Aku kerja korporat, duit dalam bank tiba2 rasa banyak. Aku nekad balik kampung jual sayur

Setiap bulan bila gaji masuk, aku sampai terlupa gaji dah masuk. Gaji banyak, bonus pun banyak aku dapat. Tapi aku takde masa pun nak guna duit gaji sampai tiba – tiba duit aku dalam bank jadi banyak. Satu malam aku buka HP, aku terpandang nama ayah…

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Terima kasih buat admin jika confession ini disiarkan buat tatapan umum. Nama aku Ahmad. Anak bongsu dari 4 beradik. Kakak dan abang berjaya dalam kerjaya mereka alhamdulillah.

Sikit je intro pasal family sebab nak cerita pasal diri sendiri je ni, haha. Berumur lewat 20 an. Seorang bekas graduan ijazah sarjana muda perakaunan. Dan masih bujang. Berpengalaman hampir 6 tahun dalam bidang akaun / kewangan / audit di dalam beberapa syarik4t MNC (multinational corporation).

Ya dulunya aku berhasrat kerja di syarik4t ternama kononnya untur career yang kukuh. Alhamdulillah perjalanan hidup aku ketika belajar sehingga kealam pekerjaan dipermudahkan Allah. Mungkin golongan yang tidak senasib aku akan berasa iri hati juga cemburu dengan apa yang aku kecapi walaupun aku tak bahagia dengan semua ni.

Benarlah apa yang diperkatakan golongan agamawan. “jika baik di mata kamu tidak bermakna baik di mata dia. Boleh jadi tidak baik di mata kamu, mungkin baik untuk dirinya”. Setahun yang lalu aku mula berhenti kerja dalam bidang yang penuh c4baran ini. Kerana apa?

Kerana aku tak bahagia dengan apa yang aku lakukan. Kenapa aku tak bahagia? Kejap lagi aku sambung part tak bahagia tu. Selepas beberapa tahun berlalu, aku dah bekerja sendiri. Aku meneruskan legasi orang tua aku di kampung iaitu menjual sayur!

Aku bahagia jual sayur. Alhamdulillah rezeki tu ada dan sentiasa mencukupi. Pendapatan aku tidak sebanyak aku bekerja makan gaji dahulu tapi alhamdulillah ia mencukupi mungkin kerana berkat dan doa ibubapa. Ibu dah meninggaI 9 tahun dulu.

Sekarang cuma ada ayah. Ayah pun dah m4kin uzur. Ayah selalu salurkan kasih sayang dengan membebeI dan r0tan (masa kecik dulu haha). Boleh dik4takan aku seorang anak yang terlalu berkepit dengan ayah selepas ibu meninggaI dunia.

Ade sorang kawan aku bagitau, ape pon yang aku lakukan dalam hidup, 3 perkara ini jangan salah urutan / aturan untuk diberi keutamaan. Yang pertama letaklah Allah / Islam sebagai keutamaan, utamakan solat. Ingat Allah selalu dalam apa jua benda yang kau kerjakan.

Yang kedua, keluarga kandung, keluarga terdekat. Bila kau utamakan agama, kau juga akan utamakan hidup kekeluargaan. Sayang keluarga. Ambil berat pasal keluarga. Tolong menolong keluarga. Ketiga barulah rakan – rakan, saud4ra dan masyarakat sekeliling.

Aku pegang 3 perkara ni dan aku akan cuba dan teruskan usaha supaya 3 perkara ni dalam urutan dan aturan yang betul iaitu 1. Agama 2. Keluarga 3. Rakan, saud4ra mara etc. Kalau urutan ni tak betul, hidup kau bermasalah.

Cuba berhenti sejenak dan mula muhasabah. Kembali pada kenapa aku kata aku tak bahagia dengan kerjaya korporat aku dulu. Dahulunya aku kurang masa bersama keluarga bila kerja makan gaji. Hari – hari aku sibuk. Entah apa yang aku sibuk tu pun, aku tak tahu.

Siang malam meeting. Hari minggu kerja sampai kadang kala solat lewat, tak jenguk ayah, kurang ziarah adik beradik, silaturahim dengan rakan m4kin menjauh. Mungkin sebab tu dulu susah nak jumpa perempuan yang tahan dengan kehidupan aku yang terlalu sibuk. (Mungkin jodoh ins3cure kalau kahwin dengan aku, kemungkinan diabaikan).

Setiap bulan bila gaji masuk, aku sampai terlupa gaji dah masuk. Malah aku takde masa pun nak gunakan duit gaji untuk perkara yang aku suka. Terlalu sibuk sehingga aku rasa duit dalam bank aku tiba – tiba banyak. Pergi kerja pagi buta balik lewat malam tido.

Jarang bercuti, jarang melepak, membeli beIah pun jarang. Duit bulanan bayar bill, loan rumah, duit belanja untuk ayah, zakat dan sebagainya. Itu je. Semua perbelanjaan aku dah buat p0tongan secara auto untuk kesemua account dan baki yang tinggal tu sentiasa bertambah tanpa aku sedar.

Aku macam takde kehidupan yang normal, duit banyak tapi aku tak ada masa. Setiap tahun boleh kata pencapaian aku outstanding dan bonus aku sangat tinggi sebab boss aku selalu rate pencapaian aku agak tinggi. Tapi aku. Aku tak bahagia.

Ayah adalah sebab utama aku berhenti kerja. Pernah satu malam tu aku saja – saja tengok call log (record keluar masuk panggiIan telefon) niat masa tu nak trace number client aku balik. Tapi aku terpandang nama ayah.

