Aku kahwin dengan suami orang dalam diam, dan kini aku tanggung akibatnya..

Suami seorang ustaz dan juga dianugerahkan Allah sebagai perawat. Tapi sekarang dia hubungi bekas kekasihnya sebab dia dapat rasakan wanita itu s4kit. Baru beberapa hari berhubung, suami dah janji nak kahwin dengan bekas kekasihnya dan akan ceraikan aku kalau tak setuju. Masalahnya wanita itu isteri orang…

#Foto sekadar hiasan. Mampukah aku terus bersabar dan teruskan kesetiaanku? Assalamualaikum pembaca semua. Terima kasih admin sebab sudi siarkan confession ni. Kisah ini berkisar tentang kehidupanku bersama suami.

Dulunya aku seorang janda berumur 28 tahun, mempunyai 2 anak perempuan berumur 6 dan 7 tahun. Aku seorang guru dan ditukarkan ke sebuah sekolah di felda. Aku sangkakan aku tidak akan berkahwin lagi tapi jod0h di tangan Allah. Tanpa disangka, baru 6 bulan mengajar di sekolah tersebut, aku dilamar oleh salah seorang ustaz di sekolah tersebut yang telah pun mempunyai isteri dan 2 bulan kemudiannya kami berkahwin.

Mungkin ini kesilapanku, tidak berfikir panjang kerana berkahwin dengan suami orang dan berkahwin senyap – senyap di luar negara. Disebabkan itu, suamiku tidak pernah bermalam di rumah kerana bimbang rahsia perkahwinan kami bocor. Sehinggalah beberapa bulan kemudiannya, rahsia perkahwinan kami diketahui isterinya. Aku masih sanggup sekiranya dia tidak balik bermalam di rumah kerana aku sedar kesilapanku.

Isteri pertama suamiku ini juga seorang guru dan jauh bergaji lebih besar dari aku serta suamiku. Suamiku sering mengadu yang sering direndahkan disebabkan status gajinya. Mungkin inilah sebab dia nekad nak berkahwin denganku.

Isteri pertama suamiku tidak dapat terima hakik4t suami berkahwin lain dan meminta cerai. Walaupun pada awalnya dia berlembut untuk terima aku sebagai madunya, namun disebabkan hasutan adik – beradik dan keluarganya, akhirnya dia nekad minta dilepaskan. Di sinilah bermulanya kisah kehidupanku yang agak mencab4r.

Suamiku selama ini seorang yang bertanggungjawab. Sering membantu menjaga anak dan melakukan kerja – kerja rumah ketika bersama isteri pertama. Selepas perceraian, kami mula tinggal serumah tetapi sikap suamiku mula berubah. Aku ketika itu sedang mengandungkan anaknya. Dia bukan lagi seorang yang suka membantu isteri. Semua kerja – kerja rumah aku sendiri yang buat.

Aku seorang yang berdikari dari kecil, jadi aku tak kisah dengan semua tu. Namun apabila tiba musim perayaan, aku mula berkecil hati. Suamiku tidak mahu beraya bersama dengan alasan tidak dapat beraya bersama anak dari bekas isterinya. Sehinggalah aku melahirkan anaknya, sikapnya tetap begitu.

Semuanya aku tanggung sendiri, begitu juga bab nafkah. Aku terima semua tu sebab aku faham situasi kewangan kami. Kini, sepanjang 12 tahun berkahwin, hanya 3 kali dia balik ke rumah mertua. Kami tidak pernah beraya bersama kerana setiap kali hari raya dia akan tidur sehinggakan adik – beradik serta ibunya menganggap aku tak bagi dia balik kerana dahulu, dia bukanlah begitu.

Aku terima semuanya dan sejak berkahwin memang aku ikut sahaja caranya. Bila dipandang seolah – olah tiada suami kerana semuanya aku yang uruskan, dari hal anak, perbelanjaan sekolah anak serta perbelanjaan rumah semua aku uruskan. Mujur aku pandai mengurus kewangan.

Sesabar mana seorang isteri tentu ada Iukanya. Aku mula rasa tertekan, mungkin dengan beban yang melebihi kemampuan. Sikapku mula mudah marah. Aku dan suami jarang berg4duh tapi bila berg4duh, tentunya menjadi perg4duhan besar dan aku akan sebut tentang perceraian. Tahun ke-3 perkahwinan, dia mula curang. Bercinta semula dengan aweknya dizaman persekolahan yang masih isteri orang.

Ketika itu anak bongsu kami berumur 2 tahun setengah. Diuji lagi, anak kami dimasukkan ke nicu kerana dehidration. Seminggu aku menjaga anakku di hospitaI. Aku rasa sedih kerana suamiku sering tiba ketika waktu melawat hampir tamat. Tapi ketika ini aku masih belum tahu tentang kecurangannya sehinggalah kami berpindah masuk ke rumah baru. Dia berjanji tak akan ulang lagi kerana aweknya itu mempunyai suami yang sangat baik dan bertanggungjawab.

Pada tahun ke-5 perkahwinan, suamiku mula belajar ilmu ketuhanan dan mula tidak ambil kisah tentang hal kerjaya. Dia tidak lagi pergi mengajar dan gajinya telah diberhentikan. 2 tahun kemudiannya suamiku diberhentikan secara rasmi. Kewangan sem4kin sempit sehinggalah salah satu daripada kenderaan kami terp4ksa dilepaskan.

