Admin tolong postkan sekali gambar yang aku bagi ni. Sekarang aku nak kena per4ng dengan suami ke nak redha je. Selagi tak jumpa bukti kukuh, suami akan terus menipu..
#Foto sekadar hiasan. Salam warga FB. Mohon admin siarkan sekali gambar sms yang aku sertakan. Aku nak mintak pendapat, aku tak tau nak cakap dengan siapa. Aku malu nak tanya orang yang aku kenal sebab belum pasti lagi sama ada betul atau tak suami aku yang lakukan.
Aku tak nak suami aku nampak buruk dekat kenalan aku. Tahun lalu aku kehilangan rantai emas. Memang aku yang cuai sebab simpan dalam handbag. Masa aku nak simpan balik rantai tu dalam bekas dia, aku tengok rantai aku dah hilang. Tiada dalam handbag.
Aku ingat aku salah letak atau tercicir kat mana – mana. Puas aku fikir dan mencari kat mana kot kot aku tersalah letak. Tapi dalam ingatan aku, memang aku betul ingat yang aku simpan dalam poket kecik berzip dalam handbag.
Masa aku dah puas cari dan dah confirm memang rantai aku hilang, aku menangis – nangis call bagitahu suami aku. Dia tahu rantai tu sangat berharga buat aku sebab tu jela satu – satunya barang kemas yang aku ada. Suami dari tempat kerja balik nak pujuk aku dan tolong cari sekali rantai tu.
Tapi dalam hati aku ada terdetik, mengatakan suami aku yang ambil rantai tu. Sebab aku tahu suami perIukan duit nak repair kereta dia yang lama tersadai dekat rumah sewa kawan dia. Kereta tu dah lama tersadai sebelum kami kahwin lagi.
Aku ada suruh suami jual je kereta tu sebab aku sendiri ada kereta. Lagipun kami takde duit nak repair kereta tu. PerIukan ribu – ribu ringgit jugak kalau nak repair tapi suami tak nak. Baru ni sebelum rantai hilang, kawan suami dah bising suruh ambil kereta dia yang tersadai lama parking depan rumah sewa tu.
Lagi satu sebab aku syak suami yang ambil, masa awal perkahwinan suami pernah kant0i bukak dompet aku. Aku tanye kenapa bukak dompet aku senyap – senyap. Dia cakap dia nak pinjam duit aku tapi sebelum tu dia nak check aku ade duit ke tak dalam dompet. Tapi aku rasa tak perlu kot.
Kalau nak pinjam bagitau jela, aku kan isteri dia. Tak perlu undang curiga aku. Kalau ikotkan banyak kali lah suami kant0i menipu sebenarnye. Pasal duit hantaranlah, duit gaji dia lah, pasal janji berhenti mer0kok sebelum kahwin la. Haishh banyak la.
Kang cite sini lagi panjang pulak karangannya tapi alhamdullilah setakat ni takde kant0i menipu pasal perempuan lagi. Harap – harap mintak dijauhkan Dalam hati aku ada cakap, patot la selalu tak cukup duit dah asyik menipu je.
Tapi aku hanya mampu cakap dalam hati jela. Kang habis semua dia ungkit. Bayar tu la bayar nila. Yela nafkah lain alhamdullilah dia tak pernah culas tapi kalau ikutkan, aku tahu duit gaji dia sekarang sepatutnye cukup je kalau nak menyimpan.
Dia sendiri yang boros tak reti nak uruskan duit. Dulu aku pernah uruskan gaji dia. Masa awal kahwin dulu gaji tak macam sekarang tapi asyik g4duh je. Itu rosakla, ni rosakla, tu nak kena bayar la, ini nak kena beli la. Kadang – kadang perlu duit 200 je, tapi dia bagitau aku dia nak pakai 300.
Menipu lagi. Adehhh. Malas nak semak otak berg4duh, aku bagi je dia uruskan gaji dia sendiri. Cukup tak cukup pandai dia la. Sebab sebelum ni kalau tak cukup aku akan guna duit aku. Aku memang akan bagi je, itu yang dia ingat duit dia kat aku banyak sangat.
Lepas dia urus duit dia sendiri kami dah jarang g4duh dan hidup aku pun sem4kin aman dan awet muda. Berbalik cerita rantai aku hilang tadi, aku ada tanya suami kot – kot dia ada ambil rantai aku. Aku menangis merayu mintak dia pulangkan kalau dia terambil.
Aku janji aku tak kan marah dia kalau dia pulang balik. Dia bersumpah cakap dia takde ambil, siap tanya kenape tuduh dia. Aku malas panjang cerita sekali tu je aku tanya. Tak nak dia tersinggung lagi. Lagipun aku yang cuai.
Aku ada jugak check beg dia dengan seat motor dia. Kot – kot dia ada simpan surat pajak ke tapi tak jumpe. Jadi aku redha jela takde rezeki aku dengan rantai tu. Walaupun separuh hati cakap suami yang ambil tapi separuh hati lagi bgtau dekat diri sendiri berd0sa aku berprangsaka buruk dengan suami.
Lagi pun baru ni aku dapat rantai emas baru. Bayar secara ansuran. Kongsi duit dengan suami separuh – separuh. Jadi aku dah redha dan lupakan s4kit hati dekat diri sendiri sebab hilangkan rantai tu. Tapiiiiii… Bila aku dah lupakan semua, aku terbaca sms ni dekat handphone suami pagi tadi.
Aku termenung kejap. Adakah tuhan dah jawab doa aku? Tapi aku belum pastikan lagi surat pajak ni rantai aku ke tak. Tapi obviously, apa lagi nak dipajaknya. Kami bukan orang kaya banyak sangat barang yang nak digadainya.
Ya Allah, aku buntu nak buat ape. Nak terus per4ng ke? Atau redha buat b0do je sebab dia dah ganti rantai baru tapi rantai baru tu aku ada bayar jugak. Boleh ke aku pergi check dekat kedai pajak tu barang ape tanpa surat pajak?
Aku tak nak per4ng dulu kalau takde bukti kukuh. Suami aku ni selagi belum kant0i b0do depan – depan selagi tu dikonarnye. Lagi agak – agak boleh ke aku tebus rantai tu tanpa surat pajak? Hadoii penat la nak berg4duh.
Harap warga FB boleh bagi nasihat dan kata semangat kat aku macam mana nak hidup dengan suami kaki membongak ni. Ke nak suruh aku bercerai. aku takde anak lagi ni. Terima kasih admin dan kepada yang membaca. Maaf kalau penulisan aku agak panjang.
Komen Warganet :
Bulan Bintang Matahari : Kalau ko nak ambik gelang tu boleh je ko bawa photostat laki ko ke pajak dan ambik la diam – diam. Kalau ko memekak pun tak dapat apa – apa tapi make sure sms tu ko simpan sebab nak tunjuk kat pak cik pajak tu.
Aku ada pengalaman sama dengan ko dapat laki konar 360° dan aku pun bosan nak gado aku biorkan je. Banyak duit mak bapak aku dan aku dia konar aku tunggu juga sampai 21 years kot – kot nak berubah. Tapi H4RAM berubah
Last – last dia konar nikah lain aku pun konar lari jauh – jauh dari dia. Sebab konar banyak sangat now dapat bini pun konar 360° macam dia juga scandal dengan jantan lain. Tapi tu la sebab malu dengan aku dia simpan je ular sawa tu sampai sekarang.
Rabiatul Nordin : Orang biasa menipu ni, susah nak berubah. M4kin lama dia m4kin percaya pada penipuan dia sendiri dan lupa yang dia sedang menipu. Screensh0t,simpan bukti. Buat macam pengkomen lain cakap try gi t3bus lepas dah siasat kedai mana.
Lepas tu ha pandai – pandai la. Jangan m4ki – m4ki. Masakkan makanan kegemaran dia. Dah dia kenyang semua, baru tanya.. Memang memerIukan kesabaran yang tinggi. Semoga puan berjaya.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.