Aku nampak cubaan dia nak menyondoI suami aku, sampai pukuI 11 malam pun masih mesej suami

Aku pelik bila kawan pejabat suami aku add aku kat FB tapi aku approved je. Setiap kali aku post gambar anak, dia like dan komen sekali tag suami cakap anak aku handsome macam suami. Bagi aku agak biadap sampai satu hari aku tergerak nak cek handphone suami. Yang aku tak boleh tahan tu, perlu ke kau buat laporan aktiviti percutian kau dekat suami aku…

#Foto sekadar hiasan. Cerita aku ni dah berlalu 10 tahun lepas, masa tu anak baru seorang, sekarang dah 3 orang.

Dah besar – besar dah pun semua. Aku tr1ggered baca confession tu sebab aku pernah mengaIami situasi yang diceritakan oleh Lily sebelum ini, bukan sebagai Lily yang sukakan suami orang, tapi sebagai isteri yang suaminya cuba dig0da.

Aku dan suami berkahwin atas dasar suka sama suka. Kami belajar dalam satu uni yang sama, jurusan yang sama, kelas sahaja berbeza.

3 tahun pengajian kami bersama – sama, susah payah, jatuh bangun dalam pelajaran, kami saling beri sokongan dan bantuan. Kami berjaya tamatkan pengajian dengan keputvsan yang cemerlang. Alhamdulillah.

Tamat cab4ran di universiti, cab4ran mencari pekerjaan bermula. Kami masih lagi saling menyokong satu sama lain dari segi mentaI dan em0si.

Bermacam – macam pahit getir yang kami lalui sepanjang perjuangan mencari kerja, semuanya demi membina keluarga dan masa hadapan yang selesa untuk kami berdua dan anak – anak pada masa hadapan.

Semua kepayahan ini kami lalui bersama dalam tempoh bertahun ye. Ulang suara, BERTAHUN, bukan berbulan. Kami berjaya mendapatkan pekerjaan yang baik dan kami pun berkahwin selepas setahun bekerja.

Genap 2 tahun perkahwinan, kami dikurniakan seorang bayi lelaki yang comel, penyeri pertama rumah tangga kami.

Sebagai ibu buat pertama kalinya, tentunya aku teruja dengan kehadiran cahaya mata sulung dalam hidup kami sebagai suami isteri.

Aku upload gambar – gambar anak aku dekat FB dan IG, saja buat kenangan. Bila pertama kali pandai duduk, pertama kali pandai jalan tu semua la.

Suami aku pulak bukan sejenis yang rajin nak update socmed dia. Buat nama ada je semua profile FB dengan IG tu. Tapi yang memenuhkan wall dia adalah post – post dari aku, yang aku tag dia sekali.

Lepas tu biasalah akan ada kawan – kawan aku dan kawan – kawan dia yang akan like atau komen dekat post aku.

Satu masa tu, masa anak aku umur dalam setahun macam tu, ada seorang perempuan ni, nama dia Zizi (bukan nama sebenar dan tak ada kaitan dengan yang nyanyi lagu Eh tu) like dan komen dekat gambar anak aku. Bila aku tengok, dia friend FB suami aku.

Suami aku cakap itu kawan office dia. Aku cakaplah dekat suami aku, dia reply lah komen kawan dia. Sebab aku nak sembang apa pun aku tak tau, rasa janggal sangat orang asing komen kat gambar kita macam mesra sangat. Suami aku pun ok je.

Sejak dari tu setiap gambar yang aku post dia akan like dan komen. Bagus tu memanglah bagus dapat banyak like kan. Tapi lepas tu si Zizi ni pergi add aku dekat semua socmed. Aku bagitau la suami aku yang Zizi ni add aku, perlu ke aku approve?

Suami aku cakap approve jelah, kalau tak approve nanti dia tuduh suami aku yang tak bagi friend dengan aku pulak kat office.

Suami aku cakap si Zizi ni kuat merajuk dan cepat sentap. Kalau dia merajuk dengan seseorang tu nanti habislah kerja semua susah nak jalan kalau nak berurusan dengan dia.

