Aku mengandung luar nikah, ibu tak izinkan aku kahwin dan halau aku . Setahun je aku kahwin, kemudian bercerai. Aku balik rumah ibu bawa cucu. Ibu peIuk aku

Aku kahwin sebab tak tahan dengan sikap ibu yang mengongkong dan selalu naik tangan dekat aku sampai berbirat biru badan. Ibu buang aku sebagai anak. Lepas 2 tahun, aku ketuk pintu rumah dengan penuh takut. Ibu buka dan terus peIuk kami. Tak lama, bekas suami datang balik..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Tolong hide profile aku. Terima kasih admin. Lepasan SPM dan bekerja part time dalam sebuah restoran mewah di ibu kota. Semasa bekerja, aku diberitahu oleh rakan sejawat ada seorang lelaki, iaitu suami aku sekarang, nak berkenalan dengan aku. Aku abaikan.

Satu hari tu, tiba – tiba suami approach minta nombor telefon, juga aku abaikan. Masa aku offday, muncul satu mesej ‘take care’ . Aku pelik sebab aku tak kenal, aku abaikan je. Lama – kelamaan aku makin sibuk dengan kerja. Disebabkan selalu balik tengah malam, ibu suruh berhenti dan cari kerja lain yang tak balik tengah malam.

Aku tak nak sebab aku dah selesa dengan kerja tu walaupun part time je. Gaji pun ok, makan pun percuma tak perlu keluar duit sendiri. Gaji setiap bulan aku bagi ibu dan ibu cuma bagi tambang bas sebanyak 200 ringgit sahaja. Cukup atau tak cukup tu belakang cerita, asalkan terlepas siksaan ibu.

Tapi ibu marah dan ibu tuduh aku ada lelaki di tempat kerja sebab tu aku tak nak berhenti. Tuhan saja tahu haru biru aku malam tu dan perg4duhan diakhiri dengan ibu menghalau aku dari rumah. Sedih aku tak dapat bayangkan masa tu, dah lah muka dan badan s4kit kena pukuI.

Ibu aku memang agresif sikit sejak ayah aku pergi tanpa khabar berita disebabkan tak tahan dengan baran ibu. Aku kuatkan hati dan minta tolong dengan rakan kerja untuk tumpang hostel dia sementara. Esok pagi aku kerja seperti biasa dan terserempak dengan suami sekali lagi.

Suami menyapa aku dan memberitahu dialah orang yang mesej aku. Dari situ kami mula kenal hati budi masing – masing dan makin rapat. Aku tak tahu kenapa aku rasa selamat bila dengan dia. Dulu pernah couple masa sekolah tapi tak kesampaian sebab ibu dapat tahu dan terus serbu lelaki tu.

Malu punya pasal memang aku nekad tak nak bercinta lagi. Tapi disebabkan terlalu selesa, kami terlanjur. Nak dijadikan cerita, ibu datang tempat kerja cari aku. Sebelum tu ibu dah w4rning suami supaya jauhkan diri daripada aku dan terus heret aku balik rumah.

Dalam hati aku dah tahu balik ni memang kena pukuI lagi. Dari kecil ibu memang suka selesaikan masalah dengan cara hukvman pukuI. Bila remaja aku jadi fed up kena pukuI, jadi aku tengking ibu supaya jangan pukuI aku lagi. Tapi ibu tetap pukuI dan aku terp4ksa tolak ibu, terus lari keluar rumah.

Sejak tu aku tak pernah balik rumah lagi. Ibu ada call tapi aku tak angkat sebab hati aku h4ncur dan kecewa. Aku kerja penat tapi tetap bagi duit dekat ibu. Hidup aku memang hanya kerja dan melayan kerenah ibu. Lepas aku keluar rumah, aku tak ada hala tuju. Muka dan badan semua bengkak.

Aku pergi ke tempat suami sebab aku rasa aku tak ada sesiapa selain ibu. Kami tinggal bersama dan dia sediakan makan minum aku. Lama kelamaan aku dapat tahu suami sebenarnya duda anak tiga, bercerai hidup. Aku tergamam tapi dia jujur.

Tak lama lepas tu aku rasa tak sedap badan dan lemah. Pergi hospital, rupanya aku dah mengandung empat bulan. Sumpah aku tak tahu apa – apa sebab aku ambil mudah pasal period. Aku ingat tak datang tu normal. Bila tahu mengandung, aku nak gugurkan kandungan sebab takut ibu tahu.

Tapi suami marah dan minta aku simpan sampai lahir. Aku jadi speechless. Aku cuba pujuk hati untuk redha. Dalam kepala aku fikir, boleh ke aku jadi mak. Mana nak cari wali semua tu bermain dalam fikiran. Hujung bulan lepas dapat gaji, suami pergi rumah ibu untuk melamar.

