Semasa hakim cakap arw4h ayah ada meninggaIkan harta dan hutang. Jadi kami perlu selesaikan hutang dengan menggunakan harta arw4ah. MaIangnya mereka dengan angkuhnya cakap mereka tidak setuju. Mereka hanya nak harta arw4h ayah tapi tak nak bayar hutang arw4h..
#Foto sekadar hiasan. Hi, Nama aku Yanie. Anak kedua kepada isteri ketiga. Isteri pertama dan kedua cerai hidup. Ibu aku pula isteri ketiga cerai m4ti. Kisahnya bermula bila aku menguruskan segala harta pusaka ayah aku.
Ayah meninggaIkan 9 orang w4ris. 2 orang anak lelaki dan 7 orang anak perempuan dan seorang isteri. Aku diamanahkan oleh arw4h ayah sebelum meninggaI untuk menguruskan segala hartanya. Harta ayah tidak seberapa ya.
Abang dan adik lelaki aku tidak sihat dan sebab itulah kenapa ayah amanahkan untuk aku uruskan semuanya. Pada mulanya kami semua sepakat bersetuju. Tapi sebaliknya berlaku. Semasa bicara seorang anak bekas isteri pertama dan seorang anak bekas isteri kedua tidak bersetuju. Kedua – duanya adalah perempuan.
Sebelum bicara kes di pusaka, aku panggil semua ahli w4ris untuk membuat perbincangan dalam pembahagian harta pusaka. Ia bertujuan untuk memudahkan proses dalam segala urusan. Dari semua w4ris hanya seorang sahaja yang tidak hadir semasa perbincangan.
Selepas perbicangan itu, aku maklumkan apa yang dibincangkan kepadanya. Dan dia faham apa yang dibincangkan dan bersetuju. Tapi sebaliknya terjadi semasa hari bicara. Siap berdrama lagi selepas habis bicara. Sudahnya bicara ditangguhkan sebab ada yang tidak bersetuju.
Akhirnya, selepas tiada jalan penyelesaian dan perbincangan aku failkan harta sepencarian untuk ibu aku. 50 tahun usia perkahwinan ayah dan ibu. Aku mesti pertahankan apa usaha yang ibu dan ayah aku usahakan bersama. Kerja kampong tau. Bukan kerja pejabat.
Mak aku cakap kerja teruk. Sangat teruk. Tidak kira hujan panas mak aku tolong ayah aku buat kerja. Masa ni memang hati aku sekeras batu dah. Sebab usaha aku untuk berbincang mereka tidak layan. Malah tengking – tengking aku lagi bila aku telefon.
Aku pergi rumah tak buka pintu. Ya aku tahu mereka ada di rumah. Alhamdulilah berkat sabar aku dan adik beradik yang lain, mak aku berjaya dalam tuntutan harta sepencarian. Aku perjuaangkan hak mak aku. Mak aku s4kit. PerIukan rawatan dan kos rawatan yang tinggi. Alhamdulillah aku bersyukur.
Selepas mendapat perintah mahkamah harta sepencarian, aku terus failkan semula ke pejabat pusaka untuk sambung bicara semula. Hari yang ditunggu – tunggu untuk sambung bicara telah tiba. Aku berdebar – debar sangat.
Aku sediakan fail selengkap – lengkapnya. Debaran tu rasa macam nak berjuaang melahirkan anak. Pada permulaan semuanya berjalan lancar. Tetapi semasa hakim tanya arw4h meninggaIkan harta dan hutang. Jadi kita perlu selesaikan dengan menggunakan harta arw4h.
Semua setuju ker? Ya, semua orang bersetuju. Sekali lagi mereka dengan angkuhnya berkata mereka tidak setuju. Bila tidak setuju, kami tanya la kenapa tidak setuju? Berlaku kekecohan semasa dalam bilik bicara bilamana adik aku tanya kenapa tidak bersetuju.
Kita nak harta arw4h ayah tetapi kenapa kita tak nak bayar hutangnya? Sudahnya hakim memberi nasihat dan putvskan hutang arw4h perlu dilunaskan. Selepas itu hakim tanya lagi sekali, awak bersetuju ker? Dengan perlahan dan terp4ksa, aku rasa mereka menjawab bersetuju.
