
Aku dengar suara dari bilik air menjerit – jerit memanggil aku. Itu suara kakak aku. Kuat dan lantang. Waktu itu jam lebih kurang 5 pagi. Bila sampai di dapur, aku nampak suami aku duduk di bangku, muka pucat. “Suami kamu intai kakak. Suami kamu rakam kakak mandi.”
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum w4rga FB. Mohon hide Facebook h4mba Allah yang aku pinjam ini. Ada benda yang aku nak cerita, nak bertanya dan berkongsi. Mungkin boleh dijadikan pengajaran untuk aku dan juga kaum isteri di luar sana.
Aku sebenarnya isteri dan juga ibu kepada seorang anak yang baru aku lahirkan. Alhamdulillah, rezeki aku dikurniakan suami yang baik dan anak yang comel. Dari luar, orang nampak hidup aku sempurna. Rumah tangga tenang, suami penyayang, keluarga pun tak ada masalah besar.
Tapi hakikatnya, kehidupan aku sekarang masih dih4ntui dengan satu peristiwa yang berlaku beberapa bulan lepas dan sampai hari ini aku masih cuba pujuk hati sendiri untuk benar – benar redha. Untuk pengetahuan semua pembaca, semasa aku mengandung dulu, aku ada alahan yang agak teruk.
Munt4h hampir setiap hari, badan lemah, emosi pun tak stabil. Jadi aku minta izin suami untuk benarkan kakak aku tinggal bersama kami buat sementara. Tujuan aku cuma satu, supaya ada orang boleh tengok – tengokkan aku waktu suami pergi kerja.
Kakak aku pun bekerja, jadi dia hanya ada di rumah waktu hujung minggu dan waktu malam. Tapi sekurang – kurangnya aku tak keseorangan. Kakak aku pula jenis yang sangat jaga batas. Dia muslimah yang sangat menjaga aurat. Di rumah kami pun dia tak pernah berpakaian menjolok mata, jauh sekali berper4ngai gedik.
Senang cerita, dia memang jenis tahu diri bila menumpang rumah orang, apatah lagi rumah adik sendiri yang ada suami. Hari demi hari berlalu, sampailah ke hari aku melahirkan anak. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Suami aku jaga aku dalam pantang dengan cukup sempurna.
Jujur aku cakap, aku bangga sangat dengan dia. Dia langsung tak harapkan mak aku atau mak mertua. Semua dia uruskan sendiri. Dari tungku perut aku, sapukan minyak, mandikan anak, urut aku waktu malam, sediakan makan minum aku. Masa itu aku rasa aku isteri paling bertuah di dunia.
Waktu berpantang, aku tenang. Tambah pula ada kakak aku di rumah yang banyak bantu. Urusan rumah, urusan anak, semua jadi ringan. Aku betul – betul bersyukur. Tak ada cac4t cela langsung pada pandangan aku ketika itu. Sampailah ke hari terakhir pantang 44 hari. Suami ada tanya aku, bila agaknya dia boleh menyentuh aku semula.
Waktu itu aku terkedu. Aku terdiam lama. Dalam hati aku sebenarnya dah tekad nak pantang bersama suami selama 100 hari. Aku masih tr4uma, masih fobia dengan jahitan, masih nyilu. Semua bayangan waktu bersalin masih bermain dalam kepala.Jadi satu malam, aku slow talk dengan suami. Nada aku penuh harapan.
Aku: Sayang, boleh tak sayang izinkan aku berpantang 100 hari dari bersama? Saya masih dalam proses merawat dalaman. Saya nak betul – betul sihat.
Suami: Ya sayang, abang izinkan. Sayang rawatlah dulu. Abang faham.
Ya Allah, masa itu hati aku berbunga. Aku rasa sangat dihargai. Aku rasa suami aku benar – benar memahami. Aku lalui hari – hari seterusnya dengan tenang, tanpa rasa bersalah, tanpa rasa tertekan. Sehinggalah sampai ke hari – hari terakhir pantang 100 hari itu.
Satu pagi, aku masih tidur bersama anak di bilik. Tiba – tiba aku dengar suara dari bilik air menjerit – jerit memanggil aku. Aku kenal suara itu. Itu suara kakak aku. Kuat dan lantang. Waktu itu jam lebih kurang 5 pagi. Aku terus terjaga dari tidur. Dalam kepala aku cuma fikir mungkin ada pencuri masuk rumah.
