Aku beranikan diri whatsapp owner taska untuk mengadu apa yang jadi. Tapi dia buat tak tahu je, kemudian aku tunjuk segala bukti vide0, barulah dia kata nak tengok CCTV. Tapi esoknya, aku terk3jut bila semua pengasuh dan guru pulaukan aku..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Seperti yang korang baca pada tajuk, ya aku cuma sekadar seorang guru taska selama sehari. Kenapa sehari? Cerita dia macam ni, satu hari tu aku ada pergi interview untuk guru taska (swasta) di satu kawasan yang dekat dengan tempat aku tinggal.
Sampai saja di taska kebetulan hari tu budak – budak dan pengasuh serta guru cuti. Jadi yang ada owner taska dan aku saja. Sepanjang interview berlangsung entah kenapa aku rasa macam ada sesuatu yang tak kena dengan owner ni.
Mungkin memang firasat aku. Tu aku tak pasti. Owner tu ada cakap yang staf dia selalu tak bertahan lama dan selalu bertukar ganti. Aku tanya lah kenapa, dia kata “entah lah, semua attandence pon tak cantik.” Aku dah rasa macam tak kena tapi aku abaikan saja.
Owner tak tanya aku banyak pon, bahkan soal hari dan waktu bekerja semua aku yang kena tanya baru dia jawab. Dia hanya ulang – ulang cakap “saya betul – betul harapkan awak boleh kerja sini. Esok start kerja ya.” Walhal time tu pasal gaji pon dia tak sebut sampai ke sudah.
Esoknya aku masuk kerja pukuI 8 pagi. Mula – mula tu aku duduk – duduk lah dekat ruang tamu sambil tengok – tengokkan budak – budak yang tengah tengok tv time tu. Dan time tu ada la beberapa pelajar yang baru sampai, time ni masa lebih kurang dah pukuI 9 pagi.
Budak tu sampai ja, cikgu atau pengasuh taska tu terus tukarkan baju mereka kepada baju taska. Tukar sahaja, tak bagi mandi pun. Semua budak mereka buat begitu. Cuma tukarkan baju tanpa mandikan. Lepas tu, aku masuk lah dalam bilik.
Taska ni ada 3 bilik. 2 bilik untuk bayi berumur lebih kurang 6 – 9 bulan, ada lah 3 orang bayi. Dan 1 bilik belajar untuk budak berumur 3 – 4tahun. Bagai nak luruh jantung aku bila aku tengok bayi – bayi tu tidur dalam keadaan berb3dung ketat, kemudian ditambah dengan tangan diik4t dengan kain dan muka juga ditutup dengan kain keseluruhannya.
Ya Allah, macam nak menangis aku time tu. Memandangkan aku juga seorang ibu. Luluh hati aku tengok keadaan tu. Jam lebih kurang pukuI 11 pagi, bayi – bayi tu pon dah start berjaga dan mula menangis. Si pengasuh tak habis – habis mengeluh dan asyik mintak bayi sambung tidur saja.
Kata nya “bangun buat apa awal – awal ni. Tidur laaa. Aku baru nak rehat.” Sedangkan time tu guru dan pengasuh tu sibuk dengan handfone masing – masing. Tapi akhirnya pengasuh tu keluarkan bayi – bayi tu dan letak di ruang tamu tanpa sebarang alas ya. Letak atas mozek saja.
Aku tengok lengan bayi – bayi tu semua berbirat merah kesan dari kain yang diik4t tadi. Aku rasa berd0sa sebab seolah bersub4hat dengan perbuatan mereka. Oh ya untuk pengetahuan semua, pengasuh dan guru ada 5 orang termasuk aku dan mereka semua belum berkahwin kecuali aku.
Bayi ada 4 dan kanak – kanak ada 12 orang. Cuma hari tu kanak – kanak yang datang cuma 7 orang dan bayi 3 orang. Budak – budak tu br3akfast makan bijiran tanpa susu. Sedangkan dalam menu aku tengok tulis bijiran dan susu.
Tengah hari menu ayam kicap dan sup sayur tapi yang ada cuma ayam kicap, ubi 3 – 4ketul yang di p0tong kecil – kecil giIa. Budak – budak pon aku tengok macam tak happy duduk situ. Seolah dalam ketakutan. Ada seorang budak perempuan ni meleleh – leleh air mata dia duduk tepi seorang cikgu ni sambil tengok aku.
Mula – mula aku ingat dia takut dekat aku rupanya dia takut dengan cikgu – cikgu situ. Cikgu – cikgu marahkan dia bila dia menangis begitu dan takutkan dia dengan “menangis kenapa. Nanti cikgu letak dekat luar nak?! Bagi anjing makan.” Cakap dengan nada yang kuat.
Lagi lah menangis budak tu. Aku pon panggillah “mai dekat cikgu maih.” Dia terus bangun cepat – cepat dan duduk di sebeIah aku dan terus berhenti menangis. Diikuti oleh 2, 3 budak yang lain. Semua duduk keliling aku.
PukuI 12.30 tengah hari baru diorang mandi. Masa nak tidurkan bayi semula aku dengar lah dalam bilik tu macam bayi tu dit4mpar kuat – kuat sebab disusuli dengan tangisan yang kuat dari bayi. Aku terus masuk bilik tu melulu dan mintak pengasuh tu tengok kan budak dekat luar dan aku yang uruskan bayi – bayi tu.
