Aku jaga ibu nyanyuk. Satu hari, suami bagi video gambar ibu tengah calit n4jis dekat sofa, dinding. Aku nekad berhenti kerja dan suami ceraikan aku

Aku balik sambil menangis dalam kereta. Suami pula keluar tidur hotel sebab tak tahan bau. Tinggallah aku kemas semua sambil jaga ibu dan anak – anak. Bila suami tahu aku berhenti kerja, dia ceraikan aku. Dia kata, kami membebankan dan aku baru tersedar..

#Foto sekadar hiasan. Aku ada cerita yang aku sendiri tak sangka akan jadi dalam hidup aku. Aku seorang guru di sebuah sekolah swasta, seorang isteri, ibu kepada tiga orang anak lelaki dan dalam masa yang sama aku juga anak kepada seorang ibu yang menghidap amnesia atau nyanyuk tahap kronik.

Selama lima tahun aku bekerja di sekolah yang sama. Bos selalu puji aku sebagai pekerja yang rajin dan komited. Memang aku jenis tak suka menyusahkan orang. Selagi mampu, aku akan datang kerja. Cuti pun jarang sangat ambil. Kalau balik lambat, aku selalu bagi alasan nak elak trafik dan jimat tol.

Dalam rumah tangga pula, aku selalu percaya banyak benda kena bertolak ansur. Suami aku sebelum ni memang banyak membantu. Dia balik awal, ambil anak dari sekolah dan rumah pengasuh, mandikan anak, masak nasi, bagi anak makan dan teman mereka bermain atau buat kerja sekolah sementara aku siapkan lauk untuk esok, basuh baju dan gosok pakaian.

Orang tengok hidup aku macam sempurna. Dah sebelas tahun kahwin, jadi banyak benda dah boleh disesuaikan. Aku urus kerja, anak, suami dan ibu tanpa pembantu rumah. Tapi semua berubah bila keadaan ibu aku semakin teruk. Aku mula kerap ambil emergency leave. Asal ada peluang, aku akan balik awal.

Aku dah tak banyak berbual dan bergelak dengan kawan – kawan macam dulu. Lesson plan banyak tertangguh sampai bos panggil aku masuk pejabat dan beri surat amaran. Masa tu sebenarnya hidup aku dah mula tunggang langgang.

Satu hari aku terp4ksa bergegas balik sebab sofa rumah terbakar. Rupanya ibu aku yang nyanyuk buat sesuatu tanpa sedar. Aku balik tergesa – gesa sampai tak sempat beritahu sesiapa di sekolah. Semua orang cari aku sebab aku masih ada kelas.

Sejak ibu tinggal sepenuh masa dengan aku, tidur malam aku dah tak lena. Aku terp4ksa tidur dalam bilik ibu sebab dia selalu bangun tengah malam dan buat macam – macam. Pernah aku bangun pagi tengok dua papan telur pecah atas lantai. Pernah juga tengok rakaman CCTV ibu makan sampah dan buang sebungkus beras ke dalam akuarium ikan kesayangan suami aku. Bayangkan setiap malam tak cukup tidur, pagi kena urus anak dan lepas tu pergi mengajar.

Satu hari sekolah ada open day dan kami kena kerja sampai petang. Dalam pukuI lima lebih, suami aku hantar gambar ibu tengah menyapu n4jis dari pampers ke dinding. Dinding dan sofa penuh dengan t4hi. Dia suruh aku balik segera.
Aku balik sambil menangis dalam kereta.

Bila sampai rumah, suami aku pula keluar menginap di hotel sebab tak tahan bau. Aku tinggal seorang diri mengemas semua sambil jaga ibu dan anak – anak. Aku pernah cadangkan ambil pembantu rumah, tapi adik beradik tak setuju nak kongsi duit.