Kata suamiku, itu semua hal dunia. Kami tidak berg4duh kerana padaku, perg4duhan itu takkan boleh mengubah sikapnya. Jadi, aku redha dengan semua ini tapi begitula.. aku agak tertekan dan kadang kala terkasar bahasa pada suamiku.

Kini, suamiku telah dianugerahkan Allah sebagai perawat. Namun dalam mempunyai kebolehan ini, dia mula menghubungi aweknya di zaman maktab dengan alasan dapat merasakan aweknya s4kit.

Ya, dia bantu ubati aweknya yang bergeIar isteri orang tetapi dalam masa yang sama mereka mula berhubungan kembali disebabkan awek lamanya ini sedang hadapi masalah rumahtangga. Hanya dalam beberapa hari selepas itu, mereka telah berjumpa dan berbual kisah – kisah cinta lama dengan panggiIan sayang.

3 minggu selepas berhubungan aku mula tahu dan rupanya suamiku telah berjanji pada aweknya itu untuk melepaskan aku sekiranya aku tidak setuju mereka berkahwin. Aweknya mula menuntut cerai, dan aku terp4ksa bersetuju dengan keputvsan suamiku.

Tanpa disangka, dalam masa 2 bulan berhubungan semula, rasa sayang suamiku padaku telah hilang. Tidak akan ada lagi ungkapan sayang untukku kerana katanya semuanya hanya untuk si dia. Dan suami aku sering berkata ingin melepaskan aku kerana tidak akan dapat berlaku adil. Bila disebut tentang peng0rbanan, alasannya tidak mahu aku berk0rban lagi untuknya maka perpisahanlah yang akan diberikan.

Aku dan suamiku telah pjj kerana dia membantu kawannya. Sejak itu hanya pulang ke rumah 2 kali sebulan tetapi berjumpa aweknya setiap minggu. Setiap hujung minggu bukan lagi berada bersamaku dan anak. Mesej dan panggiIan aku sering diabaikan sehingga berhari – hari. Aku berasa sangat sedih kerana aku terlalu sayangkannya.

Suamiku kini ingin membantu kewangan aweknya walaupun tidak pernah membantu kewangan aku yang mengendalikan rumahtangga kami, sedangkan pendapatan aweknya jauh lebih tinggi dariku. Aku tetap ingin pert4hankan rumahtangga kami. Setiakah aku… Atau bod0hkah aku?

Aku amat sedih dengan sikapnya tapi aku masih lagi sangat – sangat menyayanginya . Ramai menasihati agar kami berpisah tapi buat masa sekarang aku rasa tidak sanggup. Walaupun telah banyak perkara meny4kitkan hatiku, aku hairan aku tidak terlalu marah, hanya kesedihan terlalu kuat menyelubungiku. – Aliyah (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Zie Khalil : Berpisah je la kalau dah did3ra batin. Islam pun meIarang suami mend3ra batin isteri. Suami yang pernah menjadi ustaz di sekolah berper4ngai macam tu, curang. tak layak jadi imam kepada keluarga.

Elly Zaliza : Dah tentu ler jawapannya, bod0h! Cinta membutakan mata, hati dan jiwa. Padahal terang – terang dah nampak banyak d3rita dari bahagia. Lagi satu, dulu mer4mpas kan, sekarang kena la r4mpas balik. What u did, u get back. BaIasan Allah tu tak payah nak tunggu akhir4t pun sis.

Song Onim Circle : Isteri pertama bijak, kau lah yang bod0h. Nama aje cikgu, tak kan tak boleh fikir? Apa pun suka hati ang la, nak jadi lembu ke, kerbau atau manusia, kau sendiri pilih. Kalau sayangkan laki, beIailah sampai bila – bila. Kalau tak sayang, elok buang jauh – jauh, tak ada lah nanti, bila dah busuk, ko pun terpaIit sama. Faham?

Rinn Hanis : Haha serius ah, aku tak boleh la baca cite macam ni, geram weh. Ustaz macam siot je memang tak layak langsung bergeIar ustaz, spesies ustaz ni memang semulajadi gatai ke macam mana. Memang nak je isteri lebih kan, lepas tu kahwin senyap – senyap, lepas kahwin nafkah isteri ke laut. Yang janda pun memang suka ye r4mpas laki orang. Awak dah tau tu laki orang, tak payah la terima. Boleh pikirkan dan ianya pilihan sebelum menjadi takdir. Kalau laki tu bujang, silakanlah no hal. Tak payah nak salahkan takdir memanjang. Eh, lagi satu, jadi perempuan tu jangan murah sangat. Usahalah cari jod0h dengan cara yang betul, ini tak, orang lamar je, tak kira laki orang ke biawak kom0do ke kau terus terima je.

Danie Rinz : Akak, saya bersimpati. Saya faham besar juga perng0rbanan akak tapi sudah – sudahlah pert4hankan cinta biawak hidup. Suami pun tak pernah belajar dari kesilapan. Semoga akak menemui kebahagiaan dengan mendekatkan diri kepadaNya dan tolong didik anak – anak perempuan akak jangan ulang kesilapan akak.

Ain Atiyah Wak Mod : Terima kasih buka mata wanita – wanita semua di luar sana yang masih mencari calon. Kisah kamu menyedarkan kami, apa yang kamu fikirkan sebenarnya kalau dah tau dia suami orang dan kahwin pon kat luar negara? Awak ni cikgu tapi ntahlah, minta simpang. Saya pernah hampir dikaburi mata dan hati dengan orang – orang yang kononnya beragama tapi hakik4tnya alhamdulillah. M4kin menakutkan zaman sekarang, moga Allah mudahkan diri awak, amin…