Jadi suami aku cakap untuk tak cari masalah, approve jela request dia tu. Aku pun approve la dia tanpa banyak soal. Lagipun aku fikir, ala, kawan office suami je kan. Mungkin dia suka la kot tengok anak aku memandangkan dia pun belum kahwin lagi walaupun lagi tua dari kami.

Sejak aku approve tu makin gaIak pulak dia komen dan like gambar – gambar anak aku. Dia selalu mention suami aku je dalam komen dia.

Aku pun malas nak layan sangat, tapi agak biadap la kalau difikir – fikirkan balik apa yang dia buat tu kan. Gambar tu aku punya, dia pergi tag suami aku sambil puji – puji anak aku handsome macam suami aku. Macam cuba buat aku tak wujud pulak dalam situasi tu.

Aku dah mula rasa panas, tapi malas la nak 0verreacting kan. Setakat komen je pun. Masih cuba sejukkan hati sendiri.

Suami aku ni rupa tu adalah. Boleh kata sepadan la dengan aku. Dan dia memang easy-going la. Senang la orang nak baik dengan dia. Tapi dia yang aku kenal, bukanlah womanizer.

Satu malam, masa tu suami dan anak aku dah lena tidur, aku tak boleh tidur sebab tak sedap hati. Macam ada yang tak kena.

Aku keluar duduk dekat ruang tamu sambil minum segelas air. Aku tergerak untuk buka handphone suami dan baca whatsapp dan messenger dari si Zizi kepada suami aku.

Aku dan suami memang tahu password handphone masing – masing. Takut ada kec3masan jadi senang nak cari apa – apa contact yang perlu. Suami aku pulak memang rajin check handphone aku, sebab dia takut aku ada diganggu lelaki lain.

Ada tu ada je sebenarnya, tapi aku tak layan sebab aku tahu status aku sebagai isteri orang dan aku sayangkan suami dan anak aku. Aku pulak memang tak rajin nak check handphone dia. Tapi malam tu entah kenapa aku terasa nak check.

Aku buka whatsapp dari Zizi. Aku skrol dari message pertama yang dihantar kepada suami aku.

Ye, yang awal – awal tu memang berkisar tentang hal kerja. Kebanyakannya luahan perasaan tak puas hati si Zizi ni dengan boss dia lah, tak puas hati dengan si fulan tu lah dan macam – macam lagi lah gossip pejabat.

Ok betul, aku akui gossip pejabat tu memang tak boleh elak. Aku tau sebab aku pun bekerja pejabat jugak. Tapi, persoalannya, perlu ke nak bergosip sampai lepas waktu pejabat? Dan dengan suami orang pulak tu.

Aku sendiri kalau nak meluah tak puas hati dekat kawan pejabat aku walau dengan kawan perempuan pun aku akan buat masa waktu pejabat je.

Sebab aku hormat privasi kawan aku lepas habis waktu kerja. Entah diorang nak makan dengan keluarga ke, nak uruskan anak – anak ke mana kita tahu kan?

Aku skr0l lagi. Aku perhatikan masa mesej – mesejnya dihantar. Ada yang selewat pukuI 11 malam! Patutlah suami aku asyik sibuk pegang handphone malam – malam.

Kadang – kadang anak aku panggil buat tak layan je sebab mata melekat dekat phone. Aku perhatikan jugak masa suami aku reply mesej – mesej Zizi. Boleh kata reply suami aku pun cukup pantas. Lebih pantas dari kelajuan dia menoleh bila aku panggil dekat rumah.

Tangan aku makin laju skr0l. Aku jumpa mesej Zizi ni panggil suami aku dengan gelaran manja yang begitu comel bunyinya. Eiiii yerk apa yang aku baca ni?

Aku sendiri tak pernah bagi gelaran manja macam tu dekat suami aku tau. Rasa macam nak pijak – pijak handphone suami aku masa baca mesej tu. Tapi nanti kalau rosak tak dapat pulak baca mesej lain. Jadi kita bertenang aje dulu dan teruskan skr0l.

Skr0l lagi dan lagi. Banyak sangat mesej Zizi ni bercerita hal remeh – temeh. Cerita pasal kucing dia s4kitlah. Cerita dia sedih sebab kerja banyak tak boleh balik kampung lah. Cerita dia g4duh dengan boyfriend dialah.