Ibu sambut dengan pegang kayu tapi suami tetap berani dan nyatakan hasrat nak nikah dengan aku. Ibu bantah sebab tak suka dia. Dia dihalau tapi masih kuat dan kata akan cuba pujuk ibu lagi. Bulan seterusnya kami pergi kursus kahwin di Sogo.

Dalam perjalanan balik, aku jumpa ayah aku di tepi jalan. Aku terus peIuk dan civm tangan dia. Menangis tak payah cerita. Dia masih ingat aku. Aku kenalkan suami dan cerita semua termasuk kandungan. Ayah cuma nasihat supaya dekatkan diri dengan Allah. Akhirnya dengan kehadiran ayah, ibu akur walaupun terp4ksa. Kami pun bernikah dalam bulan yang sama.

Beberapa minggu lepas tu, ayah hilang. Pergi kedai katanya tapi tak balik sampai malam. Ibu paling terkesan. Kami cari merata tapi tak jumpa. Dari situ ibu mula cari salah suami. Hubungan mereka jadi tegang. Aku dip4ksa pilih antara ibu atau suami. Bila aku pilih suami, ibu buang aku sebagai anak.

Tak lama lepas tu aku bersalin anak perempuan sulung, berbintikan Abdullah. Aku berpantang di rumah mentua, suami bekerja di bandar. Di situ aku belajar jadi ibu dan isteri walaupun kekok. Lepas pantang aku ikut suami. Gaji dia hanya 1900 ringgit untuk tanggung kami. 500 untuk anak dengan bekas isteri, 500 sewa rumah. Hidup memang sempit. Kadang – kadang tak cukup.

Masuk setahun perkahwinan, semuanya berubah. Aku buat semua kerja rumah, jaga anak, masak. Suami pula susah bangun pagi. Aku tegur, tapi dia marah dan naik tangan dekat aku. Aku mengadu pada mentua tapi anak dia juga disokong.

Akhirnya kami bercerai. Di mahkamah, lepas lafaz, aku dan anak ditinggalkan macam tu saja. Aku tak ada hala tuju, duduk di bus stop sambil fikir nak ke mana. Akhirnya aku balik rumah ibu. Dua tahun tak jumpa, aku ketuk pintu dengan penuh takut. Ibu buka dan terus peIuk kami. Aku minta maaf.  Sejak ada cucu, ibu berubah jadi lebih lembut.

Setahun lebih aku jadi ibu tunggal. Aku kerja sebagai assistant supervisor di pusat beli belah, ibu jaga anak. Hidup aku makin stabil. Tiba – tiba suami WhatsApp kata rindu. Aku abaikan. Lepas seminggu dia hubungi lagi tanya pasal anak. Aku jawab sekadar perlu. Akhirnya kami jumpa di Tasik Titiwangsa. Dia minta maaf dan nak kembali.

Aku bawa dia jumpa ibu. Ibu t4mpar dia tapi dia tetap minta maaf. Lama kelamaan dia mula tunjuk tanggungjawab sebagai ayah. Tapi aku dapat tahu dia ada hubungan dengan seorang janda anak dua. Aku confront dia dan dia jujur. Aku minta dia pilih antara aku atau perempuan tu. Dia diam. Aku terus hubungi perempuan tu dan beritahu perkara sebenar.

Sejak tu aku menjauhkan diri. Aku minta dia datang bila dah buat keputusan. Dia kata nak dua – dua. Aku tak nak bermadu, jadi aku suruh dia pilih perempuan tu. Aku tukar nombor dan putus hubungan. Tapi dia tetap bagi nafkah anak setiap bulan.

Sebulan lebih kemudian, dia datang rumah ibu dan pilih aku. Dia kata perempuan tu hanya buat dia ingat aku. Aku masih ragu tapi kami cuba kenal semula. Akhirnya kami berkahwin semula dengan restu ibu dan mentua. Kali ni aku guna wali hakim. Kami sewa rumah dan hidup macam biasa.

Sekarang dah tiga tahun perkahwinan kali kedua. Suami banyak berubah, ringan tulang, lebih bertanggungjawab. Tapi dalam hati aku masih ada luka lama. Kadang – kadang aku menangis sendiri. Aku masih teringat apa yang dia buat dulu.

Kadang – kadang aku rasa takut dis4kiti lagi. Perasaan terhadap mentua pun masih ada. Aku pendam semua tu sebab hormat mereka yang dah tua. Tapi aku sendiri tertanya, macam mana aku nak betul – betul maafkan dan lepaskan semua yang pernah jadi.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :