
Aku jalan dalam rumah macam pijak telur. Tak tahu bila suami akan naik angin. Aku tak tahan, bila dia mula buka aib aku dan anak aku dekat media sosiaI. Bila berg4duh, dia akan letak status sindir aku, maIukan aku terang – terang…
#Foto sekadar hiasan / AI. Luahan Seorang Isteri Yang TerIuka – Permohonan Fasakh Aku. Aku bukan jenis isteri yang suka membuka aib suami. Tapi kali ini aku rasa aku perlu bersuara, demi diri aku, demi anak – anak aku, demi ketenangan yang sudah lama hilang dalam hidup aku.
Aku dah cuba bertahan, bertahan sampai kadang – kadang aku sendiri lupa siapa diri aku. Tapi sampai bila? Antara sebab utama kenapa aku mohon fasakh ni… bukan sebab aku benci dia, tapi sebab aku dah terlalu s4kit dan penat. Pertama sekali, suami aku memang dari awal perkahwinan lagi tak boleh terima anak aku daripada perkahwinan terdahulu.
Aku faham, bukan semua orang boleh terbuka hati. Tapi sebagai suami, sepatutnya dia hormat dan faham tanggungjawab aku sebagai ibu. Tapi tidak… Setiap kali aku belikan makanan atau barang keperluan anak aku, walaupun sekadar roti RM2, dia akan naik angin.
Dia cakap aku membazir, cakap aku tak adil. Aku jadi serba salah nak layan anak sendiri. Aku jadi takut nak tunjuk kasih sayang depan dia. Kau bayangkan, sebagai ibu, aku kena sembunyikan kasih aku dari anak aku sendiri. Hati mana yang tidak terIuka?
Itu belum masuk bab kata – kata dia. Lidah dia tu t4jam, dan penuh r4cun. Dia tak pernah segan nak m4ki aku dengan perkataan kesat. Pernah satu kali, dia tuduh aku curang. Tak ada bukti, tak ada sebab… dia cakap ikut suka. Yang paling aku tak boleh lupa, dia h1na anak aku, cakap anak aku “cikaro”.
Aku masa tu menggigil. S4kitnya hati aku Tuhan saja tahu. Itu d4rah daging aku, itu anak yang aku lahirkan dengan nyawa aku sendiri. Aku bukan tak cuba sabar. Aku ikut apa yang dia minta. Aku masak, aku jaga rumah, aku taat… tapi bila dim4ki, dih1na, dit3ngking hari – hari, hati aku jadi keras.
Ada masa aku terbawa – bawa emosi, aku baIas kata – kata dia. Aku tahu aku salah. Tapi aku manusia biasa, aku pun ada perasaan. Aku cuba ubah diri aku, tapi sampai bila aku kena tanggung d0sa hanya sebab nak bertahan dalam perkahwinan yang dah tak sihat ni?
Hidup aku m4kin hari m4kin tertekan. Aku dah tak tenang. Aku tidur malam pun tak lena. Aku jalan dalam rumah pun macam pijak telur. Tak tahu bila dia akan naik angin. Kadang – kadang hanya sebab terlewat masak pun dah kena t3ngking.
Benda remeh pun boleh jadi perg4duhan besar. Aku rasa hidup aku macam hidup dalam sangkar. Nafas aku sempit. Bab nafkah pun satu hal. Dari mula kahwin, dia janji nak bagi RM500 sebulan. Tapi duit tu bukan untuk aku pun. Semua untuk barang dapur, keperluan rumah, minyak kereta.
Padahal dia duduk rumah aku, naik kereta aku. Bila dia tak kerja, aku yang tanggung makan minum dia. Tapi bila dia ada duit lebih sikit, dia suka minta balik duit yang dia bagi. Lepas tu suka ungkit. Katanya aku tak tahu bersyukur. Padahal aku yang bersusah payah urus semuanya.
Yang buat aku m4kin tak tahan, bila dia mula buka aib aku dan anak aku dekat media sosiaI. Setiap kali berg4duh, dia akan letak status sindir aku, maIukan aku terang – terang. Orang luar pun boleh baca. Ada sekali tu, dia cuba pengaruh tempat kerja aku supaya buang aku.
Ya Allah, masa tu aku betul – betul jatuh. Aku dah kerja dekat situ lama sebelum kahwin dengan dia. Itu sumber rezeki aku dan anak – anak. Bekas suami aku pun tak bagi nafkah, jadi kerja aku satu – satunya tempat aku berg4ntung. Bayangkan, suami sendiri sanggup nak musn4hkan tempat aku cari makan.
Dia sendiri tak kerja tetap, nafkah tak tentu. Tapi bila aku usaha, dia pulak yang sabotaj. Masa tu aku tahu, aku tak boleh terus biarkan diri aku h4ncur. Aku bukan isteri yang sempurna. Tapi aku dah cuba sehabis baik. Aku dah k0rbankan banyak benda.
Tapi bila emosi aku dan anak aku dah dilayan macam sampah, aku rasa cukup lah. Aku mohon fasakh bukan sebab aku ikut emosi, tapi sebab aku tak sanggup hidup dalam perkahwinan yang tak ada lagi makna. Aku dah simpan bukti – bukti mesej WhatsApp yang dia hantar.
Bukti dia h1na, m4ki, ugvt. Semua aku akan serahkan di mahkamah. Aku mohon mahkamah pertimbangkan permohonan aku berdasarkan syarat fasakh yang dibenarkan dalam hukum syarak. Aku tak nak terus hidup dalam d3rita. Aku nak bebas, aku nak tenang, aku nak anak – anak aku hidup dalam suasana yang lebih w4ras. Aku cuma nak jadi ibu yang bahagia. Dan aku tahu… aku berhak untuk itu. – Seorang isteri yang sedang bangkit.
Komen Netizen :
Chintia Gurney : Sebenarnya suami tak boleh terima anak – anak awak. Belum kahwin, belum duduk serumah memang dia ok je. Bila dah kahwin, hadap anak orang, dia burn out dan dia tahu dia langsung takde masa berdua dengan awak pun.
Kenapa dia hanya bagi 500? Sebab dia berkira atas semua benda. Kalau dia bayar lebih, anak awak tu pun akan merasa semua tu dan dia tak nak benda tu berlaku. Sebab tu berlakulah segala jenis drama dalaam kisah perkahwinan awak ni. Sebab dalam diri dia, anak awak tu tetap bukan anak saya. Dan dia rasa terbeban dan tak suka sebenarnya. Kalau puan pilih anak, maka jadikan pengajaran. Anak kita tetap takkan jadi anak orang. Dan bukan semua orang boleh terima anak kita sebelum dan selepas kahwin.
Nash Maximus : Memang ada lelaki yang tak tau bersyukur bila dapat isteri baik macam kau. Jangan sedey sangat bukan kau sorang jer hadap masalah macam tu. Pesan aku jangan nilai orang dari paras rupa. Jika nak cari suami carilah yang faham kau datang dengan pakej 2 dalam satu. Solat dan sabar yer.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.