik, cuma buat masa sekarang pekerjaan dia tu tak mencerminkan wanita baik – baik. Kalau ditakdirkan dia berubah then syukur, tapi seeloknya carila orang lain.

Aliana : Kesian mak ayah TT kalau diaorang tahu sejarah bakal wife TT ni. Saya dalam banyak – banyak manusia dalam dunia ni hati mak ayah sayalah paling saya takut nak guris. Cer TT tanya mak TT boleh ke tidak TT terima orang yang terpesong akhlak akidah masuk dalam keluarga TT dan sama – sama TT n family bimbing balik ke pangkal jalan tapi janganlah bagitahu pekerjaan dia pulak nanti pengsan mak TT.

Lagipun nak mengubah orang untuk beriman ni tak senang, semua kena datang dari dalam diri bakal wife TT tu. Saya risau anak  -anak yang bakal lahir, boleh tak dia asuh dan TT kena ingat bakal adik ipar TT yang buat kerja yang sama, influence tu still akan ada around TT dan bakal wife kalau dah kahwin nanti.

Tak akanlah nak putvskan silaturrahim bakal wife TT dengan family dia kan, itu pun berd0sa jugak. So TT kena bimbing semua sekali balik ke pangkal jalan, bila kita tahu ada kemungkaran di kalangan ahli keluarga dah jadi kewajipan kita untuk memperbetulkannya.

Lagi satu saya takut peny4kit je. TT buatlah solat istikharah, solat hajat kalau TT betul – betul nak petunjuk. Bakal wife TT perIukan pembimbing atau penyelamat tapi mampu ke TT nak tanggung semua ni? Rela ke bakal wife TT tu untuk berubah?

Aiman Tina : Aku pulak yang berdebar – debar bace cite ko ni. Nasihat aku ko blah la. Kalau masalah hidup sanggup buat d0se ko fikir sendiri la iman dia kat mana. Ko nak cari bini, mak kepada anak – anak ko mesti cari perempuan yang bijak.

Kalau ade masalah terus buat d0sa ko fikir – fikirkan la nanti nasib anak – anak ko ade mak yang tak bijak macam ni. Ramai orang susah tapi takde sampai buat keje gitu. Nampaknye dia tamak.. keje kilang tak boleh ke? Alasan je tu sedangkan dia memang nak cepat dapat duit. Duit h4ram pun tak kira dah. Ko tau ape kesannye makan duit h4ram ni? Bah4ye wooo nak – nak pada anak – anak. Fikir – fikirkan la. Banyak lagi perempuan baik.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?