Aku kena panggil pergi balai, isteri report aku pukuI dia. Aku tunjuk bukti, isteri beIasah aku, baju aku kena gunting. Sarjan tu gelak

Saya kahwin dengan isteri janda dua kali. Hari kedua nikah dah g4duh sebab gambar bekas suami dia masih terg4ntung dekat rumah. Dia asyik mengadu masalah kami dekat bekas suami. Memang saya pernah naik tangan dekat dia tapi..

#Foto sekadar hiasan. Isteri saya janda dua kali. Saya merupakan suami yang ketiga. Perkahwinan kami dari awal dah bermacam masalah akibat sikap isteri yang tidak boleh ditegur. Setiap kali ditegur, dia akan ada sahaja jawapan untuk menjawab untuk dia pert4hankan apa yang dia buat itu betul, padahal hal tersebut memang sah salah baik dari segi hukvm ataupun logik.

Jenis saya, kalau menegur memang akan cakap baik – baik dahulu, kemudian dia akan menjawab untuk nak juga betul, itu yang membuatkan saya jadi marah. Bila saya marah, saya pilih diam tetapi dia akan prov0ke saya untuk saya membaIas kata – kata dia.

Di situlah terjadi perg4duhan antara kami. Bila berg4duh sebab tidak tahan mulut, saya keluarkan macam – macam kata dan bila macam itu dia cakap saya tidak jaga mulut. Bila saya diam, dia pula yang cakap bukan – bukan kepada saya. Memang pening.

Dipendekkan cerita, kerap sangat kami berg4duh, hal – hal kecil menjadi besar akibat dari sikap dia yang suka menjawab dan memprov0ke saya. Tetapi dia tetap tidak akan mengaku salah, apatah lagi nak minta maaf sebab bagi dia, apa yang dia buat itu betul.

Contoh yang pernah terjadi, pasal tali pinggang keselamatan bila naik kereta. Bukan sekali saya menegur, tiap kali naik kereta kena guna tali pinggang keselamatan untuk keselamatan. Saya tegur elok – elok, dia cakap dia lupa dan kemudian terus buat mimik muka, terus senyap, tidak mahu bercakap.

Sentap bila saya terangkan kenapa tali pinggang keselamatan itu penting. Terjadilah perg4duhan. Yang paling saya tidak suka, dia suka babitkan orang luar dalam setiap kali berg4duh. Dia ceritakan kepada adik beradik dia, sampai ipar lelaki dia masuk campur dan salahkan saya sahaja tanpa usul periksa.

Masa itu perkahwinan baru beberapa bulan. Mulai detik itulah saya dah mula taw4r hati akibat sikap dia. Dia bercerita kepada kawan – kawan dia tentang hal rumah tangga kami. Luahkan di WhatsApp status jangan cakaplah, memang selalu.

Sampai pada kawan – kawan saya, dia ceritakan masalah rumah tangga kami, padahal punca perg4duhan kami semua berpunca dari sikap dia yang tidak boleh ditegur, dinasihati. Memang jenis keras kepala untuk dididik dan dibimbing. Menolak kebenaran yang jelas dengan pemikiran yang ikut kehendak tekak dia sahaja.

Memang saya lah yang akan dipersalahkan di setiap perg4duhan kami. Saya jenis cukup senang, bila marah orang itu minta maaf, mudah sangat hati saya sejuk. Saya dah cakap kepada dia, ubat marah saya dengan kata maaf dah cukup tetapi dia cukup susah nak minta maaf, apatah lagi mengaku salah. Terlampau kerap sangat berg4duh.

Bila berg4duh, segala apa yang perlu untuk tanggungjawab dia kepada saya memang dia tidak akan buat. Dia tidak sediakan bekal untuk saya bekerja dan kerap kali tidak makan di tempat kerja. Duit gaji saya banyak habiskan untuk gembirakan dia tetapi bila saya cakap, dia kata saya mengungkit dan itu memang tanggungjawab saya untuk dia.

Dia pandai sangat memanipulasi orang untuk menghentam saya yang menampakkan saya sahaja yang salah akibat dari mulut saya bila saya marah. Saya lambat sangat nak panas, tetapi dia terlalu memprov0ke saya. Bila saya marah, dia tuduh saya baran padahal saya dah banyak sangat menahan sabar sebab tidak mahu berg4duh. Pendek kata, memang saya sahaja lah yang salah tiap kali berg4duh.

Sampai satu tahap kantoi dia mengadu dekat bekas suami dia nombor dua sebelum saya tentang hal rumah tangga kami. Saya betul – betul tidak boleh tahan dan malu dengan perbuatan dia. Habis segala semua dia ceritakan kepada bekas suami dia pasal rumah tangga kami. Malu, hilang maruah saya sebagai lelaki macam itu.