Cerita anak saud4ra dia baru lahir cutelah. Balik kerja lewat malam pun bagitau suami aku. Siap selfie dalam office lepas tu send kat suami aku. Dan yang buat aku geram adalah suami aku melayan.

Memang pernah suami aku cerita apa yang Zizi ni luah kat dia semua. Tapi aku fikir setakat cerita dekat pejabat jelah. Rupanya meIeret – Ieret sampai ke rumah. Dan sampai lewat malam! Apa yang Zizi ni fikir masa mesej suami orang malam – malam?

Aku berhenti skr0l pada satu mesej. Zizi bagitau suami aku dia baru touch down Sydney, Australia. Pergi bercuti dengan kawan – kawan perempuan dia yang single.

Yang aku tak boleh tahan tu, perlu ke kau buat laporan aktiviti percutian kau dekat suami aku? Siapa suami aku ni pada kau? Perlu ke suami aku kisah kau dah touch down ke, touch up ke, kat mana – mana pun? Dan aku tiba pada mesej seterusnya yang bikin aku lagi panas.

Dia cakap dia baru sampai hotel. Kat sana dah malam, dia tanya suami aku Malaysia pukuI berapa. Suami aku cakaplah waktu sekian – sekian. Dia cakap oklah dia nak tidur. Mehla datang Sydney jumpa dia. Kat Sydney dah malam, sambil buat em0ji cute dan senyum.

Korang rasa patut ke aku senyum sama macam em0ji tu dan bersangka baik lagi masa ni? Eh – eh Zizi, engkau ni tengah membayangkan suami aku datang tidur sebeIah kau ke kat sana?

Sunyi sangat ke kau sampai mesej suami aku ajak datang jumpa kau? Dekat hotel, tengah malam, sebelum tidur? Kau cuba g0da suami aku ke ni? MenggigiI dah tangan aku pegang handphone suami aku masa ni.

Ini tak lain tak bukan memang sebuah cubaan nak menyondoI suami orang. Patutlah dia siap add aku, nak kaji lebih detail la kot pasal anak aku.

Galak sangat puji – puji anak dengan suami aku handsome. Nanti boleh la dia bagi alasan macam si Lily yang cakap dia sayangkan lelaki tu dan anak – anaknya.

Konon dah kenal anak akulah tu. Suami aku memanglah reply lebih kurang ala kadar je masa ni. Tapi kalau dibiarkan lama lagi tak mustah1l cair jugak kan? Lumrah lelaki kan memang macam tu. Cepat lemah dengan rayuan perempuan.

Aku save segala bukti perbualan Zizi dan suami aku. Keesokan harinya, aku tanya suami aku pasal mesej dia dengan Zizi. Dia mengaku semua itu salah dia sebab melayan, tapi tak lebih dari layanan mesej dan whatsapp.

‘Aku bagi analogi kalau aku pulak ditempat dia, dia boleh terima ke kalau aku melayan mesej lelaki lain sampai lewat malam? Boleh ke dia terima kalau ada lelaki lain pelawa aku datang bercuti sama dengan dia?

Dia cakap dia tak boleh terima. Jadi aku cakap itulah yang aku rasa. Suami aku mintak maaf dan berjanji takkan mengulangi kesilapan dia.

Aku minta dia berhenti melayan mesej Zizi serta merta. Jangan layan atas apa alasan sekalipun. Aku pun terus bIock Zizi dari semua socmed aku.

Aku cakap pada dia, akan datang aku takkan mampu nak perhatikan atau nak check handphone dia sepanjang masa untuk pastikan dia tak berlaku curang pada aku. Tapi aku ada Allah yang maha melihat lagi maha mengetahui setiap apa yang h4mbanya kerjakan.

Kalau dia ulang lagi kesilapan ini, aku takkan berjuang berm4ti – m4tian untuk pertahankan dia sebagai suami aku. Pada aku, curang itu adalah pilihan.

