Aku tak larat nak masak sebab senggugut. Tiba – tiba pak mertua send satu gambar dalam group, “isteri kena teman suami waktu makan. Kalau tak sy4itan duk tepi berbisik hasut suruh suami kahwin lain, baru ko tahu!” Aku dah tak diam, aku dah berani menjawab…
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Aku nak meluahkan serba sedikit segala yang terbuku di hati. Maafkan kalau ayat aku yang tak seberapa sebab dah terlalu lama aku tak berkarang sebegini. Aku Yuni, umur 27 tahun.
Sudah berkahwin selama 5 tahun. Berkahwin pada usia 22 tahun tak pernah terlintas dalam fikiran aku. Tapi waktu tu aku tekad sebab itu satu – satunya jalan keluar daripada keluarga t0ksik aku. Pada waktu aku berkahwin juga, depr3ssion aku belum pulih.
Aku memilih untuk berkahwin agar aku dapat pulihkan segala Iuka hati yang aku pendam sejak kecil lagi. Aku kenal suami melalui laman cari jodoh muslim. Dalam banyak – banyak mesej yang aku terima, aku tak tahu kenapa aku hanya buka mesej suami dan 6 bulan kemudian kami terus berkahwin.
Aku fikir lepas kahwin aku boleh bahagia. Aku silap. Silap besar. Boleh kata awal perkahwinan memang terlalu banyak kali kami berg4duh. Suami ‘anak mak’. Bongsu dan satu – satunya anak lelaki. Awal kahwin mak mertua akan call setiap malam seolah – olah anak lelakinya belum berkahwin.
Bila aku tanya memang tiap – tiap malam mak dia akan call ke, suami kata sebelum kahwin takde pula begitu. Dalam group whatsapp pula dah mula ada ayat menyindir aku. Sampai la satu malam aku tak larat nak masak dan tak larat nak temankan suami keluar makan di luar kerana senggugvt.
Pak mertua send satu gambar dalam group berayat “isteri kena teman suami waktu makan kalau tak sy4itan duk tepi berbisik hasut suruh suami kahwin lain, baru ko tahu!” Aku salin ni sebijik ya ayat dalam gambar tu. Sampai sekarang aku simpan.
Suami aku balik dari makan malam tu memang terus g4duh. Aku dah cakap kat suami hal remeh macam ni tak perlu cerita sebab keluarga dia memang akan salah faham walau hal sekecil macam ni pun. Takde siapa pun yang tanya kenapa aku tak teman suami makan.
Takde siapa pun yang tanya aku sihat atau tak, aku dah makan ke belum. Tapi suami masih tak berubah. Lebih haru, permohonan pindah suami ke cawangan berdekatan kampung halaman dia diluluskan. Suami kata nak tinggal sekali dengan mertua sebab nak jaga mertua (waktu tu memang mertua tak berapa sihat).
Aku terp4ksa redha untuk setuju walaupun hati dah tersangat berat dan aku jangka macam – macam akan terjadi. Semua jangkaan aku tu memang betul – betul terjadi malah lebih teruk. Macam – macam aku kena hadap.
Dih1na sebab kerja kerani je. Suami pulak sikit – sikit nak minta aku belanja. Semua ni buat depr3ssion aku m4kin teruk. Jadi aku buat keputusan untuk sambung degree pada usia 24 tahun. Mohon pinjaman ptptn. Itupun aku ada baca whatsapp suami mengadu pada kakak kedua dia, Angah yang aku nak belajar guna ptptn.
Ayat suami seolah – olah dia yang kena bayarkan hutang ptptn aku pulak. Status pelajaran suami yang suami kata lepasan degree, rupanya suami belajar setakat SPM dan pernah melanjutkan degree tapi berhenti. Pada awal perkahwinan dulu bila aku baru dapat tau hal ni,
Aku sehingga ragu – ragu adakah betul pekerjaan suami, tapi nasib baik suami tak menipu tentang hal kerjanya. Memang pemikiran kami tak sekufu. Bila sambung degree, aku cuba dapatkan keyakinan diri aku semula. Bila mertua ipar menyindir, aku mula berani untuk menjawab.
