Aku marah anak sebab asyik mengadu lapar sampai diorang tertidur, sebab lauk dekat rumah memang dah habis

Lepas maghrib tadi, anak aku mengadu lapar, aku marah dia. Kali terakhir kami makan nasi petang tadi dalam pukuI 4. Sebenarnya laki aku belom dapat gaji. Jadi aku jimat – jimat makan. Aku sengaja masak lambat – lambat, biar lambat boleh makan dan lambat lapar balik. Aku p4ksa anak tidur awal supaya diorang tak mengadu lapar lagi…

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum min. Aku cuma nak meluahkan perasaan. Malam ni aku sedih sangat – sangat. Sedih bercampur rasa bersalah terhadap anak – anak aku. Lepas maghrib tadi, anak aku mengadu lapar, aku marah dia. Aku kata asyik lapar je. Tau nak makan je 24 jam. Ye lah, aku pikir budak – budak, goIek – goIek dalam rumah tengok tv, lepas tu dah bosan mintak makan.

Anak aku 2 orang perempuan, seorang umur 12 tahun dan seorang lagi umur 6 tahun. Lepas mereka dah tidur, aku pun rasa lapar. Kali terakhir kami makan nasi petang tadi dalam pukuI 4. Sebelum tu anak – anak cuma makan goreng pisang RM2 je. Sebenarnya laki aku belom dapat gaji. Jadi aku jimat – jimat makan. Aku sengaja masak lambat – lambat, biar lambat boleh makan dan lambat lapar balik. Sedihnya aku.

Bersalah ke aku sebagai ibu tak bagi mereka makan. Tapi memang lauk dah habis, cuma ada telor 2 biji je. Esok ni pun tak tau nak makan nasi lauk apa. Cuma ada bihun, telor dan ayam sikit je. Memang tak cukup untuk kami 4 beranak. Lepas anak dah tertido (tu pun aku yang p4ksa mereka tido awal, sebab aku tak nak diorang mengadu lapar lagi), setelah rasa bersalah, aku k3jut anak sulung aku untuk bangun makan nasi. Baki nasi petang tadi ada lagi sikit, cukup untuk dia dengan ada kuah tomyam sikit. Tapi budak dah tidur, dia tak nak bangun dah.

Untuk pengetahuan korang jugak aku tengah pregnant 3 bulan, ada alahan sikit – sikit dan aku pun terp4ksa ik4t perut aku tahan nafsu aku nak makan apa – apa. Sejak 3 4 hari lepas aku makan nasi lauk hati dan kaki ayam je. Hari tu pergi pasar beli ayam, peniaga tu bagi free kaki dan hati ayam sebab ada orang tak amik. Suami aku ada je ni..

Aku tak cerita apa pun kat dia. Aku masak bagi dia makan macam biasa. Gaji dia memang lambat, dalam 4 @ 5hb baru dapat. Ni pun rasanya dah hampir 2 minggu kehabisan duit blanja. Tu pun aku rasa dia ada pinjam duit dengan kawan dia dah. Gaji dia kecik jer, RM1000 je sebulan.

Sebelum ni aku kerja kat kantin sekolah rendah, sejak alahan aku berhenti kerja. Awal – awal pregnant hari tu aku alahan teruk. Demam berminggu – minggu. Sekarang pun cepat penat. Tak boleh buat kerja banyak sangat. Ok lah, itu je lah aku nak luah min. Rasa lega sikit dapat meluahkan dekat sini. Aku cuma meluah je. Sebab aku tau tak ade sapa boleh tolong kami, melainkan kami sendiri. Maafkan aku ayat berterabur dan terkasar bahasa. Aku tengah sedih dan rasa bersalah sangat ni. Terima kasih min siarkan kisah aku. Terima kasih pembaca atas nasihat dan komen korang.

Komen Warganet :

Wati Wati :  Sebenarnya si tt ni kena pandai la, bila suami dapat gaji, dahulukan mana yang penting dahulu. Beli beras agak dalam masa sebulan, kalau telur akak rasa murah je, jangan la beli yang gred AA, belila yang gred c ke, d ke. Jangan buat sebiji – sebiji, pukuI la bagi kembang, ikan bilis ada, ikan kering pun boleh. Akak berani cakap la si tt ni kurang bijak la dalam mengatur kewangan. Akak pun seorang peniaga, kalau dia cakap berterus terang keadaan dia pada kami si peniaga ni, kami akan bagi lebih bila mereka beli. Selalunya kami peniaga kat Kedah ni maam tu, kalau nak kerja part time pun boleh janji rajin je.

