Sepanjang berkahwin, suami aku ini tidak pernah mem4ki hamun, memukuI aku atau anak, tidak pula meninggikan suara. Aku memang suka syak dia curang, tapi suami akan bagi bukti tapi aku tak terima..
#Foto sekadar hiasan. Setiap kata – kata itu adalah doa. Setiap benda yang terlintas di minda atau berbisik di hati pun satu doa. Kesilapan paling besar aku pernah buat ialah aku terlalu cemburu dan cepat melenting. Nak kata keadaan yang mem4ksa aku macam itu, ya, sudah tentu.
Dulu kan aku suka sangat nak sibuk isu artis bercerai – berai dan sebagainya. Lepas itu rasa tidak yakin pada diri sendiri memanjang. Aura negatif dengan aku ibarat isi dengan kuku. Kadang – kadang itu apabila perkara buruk berlaku dekat kehidupan orang lain, aku akan rasa macam “bagaimana kalau benda itu terjadi kepada aku” dan kadang – kadang itu terlalu mengikutkan perasaan padahal benda itu tidak berlaku lagi.
Dan sekarang aku perlahan – lahan bergerak ke hadapan. Benda itu sebenarnya akan buat aku menjadi lebih teruk. Teruk yang sangat sehingga aku rasa aku ini terlalu buruk dan h1na – dina. Aku berkahwin dengan suami yang kesetiannya tidak perlu aku uji pun aku tahu dia boleh setia.
Tetapi aku itu terkadang terlalu takut jika satu hari hati dia berpaling daripada aku. Aku tahu sebagai isteri aku mempunyai banyak kelemahan. Kalau nak senaraikan satu persatu memang tidak akan habis. Tetapi aku tidak memperbaiki semua kelemahan, dan jika dia menegur aku untuk memperbaiki itu supaya aku boleh menjadi versi yang lebih baik, aku akan terus nak marah sebab aku rasa macam dia tidak boleh nak terima aku.
Sekarang aku rasa aku perlahan – lahan kehilangan dia. Kami berkahwin hampir tujuh tahun. Tiga tahun awal itu kami duduk bersama, sebumbung walaupun kami menyewa. Rezeki zuriat awal, tiga bulan berkahwin terus mengandung anak aku.
Sepanjang tiga tahun setengah perkahwinan aku bergelar suri rumah walaupun dua tahun awal itu aku masih berusaha untuk menghabiskan pengajian aku di peringkat sarjana. Selepas anak aku lahir pun aku masih belajar, dan anak aku diletakkan sementara dalam jagaan emak aku di kampung.
Waktu lapang aku memang menjenguk atau menjaga dia sehingga lah umur dia setahun dan aku pun sudah konvokesyen, barulah aku menjaga dia sepenuhnya. Ya, selepas konvokesyen aku memang memperlahankan kerjaya aku. Aku ada mencari kerja, tetapi masih tidak dapat.
Awal itu memang suami aku tidak ada isu pun tentang aku bekerja atau tidak. Tetapi apabila isu kewangan kami sem4kin teruk sehingga dia pun tertekan dan sebagainya, aku pula yang rasa aku ini salah satu bebanan dia.
Pernah aku suarakan nak bekerja dalam masa yang kami diuji isu kewangan, tetapi masa itu kalau aku nak mula bekerja pun susah. Silap aku juga tidak pernah nak fikir panjang dalam membuat sesuatu. Hari – hari merungut tentang aku ini tidak ada apa – apa.
Ya lah, lesen tidak ada, pengangkutan tidak ada, nak buat apa semua harap kepada suami. Semasa berusaha nak habiskan belajar aku kena naik pengangkutan awam atau pun itu Grab. Hari – hari nak kena buat pesanan untuk pergi kelas itu ini walaupun masa itu tengah mengandung dan pengajian jarak jauh.
