
Aku tetap terus tengok wayang dengan perempuan tu. Bila balik rumah, semua kain baju aku dah dic4mpak keluar. Aku merayu minta maaf tapi isteri aku tak nak buka pintu. Malam tu aku tidur luar rumah. Esoknya isteri aku minta maaf sebab tak dapat bagi anak..
#Foto sekadar hiasan. Bahagian 1. Isteri aku, Nina memang dari sebelum kahwin lagi montel. Mak aku selalu suruh aku nasihatkan Nina supaya kurus untuk senang dapat anak. Satu hari aku terdengar Nina telefon mak dia. Nina cakap dia ada masalah dengan ovari.
Nina bagitahu yang dia ada buat pemeriksaan di hospital untuk tujuan insurans dan terbukti dia memang ada masalah untuk mengandung. Sementara tunggu kereta siap dibaiki dekat workshop ni, aku nak kongsi kat korang semua pasal kisah bini aku, Nina. Panjang sikit, harap korang bersabar.
1992. Aku umur 16 tahun masa tu, muda belia. Aku ikut bapak aku pergi ke rumah kawan dia dekat satu pekan ni untuk tengok siaran langsung Piala Thomas. Harap maklum, aku dulu bukan orang senang. Bapak aku tak bayar lesen TV waktu tu, jadi TV disorok bawah rumah sebab takut kantoi dengan pegawai yang datang periksa rumah ke rumah. Sebab tu aku jarang dapat tengok TV.
Sampai kat sana, aku duduk bersila dekat tepi dinding ruang tamu sambil tunggu siaran langsung bermula. Mata aku terus tertumpu pada seorang budak perempuan umur 12 tahun yang tengah ratah ayam goreng dekat tangga dapur. Badan dia montel, comel, kulit putih dan rambut per4ng.
Sekali pandang macam anak kacukan pun ada. Dia makan, makan dan makan ayam sampai tak sedar orang sekeliling. Agak – agak dalam enam ketul juga ayam goreng dia habiskan. Aku dah tak fokus tengok badminton. Mata aku asyik tengok budak perempuan tu je.
Rupanya dia anak tuan rumah, iaitu anak kepada kawan bapak aku. Lepas Malaysia menang, bapak aku ajak balik. Masa nak bangun, aku sempat pandang dia lagi. Kali ni dia pandang aku balik dengan muka selamba. Tak sangka, tu kali pertama aku jumpa Nina, bini aku.
1996. Bapak aku buat kenduri kahwin kakak aku dekat rumah. Masa tu aku cuti semester dan baru umur 20 tahun. Badan aku tinggi, 184 sentimeter, dan kurus. Jadi semua kerja panjat memanjat, pasang pelamin dan tukar langsir aku yang buat sebelum majlis nikah.
Tengah aku sibuk berkemas, aku nampak budak perempuan yang sama aku jumpa tahun 1992 dulu tengah makan dekat beranda rumah. Ya, si montel tu makan lagi. Kali ni pun dia makan ayam lagi. Confirm dia rembat ayam yang dah siap digoreng dekat dapur untuk buat ayam masak merah.
Mak dia datang merewang dan dia ikut sekali. Makin cantik muka dia. Tapi berat badan dia pun nampak makin bertambah. Dia dah makin tinggi, dalam 170 sentimeter lebih macam tu, cuma badan dia besar. Dari belakang, aku nampak rambut per4ng dia yang paras bahu tu terurai.
Hati aku rasa berbunga bunga tengok dia. Tiba tiba dia menoleh ke arah aku. Rasa macam nak tercabut nyawa masa tu. Indah betul ciptaan Allah. Gadis berkulit putih, rambut per4ng dan muka yang comel. Masa tu dia baru umur 16 tahun. Tapi dia jeling je muka aku. Terus aku rasa segan. Tu kali kedua aku tengok Nina.