Kemudian kerap sangat mereka berjumpa dan mesej alasan sebab anak. Dengan suami nombor dua mereka ada seorang anak perempuan. Saya memang makan hati. Saya menegur, kemudian memang terjadi perg4duhan. Bagi dia, apa dia buat itu tetap betul, bercerita tentang hal rumah tangga kami kepada bekas suami kedua dia. Pedih.

Dia janji tidak akan contact bekas suami dia lagi tetapi itu cuma kejap. Kami berg4duh lagi, dia terus mengadu dan jumpa bekas suami dia. Saya memang dah tidak tahan dan nak ceraikan dia. Bila saya cakap dia curang dengan bekas suami dia, dia tidak mahu terima.

Dia cakap saya menuduh, memfitnah dan tidak ada bukti. Mereka kerap berjumpa di belakang saya dengan alasan anak mereka bila saya kerja. Memang saya pernah memukuI dia akibat sangat – sangat tidak tahan dengan sikap dan mulut dia.

Sampai dia buat laporan polis yang saya memukuI dia. Tetapi masih tiada apa – apa tindakan dari pihak polis hinggalah ke akhir baru – baru ini saya dipanggil ke balai bahagian D11 untuk diambil keterangan. Terlampau banyak penceritaan dan hal – hal yang bercanggah dari realiti sebenar.

Sampai sarjan tersebut pun tergelak bila saya tunjukkan bukti. Dia yang belasah pukuI saya, semua ada. Baju kerja saya digunting sampai sekarang masih ada bekas di d4da saya, dia cucuk dengan gunting. Memang pandai sangat berlakon dan memusing cerita. Semua akan nampak salah saya.

Saya tidak pernah ceritakan hal rumah tangga kami kepada sesiapa, tetapi kawan yang tahu sendiri dari melihat apa yang jadi kepada saya. Tidak makan di tempat kerja itu biasa. Saya memang sayangkan dia dan cuba bertahan tetapi tidak mampu dah dengan apa yang dia dah buat kepada saya.

Takut m4kin diteruskan, m4kin s4kit, m4kin pedih. Dia berumur lebih tua dari saya, 47 tahun, dan saya 38 tahun. Awal ingatkan dia matang dalam semua hal sebab dah dua kali bercerai, sebab itu saya setuju untuk berkahwin dengan dia, sebab niat saya memang kerana Allah untuk berumah tangga.

Tetapi silap, setiap apa kebaikan, nasihat, teguran, didikan saya disalah erti dan tidak boleh dia terima. Sedangkan hal – hal tersebut adalah hal – hal yang baik untuk ke syurga, untuk bahagia bersama dan berjaya bersama. Dia pendidikan tidak tinggi, setakat tingkatan 3, saya ada degree.

Mungkin sebab itu pemikiran yang jauh berbeza, dia susah nak terima cara dan didikan saya. Tidak mengapalah, semoga dia sedar suatu hari nanti, itu pun kalau sedar apa yang saya bawa terapkan selama ini dalam perkahwinan yang baru setahun sebulan ini.

Hari kedua nikah dah berg4duh sebab gambar bekas suami nombor dua dia masih terg4ntung di dinding ruang tamu rumah. Bab hati, saya jaga hati sendiri, bila saya diam pun saya yang salah, apatah lagi kalau saya bercakap bersuara.

Susah memang susah, banyak saya nak luahkan tetapi penat menaip. Sekadar berkongsi dan meluah rasa hati. Nak minta pendapat rasa tiada jalan lain kot selain berpisah, biarpun s4kit sebab saya memang sayang sangat isteri saya.

Nak kata cantik, bukan kategori cantik, saya pilih sebab hati. Awal – awal sebelum nikah nampak ok, dah nikah aduhai.. Sekarang fasa menunggu tarikh mahkamah, surat nikah pun dia yang pegang semua. Dia dah keluar dari rumah baru – baru ini bila saya kantoi keluar dengan perempuan lain yang saya kenal di Omi.

Saya nak ajar dia macam mana s4kitnya rasa bila dia kerap sangat jumpa bekas suami dia di belakang saya. Terus dia tidak boleh terima dan pergi. Dia tuduh saya curang, ok tidak mengapa, saya terima.

Komen W4rganet :

Azmanwani Waniazman : Aku baca pun penat. Sebelum kahwin ada ambik tau tak kenapa dia becerai sampai 2 kali. Cari bini baru je la, yang da ni elok lepaskan je sebelum jadi yang bukan – bukan, simpan pun bembazir je.

Silap – silap satu hari nnati kita lepas ke dalam kalau betul-betul dah hilang sabar. Aku dah pernah hidup dengan perempuan per4ngai macam ni, lagi parah siap mengaku janda. Bila kantoi, tau plak takut. Sudahnya 4 hari kena lokap.

Mat Esang : Ok dik, lepaskan je perempuan macam tu, jangan s4kit kepala, patutlah kahwin cerai kahwin cerai je dia. Suami mana mampu bertahan dapat isteri jenis prov0ke macam tu.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.