Aku nak failkan fasakh sebagai ‘hadiah’ ulangtahun perkahwinan kami

Duit aku lepas bayar segala komitment hutang tinggal RM178 je. Macam mana nak hidup dengan suami tak kerja. Dia kalau dapat kerja part time pun, akan bagi harga murah dekat customer, dengan alasan nak tolong. Isteri kat rumah ni tak nak tolong. Aku nekad ulangtahun kali ni aku nak bagi dia hadiah..

#Foto sekadar hiasan. Hi Assalamualaikum. Terima kasih admin kalau sudi postkan kisah aku. Ulangtahun perkahwinan aku tak lama lagi tapi aku tengah berper4ng em0si dengan si suami. Aku sebenarnya tak rasa happy pun nak ‘sambut’ ulangtahun ni.

Tahun ni tahun paling teruk buat aku dan suami. Sebenarnya aku dah post beberapa kali dekat sini atas nama – nama yang berbeza untuk sembunyikan identiti aku. Aku ada post berkenaan dengan suami curang, suami panas baran dan suami tak bekerja.

Ya, semua tu aku. Wanita yang sama, seorang isteri yang penat dan pendam. Tapi aku rasa korang tak dapat cari pun sebab macam ramai je post benda lebih kurang sama. Haha.. Tapi banyak lagi duka dan lara yang berlaku tahun ni yang aku hanya simpan sendiri.

Aku benci sangat dengan tahun ni. Aku rasa aku dah tak boleh nak tolak ansur lagi dengan per4ngai suami. Dengan dia tak bekerja, kemudian senang nak panas baran tak tentu pasal. Bangun tidur tengahari teros nak m4ki hamun bila anak main barang dia (dan aku tak perasan).

Tend4ng kerusi dan mainan anak, sambil mulut rancak m4ki hamun. Semua untuk apa? SEBAB KAPAS VAPE. Yer, anak aku main kapas vape dia. Dan dia beng4ng dan cakap, “mak kau pun satu, tak guna gak kadang – kadang!”

Aku yang tengah kemas dapur masa tu terpinga pinga. Malas nak baIas, malas nak respon, malas nak cakap apa. Tapi aku nangis. B0doh betul rasanya tiba – tiba je rasa pipi basah. Dah buat apa aku nak nangis pasal dia?

Mungkin terasa dia cakap aku, “tak guna”, padahal? Siapa yang susah payah kerja pagi dan malam untuk bayar semua hutang – hutang ni? Semua pinjaman dan komitmen bulanan, takkan ada makhluk lain yang baik hati nak tolong bayar?

Aku tak guna ke siapa yang tak guna sekarang ni? Lepas tolak semua hutang, komitmen, susu dan pampers anak, duit gaji aku tinggal RM178 je kot. Macam mana nak hidup untuk sebulan? RM178 tambah duit part time online (yang entah berapa tak tentu jumlahnya) untuk aku makan, minum dan duit minyak pergi kerja.

Nak shopping, nak tengok movies, nak pergi jalan – jalan memang tak yah ber4ngan la. Setahun dia tak ada kerja tetap, suami hanya buat kerja sambilan yang hanya dapat RM200 – 300 je kot sebulan. Kalau ada rezeki lebih pun (paling banyak RM1000 sebulan) tu pun dia guna duit tu beli handphone baru, tak pun repair kereta dia.

Kalau ditegur meIenting, marah, m4ki hamun. Kalau dibiarkan nanti kereta dia aku yang jadi guarantor, dia relax je cakap biarlah kereta kena tarik, dia tak kisah, daripada orang h1na dia. H1na apa entah, padahal orang tegur pasal kerja.

Kalau dia kena blacklist, dengan aku sekali kena blacklist. Dia mana fikir semua tu. Sampai sekarang aku menyesal jadi guarantor kereta tu. Kerja sampingan tu pun dia tak charge mahal dekat dia dia sebab katanya nak “tolong” orang.