1999. Kenduri kahwin kakak nombor dua aku pula. Kali ni aku ternanti – nanti kalau kalau budak tu datang lagi. Tapi hampa. Masa rewang kali ni mak dia tak datang. Aku nak tanya mak bapak aku pasal dia, tapi segan. Sudahnya aku diamkan je.
Kenduri kali ni agak sibuk. Masa muka aku berminyak sebab ulang alik angkat lauk dan nasi untuk dihidangkan kepada tetamu bawah kanopi, tiba – tiba aku terserempak dengan dia. Cantik sangat dia pakai baju kurung. Badan dia masih montel macam dulu.
Tak apalah. Bila dah suka, montel ke kurus ke tetap jadi pujaan hati. Aku pula masa tu berpeluh – peluh dan rasa segan sebab muka dah comot. Dia pandang aku, lepas tu dia sengih. Memang dalam betul lesung pipit dia. Masa aku tengah kemas meja, dia datang tanya nama dan umur.
Aku cakap nama aku Kamal, umur 23 tahun. Dia pula cakap nama dia Nina, umur 19 tahun. Lepas tu dia kenyit mata. Comel sungguh. Aku nak kenyit mata balik, tapi tak berani. Takut pula dia lari. Jadi aku angguk je. Nina bagi nombor telefon rumah dan alamat dia. Dia tulis atas tisu guna celak Mekah yang dia simpan dalam beg tangan. Katanya senang nak berutus surat. Berani betul dia. Memang jauh beza dengan aku yang pemalu.
2001. Aku dapat taw4ran sambung Master dekat luar negara. Dari tahun 1999 lagi aku memang berutus surat dengan Nina masa masing – masing belajar dekat universiti. Aku selalu tulis, “Ke hadapan Nina, aku sentiasa merindui Nina,” dekat bahagian atas surat sambil tabur bedak dalam sampul surat. Hehe.
Masa aku dah nak berlepas, Nina hantar aku dekat KLIA. Masa tu dia duduk dekat Shah Alam dan tengah sambung belajar. Nina menangis sambil hulur sepucuk surat dekat aku. Dia suruh aku baca masa dalam kapal terbang nanti. Aku angguk je.
Bapak Nina pun ada sekali. Siap hulur duit dekat aku dan pesan supaya belajar bersungguh – sungguh. Dia juga pesan, bila balik nanti terus masuk meminang Nina. Masa aku buat pemeriksaan keselamatan dekat lapangan terbang, tiba – tiba beberapa pegawai polis datang iringi aku masuk ke bilik siasatan.
Aku memang gabra. Rupanya aku disyaki bawa virus antraks sebab dalam surat yang Nina bagi tu ada bedak yang dia tabur. Aduhai, kesayanganku Nina. Nasib baik lepas diperiksa, tak ada apa – apa. Aku akhirnya dilepaskan tanpa sebarang dakwaan.
2005. Aku baru dua bulan berkahwin dengan Nina. Berat aku dah naik tiga kilogram. Nina punya misi memang nak jadikan aku gemuk macam dia. Aku dah mula risau. Cukuplah seorang je yang montel, nanti patah katil. Tapi nak buat macam mana, masakan Nina memang sedap. Lagi sedap daripada restoran.
Sementara Nina memasak, aku pula lipat baju sebab dia memang tak suka urus kain baju. Lagipun tu memang denda yang Nina bagi dekat aku. Dulu aku pernah usik dia, kalau tak suka urus kain baju, tak payah pakai baju dalam rumah. Huhuhu. Sejak hari tu, aku terus kena denda lipat baju sampai ke akhir hayat.
8 Oktober 2006. Hari ni ulang tahun hari jadi Nina yang ke 26 dan ulang tahun perkahwinan kami yang pertama. Macam biasa, aku lupa semua tarikh penting ni. Kek pun langsung tak sempat nak sediakan. Engineer macam aku ni, seluar dalam pun kadang – kadang lupa nak tukar, apatah lagi nak ingat tarikh.