Aku ingatkan suami aku jika dia memilih untuk mencari yang lain, aku akan biarkan dia hidup dengan pilihan barunya. Sebab memang selayaknya penyondoI berjod0h dengan pencurang. Aku tak mahu terlibat sama.

Aku akan tuntut perceraian, hak penjagaan anak sepenuhnya dan semua harta sepencarian serta nafkah.

Dan aku akan ceritakan pada keluarganya apa yang terjadi beserta dengan bukti.

Aku juga akan ceritakan pada anak – anak apa yang ayah mereka dah buat sehingga ibu bapa mereka terpisah. Jangan rebut anak – anak aku dari aku, silalah buat anak baru dengan isteri baru kau pilih.

Begitulah lebih kurang gambaran senario yang aku berikan kepada suami masa confrontation aku dengan dia tentang hal ini.

Sejak dari peristiwa itu, aku memang tak pernah check lagi handphone suami aku. Sebab aku percayakan naluri aku sebagai isteri dan aku percaya suami aku takkan buat lagi.

Aku selalu berdoa agar Allah panjangkan usia dan jod0h kami sekeluarga sampai ke syurga dan dipelihara dari sebarang bentuk gangguan serta diberi petunjuk dan hidayah selalu.

Buat Lily, Zizi dan yang sejenis dengannya, sekarang dah tahu kan yang rumah tangga tu dibina bukan cukup selama sebulan perkenalan di restoran fast food, atau cukup dengan lamaran untuk menikah setelah beberapa kali berjumpa.

Rumah tangga itu dibina dengan susah payah bersama – sama.

Di belakang seorang lelaki yang bertanggungjawab yang kau rasa layak dijadikan suami dan mampu berlaku adil itu ada seorang isteri yang berpenat – lelah sama membina keluarga dan dirinya yang kau kenal sekarang.

Jadi janganlah engkau selesa dengan uIitan nafsu yang indahnya sementara.

Sedangkan dah berbeIas tahun kahwin pun aku masih rasa belum kenal lagi suami aku sepenuhnya. Apatah lagi engkau yang cuma sebulan tempoh perkenalan. Tidak ada istilah kongsi bahagia dengan orang luar seperti kau untuk sebuah keluarga yang dah sedia bahagia.

Lelaki yang dah ada segalanya ada yang suka cari cab4ran baru. Kadang – kadang saja je nak tunjuk yang dia masih laku.

Jadi kita sebagai perempuan yang bermaruah, janganlah cepat sangat perasan dan cair dengan ayat – ayat manis lelaki. Ramai lagi yang bujang yang baik – baik kat luar sana.

Tinggalkanlah suami orang tu dengan keluarga dia. Mungkin masa dia ajak kau nikah tu dia cuma letih je, nak escape kejap dari life dia. Itu je. Esok – esok lusa bila dah waras balik kepala dia tu, dia akan cari semula keluarga dia.

Bak kata kau lah Lily, kalau boleh delete semua perasaan tu dah lama kau delete kan.

Malangnya kalau perasaan sebulan pun dah payah nak delete, kau rasa perasaan sayang dan kenangan bertahun – tahun dia dengan keluarga dia tu boleh ke dia deIete macam tu je demi kau yang baru sebulan datang ni?

Percayalah, rasa cinta pada ajnabi itu memang indah sementara masih har4m hubungan kalian. Sebab sya1tan akan sentiasa menghiasi yang har4m itu secara berlebihan supaya manusia terjerumus ke arah kejahatan dan kemaks1atan.

Sebab itulah ikhtilat perlu dijaga, batas – batas perlu dipatuhi antara lelaki dan perempuan ajnabi. Supaya sya1tan tidak dapat memanipulasi nafsu yang sedia ada dalam diri.

Buat para suami yang cuba – cuba nak cari cab4ran dengan pasang lain, fikir dalam – dalam balik sebelum teruskan niat berskandaI dan berpoIigami tu. Kenanglah balik jasa isteri yang dah bersusah payah ada di sisi kau dari masa kau tak ada apa – apa sampai sekarang dah ada semuanya.

Isteri diuji saat suaminya tak punya apa – apa, jadi bila dah ada semuanya kau pulak buktikan kau juga mampu menghadapi ujian rumah tangga. It takes two to tango. Bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi.