Banyaknya nama ayah call masuk number aku. Kenapa susah nak nampak aku call out number ayah. Erti kata lain ayah je selalu call aku, selalu sangat. Aku pula, susah nak call ayah. Adakah aku lupa ayah atau aku h4mba kerja.

Masa tu aku muhasabah balik diri ni. Apa perasaan ayah bila dia selalu je dial no aku. Mesti dia selalu ingat aku lupa dia. Salah aku. Suatu hari tu aku balik kampung dan aku cakap “Ayah, saya nak balik kampung jual sayur la. Nak berhenti kerja.”

Ayah diam tapi riak wajahnya nampak bahagia. Dia cuma pesan, ikut kamu lah mana yang terbaik. Ayah tak larang. Selepas 2 – 3 hari tu, ayah selalu telefon tanya bila aku nak berhenti kerja. Aku rasa ayah tak sabar – sabar nak aku balik dan duduk dengan dia untuk jual sayur.

Ayah macam dah berharap aku balik. Aku solat isthikarah, mohon petunjuk. Alhamdulillah aku dapat petunjuk untuk pulang ke kampung dan tinggal bersama ayah. Aku berhenti kerja dan sekarang aku adalah penjual sayur yang bahagia.

Hari – hari jumpa customer, senyum aku tak pernah lekang sebab aku seronok dengan kerja yang aku buat. Ayah selalu ikut aku pergi meniaga sebab dia bosan duduk rumah. Aku tak akan bagi ayah buat kerja. Ayah cuma ikut dan jadi teman aku untuk bersembang sahaja.

Ramai kawan – kawan ayah tegur kenapa aku end up jual sayur walaupun aku dah ada pelajaran dan pengalaman kerja yang baik. Aku cuma senyum dan baIas, rezeki dekat sini. Dekat dengan ayah. Selepas subuh meniaga, sebelum zohor dah balik.

Petang supplier datang hantar sayur – sayur kampung untuk dijual esok pagi. Malam ada masa pergi masjid dengan ayah, belajar agama. Aku suka dengan kehidupan aku sekarang. Aku boleh rasa tenang. Dan bahagia dengan apa yang aku kerjakan ni.

Apa yang aku tekankan di sini buat pembaca sekalian. Pencapaian kita hari ni tidak akan berkekalan hingga pengakhiran. Kadang – kadang kita di atas kadang – kadang juga kita di bawah. Boleh jadi hari ni kita seorang leader / boss yang berjaya, mungkin esok lusa kita dibuang kerja atas sebab tertentu kita tak tahu.

Boleh jadi hari ni kita punya keluarga bahagia. Mungkin esok mereka semua tinggalkan kita menghadap Yang Maha Esa. Kehidupan sentiasa berubah. Sentiasa ada naik turun yakni menguji keimanan kita dan ketakwaan kita.

Sentiasalah ingat akan Allah dan jangan abaikan ibubapa dan keluarga. Rezeki setinggi gunung bukan penentu kebahagiaan jika Allah tak redha. Sentiasa positif dan harapnya kisah aku ni menjadi satu iktibar dan inspirasi buat pembaca.

InshaAllah tahun 2019 aku mungkin akan mendirikan rumah tangga. Doakan aku berjaya dalam hidup dunia dan akhir4t. Aku doakan pembaca sekalian juga mendapat kebahagian dan kejayaan dunia dan akhir4t. Amin. Sesungguhnya yang buruk itu datangnya dari aku h4mbaNya. Dan yang baik itu datangnya dari Dia Yang Maha Esa. Ikhlas.. – Ahmad

Komen Warganet :

Ahmad Muhammad : Cerita yang sangat berinspirasi, aku kerja bank, dah hampir 14 tahun, mula – mula kerja aku boleh terima tapi lama – lama, aku dah tak ada jiwa kerja ni, str3ss memanjang, asyik kena push dengan t4rget.

Hari – hari balik lewat, weekend pun kerja, walau gaji lebat (hampir 10k) tapi aku tak gembira, tiap tahun berazam nak resign, cuma sekarang aku tanam azam nak pencen dan takmau lagi kerja bila capai umur max 45 tahun, sekarang 38.

Aku p4ksa buat f0rce saving tiap bulan 40% dari gaji, alhamdulillah, saving aku pon agak boleh dibanggakan jumlahnya, aku beli beberapa properties, terkini dah beli 7, dah jual 4 tinggal 3, tak pernah pakai kereta baru, beli 2nd je, bukan jenis beli barang branded dan makan tempat hipster, baru habis master, dan berazam sambung phd bila dah tak kerja nanti. Wish me luck.

Liyana Ramli : Tahniah confessor. Cerita yang sangat best dan memberi inspirasi. Kirim salam dekat ayah confessor. Paling suka part ayah confessor happy dan tak sabar untuk confessor balik kampung. Terasa macam ayah sendiri pulak yang call suruh balik kampung.

Im happy for him. Selagi ada ayah. Hargailah. Sebab esok esok bila dia dah takde, baru kita kenal erti rindu yang tak berpenghujung. Anyway. Goodluck and nanti share location jual sayur dekat mana. Boleh kitorang datang beli. Haha..

Syafiqa Ismail : Aku graduan jual wantan halal mad. Untungnya tak banyak tapi suka bila customer suka makan wantan aku. Aku rasa bahagia boleh buat orang lain bahagia. Mak aku lagi – lagi la suka. Tak payahlah aku kerja jauh jauh katanya. Benda aku lagi suka bila setiap kalu aku pack wantan untuk customer abah aku nak makan. Susah aku nak describe feeling aku dia punya happiness tu macam mana.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?