Aku kantoi masa isteri aku tengah mengandung anak ketujuh, isteri akhirnya undur diri

Hampir 17 tahun kahwin dengan anak nak masuk 7 orang kami bercerai punca dari aku yang dah kant0i, gatai tak habis. Memang aku ceraikan isteri aku masa dia tengah mengandung 5 bulan. Lepas kami dapat keputvsan hak penjagaan anak, kami buat keputvsan untuk aku sendiri yang jaga ketujuh – tujuh anak aku termasuk yang dalam kandungan isteri nanti…

#Foto sekadar hiasan. Ramainya anak! Memang ramai. Aku kahwin masa umur 21. Masa tu bekas isteri baru berumur 18. Fresh from school gitu. Setiap 2 tahun kami pr0duced sorang anak. Rezeki Allah nak bagi meIimpah ruah dari sudut zuriat. Alhamdulillah, semua anak keluar ikut pintu yang sepatutnya.

Kahwin tahun 1999. Jod0h tak panjang. Tahun 2015 kami berpisah. Masa tu ada baby bongsu dalam perut 5 bulan kalau tak salah. Kej4m aku. Ceraikan bini aku masa tengah mengandung. Tak apa lah. Korang boleh cakap apa saja. ZaIim, tak ada hati perut, budus dan sebagainya. Salah aku. Kant0i!

Tapi bukan nak cerita pasal tu. Aku nak share bagaimana kehidupan aku selepas bercerai dengan semua 7 orang anak tu. Aku beIa semua tujuh – tujuh tu. Dari yang bongsu lepas bersalin sampai la yang sulong sekarang dah berumur 17 tahun. SPM tahun nie. Bongsu sekarang nak masuk 4 tahun dah tahun depan.

Anak aku 2 lelaki yang lain semua perempuan. Selalu baca kat media sosiaI tu, ramai sangat para ibu yang mengeluh berkenaan bapa – bapa kepada anak – anak diorang yang tak bertanggungjawab selepas penceraian. Tak jenguk, tak bagi nafkah, kahwin lain lepas tu lupa semua tanggungjawab sebagai bapa.

Untuk pengetahuan, bekas isteri dah kawin tahun lepas. InsyaaAllah, bulan Nov nie bakal melahirkan anak ke 8. Moga dipermudahkan segala urusan dia dan suami. Anak pertama kepada suami dia. Cuma aku pelik sikit kali nie. Sebab, selalunya bila dia mengandung, anak aku. Kali nie.. anak orang lain! Pelik tak..? ( Syukur lah..)

Bini aku seorang yang sangat baik. Lama dah dia menanggung d3rita perangai aku yang macam entah apa – apa. Gatai tak habis. Banyak kali sangat kant0i, maka dia mohon untuk berundur diri. Seorang ibu dan isteri yang sangat sangat baik. Susah nak cari isteri macam dia. Betul. Serius cakap.

Untung suami baru dia sekarang. Pandai jaga diri. Pandai jaga suami dan anak – anak. Ramai orang tanya. Kenapa dia sebagai seorang ibu tak jaga anak – anak dia? Takkan sorang pun dia tak jaga. Ibu jenis apa macam tu..?

Bukan macam tu sebenarnya. Kami dan berbincang dan capai persetujuan bersama. Punca sebenar adalah sebab tak nak pisahkan diorang adik – beradik. Tak nak 3 kat mak dan 4 orang lagi kat ayah.

Walaupun sebenarnya hak penjagaan macam yang diputvskan oleh mahkamah, aku dapat 3 dan selebihnya kepada dia. Lepas bercerai langsung tak ade isu berebut anak, berebut harta sepencarian or anything. Semuanya berlaku dengan sangat baik.

Malah lepas lafaz taIak sebeIah petang, malamnya kami duduk mengopi kat kedai bincang apa yang dah berlaku. Kami sangat baik. Sampailah sekarang. Sampai kadang – kadang suami dia ada sikit cemburu.

Of course la kan..! Tapi kalau ada berhubung pun pasal kisah anak – anak. Suami dia ada berpesan pada aku dulu agar menghorm4ti ik4tan diorang. Sudah semestinya aku faham. Tak ada istilah giIa taIak atau apa. We good. Even very good.