Datanglah banyak mana pun Lily dan Zizi mengg0da kau, kalau kau menjaga ikhtilat, akan seIamat rumah tangga kau dunia dan akhir4t insya-Allah.

Buat para isteri yang suaminya cuba disondoI, bersabar dan berkomunikasilah dengan suami. Jangan dipend4m apa yang dirasa. Jangan bertindak melulu yang akhirnya akan menjatuhkan maru4h kita sebagai wanita.

Lebih baik kalau ada pendapatan sendiri, tak perlu banyak, cukuplah untuk berdiri di atas kaki sendiri dan mampu menanggung anak – anak di waktu sukar.

Tambah kemahiran baru dan ilmu sebanyak mungkin. Andai kata suami beralih arah sekurang – kurangnya tidaklah kita terumbang – ambing sendirian tidak terbeIa nasib kita.

Apa pun doalah senj4ta paling kuat. Mohon la agar rumah tangga kita dipayungi rahmat Allah sentiasa. Allah jualah sebaik – baik pemegang hati manusia. Wallahualam.

Alang-alang menulis panjang ni nak pesan buat semua pembaca, pada waktu pandemik COVID-19 dan bilangan kes dekat Malaysia dah meningkat mendad4k ni, jangan lupa pakai mask dan amalkan penjarakan sosiaI di tempat awam dengan jarak sekurang-kurangnya 1 meter.

Untuk Lily dan Zizi, penjarakan sosiaI mestilah lebih 10 meter bila bertemu dengan suami orang. Sekian terima kasih.

#KitaJagaKita #KitaJagaSuamiKita – Julia (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Zurina Abdul Wahab : Di belakang seorang lelaki yang bertanggungjawab yang kau rasa layak dijadikan suami dan mampu berlaku adil itu ada seorang isteri yang berpenat – Ielah sama membina keluarga dan dirinya yang kau kenal sekarang. Ayat ni win sangat. Memang terbaik.

Adif Anuar : Aduuh kenapa la ramai perempuan zaman la ni tak tahu malu, tak pandai nak jaga maruah diri, tak pandai nak jaga ikhtilat? Nampak macam ringan je bermesej – mesej dengan suami orang, tapi hak1katnya perbuatan tu berat di sisi Allah. Boleh jatuh hukum har4m. Sama juga dengan si suami tu. Bermesej – mesej dengan wanita yang bukan mahram yang bukan sebab keperluan kerja dan sebagainya boleh jadi har4m juga. Allahualam..

هدايتي سليم : Prinsip awak sama cam akak dik. Akak walau suami memang tak pernah buat hal, dah bagi hint awal – awal lagi, kalau dalam hati awak memang ada niat nak cari lain, lepaskan saya. Awak bina hidup baru dan keluarga baru dengan orang baru. Saya tetap dengan anak-anak, memang dah habis bincang dah.

Akak bukannya benci poIigami, tapi akak tak boleh untuk berkongsi, sedangkan barang kesayangan akak orang nak pinjam pun akak berat nak bagi, apatah lagi nak kongsi orang yang akak sayang. Sebab sepanjang perkahwinan akak dah cuba beri yang terbaik buat suami, kalau ada kurang harap suami boleh terima. 21 tahun kawin pun kadang – kadang belum tentu terasa dah secure….

Ara Bella Abd Aziz : I love u. Rasa positive je baca. May all zizi, vivi, dan semua wiwi yang terlibat dengan aktiviti menyondoI hak orang dijauhkn dari suami – suami dan semua institusi keluarga. Dan peringatan juga buat semua gegadis yang belum dipuankn. Jangan kacau hak orang. K bye thanks.

Wan Zarina Wan Kamarudin : Ada sejenis perempuan dah tahu suami orang pun still lagi nak berkawan, dah tahu dari mulut lelaki sendiri wife tak akan nak bermadu. Agaknya gembira sangat dapat whatsap dan call suami orang senyap – senyap. Ingat satu je Allah tu sangat Adil. Jangan pernah gembira atas d3rita perempuan lain.

Apa kata anda?