Berhujan pun pernah dengan sarat mengandung semata – mata nak selesaikan temu janji kIinik dan kelas. Nak masuk tahun keempat, pertengahan tahun ketiga perkahwinan kami, suami aku membuat keputusan berhenti kerja sebab syarik4t dia kerja itu bermasalah, lima tahun kerja gaji tidak naik – naik.
Suami aku tetap tinggal sebab rasa pernah berhutang budi sahaja. Kemudian selepas dia berhenti, dan masa itu kontrak rumah sewa kami pun sudah habis, dia pun bawa aku dan anak aku untuk tinggal dengan mertua bersama dia sekali lah.
Rumah mertua aku ini di pedalaman sedikit, tetapi tidak lah kampung sangat. Cuma tidak berapa nak bandar. Jadinya peluang pekerjaan di situ memang terhad dan gaji permulaan pun RM1000 – RM1500. Kalau nak bandingkan gaji masa itu dengan gaji sebelum suami berpindah ke rumah mertua, gaji sebelumnya lebih besar dua kali ganda daripada gaji itu.
Tetapi suami aku kata dia okay sahaja tentang gaji sebab komitmen pun sudah berkurang iaitu rumah lah. Rumah mertua, emak mertua aku pun tak pernah nak minta duit sewa. Ada pernah beri, tetapi dia tolak dengan alasan “alah anak menantu aku juga yang duduk”. Jadi kami menyokong dari sudut lain seperti bil elektrik, air, atau barang dapur.
Semasa tinggal di rumah mertua, aku masih menghadapi isu yang sama iaitu tidak ada peluang pekerjaan untuk aku. Mohon kerja macam mana pun tetap tidak dapat. Lagi pula di situ tidak banyak peluang pekerjaan. Suami aku sem4kin sibuk dengan kerja dia.
Kalau cuti pun tidak ke mana – mana, kebanyakannya tinggal di rumah. Kalau kerja pula dia buat kerja lebih masa sehingga malam. Kemudian aku ini pula mula lah syak macam – macam. Aku cuba membaca setiap mesej dari telefon dia sebab sejak aku kenal dia, dia memang memberi aku akses untuk itu.
Telefon ada kata laluan, dan juga media sosiaI dia seperti WhatsApp, Telegram, Facebook, emel semua dia beri kepada aku. Sebelum itu memang aku ada periksa tetapi tidak lah kerap. Mula – mula aku tahu yang apabila dia kerja malam, memang dia akan jumpa salah seorang kakitangan perempuan yang buat live untuk syarik4t itu sebab perempuan itu pun buat live waktu malam.
Jadi aku sem4kin syak yang akan ada kemungkinan suami aku jatuh cinta kepada budak itu. Ya lah… aku tahu kakitangan itu cantik sangat, muda lagi itu, tidak pernah bercinta sejak tamat sekolah agama, ramah, dan paling berbeza dengan aku adalah dia lebih sempurna daripada aku.
Kenapa aku tahu kakitangan itu macam mana? Hahaha aku pernah dengar suami cerita tentang dia sebab aku pun ada tanya. Ya lah, syarik4t suami kerja itu tidak jauh dari rumah mertua, jadi aku pernah lah hantar makanan. Jalan kaki pun boleh sampai ya. Lepas itu aku ada nampak lah kakitangan itu.
Wey, aku yang perempuan pun tergamam tengok dia. Manis sahaja muka. Lepas tu, sebab aku rasa suami aku ini akan jatuh cinta dengan perempuan ini, aku pun ajak dia berbual sebentar. Hanya untuk berkenalan. Lepas tu, bila aku tahu nama dia dan sebagainya, aku stalk pula akaun media sosiaI dia yang lain seperti Facebook dan TikTok.
Pernah juga aku tanya dia tentang suami aku. Dan budak itu pun cakap suami aku ini jenis malas melayan dan sibuk buat kerja jadi dia pun tidak ada benda nak cakap dengan suami aku sebab tugas berlainan. Kemudian dia pun ada cakap lagi “kak jangan risau, tidak lah saya nak kacau suami orang. Saya tidak b0doh”.
Tapi bila dia cakap macam itu aku rasa agak sarkastik lah pula. Ramai sahaja perempuan bujang cakap macam itu tahu – tahu ambil suami orang. Kemudian sebabkan aku, suami aku macam rasa aku tak percaya dia langsung.
Bila aku terlalu ikut rasa cemburu, sem4kin banyak lah benda b0doh aku buat. Aku akan WhatsApp macam – macam selagi suami tidak balik dari kerja. Waktu itu lah nak syak macam – macam. Bila suami minta izin nak pergi lepak dengan kawan – kawan atau main bola, aku akan nak marah dan mula nak bandingkan nasib aku sebagai isteri dan dia sebagai suami.
Ya, sejak kahwin aku memang tidak pernah lepak dengan kawan – kawan. Sejak kahwin hampir setiap masa aku habis di keluarga. Cuma bila aku nak cetuskan perg4duhan, aku mula tersentak sekejap. Perg4duhan terhenti sebab duduk rumah mertua, agak – agak mak mertua rasa kami ni bising sangat, dic4mpak kami suami isteri keluar pula.
Jadi perg4duhan itu hanya berlaku di WhatsApp atau Telegram. Tiada lagi komunikasi langsung. Agak – agak aku sudah penat, aku akan perlahan – lahan bertenang sendiri. Suami aku pula dia macam sudah malas nak cakap apa – apa dengan aku.
Kemudian aku tekad untuk pengajian jarak jauh sekali lagi. Aku bawa anak aku balik ke kampung halaman aku. Aku mula bekerja, dan mula mencapai benda yang aku inginkan. Ya, aku dapat semua itu. Aku bekerja, aku ada duit, anak aku, aku boleh hantar ke taska swasta yang lebih baik untuk dia, aku ada masa aku sendiri walaupun sibuk.
Aku ada pendapatan sampingan aku sendiri. Bab kewangan memang tidak ada isu. Agak – agak str3ss aku bawa anak aku beriadah. Awal – awal itu memang tinggal sekejap dengan ibu bapa aku. Lapan bulan bekerja baru aku menyewa rumah sendiri.
Sepanjang pengajian jarak jauh dengan suami, adalah dia datang bermalam. Cuma sejak aku memulakan pengajian jarak jauh memang kami tidak pernah bersama. Dia datang pun atas sebab anak. Itu yang aku rasa. Sampailah satu hari aku rasa macam ada dia atau tidak sama sahaja.
Aku pun dah penat dengan pergolakan perasaan aku dan aku cakap kepada dia, “Jika abang sudah tidak ada hati, abang ceraikan sahaja lah saya. Saya bukan isteri abang yang berg4ntung segala – galanya kepada abang lagi. Saya boleh teruskan hidup seorang diri walaupun ada anak. Anak pun dapat hidup lebih baik tanpa abang.”
Ya, kata – kata aku itu sombong dan memang t4jam. Tetapi dia sedikit pun tidak menghiraukan kata – kata aku. Dia tidak menceraikan aku. Nak kata dia berubah ke apa pun macam tidak. Ulang tahun perkahwinan kami yang kelima tiba – tiba dia sambut.
Bayangkan sepanjang lima tahun, ini kali pertama dia sambut dengan bersungguh – sungguh. Ada hadiah, ada temu janji walaupun membawa anak, hahahaha… tetapi tetap romantik. Aku tidak pernah menyangka sampai macam itu dia nak sambut.
Kemudian selepas sambutan itu, dia ada membawa aku berbulan madu. Sebenarnya bulan madu itu sebab sepanjang aku bergelar isteri, aku tidak pernah dapat bulan madu. Bulan madu kali ini dia membawa aku pergi ke Thailand.
Balik dari bulan madu itu dia memberitahu dia sudah berhenti kerja dan sudah dapat kerja yang dekat dengan aku dan anak tetapi sekali lagi dia bertanya kepada aku, “Sayang masih nak abang lepaskan sayang?” Air mata dia bercucuran. Aku pula tergamam.