Aku terus keluar bilik dengan jantung berdegup laju. Bila sampai di dapur, aku nampak suami aku duduk di bangku, muka pucat. Dari bilik air, kakak aku masih menjerit. Aku ketuk pintu bilik air, suruh kakak buka. Aku tanya kenapa.
Dengan suara teresak – esak, kakak aku jawab, “Suami kamu intai kakak. Suami kamu rakam kakak mandi.” Ya Allah, masa itu jantung aku rasa macam berhenti. Badan aku terus menggigil. Aku tengok kakak aku menangis dalam bilik air, ketakutan, maruah dia terasa dicabuli.
Kakak aku orang yang sangat jaga aurat, sangat jaga diri. Tapi suami aku, orang yang aku percaya sepenuh hati, sanggup buat perkara itu. Hati aku s4kit sangat. Rasa macam ditusuk seribu jarum. Tapi entah dari mana datangnya kekuatan, aku cuba tenangkan kakak aku. Aku peluk dia walaupun tangan aku sendiri menggigil.
Suami aku datang dekat aku sambil menangis. Dia terus sujud di kaki aku. Menangis semahu – mahunya. Dia cakap dia nak bvnvh diri sebab tak sanggup aku tinggalkan dia. Dia sendiri suruh aku buat laporan polis. Katanya dia sanggup masuk penjara asalkan aku tak tinggalkan dia.
Alhamdulillah, Allah masih jaga kakak aku. Suami mengaku dia belum sempat melihat apa – apa sebab kakak terus menjerit bila perasan. Aku bersyukur sangat, sekurang – kurangnya maruah kakak aku tak sampai dicemar lebih jauh. Tapi seharian itu aku menangis.
Menangis sebab orang yang aku percaya, orang yang aku sayang, sanggup buat perkara jijik semata – mata sebab nafsu. Alasan dia cuma satu, sebab aku pantang 100 hari. Sedangkan dia sendiri yang setuju, dia sendiri yang izinkan. Aku tak buat keputusan sendiri tanpa persetujuan dia.
Hari – hari selepas itu penuh dengan ketegangan. Kakak aku takut nak keluar bilik. Suami aku pula asyik menangis dan minta maaf. Aku tersepit di tengah. Antara adik dan isteri, antara maruah keluarga dan perasaan sendiri. Akhirnya kakak aku ambil keputusan untuk keluar dari rumah kami.
Dia kata dia tak salahkan aku, tapi dia tak sanggup duduk serumah lagi. Hati aku h4ncur masa itu. Rasa bersalah, rasa marah, rasa kecewa bercampur jadi satu. Suami aku bersumpah tak akan ulang perbuatan itu. Dia mengaku silap, mengaku khilaf.
Setiap hari dia minta maaf, menangis, berubah jadi lebih perhatian. Banyak luang masa dengan aku, selalu cakap sayang, selalu jaga perasaan aku. Ya, aku nampak perubahan dia. Memang dia tak buat lagi. Tapi sekali hati perempuan terIuka, mungkin boleh memaafkan, tapi takkan pernah lupa. Lvka itu masih ada. Parut itu masih terasa sampai hari ini.
Aku memaafkan, tapi aku takkan jadi macam dulu. Terlalu percaya tanpa sebarang waspada. Nasihat aku pada semua di sini. Walaupun suami kita nampak sebaik mana pun, simpanlah sedikit ruang untuk berjaga – jaga. Jangan terlalu yakin sampai tutup semua mata dan telinga.
Kedua, elakkan tinggal serumah dengan adik beradik berlainan jantina kalau boleh. Serius aku serik. Bukan sebab adik beradik jahat, tapi sebab manusia itu lemah dengan nafsu. Dan yang terakhir, kena selalu ingat. Kalau namanya lelaki, tetap akan ada nafsu. Walau dia alim, walau dia baik, walau dia nampak sempurna. Jadi sebagai isteri, jangan ambil ringan soal ini. Bukan untuk menakutkan, tapi untuk saling menjaga.
Ulasan pembaca :
Azli Z : Seratus hari itu pantang Melayu. Pantang Islam berhenti saja nifas habis, dah wajib solat, wajib puasa Ramadan dan wajib layan laki kalau dia minta. Dah dapat laki baik, kenapa nak uji lagi kesabaran dia? Tak cukup ke dah dapat yang baik, masih nak demand dia jadi malaikat? Malaikat Allah jadikan tak ada nafsu, laki kau Allah jadikan bernafsu, faham? Susah perempuan zaman sekarang. Dapat laki jahat, mengadu. Dapat yang baik, tak hargai.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.