Now, nak cerita macam mana aku handIe hidup aku dengan 7 anak. Jenuh jugak la. Aku masak. Hantar mereka pergi sekolah tiap hari. Ambil balik sekolah. Hantar lagi kalau ada kelas petang. Pergi kerja. Dan biasa sampai waktu makan tengahari, aku lari ambil diorang dari sekolah.

Kalau sempat masak, aku masak. Kalau tak sempat aku beli kedai. Balik keja petang singgah kedai beli bahan untuk masak makan malam pulak. Seronok. Aku enjoy. Selalu kami makan sekeluarga 7 beranak ( yang sulong kat asrama).

Tapi sebelum makan, aku ambil gambar dulu. Masuk dalam FB & IG. Untuk motivasi pada diri aku sendiri. FB aku penuh dengan menu masakan. Dah nak masuk 4 tahun dah aku macam nie. Ada orang tanya. Tak nak kahwin lain ke..? Kesian kat anak – anak.

Aku tak rasa macam aku patut kahwin buat masa terdekat nie. Sebab anak – anak aku kecik – kecik lagi. Aku patut lebih kesian pada diorang. Umur depa dari yang kecik 3, 5, 7, 11, 13, 15 & 17.

Umur aku sekarang 40. Kalau aku nak kahwin pun, aku nak cari seorang ibu untuk anak – anak aku. Aku tak nak cari isteri untuk aku. Sebab, kalau dapat ibu, secara tak langsung aku dapat isteri. Tapi kalau cari isteri, belum tentu anak – anak aku akan dapat seorang ibu. Betul tak?

Ingat senang nak cari seorang wanita yang sanggup nak kahwin dengan aku. Pastu nak kena jaga 7 orang anak – anak aku. Tujuh beb. Bukan dua tiga! Kalau pun ada, dan kalau pun awek tu setuju, ibu ayah dia belum tentu setuju. GiIa kau.. pakej kot.. kahwin 1 dapat tujuh free!

Aku happy dengan hidup aku sekarang. Yang lebih penting, sekarang aku lebih memahami j3rih p3rih peng0rbanan seorang isteri dan ibu. BebeI diorang pada kita para suami nie bukan sebab apa. Depa penat mengurus rumah. Penat sangat melayan kerenah anak – anak. Pastu nak layan kita lagi.

Kita balik umah konon penat dah. Bagi alasan banyak keja kat pejabat. Tak nak diganggu. Nak tidur. Hangpa nak tau tak, sebenarnya tugas isteri dan ibu tu lagi penat tau.

Waktu bekerja diorang bermula dari terbuka mata suami, sampai la terpejam balik mata laki depa. Tu pun lepas laki tidur, anak – anak pula bangun nak susu, kenc1ng, ber4k, demam dan sebagainya. Serius penat. Itu kalau surirumah sepenuh masa. Kena yang isteri bekerja..?

Bekas isteri aku duduk tak jauh. Kalau aku out station, aku hantar diorang untuk dia jaga depa. Macam sekarang. Aku sambung beIajar luar negara. Dia jaga ngan suami dia. Alhamdulillah. Diorang dapat bapa tiri yang sangat baik dan penyayang.

Tahun depan baru aku balik. Sekarang nie pening sikit sebab my ex nak bersalin bulan 11 nie. Aku bercadang nak balik during 3rd term break nanti. Tapi cuti seminggu jer. Tengoklah macam mana.

So, kepada bapa – bapa tunggal yang ada ramai anak, or even dua tiga orang sekalipun, mohon untuk tidak membebankan bekas isteri korang selepas cerai. Tunaikan tanggungjawab kita dengan sebaik mungkin.

Cuba ambil alih tugas bekas isteri untuk kita lebih memahami mereka waktu masih bersama dulu. Banyak yang aku beIajar. Terutama bab masak. Aku tak pandai masak pun sebelum nie. Sekarang pun tak la pandai mana.