Dia happy bila dapat tolong orang. Aku baIas satu je, “Yela awak kan tak ada komitmen apa nak bayar, takpe la dapat untung sikit.” Dia sentap. Memang aku nak bagi sentap pun. Sekarang apa – apa dia cakap aku balas dengan sark4stik, perIi jer.

Sebab hati aku terlalu s4kit mengenangkan semua ni. Aku susah payah kerja macam nak m4ti, tapi hanya untuk bayar hutang – hutang. Aku benci hidup macam ni. Dia nak client happy tapi isteri yang tengah mer4na dekat sebeIah takde pulak terfikir ye?

Bila str3ss dan tertekan, aku termarah anak. Lagi aku jadi down. Bila aku str3ss, masa tu la anak nak buat per4ngai. Kadang – kadang tu aku hanya nangis terduduk sebab penat sangat dan aku tau anak bukannya sedar apa dia buat salah pun.

Baby girl aku, dia yang t3puk – t3puk bahu aku, lap air mata dan peIuk aku. Dan umur dia tak sampai pun 2 tahun lagi.  Aku tak nak nangis depan anak, you know, aku tak nak anak aku terkesan bila tengok aku nangis, tapi kadang – kadang aku tak boleh nak hadap lagi dah.

I can’t handle this man who keep playing and t0rturing my emotions. Anniversary dah nak dekat dan apa yang aku fikir sekarang ni adalah macam mana nak failkan fasakh. Semalam, akhirnya aku dapat tidur lama sikit (bangun pukuI 8 pagi) setelah hampir seminggu lebih tak tidur malam sebab siapkan part time job aku.

Masa aku gerak suami aku bangun untuk belikan kami br3akfast, dia ungkit yang aku tidur lama. Eh, aku tak boleh brain lah.. baru harini aku tidur lebih masa sebab harini cuti. Salah ke? Salah ke isteri ko yang kerja macam giIa ni nak tidur lebih masa sikit?

Dia hari – hari tidur bangun lambat takde pun aku nak bising. Apa masalah ko sebenarnya. Dalam duk g4duh tu aku cakap, “Kalau boleh aku nak tidur je sampai bila – bila.” Dia baIas, “Ha bagus jugak”. Serious, aku dah penat.

Bukan tak dapat hidup susah senang dengan dia, dah 7 tahun kenal kot. Rasanya sebelum ni dia bukannya kaya mana pun, boleh je aku hidup dengan dia. Beli nasi sebungkus kongsi dua orang, kongsi tidur atas toto nipis bawak dari rumah sewa masa aku bujang dulu (time ni baru kahwin, takde katil lagi).

Minyak kereta isi RM5 je sebab takda duit, TV takde tengok cita sama ulang – ulang dekat laptop, dan lain – lain lah. Yang aku tak tahan sekarang ni sebab dia dah takde inisiatif nak cari kerja tetap. Aku faham dia tr4uma sebab banyak kali kena reject and kena buang kerja tapi sampai bila?

Dan aku tak boleh terima aku asyik kena m4ki hamun atas benda – benda yang tak masuk akal. Secara kesimpulannya, aku benci hidup bersama dia. Kalau dulu masa g4duh, masih ada rasa sayang. Sekarang tak g4duh pun rasa sayang tu entah ke mana.

Takde rasa apa – apa langsung. Hanya celik mata utk tunaikan tanggungjawab, kemudian ulang – ulang benda sama setiap hari. Aku cuba hadirkan balik rasa sayang dan cinta buat suami sebab aku taknak hidup aku sia – sia gitu je hidup dengan seseorang tapi langsung takde perasaan dah.

Tapi setakat ni aku belum berjaya. Hanya mampu doa agar Tuhan tunjukkan jalan yang terbaik buat aku dan dia. Jadi ulangtahun kali ni, sedih sangat sebab tak bawa maksud apa – apa pun dekat aku. Cuma harapan aku kalau j0doh aku masih panjang bersama suami, biarlah aku lalui hari hari tersebut dengan penuh perasaan cinta dan kasih sayang.

Bukan dengan rasa macam ni. Jealous tengok kawan – kawan post pasal anniversary diorang, rezeki diorangkan masih bahagia walaupun dah lama kahwin. Anak pun bertambah. Aku nak tambah anak pun fikir 100 kali.