Nina merajuk dan aku kena tidur depan TV. Hehe. Tapi tarikh ni memang sangat bermakna untuk aku sebab esoknya Nina buat satu k3jutan. Lepas keluar dari bilik, buat pertama kalinya aku tengok Nina pakai tudung. Alhamdulillah, cantik sangat isteri aku bertudung. Tudung bawal w4rna merah jambu cair dengan manik manik kecil dekat hujung tudung. Bila tengok muka bulat Nina bertudung, aku rasa jatuh cinta sekali lagi. Makin hari makin hanyut dengan dia.
2009. Mak aku selalu suruh aku nasihatkan Nina supaya kurus, senang nanti nak mengandung. Tapi aku memang tak sampai hati nak cakap benda tu dekat Nina. Bagi aku, Nina dah cukup sempurna. Memanglah badan dia berisi sikit, tapi bukan sampai tak sihat.
Aku suka Nina macam mana dia adanya. Lagipun dari umur dia 12 tahun lagi aku kenal dia memang berbadan montel. Aku dah biasa tengok dia macam tu. Satu hari, aku terdengar Nina menangis masa telefon mak dia. Dia cakap dia ada masalah dengan ovari.
Jantung aku terus berdegup laju. Lepas dia habis bercakap dengan mak dia, aku terus peIuk Nina. Nina bagitahu yang dia ada buat pemeriksaan di hospital untuk tujuan insurans. Masa tu doktor sahkan yang dia memang ada masalah untuk mengandung.
Nina menangis macam hilang arah. Aku pun sama menangis. Hati aku jadi bercelaru sebab perempuan yang aku paling sayang tak dapat mengandung dan tak dapat lahirkan zuriat aku. Tapi aku pegang tangan Nina dan aku janji dengan dia. Aku cakap aku tak kisah apa pun keadaan dia. Bagi aku, dapat hidup bersama Nina sampai akhir hayat dah lebih daripada cukup.
2012. Hubungan aku dengan Nina mula berantakan sebab aku kantoi bermain kayu tiga dengan budak praktikal dekat syarikat tempat aku kerja. Masa tu gaji aku dah lima angka. Aku dah terlalu selesa sampai rasa diri hebat. Aku lupa yang aku masih seorang suami.
Aku jadi buta. Aku dah tak nampak semua kebaikan Nina. Nina yang putih bersih. Nina yang berambut per4ng. Nina yang sedap dipeIuk. Nina yang bijak. Nina yang rajin memasak. Nina yang fasih cakap bahasa Inggeris. Nina yang manja. Nina yang suka bergurau.
Aku terpedaya dengan perempuan muda berumur 22 tahun. Memang aku jahat. Nina dapat tahu aku curang tak lama lepas tu. Dia nampak sendiri aku tengah beli tiket wayang dengan perempuan tu. Yang paling buat aku rasa bersalah, aku siap peIuk perempuan tu depan mata Nina.
Masa tu rasa macam nak gugur jantung bila aku nampak Nina berdiri dekat situ. Tapi Nina cuma pandang aku, angkat ibu jari tanda bagus sambil sengih. Lepas tu dia jalan turun eskalator dekat Sunway Pyramid macam tak ada apa apa berlaku.
Aku memang rasa bersalah, tapi masa tu aku masih bodoh. Aku tetap terus tengok wayang dengan perempuan tu. Bila balik rumah, semua kain baju aku dah dic4mpak keluar. Aku merayu minta maaf, tapi Nina langsung tak buka pintu. Malam tu aku tidur atas buaian luar rumah.
Esok paginya Nina keluar. Dia tanya aku perlahan. “Kalau abang nak kahwin dengan perempuan tu, biar Nina pinangkan.” Masa tu aku terus peIuk Nina sambil menangis dan mengaku aku menyesal. Tapi Nina langsung tak balas peIukan aku.