Aku google jer semua resepi – resepi. Tiap hari tanya anak nak makan apa. Aku cuba sehabis baik untuk penuhi selera depa. Tapi selalunya depa ikut selera aku. Kari! Hari – hari kari.

Dengan penceraian, kita selaku ibu bapa nie dah melakukan satu kesilapan. Jangan biarkan anak – anak kita turut terkesan dengan masalah yang kita buat. Kita dah besar. Boleh handIe.

Depa kecik lagi. Tak patut jadi m4ngsa. Berbaiklah dengan bekas isteri. Kalau bekas isteri dah kahwin, kawan la dengan suami dia. Horm4ti mereka sebagaimana yang sepatutnya. Demi anak anak. Buang segala eg0.

Aku fokus hidup sekarang kepada anak – anak. Aku nak besarkan diaorang dengan baik sedaya aku. Aku nak buktikan pada sesetengah masyarakat kita bahawa tak semua bapa selepas bercerai tak bertanggunjawab dan laIai dalam menjaga amanah yang dikurniakan.

Aku tak nak susahkan bekas isteri aku dengan keluarga baru dia. Dan kalau boleh aku nak pindah duduk jauh – jauh. Tapi masalah pulak. Nanti kalau out station sapa nak jaga. Kahwin? Sebab nak ada orang jaga anak aku..? Ermmm… Doakan aku. – Cik Dong

Komen Warganet :

Nursyazwani Ahmad Noorzi : Terima kasih sebab masih bertanggungjawab pada anak – anak. Sebab saya selalu jumpa yang bercerai – berai. Bercerai sekali dengan anak – anak.. Semoga urusan awak dipermudahkan.. Terima kasih sebab biar ex wife awak bahagia.. Sebab dia berhak bahagia.. Saya percaya en dong dah banyak beIajar dari penceraian ini.. Semoga terus jadi bapa yang bertanggungjawab.

Izan Mohd : Kisah awak ni hampir sama dengan saya beza saya perempuan bercerai dengan bekas suami ketika mengandung 3 bulan anak ke-7. Semua anak pada saya, punca cerai pun sama asyik kant0i. Selepas 4 tahun baru berkahwin semula. Alhamdulilah suami sekarang terima saya dan ketujuh – tujuh anak. Kami sekarang pun dah 12 tahun berkahwin. Saya pun dengan suami baru ada dua org anak dah rezeki sem4kin baik bekas suami pun dah meninggaI cuma kami tak berbaik macam awak sebab dia tak pernah nak jenguk anak dan berikan nafkah.

Tapi buruk pun dia ada kebaikan dia yang saya ingat. Bukan semua hidup orang tu sama. Allah datangkan ujian tu mengikut kemampuan kita untuk menjalaninya dengan redha. Harap awak bertemu jod0h yang baik, yang terima anak – anak awak sebagaimana suami saya menerima anak – anak saya sebaiknya menjaga dan menanggung nafkah meraka .

Siti Aishah Bechi : Bagusnya awak seronok lalui life awak mcaam tu, masak, sebelum makan ambik gambar. Emmm macam best je kan. Tahniah bro. Mudah – mudahan satu hari nanti kau jumpa seorang ibu yang terbaik untuk anak – anak 7 orang tu. InshaAllah, ikhlas jaga anak – anak dengan penuh tanggungjawab, Allah akan timpaIkan baIasan yang baik – baik.

Siti Mariam Mohamad : Mengalir air mata tengok anak yang kecik. Tabahnya hati ex wife awak menahan rindu pada anak yang sekecil itu. Mesti Iuka dia terlalu par4h sampai dia sanggup nafikan naluri keibuan dia.

Hamba Nya : Bagus, ada juga rasa insaf. Tak payah la kahwin lagi kalau rasa tak ade calon yang baik. Ex saya kahwin balu anak dua, tapi perangai ya ampun. Teruk dari mak tiri bawang merah. Anak – anak saya memang bapanya tak bawa balik rumah dia, isterinya tak suka. Pernah pergi bermalam, tengah malam mer0yan – r0yan suruh hantar balik. Bab nafkah memang dia tunggu di padang masyhar baru nak bayar dengan amal dia kalau ada, hahahaa

Apa kata anda?