Farah Idayu : Kalau boleh beli beras untuk sebulan, telur sesarang cari yang gred c pun tak apa asal ada lauk, tak sampai RM10 pun.. Ikan bilis, ikan kering, yang kering – kering standby lebih sikit untuk sebulan. Sekarang pilih pasaraya yang jual murah – murah dan harga berpatutan macam NSK atau checkers. InsyaAllah cukup untuk barang makanan asas.

Cuma teguran kat sini, tt tak perlu nak sorok daripada suami sebab tu memang tanggujawab dia untuk sediakan nafkah terutamanya untuk nafkah anak – anak. Jangan dicatu makanan anak tapi bagi suami makan macam biasa. Kesian sangat anak tu nak membesar. Orang dewasa lain, boleh tahan lapar tapi anak – anak kesian dekat diorang.

NurAz Wan : Cuba berjimat berbelanja, beli barang asas, beras, garam minyak, cukup untuk sebulan. Standby sedikit ikan bilis, atau udang kering.. Boleh buat nasi goreng bila tak ada lauk. Kalau telur hanya dua biji, sedangkan yang nak makan 4 orang boleh je buat nasi goreng campur telur, semua merasa. Kalau ada kawasan boleh bertanam, cili api, kucai, apa – apa yang senang hidup, boleh tanam dalam tin saja, tak perlu beli pasu, tapi mungkin kena beli tanah.

Kalau duduk rumah flat. Amalkan perancang keuarga, kalau yang dah ada pun tak mampu nak beli dan sediakan makanan yang cukup, kenapa nak tambah lagi. Cuba cari cara untuk tambah pendapatan.. Fikirkan kerja yang sesuai.

Intan Shafinas Jamaludin : Sis sekarang ni zaman moden, kalau tak kerja dekat opis, online pun ramai yang buat dan alhamdulillah ramai yang dah berjaya, hanya kena usaha.. Lagi satu kena ingat kita ni nak murah rezeki makan minum anak – anak kena jaga.. Bukan tak  bagi diorang makan. Cakap dekat anak – anak, doakan ibu untuk kita dapat rezeki meIimpah ruah. Aku ikut cara bapak aku. Walaupun kita ni tak ada duit tapi bab makan dengan anak – anak jangan berkira..

InshaAllah rezeki anak – anak sentiasa ada.. Mindset tu kena tukar. Ini lapar tak bagi makan, kalau diorang s4kit, lagi modal banyak.. Lepas tu ko stop la beranak, lepas beranak nanti pergi la pasang implant ke, IUCD ke, cucvk ke, makan pil.. Ambik kat kIinik kesihatan, percuma je.. Jangan siksa anak – anak. Jangan cakap laki gaji sikit tak bagi anak makan.. Sekarang ni orang duk heboh kedai sak4 RM2.10.

Belilah barang – barang makan kat situ. Bawang, kentang, roti, makanan basic untuk anak – anak alas perut. Ko jangan fikir diri ko dengan laki ko je.. Aku ni sebenarnya nak marah sebab ko biarkan anak – anak ko lapar. Aku simpan dulu marah aku ni.

Emy Juliana : Kesian, sis lain kali terus terang je dengan suami, dah tak ada duit belanja. Bagi saya anak – anak lebih penting dari suami sis tu. Diorang kecik lagi, perlukan zat dari makanan, nak belajar lagi. Orang tua ni pandai – pandailah lagi nak control lapar macam mane.. Maaf saya tak berapa setuju cara sis sembunyikan masalah dari suami berlakon macam tak ada apa – apa. Dia boleh lagi makan tapi anak biar kebuIor.. Tak berlaki pun tak ape kalau saya, dari anak tersiksa.

Haryati Ahmad : Semua orang pernah aIami susah lebih susah pon ada tapi kita kena ada cara untuk menangani kesusahan amik asasnya Jadi bila gaji beli asasnya beras, telur, kicap dan bawang, lada yang wajib. Tambah anak tu, tunggu ekonomi stabil. KIinik kerajaan ada macam – macam perancang, jadi renung – renungkanlah.

Apa kata anda?