Dengan keadaan macam ni, macam tak sesuai sangat. Kalau boleh, kalau boleh la, tolong doa kan yang terbaik buat kami. Mana – mana pilihan yang terbaik (j0doh panjang atau tak panjang) aku terima dengan hati terbuka. – Bitter Wife

Komen Warganet :

Shafinas Ibrahin : Anak puan mungkin tak tunjuk apa – apa reaksi sebab puan rasa dia tak faham. But it caused tr4uma in long term memory anak. My baby pun belum 2 tahun, ayahnya sangat  caring dan manjakan dia.

Tapi sekali sekala ayahnya termarah tak sengaja pun, dah berasap hati saya. Macam mana puan tahan ye? Saya faham kalau puan cuba nak pertahan rumhatangga, ada pahala atas usaha puan tu, tapi kids comes first.

Fasakh tu pohon je sebagai usaha ‘ugvt’ suami. Telling him that if u dont change, im leaving. Bagi dia pilihan. Nak kerja atau nak kami tinggalkan kau. Puan solat awal waktu, hajat, taubat. Allah akan susunkan yang lain – lain dengan jalanNya. Semoga puan bahagia juga. Hug.

Umyraa Hamdan : Kita diberi akal untuk memilih kehidupan terbaik untuk kita. Sama ada jadi single mom yang happy, muka takde kedut sebab str3ss dan hati tenang. Atau jadi isteri orang, tapi otak macam nak meIetop.

Hari – hari str3ss dan sampai satu tahap nanti kita tak sedar pun kita baling anak sebab nak lepaskan amarah tu dekat anak. Hidup ni sekali je. Lepas m4ti, tiada kehidupan lain untuk kita ulang kisah hidup kita. Jadi, pilihlah jalan yang betul.

Saya sendiri pernah berada di tempat u. Dalam perkahwinan yang sangat t0ksik. Sekarang? Saya happy tenang dan tak serabut. Hasilnya? Rambut m4kin lebat, kepala tak kusut dan hati m4kin tenang. Muka pun dah tak kusam.

Kalau nak dibanding dengan dulu, dengan duit habis tak dapat reward diri sendiri, muka k0yak sana sini berp4rut kena beIasah. U pun cakap u kerap hantar confession kan? Pilihan tu ada dekat tangan u. Nanti bila dah tua atau dah s4kit menuju kem4tian, u dah tak boleh patah balik masa untuk berpisah dengan dia. Waktu tu dah tak guna dah. Love urself first.

Ada masa kena pentingkan diri dan fikir tentang diri sendiri. Betul orang cakap, anak – anak akan hidup tanpa bapa. Tapi title seorang wali kepada anak tu tak akan pernah hilang sampai ki4mat pun. Anak – anak tu tetap ada bapak.

Cuma awak jauhkan mereka dari manusia giIa tu je. Ataupun anak – anak akan ulang kesilapan awak. Mereka mungkin akan turut terikut dengan lelaki – lelaki giIa macam ni sebab bagi mereka sikap itu adalah normal.

Sebab mereka dibesarkan dalam suasana macam tu. Choose wisely. Hidup ni sekali je. Anak – anak melalui zaman membesar pun sekali je. Tiada siaran ulangan utk semua tu.

Elyn Melinda : Sedikit pandangan, tahu kenapa suami awak jadi macam tu? Sebab awak manjakan dia. Sebab dia tau awak tetap akan bayarkan semua dan akan sayang dia. Sampai bila awak nak s4kitkan diri sendiri?

Okay la diri sendiri mungkin boleh tahan atas dasar cinta. Tapi anak? Awak suka tengok anak kena marah, kena m4ki sebab usik barang dia? Sampai hati tengok mainan anak kena sep4k – sep4k? Anak baru 2 tahun dah hadap semua ni.

Awak pun bila str3ss marah anak. Tak kesiankan diri sendiri mohon kesiankan anak. Anak awak tak patut hidup dalam family macam ni.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?