Mereka kata pembantu rumah nanti lebih banyak buat kerja rumah daripada jaga ibu. Akhirnya kami ambil juga pembantu rumah, tapi aku yang kena bayar lebih sebab aku dah terlalu penat untuk berg4duh. Mula – mula semuanya baik.

Pembantu rumah jaga ibu dan anak bongsu aku. Aku masih memasak dan urus rumah macam biasa. Tapi lepas dua bulan, hubungan aku dengan suami makin keruh. Keluarga dia mula masuk campur dan cakap macam – macam tentang ibu aku.

Kemudian jadi satu lagi perkara yang aku takkan lupa sampai bila – bila. Pembantu rumah aku lari. Dia bawa barang – barang berharga dan tinggalkan anak bongsu aku yang baru tujuh bulan seorang diri dalam rumah. Nasib baik dia kunci ibu aku dalam bilik, kalau tak aku tak tahu apa lagi boleh jadi. Pintu pagar dan pintu utama pula tak berkunci.

Aku telefon suami dalam keadaan panik, tapi akhirnya aku juga yang dipersalahkan. Aku mengadu pada adik beradik, mereka pun salahkan aku. Dalam keadaan tertekan, aku terus hantar notis berhenti kerja 24 jam sebab aku rasa aku dah tak mampu nak bahagi diri lagi.

Masa tu aku langsung tak fikir soal duit. Rumah, dua buah kereta, yuran sekolah anak, belanja dapur dan hutang lain semua aku tolak tepi. Bila suami tahu aku dah berhenti kerja, dia ceraikan aku. Katanya aku, ibu aku dan anak – anak hanya menambah beban hidup dia. H4ncur hati aku masa tu.

Tapi bos aku baik. Dia tahu sebelum ni aku bukan pekerja bermasalah. Surat berhenti kerja aku diterima, tapi dia kata aku boleh datang semula bila keadaan dah stabil. Kira macam cuti tanpa gaji. Akhirnya aku buat keputusan paling berat dalam hidup aku.

Aku hantar ibu ke pusat jagaan orang tua swasta. Bayaran RM2800 sebulan dan dikongsi dengan empat orang adik beradik lain. Memang mahal, tapi aku yakin itu yang terbaik untuk ibu dan untuk anak – anak aku. Setiap Sabtu aku ambil ibu balik. Ahad aku hantar semula.

Walaupun ibu dah tak kenal aku dan tak ingat apa – apa, aku tetap masak makanan kegemaran dia. Entah dia ingat atau tak, tapi aku tetap buat. Sekarang aku ibu tunggal. Kadang – kadang aku pesan pada anak – anak, kalau satu hari nanti ibu jadi macam nenek, hantar saja ibu ke tempat yang baik macam ibu buat pada nenek. Ibu tak nak kamu hidup tertekan sampai rumah tangga dan hidup kamu sendiri musn4h.

Bagi aku, kasih sayang bukan diukur dengan sama ada kita jaga ibu di rumah atau di pusat jagaan. Kasih sayang juga bermaksud memastikan dia selamat, terurus, makan minum cukup, ubat terjaga dan ada orang memantau setiap hari.

Malangnya sampai sekarang masih ada saud4ra mara yang panggil aku anak tak kenang budi dan derh4ka. Mereka mengata aku di belakang, tapi tak ada seorang pun yang sanggup datang bantu ketika aku berjaga malam, mengemas n4jis atau menangis sendirian dalam dapur.

Aku cuma nak cakap satu benda. Jangan cepat menghukvm orang yang hantar ibu bapa ke pusat jagaan. Ada orang buat sebab nak lepas tangan, mungkin ada. Tapi ada juga orang macam aku yang buat sebab dah sampai tahap tak mampu lagi dan takut lebih ramai yang terk0rban emosi serta rumah tangga. Aku dah lalui semua tu. Dan sampai hari ni, aku masih belajar menerima bahawa kadang – kadang keputusan yang paling meny4kitkan itulah keputusan yang paling perlu dibuat.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :