Adik ipar nak kahwin. Bayangkan 10 khemah berpasang, masak untuk tetamu 1500 orang. Homestay di booking 7 buah. Mak mertua wajibkan setiap sorang anak sponsor 5k. Tak cukup lagi, nak dekat majlis tambah lagi 2k!
#Foto sekadar hiasan. Aku tahu di akhir cerita aku yang kena kecam. Mungkin sebab orang kata biarlah dia nak bantu keluarga. Sebab itu aku tak bercerita dengan kenalan. Sebab aku tahu, ayat tu yang akan aku dengar. Aku cuba untuk ikhlaskan, aku cuba untuk redha.
Aku sedang hamil anak kedua setelah anak sulung berusia 4 tahun. 5 tahun yang lepas masa aku tengah mengandungkan anak sulung, segala peralatan, persediaan, kelengkapan aku yang beli dan sediakan. Suami aku cuma bayarkan bill hospitaI kerajaan yang tak sampai RM30 pun untuk aku dan baby.
Sesungguhnya ketika tu aku redha sebab kami tinggal di bandar metropolitan yang sewa rumah je dah mencecah RM1K. Gaji seisi rumah bila digabungkan cumalah RM4k. Jadi sebagai isteri yang memahami aku sangat redha dan ikhlaskan apatah lagi suami aku seorang yang rajin dan ringan tulang untuk buat hal rumah.
Masa berlalu, kami berpindah ke selatan semenanjung, dekat dengan ahli keluarga. Gaji kami juga tidaklah senang tapi selesa untuk keluarga kecil kami. Gaji seisi rumah kini mencecah RM6k. Agak selesa kerana sewa rumah di pinggir kota kami mampu dapat RM500 sebulan.
Kalau dulu agak susah untuk menabung dan berjalan, kini masing – masing boleh menabung. Komitmen juga bertambah, taska, kereta dan sebagainya. Simpanan kami berdua, hanya diri sendiri yang tahu. Jumlah dan goal tidak kami ceritakan sebab masing – masing ada impian.
Dan kini aku mengandung anak kedua. Aku berharap suami aku ada kesed4ran untuk berkongsi kos bersalin. Apa yang masih bersisa ketika anak sulung, kami guna pakai untuk anak kedua. Aku suruh dia spend RM100 sebulan sahaja bermula dari kandungan aku 6 bulan tapi nampak dia kelihatan berat.
Aku bukan tak mampu, memang aku mampu. Tapi aku pun nak rasa dia “involve” dalam pregnancy kali ni. Tapi bila nampak dia berat nak turutkan permintaan aku, aku mula redha dan sedapkan hati. Nafkah yang dia bagi, aku bahagi dua untuk aku dan separuh lagi buat beli barang baby. Sekadar untuk merasa “suami bagi duit beli barang baby”.
Aku redha sebab semua kerja rumah sekarang suami yang buat. Nafkah wajib masih bawah tanggungan suami. Aku cuma bayar C0way, taska anak, bil telefon dan kereta aku. Yang buat aku terkilan, telan air liur pun terasa pahit, baru – baru ni adik ipar aku kahwin.
Sebagai orang kampung dan majlis anak bongsu perempuan pula, memang besar dan meriah. Gotong royong, atau dipanggil Rewang di tempat kami bermula 2 hari sebelum majlis besar. Mulanya adik ipar aku tak nak majlis sebab dia jaga bajet.
Dia akan berpindah duduk di Sarawak dan katanya sewa sana sangat mahal. Memang ada sesi berg4duh sebab si pengantin mahu nikah je. Tapi ibu ayah mertua berkeras mahukan majlis besar – besaran. Bayangkan 10 khemah berpasang, masak untuk tetamu 1500 orang.
Homestay di booking 7 buah untuk menampung sed4ra mara dan kawan yang jauh untuk 3 malam. Kuda kepang, pelamin, goodies yang mewah. Masa majlis bermacam stall makanan. Apam balik,cendol, laksa, dessert table dengan 8 – 10 jenis kuih, air
Disebabkan si pengantin tadi berkeras tak mahukan majlis sebab sangat menjaga bajet dan tak akan jemput kawan mereka, ibu ayah mertua minta setiap anak untuk sponsor RM5k. Suami aku ada 3 beradik saja termasuk si pengantin.
Ye RM5k suami aku bagi kepada keluarganya untuk majlis adik dia. Aku terk3jut dengan jumlah tersebut tapi aku diamkan sebab aku faham mungkin niat nak berbakti kepada keluarga, nak membantu keluarga. RM5k disumbang dengan sumbangan tenaga merewang.
Aku cuba untuk terima hakik4t. Dia berat untuk mengeluarkan duit untuk keluarga yang dibina hanya untuk keluarga yang dia datang. Kemuncak aku jadi geram, sehari sebelum majlis aku dapat tahu dia bagi lagi extra RM2k untuk majlis tersebut.
Aku memang sangat marah sebab dua minggu sebelum tu adalah hari cikgu taska keluarkan invois untuk yuran tahunan dan pendaftaran tahun baru yang total RM1.5k yang mana jadi mahal kerana anak aku dah dik4tegori “pre-school”.
Aku minta dia bayar sebab yuran bulanan sebanyak RM600 aku yang selalu bayar. Macam biasa aku nak ada fatherly involvement. tapi hampeh. Dia bagi alasan dah banyak berhabis untuk majlis adiknya. Dan sekali lagi aku redha masa tu.
Tapi bila dapat tahu dia hulur another extra of 2k sebab pelamin yang adiknya mintak terlalu kayangan agaknya aku jadi hilang akal. Aku tak boleh brain. Lepas kejadian tu 5 hari aku tak bertegur. Pelamin adik lagi penting daripada tempat untuk anak menimba ilmu?
Jadi aku merancang untuk “baIas d3ndam”. Aku akan bersalin akhir tahun ni. Biasa akhir tahun suami akan dapat gaji 13. Aku merancang untuk book “CL” peribadi bukan under company yang aku dah survey RM2k untuk 9 hari termasuk makan pantang. Aku nak dia yang bayarkan.
Aku juga dah plan lepas ni ada barang yang aku perIukan, aku tak lagi meminta, aku cuma nak order dan bayar guna 7E, tinggal bagi dia code. Kalau dia tak mahu bayar, aku dah plan nak bagi ke ibu mertua, suruh ibunya yang bayar.
Anak kedua pun aku nak hantar taska walaupun suami suruh hantar pengasuh rumah. Dan aku nak dia yang bayar yuran pendaftaran dan bulanan. Bila nampak macam jahat dan nak kesian, aku nak tanamkan dalam otak aku, ni tanggungjawab dia. Aku rasa sabar dan redha aku dah cukup. Aku penat. – Elite (Bukan nama sebenar)
Komen w4rganet :
Norhayati Yaakob : Suami macam ni jenis nak family nampak dia membantu sangat – sangat dan macam dia tak berkira dengan adik beradik. Hakik4tnya dengan anak bini kedekut dan berkira. Esok lusa kalau dia susah kau suruh dia pegi kat family dia. Benda – benda macam ni lah buat bini makan dalam dan jadi berd3ndam dan tak ikhlas nak tolong suami.
Kasih Nur : Kamu, laki kamu, bapak mertua kamu ketiga – tiga sama semua. Masing – masing tak tahu guna akal membezakan mana satu PRIRORITY! Dah tahu laki tak nak contribute dalam komitmen bulanan, so sekolahkan je anak kat tadika biasa. Bulanan sampai 600 kan mahal tu, lastly bila sekolah darjah 1, kamu hantar sekolah harian biasa juga kan??
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.