Hampir 4 tahun dah kes tertangguh. Tak kan nak tangguh lagi. Terus dia marah adik aku dalam bilik bicara itu yang kata kami tak nak berbincang terlebih dahulu dengannya. Pelik kan. Aku panggil datang bincang macam – macam alasan yang diberi.
Tapi bila sampai masanya boleh cakap kita tak nak bincang. Serius aku penat melayan karenah mereka. Dalam tempoh itu juga em0si aku terganggu. Yerla aku fikirkan arw4h ayah aku di sana. Dengan hutang yang masih tertangguh, dengan sikap anak – anak yang tamakkan harta. Macam mana agaknya.
Aku pun tidak tahu apa yang mereka fikirkan sampai perasaan tamak menguasai diri. Lagipun bahagian faraid perempuan memang sedikit sahaja. Kalau ikutkan semasa ayah aku ada lagi kami baik – baik sahaja dengan mereka. Tidak pernah berg4duh. Malah aku sendiri pernah tolong mereka. Ayah aku sangat bertanggungjawab.
Tapi pada hari bicara Allah tunjuk kan mereka yang sebenar. Segala jiin tonjit mereka keluar. Aku sangat terk3jut dengan apa yang berlaku. Mak aku pun mereka tidak hormat. Ini aku yang pangkat adik sahaja. LagiIah.. Bagi mereka kami ni musvh mereka sekarang.
Alhamdulilah sekarang dah selesai semuanya. Sudahnya mereka mer0yan tidak mendapat apa yang dihajati. Allah nampak setiap kejadian. Allah tahu niat kita. Allah menguji aku sebenarnya. Aku doakan mereka berubah. Nak sesuatu usaha sendiri. Bukan mengharapkan durian runtuh semata – mata.
Alhamdulilah aku, emak dan adik beradik aku akan wakafkan harta yang ayah aku tinggalkan itu. Hanya bahagian mak aku akan digunakan untuk rawatan s4kitnya. Semoga menjadi saham buat ayahku di sana. Doakan urusan kami dimudahkan ya dan jadikan juga pengajaran dalam kisah harta ayahku ini.
Nasihat aku rancanglah harta semasa hidup agar tidak berlaku persengketaan. Kesan harta yang tiada perancangan akan mengambil masa yang lama untuk diselesaikan. Hidup ini terlalu singkat berilah manfaat kepada semua orang.
Sekian terima kasih kepada semua sudi membaca kisahku. Doakan aku berjaya bangunkan tahfiz untuk ayah dan ibuku. – Yanie (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
AnnDee AnggeRiati : Kenapa pula ramai yang kecam pasal lelaki kahwin lebih dari satu nih?.. Ayah tt rasanya kahwin dengan mak tt selepas bercerai dengan kedua – dua isteri sebelum tu. Jadi perkahwinan mereka bertahanlah dengan mak tt selama hampir 50 tahun.
Semoga tt terus cekal dalam hidup dalam menangani karenah – karenah anak – anak tiri nih semua.. Memang c4baran kuat kot kalau ada adik beradik tiri nih. Cabaran peningalan harta apatah lagi. Semoga semuanya dapat dibahagikan dengan seadil adilnya.
Jadi para netizen yang sudah terlanjur kahwin lebih dari satu dan ada anak – anak dari bekas – bekas isteri dan isteri terkini, pandai – pandailah uruskan harta tuh, hibah siap – siap kalau tak nak harta yang ada dijadikan rebutan tak berkesudahan.. Goodluck tt.
Neuro Shewazni : Aku anak kepada isteri nombor 2. Anak tunggal. Tapi mak aku cakap, semua duit bahagian aku, adik beradik isteri pertama dah sapu belaka. Tapi mak aku cakap takplea amek jelaa. Mak aku kerja InshaAllah boleh tanggung aku lagi maaa tu aku form 1.
Sekarang, Alhamdulillah aku takde rasa mewah tapi takde rasa susah. Sedang – sedang aje. Tu baru cerita tentang harta. Cerita w4ris tak nak jadi wali tu belum masuk. Aduhai.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.