Aku dah tak lagi buka whatsapp group family suami. Setiap kali ada majlis keluarga suami, aku bagi alasan sibuk siapkan assignment. Sebenarnya aku mengharap untuk keluar rumah mertua dan tinggal di asrama, tapi pada waktu tu kovit m4kin teruk dan aku perlu terperap di rumah mertua.
Selama 2 tahun belajar aku terperap di rumah mertua. Tapi Alhamdulillah aku masih kekal keputusan dekan setiap sem. Segala tekanan yang aku hadapi aku salurkan dengan menyiapkan segala assignment dan projek. Pernah sekali aku belikan kek pavlova sempena harijadi suami.
Aku first time beli dan tak pernah rasa tapi aku tengok review semua kata pavlova dari seorang seller ni sedap sangat. Suami masa mula – mula makan kek tu dia kata sedap, tapi bila mak mertua datang dan makan, mak mertua kata manis sangat.
Yang buat aku sangat terkilan, bila aku tutup pintu bilik dan hendap dengar perbualan mak mertua dan suami, aku terdengar mak mertua kata, “elok masuk sampah je.” Masa tu aku betul – betul penat dengan tugasan pelajaran, aku beli kek tu pun dengan duit aku yang tak berapa nak ada, bila dengar ayat macam tu rasa – rasa apa perasaan aku?
Sebenarnya terlalu banyak lagi yang terjadi. Macam – macam hal aku hadap. Tapi masa semester ke-5, aku dah mula perlu ke kampus untuk belajar secara bersemuka. Waktu ni la aku mula cakap pada suami yang aku nak duduk rumah sewa dengan rakan tapi suami tak izinkan sebab taknak berjauhan.
Kali ni suami setuju nak tinggal rumah sewa dengan aku. Universiti aku dalam daerah yang sama. Jadi rumah sewa kami di tengah – tengah antara jarak perjalanan suami ke tempat kerjanya dan aku ke kampus aku. Waktu ni aku fikir “ohh boleh pulak nak duduk rumah sewa”. Ini pun aku terp4ksa bayar separuh rumah sewa, bahagi dengan suami.
Gaji suami sebenarnya cukup tapi disebabkan rumah baru kami belum siap dan tiap – tiap bulan dip0tong lppsa, jadi terp4ksa juga la aku keluar duit sendiri. Bila dah duduk asing dari mertua, jiwa aku lebih tenteram. Doa aku dimakbulkan. Tapi itu lah, hati aku tawar.
Sikap suami masih belum berubah. Masih panas baran. Setiap hari mengadu hal tempat kerja dia. Setiap hari meng4muk mencarut nama – nama rakan kerja dia yang selalu lari dari tanggungjawab masing – masing. Seolah – olah hanya diri dia yang terpaling banyak kerja dan terpaling susah.
Suami dah lama nak berhenti kerja, tapi baru – baru ni suami kata tekad nak berhenti kerja lepas rumah baru kami siap dalam beberapa bulan sahaja lagi dan dijual. Suami kata nak kerja biasa – biasa. Dan dalam masa beberapa bulan sahaja lagi aku akan mula latihan industri.
Aku jadi takut dengan masa depan. Bila aku tanya macam mana nak bayar sewa rumah, bil air api lagi. Selama ni pun aku banyak keluar duit sendiri, guna duit ptptn untuk beli keperluan aku. Kalau suami berhenti kerja, kerja biasa – biasa mula dari bawah semula, macam mana nak bayar sewa rumah, bil air api lagi?
Mengharap duit aku? Jadi biawak hidup pula ke? Keluarga aku dah confirm akan pandang h1na aku sebab suami berhenti kerja kerajaan dan kerja biasa – biasa je lepas ni. Keluarga mertua pula confirm – confirm akan salahkan aku sebab suami berhenti kerja.
Setiap kali habis solat aku berdoa agar Allah swt ambil nyawa aku kalau itu lebih baik. Aku dah terlalu penat nak hadap ujian dunia ni. Di universiti, hadap pula ujian hati. Inilah permulaan d0sa hati. Kos aku dalam bidang kejuruteraan, jadi aku perlu banyak berkumpulan dengan pelajar lelaki baya – baya adik aku. Tetapi sehingga sekarang tiada siapa pun yang tahu umur sebenar aku.
Ada yang selalu whatsapp bertanyakan aktiviti harian, tapi selalu aku akan divert supaya bincang hal tugasan pelajaran sahaja. Ada juga pensyarah lelaki ni selalu puji – puji aku depan pelajar lain, panggil nama aku dalam setiap sesi kelas, beri markah A sedangkan ada pelajar yang aku tau pandai dan lebih cemerlang pun pensyarah tersebut bagi A-.
Hal – hal yang aku selalu dapat rasa sikap mereka ’lain’ terhadap aku ni kebiasaannya aku akan biarkan berlalu. Kecuali seorang rakan lelaki ni. Aku namakan dia Farid. Pada semester lepas aku sekumpulan dengannya dan dia merupakan ketua kumpulan.
Sebelum ni aku tau dia memang antara pelajar cemerlang dan outstanding tapi bila berkumpulan dengannya, aku mula rasa kagum sebab sikapnya yang matang dan bagi aku memang bijak ketika membuat pembentangan. Sangat berbeza dengan pelajar lelaki lain.
Aku mula comparekan Farid dengan suami aku. Aku fikir ”bertuahnya siapa yang dapat lelaki seperti Farid”. Farid juga mula whatsapp tapi hanya bertanyakan hal pelajaran. Cuma ada satu ketika aku up status whatsapp, dan Farid wish yang terbaik untuk aku.
Farid bukan jenis whatsapp hal – hal remeh pada perempuan lain sebagaimana aku dapat tau dari rakan perempuan lain. Jadi hati aku terkesan. Aku jadi sedih. Kenapa bukan suami aku yang reply begini. Wake up Yuni! Kau tu baya seorang kakak pada Farid!
Isteri orang pula tu! Aku sendiri pun tak suka mainan hati begini. Tapi segala apa yang berlaku dalam hidup ni, aku dah penat sangat. Tak layak ke untuk aku bahagia? Segala suruhan Allah swt aku tunaikan sebaiknya. Tak pernah tinggal sekalipun amalan wajib, malah ditambah dengan amalan sunat.
Aku berkahwin ni pun lepas terlalu banyak kali aku istikharah dan tahajjud. Kenapa jalan hidup aku begini? Entahlah. Aku dah penat. Banyak tekanan dalam hidup aku lalui lepas kahwin ni aku boleh lupa sebab tekanan pelajaran lebih hebat ya. Aku harap boleh temui rasa bahagia dalam hidup ni.
Aku sunyi. Setiap hari selain meluah pada Yang Maha Esa atas sejadah, aku cuma boleh meluah dalam diari. Aku ada trust issue dan hati aku m4kin terIuka sampai aku tak tau nak bezakan mana betul dan salah. Aku penat sangat. – Yuni (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Atikah Az : Niat kawin pun salah pastu bila semua tak elok macam dirancang nak salahkan semua, semua benda t0ksik kecuali diri sendiri huhu time umur 22, 23 dulu taknak fikir nak sambung ijazah hidup berdikari keluar dari rumah cara elok ini bila hidup tak ok dengan suami, nak konon – konon berdikari sambung belajar boleh terrcrush kat lelaki lain pulak sabor jelah.
Shahanie Habibur Rahman : Jangan pregnant, get your degree first. Kemudian kerja dan atur semula kehidupan. In the meantime, doa jangan putus minta Allah SWT guide u ke arah yang Allah redha, minta petunjuk jalan keluar dari permasalahan ini. Mula – mula m4ki hamun sebab baran takut – takut lepas ni naik tangan kendian hilang nyawa. Fikir – fikirkan lah ya
Nora Osman : Kahwin sebab nak keluar dari t0xic keluarga. Sambung belajar sebab taknak keluarga mertua pandang rendah. KENAPA TIDAK KERANA ALLAH ?? Kemudian tt akan kecewa bila tak dapat apa yang diharapkan.
Betulkan niat.. minta DIA permudahkn apa yang tt rancang. Habis belajar, cari kerja.. ajak suami juga.