Dia cuma minta maaf sebab tak dapat bagi aku anak. Ya Allah… lagi bertambah h4ncur hati aku bila dengar ayat tu. Aku dah s4kiti hati perempuan yang paling ikhlas menyayangi aku. Nina menangis tak berhenti. Sampai sekarang pun dada aku masih s4kit bila teringat balik semua yang aku dah buat dekat dia.
8 Oktober 2013. Hari ni ulang tahun perkahwinan kami yang ke 8 dan ulang tahun hari jadi Nina yang ke 33. Nina masih lagi Nina yang sama, tetap lembut hati dan masih sudi maafkan segala kesalahan aku. Aku dah tinggalkan perempuan tu empat bulan lepas kejadian kantoi tu.
Aku tinggalkan dia perlahan – lahan sebab aku sedar aku dah buat silap besar. Nina tahu semua benda tu, tapi dia tak pernah p4ksa aku buat keputusan. Malah dia yang banyak bagi semangat dan nasihat dekat aku. Dia cakap kalau aku betul – betul serius nak berkahwin lagi, lebih baik terus kahwin.
Tapi kalau aku rasa tak mampu berlaku adil, lebih baik aku tinggalkan saja. Hari – hari Nina nasihatkan aku sampai akhirnya aku ada keberanian untuk tamatkan hubungan tu. Sampai sekarang aku masih tak faham macam mana seorang isteri yang dah dis4kiti masih mampu fikirkan kebaikan suami dia. Lagi aku ingat balik semua tu, lagi aku rasa berd0sa dekat Nina.
Aku dan Nina sambut ulang tahun perkahwinan dekat sebuah homestay tepi pantai. Lebih kurang pukuI 11.05 pagi, Nina peIuk aku dan civm aku bertalu – talu. Dia manja sangat hari tu sampai aku sendiri rasa pelik sebab dia nampak lain daripada biasa.
Lepas tu Nina minta izin nak mandi laut. Aku bagi je sebab aku tahu dia memang suka main air. Aku pula duduk berehat dekat tepi pantai sambil tengok laut. Aku langsung tak sangka, tu kali terakhir aku tengok Nina masih bernyawa. Lepas lebih kurang setengah jam, orang ramai kecoh cakap ada orang lemas. Jantung aku terus berdegup laju bila nampak orang angkat satu tubuh yang cukup aku kenal. Masa tu dunia aku rasa gelap. Berat sangat hati aku nak terima kenyataan yang perempuan yang paling aku sayang dah tak ada.
Kini. Sampai hari ni aku masih hidup dengan kenangan kami berdua. Aku masih tunggu, seolah – olah Nina akan datang balik walaupun aku tahu benda tu must4hil. Aku rindukan Nina yang manja, Nina yang montel, Nina yang comel dan Nina yang suka sangat makan ayam.
Banyak sangat benda yang aku nak cerita dekat Nina. Rindu aku dekat dia memang susah nak digambarkan dengan kata – kata. Sampai sekarang aku masih menduda sebab aku memang tak mampu nak move on lagi. Hati aku masih tertinggal dekat dia.
Semua gambar Nina dekat Facebook aku cetak dan simpan dalam album. Bila rindu datang, aku akan buka satu persatu gambar tu dan tengok lama – lama. Tu je cara yang mampu buat hati aku rasa sedikit tenang walaupun hakikatnya rindu tu tak pernah hilang.
Ya Allah, aku mohon Kau hadiahkan syurga buat bidadariku. Sesungguhnya isteriku ialah seorang isteri yang sangat taat kepada aku dan dialah manusia paling indah yang pernah Kau pinjamkan dalam hidup aku. Aku reda dengan pemergian Nina, walaupun sampai sekarang hati aku masih belum betul – betul sembuh. Kalau Nina sudi, datanglah dalam mimpi aku walaupun sekali. Bagi aku, tak ada siapa pun yang mampu ganti tempat Nina. I love you. Happy anniversary dan happy birthday, sayangku Nina. Aku Kamal.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.