
Aku bangun, ambil kusyen dan c4mpak ke dinding. Aku bagitahu dia yang aku penat. Semua kusyen aku ambil dan baling ke tempat yang sama. Yang terakhir, baby seat pun aku baling ke situ juga…
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum wbt. Tolong admin hide profile aku. Aku tak tahu nak mula dari mana. Tapi aku nak luahkan apa yang ada dalam hati aku. Selama aku berkahwin dengan suami, aku tak pernah berg4duh teruk dengan dia.
Tapi baru – baru ni, kami berg4duh besar sampai suami hampir nak ced3rakan aku. Dia letak tangan pada leher aku dan tolak aku sampai aku terdorong ke belakang. Aku betul – betul terk3jut dengan tindakan suami. Kami bertengkar berpunca apabila suami kata aku bermasam muka pada dia.
Padahal aku tak ada niat pun nak buat macam tu. Aku terlalu sedih sebab suami selalu fikir yang bukan – bukan pasal aku. Mungkin aku terlalu penat dan tak sedar riak wajah aku. Tambah pula pada hari kejadian, aku ada mengadu pasal anak – anak yang buat per4ngai dan aku penat menguruskan semuanya.
Aku seorang ibu yang jaga tiga orang anak kecil dan seorang bayi. Semuanya masih kecil lagi. Perkahwinan kami ni adalah perkahwinan kali kedua. Kami pernah berkahwin sebelum ni dan masing – masing kehilangan pasangan sebab kem4tian.
Anak – anak yang aku jaga sekarang adalah anak daripada perkahwinan kami yang terdahulu. Cuma bayi yang baru nak masuk umur dua bulan tu adalah anak kami berdua. Mungkin aku terlalu letih sebab kena uruskan semua anak. Aku cuma mengadu, tapi dia label aku sebagai seorang yang suka merungut dan samakan letih aku dengan letih dia bekerja. Sedihnya aku. Mungkin sebab terlalu penat pada hari tu, riak wajah aku berubah.
Bila aku tanya dia kenapa dia diam dan tak nak bercakap dengan aku, dia kata aku buat muka pada dia. Aku tanya apa salah aku sedangkan aku langsung tak berniat nak buat macam tu. Macam – macam dia cakap pada aku. Perkara yang aku paling tak boleh lupa bila dia cakap, “Ingat kau bagus sangat? Ingat kau dah habis baik sangat uruskan rumah tangga?”
Akhirnya, sebab terlalu marah dengan kata – kata dia, aku bangun, ambil kusyen dan campak ke dinding. Aku bagitahu dia yang aku penat. Aku langsung tak baling ke arah dia. Semua kusyen aku ambil dan baling ke tempat yang sama. Kali terakhir, baby seat pun aku baling ke situ juga.
Disebabkan tu, suami bangun, pegang leher aku dan tolak aku ke belakang seolah – olah nak mencekik aku. Aku terlalu terk3jut dengan tindakan dia sampai aku terus menangis dan rasa macam tr4uma. Lepas tu dia terus berubah cara bercakap.
Dia bahasakan diri dia “aku” dan panggil aku “kau”. Dia bandingkan aku dengan isteri dia yang dulu. Dia tolak kepala aku, tunding jari pada muka aku dan cakap isteri dia yang dulu jauh lebih baik daripada aku. Aku terlalu sedih waktu tu. Aku dah berusaha jaga semua anak kami, urus semuanya dan didik mereka macam anak sendiri.
Tapi aku tak pernah dapat puaskan hati dia. Hidup aku selalu dibayangi isteri dia yang dulu. Aku rasa macam aku cuma menumpang kasih pada dia. Rumah yang dia beli tu pun sebenarnya rumah yang dia beli untuk isteri dan anak – anak dia dulu.
Kadang – kadang aku rasa macam aku langsung tak layak duduk dalam rumah tu. Kereta yang dia beli pun buat aku rasa macam orang luar yang cuma menumpang naik. Sebab dia masih simpan barang peribadi arw4h isterinya dalam kereta, termasuk gambar di dalam laci kereta.
Apa saja barang yang dia beli, dia akan sorok daripada aku walaupun aku tahu. Dia lebih percaya keluarga dia untuk simpan barang tu daripada bagi pada aku sebagai isteri. Sebab tu aku rasa macam orang luar dalam rumah tangga sendiri. Aku besarkan anak – anak kami bersama, jaga mereka dan didik mereka macam anak sendiri.
Tapi dia macam langsung tak hargai semua peng0rbanan aku. Dia lebih banyak jaga hati keluarga dia daripada jaga hati aku sebagai isteri. Banyak keputusan yang dia buat, dia langsung tak pernah libatkan aku. Sedihnya aku, ya Allah. Aku makan hati.
Terlalu s4kit aku tanggung semua ni. Kadang – kadang aku menangis. Aku juga ada kenangan dengan arw4h suami dulu, tapi aku simpan semuanya rapat – rapat selepas berkahwin dengan suami sekarang. Sampai kadang – kadang aku tertanya tanya, kenapa arw4h suami tinggalkan aku untuk lalui kehidupan macam ni.
Lagi satu, aku cuma nak berpesan kepada mertua yang ada dalam page ni. Janganlah terlalu masuk campur dalam urusan rumah tangga anak – anak. Kesian pada anak lelaki atau anak perempuan kita. Jangan buat mereka serba salah sampai keluar ayat mertua lebih diutamakan daripada pasangan sendiri.
Jangan asyik mesej atau telefon tanya bila nak balik rumah. Kena faham yang anak dah ada tanggungjawab sendiri. Dah ada pasangan dan anak – anak yang perlu diutamakan. Nak bertanya khabar atau ajak balik tu tak salah, tapi biarlah berpada – pada.
Jangan sampai setiap minggu asyik suruh balik kampung. Cuba bayangkan perasaan pasangan anak kita. Disebabkan sikap kita, anak dengan menantu pula yang berg4duh. Kita dah berusia, sepatutnya lebih faham keadaan mereka. Dan kalau nak menolong pun, biarlah ikhlas.
Jangan depan anak menantu cakap manis, tapi belakang mengumpat dan mencaci. Jangan cakap lain pada anak menantu, tapi sampaikan cerita yang tak elok tentang mereka kepada orang lain. Cukuplah apa yang anak menantu dah lalui. Kita tak akan faham sepenuhnya sebab kita bukan berada di tempat mereka. Nasib baik kalau dapat menantu yang banyak bersabar dan malas nak berg4duh.
Ulasan Pembaca :
Noora Abdullah : Anggap je ni dugaan dalam rumah tangga. Kalau dua – dua tak nak mengalah, memang akan jadi lebih teruk. Cuba sis minta maaf dulu. Kalau dia masih ego, jangan layan dulu. Sibukkan diri dengan anak – anak dan kerja rumah.
Tengok macam mana perkembangan dia. Kalau makin teruk sampai angkat tangan atau kaki lagi, terus buat laporan polis. Lelaki yang berani pukuI perempuan ni bukan hebat pun. Kalau nak tunjuk hebat, pergi masuk gelanggang gusti.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.