Aku ingat selepas bulan madu dan sebagainya, dia akan lupa dengan apa yang aku pernah cakap tentang cerai. Aku juga ingatkan dia tidak membaca mesej itu sebab dia tidak pernah membaIas tentang perkara itu. Selepas mesej itu pun dia berbual dengan aku seperti biasa, tidak ada pun kata yang dia terasa. Jadi bila dia bertanya macam itu aku macam, “Ya Allah apa aku sudah buat?!”
Soalan dia itu tidak berbaIas jawapan. Kami menjalani baki hidup sebagai suami dan isteri itu hanya lima bulan sahaja kemudian kami bercerai. Cerai sebab sekali lagi aku rasa cemburu dan syak dia ada perempuan lain dekat tempat kerja baharu.
Kemudian aku rasa penat sekali lagi walaupun dia sudah menjelaskan macam – macam. Dan ya, aku rasa aku layak mendapat yang lebih baik daripada dia sebab masa itu aku rasa aku boleh berdikari lebih baik. Dengan tekadnya aku minta dia lepaskan aku dengan baik.
Dia tetap tidak mahu. Kemudian dia berhenti kerja dan mula memulakan perniagaan kecil – kecilan dari rumah. Dia sem4kin ada masa untuk aku dan anak walaupun sibuk. Tetapi masa itu gaji dia tidak tetap, dan aku masih berkeras nak cerai.
Kemudian dia berkata kepada aku, “Abang tidak akan menceraikan awak. Awak nak masa? Silakan… Awak fikir lah masak – masak. Awak nak kita tinggal berasingan, abang boleh bagi. Nak berapa lama? Abang ikutkan.” Tiga bulan dia menyewa rumah lain. Dan dalam masa tiga bulan itu lah aku fikir masak – masak. Tiba-tiba ibu aku ada cakap sesuatu yang buat aku rasa ada betulnya.
Sepanjang kami berkahwin, suami aku ini tidak pernah mem4ki hamun, memukuI aku atau anak, tidak pula meninggikan suara. Jika ada perg4duhan pun dia tidak akan menjadi orang yang memulakan perg4duhan. Banyak benda dia cuba jelaskan siap dengan bukti. Aku yang tidak mahu terima.
Kalau selepas cerai aku akan dapat lelaki yang lebih baik, mungkin ada kemungkinan. Tetapi tidak akan sama seperti suami aku. Kalau aku ini dapat kepada lelaki yang salah, mesti aku dipukuI kerana cemburu tahap tinggi macam aku ini. Jadi di situ aku rasa ya lah… aku tidak boleh hidup tanpa suami aku.
Aku ada di tempat aku sekarang pun dengan izin dia. Aku ada di tempat aku sekarang pun bermodalkan duit dari dia untuk aku mula bekerja dan sebagainya. Dia pun pernah membantu keluarga aku walaupun keluarga aku ini menguji dia.
Tidak sampai tiga bulan aku meminta dia untuk tinggal semula dengan aku. Tetapi entah lah aku rasa dia macam sudah taw4r hati. Apa perlu aku buat? Macam mana nak perbaiki? Aku tahu aku salah, kalau nak senaraikan kesalahan aku ini terlalu banyak.
Aku pernah cakap kepada dia, “Boleh tidak kita mula semula dari mula?” tetapi soalan aku itu terg4ntung tanpa jawapan. Sekarang dia sibuk dengan perniagaan dia. Aku ada cuba membawa dia ke tempat kami pernah keluar temu janji untuk mengenang kenangan lama tetapi macam tidak berhasil sahaja.
Erm nanti aku kemaskini ya bila dia akan kembali baik dan menerima aku kembali dengan seikhlas hati. Kamu semua doakan hubungan kami ya. Aku sayang dia dan aku tahu masih ada harapan lagi untuk aku dengan dia tetapi buat masa ini aku tidak boleh fikir bagaimana untuk mendapatkan dia kembali seperti dahulu. – Nauna (Bukan nama sebenar)
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.