B3dung dan ik4tan yang kuat serta kain yang tutup muka bayi – bayi tu aku bukak. Aku tepuk perlahan – lahan sambil-sambil usapkan di bahagian mata. Tak sampai 10 minit pon dah tidur bayi – bayi tu. Sorang bayi ni tidur di bilik sebeIah gelap gelita, tubuhnya agak “sihat” masih tak nak tidur dan aku mintak kepada pengasuh tu botol susu dia untuk aku buatkan susu.
Pengasuh tu cakap, “dia dah minum dah tadi.” Aku kata lah, “dia nak susu lagi tu. Baby yang badan sihat – sihat ni memang minum susu berulang.” Pengasuh tu pergi buatkan susu dalam keadaan yang bebai dan marah – marah. Aku tak peduli.
Kenapa nak pekim susu budak tu, bukan kau yang beli susu dia pon. Aku ambil susu tu dan terus bagi dekat baby tu sambil tidurkan dia. Aku tengok laju ja dia s4mbar put1ng susu tu macam tengah lapar sangat. Tak sampai 10 minit pon dah tidur budak tu.
Dan bayi – bayi tu tidur lama ya mungkin selesa muka tak ditutup dan tangan tak diik4t seperti sebelumnya. Esok tu, memandangkan hari cuti aku beranikan diri whatsapp owner taska dan bertanya berkaitan apakah normal bayi ditidurkan dengan keadaan sebegitu.
Ehh, dia pulak tanya kita “tidur dalam keadaan macam mana.” Aku mintak dia tengok dekat cctv. Lepas tu aku terangkan bagaimana bayi tu ditidurkan, geramnya hati aku bila owner tu seen saja whatsapp aku. Aku mintak owner tegur staf dia dan mintak dia selalu pantau cctv.
Dia seen saja juga whatsapp aku seolah langsung tak terk3jut dan tak kisah. Aku geram, aku sent vide0 bayi – bayi yang diik4t dan ditutup muka tu. Baru lah dia respond dan hanya cakap akan tegur staf dia. Aku tau dia hanya takut aku viraIkan vide0 tersebut memandangkan dia tengah tambah cawangan baru untuk taska tadika dia.
Esoknya lagi aku sengaja masuk kerja macam biasa, pukuI 8 pagi. Semua staf pulaukan aku dan buat muka tak puas hati maybe sebab owner dah tegur. Tapi aku terdengar mereka menyebut “kak Didi (owner taska) pon tak kisahh”.
Aku masuk bilik tengok keadaan bayi alhamdulillah tak diik4t dan ditutup muka. Hanya berb3dung. Lepas tu dalam pukuI 8.45 pagi aku keluar taska dan maklumkan secara whatsapp kepada owner yang aku berhenti kerja situ.
Tapi aku yakin lepas aku keluar tu mereka masih lakukan perkara yang sama kepada bayi – bayi tu. Entah lah sampai hari ni aku rasa berd0sa dan bersubahat jika biarkan perkara macam tu. Tapi aku taktau apa yang patut aku buat. Serba tak kena.
Aku tak tenang memikirkan nasib anak – anak dekat taska tu. Aku ada pergi balai tunjuk vide0 tu dan minta pendapat dari pihak p0lis tapi balai yang aku pergi tu tak cover untuk kes jen4yah atau pend3raan. Jadi aku balik macam tu saja.
Pesanan aku, kepada ibu bapa selalu lah pergi jenguk – jengukkan anak secara meng3jut dekat taska. Jangan sudah terhantuk baru terngadah. Kebanyakkan mereka yang belum berkahwin dan belum punya anak, mungkin tak ada lagi sifat keibuan dalam diri.
Sayang mereka pada bayi dan kanak – kanak tak sama macam kita yang dah jadi ibu ni sayangkan budak – budak. Aku hanya mampu doa semoga Allah Iindungi anak – anak dekat taska. Dan aku yakin benda yang tak baik ni lambat laun akan kant0i juga. – Bunga (Bukan nama sebenar)
Komen Netizen :
Mydear Yaya : Ko duk sembunyi di sekitar gate dekat – dekat taska, tunggu ibu bapa anak – anak datang hantar or ambik anak. Then ko tunjuk vide0 yang ko ada. Ibu bapa tu mesti akan bertindak. Jangan kalut jika niat utk selamatkan anak – anak kecil.
Zaireen Zulaika : Hai confessor. Boleh tak tolong be responsible dengan panjangkan bukti dan vide0 serta screensh0t conversations wasap kepada ipk negeri. Tolong sekali laporkan kepada JKM. Jangan terus lepas tangan mcm ni ya confessor and think you’re doing a right thing just by writing this.
Please do something to bring this to higher authority. Kalau tak membantu, viral kan je. Sekarang kalau perasan, bila viraI, baru keje jalan. Saya jarang komen selalu baca je. Tapi kali ni saya tak boleh diam diri sebab you wrote that the children look sc4red. I can’t hold this anymore. Do what is right until the right comes to the light!
Nur Hafizah Abdul Hadi : First time saya comment kat sini sebab saya tak boleh lah kes macam ni. Taska cerita lain, yang hantar pengasuh cerita lain. Kita tak kerja, tak boleh. Memang tawakal hantar anak. Selalu doa supaya kita dan anak ditemukan dengan orang baik – baik, teacher – teacher boleh sayang dan jaga anak macam kita jaga anak.
Owner taska tolonglah jangan nak kejar duit je. Ambil tindakan kalau dah something wrong dengan cara staff menjaga. Anak orang kot kau buat macam tu. Fikir kalau anak kau pula orang buat macam tu? Nak dapat baIasan tu sekejap je. Tapi tolonglah confessor, viralkan aje nama taska tu. Bagi parents aw4re. Bagi pemilik – pemilik taska pun aw4re.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.