Aku nekad bawa janda anak 2 balik rumah, aku kenalkan dgn isteri. Dia nampak boleh terima

Dah bertahun kahwin, rumah takde seri sebab kami masih takde zuriat, aku berkenalan dengan janda anak dua dan aku happy sangat sebab aku sukakan budak2. Aku nekad bawa mereka datang jumpa isteri, dia nampak boleh terima. Tiba2 abang ipar call, bagitahu tentang isteri aku. Dia kemaIangan, kereta remuk tapi..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum aku telah berkahwin dan masih belum dikurniakan zuriat. Aku terlalu ingin dapatkan anak. Bini aku ok je tak ada masalah apa cuma hati aku sering rasa kosong. Balik rumah anak tak ada, hilang seri rumah kami.

Isteri aku memang ok, kerja rumah dia yang uruskan lagi pulak dia bukan buat apa – apa, hanya duduk rumah goyang kaki selain buat kerja rumah sikit – sikit. Rutin harian aku kerja balik rumah jam 6 petang, tengok dia goyang kaki tengok tv je.

Aku ada berkenalan dengan seorang janda anak 2, macam biasa aku sangat sukakan budak – budak. Anak dia aku selalu belikan mainan selalu belikan coklat. Lama – kelamaan aku jadi tertarik dengan seorang janda ni yang muda dari aku setahun.

Sekarang sudah jadi kekasih aku. Berbalik pada wife aku, macam biasalah lepas aku beritahu hasrat untuk kahwin lain dia tak terima langsung. Dia menangis – nangis dan minta aku bersabar, dia akan ikhtiar untuk dapatkan zuriat kami tapi hati aku kosong.

Masalahnya, aku rasakan hati aku ada pada kekasih aku yang baru ni sampaikan siang malam asyik terbayangkan dia sampai terdetik dalam hati nakkan dia datang tinggal rumah aku bawa anak – anak dia. Aku dah sayang sangat dekat anak – anak dia.

Dipendekkan cerita suatu petang aku bawa kekasih aku jumpa bini aku dan aku tunjukkan sekali anak – anak kekasih yang dah panggil aku papa. Anak – anak dia masing – masing umur 3 tahun dan 4 tahun. Sepasang, aku seronok sangat sampai aku tak hirau kan isteri aku yang sebelum tu tengah cuci baju kami.

Isteri aku salam dan di muka dia tak ada riak sedih cuma biasa – biasa. Ya aku tahu dia berlakon dan pura – pura suka. Selepas aku makan aku bawa kekasih aku dan anak – anak dia keluar jalan – jalan. Isteri aku tengok je. Masa ni aku tak nampak pun dia menangis atau pun sedih.

Aku sampai dekat rumah malam tu pukuI 11.30 malam, dia aku macam biasa sembahyang dan bertelekung. Aku tengok dia lama di atas sejadah. Aku kongsikan pada dia yang aku rasa happy sekarang ni. Aku tengok dia macam dah mula sukakan apa yang aku beritahu, mungkin dia dah redha dan dapat terima.

Entah la cuma aku sangsi dengan keiklasan dia. Malam tu kami tidur macam biasa wife aku pun tak banyak cakap. Esoknya petang wife aku minta nak pergi tesco nak beli barang – barang rumah katanya. Aku pun bagi keizinan tapi aku tak nak ikut sebab nak rest petang ni aku nak jumpa kekasih hati.

Isteri aku charge HP, dia bagitau siap – siap. Aku bosan – bosan, tak tahu nak buat apa aku check fon isteri aku. Korang tahu tak apa yang isteri aku tulis di notes dia? Rupanya aku baru tahu dia ada s4kit weh. Dia pun baru tahu saja, tu pun lepas dia pergi check doc sebab dia selalu s4kit.

Aku baca tapi tak berapa susah hati lagi. Entah la mungkin sebab aku biasa – biasa saja perasaan pada dia masa tu tapi setelah aku baca dan baca lagi, aku teringat waktu kami mula kenal dulu. Tentang kenangan kami masa  aku kerja ambil upah buat bendang, masa bini aku hari – hari bawak bekal bangun jam 5 pagi nak siapkan bekal aku.

Masa tu kami belum berkahwin dan aku tak kerja macam sekarang ni. Isteri aku tulis dalam notes tu kenangan time sama – sama redah motor waktu hujan. Waktu tu kami balik kampung ke Kedah, dari KL ke Kedah (dah jadi isteri).

Kenangan kami waktu aku terlantar di hospitaI kena d3nggi. Kenangan waktu kami sama – sama berjanji di pantai merdeka dulu kalau aku m4ti dulu dia tak akan kawin lain. Tiba – tiba hati aku bagai dijentik sesuatu aku rasa kenangan aku bersama isteri terimbas bermain – main dalam kepala 0tak aku ni.

Aku fikir balik, kenapa aku sanggup berubah sampai macam ni sekali? Mungkinkah sebab aku senang sekarang ni aku dah lupa orang yang paling banyak berjasa dengan aku? Berjasa dengan family aku? Kami tinggal di negeri yang sama, isteri aku dari dulu sangat sayangkan mak aku.

Setiap kali bulan puasa dia lah yang akan hantar bekal bagi juadah berbuka, dia jaga mak dan ayah aku macam mak dan ayah dia sendiri dari belum kahwin sampai dah kahwin ni. Aku jadi terfikir – fikir sendiri sekarang ni di mana c4cat celanya isteri aku?

Takkan lah time tak dapat zuriat lagi aku nak buang isteri aku jauh – jauh. Tiba – tiba air mata jantan aku merembes keluar bagai tak mampu aku menanggung sehingga teresak – esak. Aku tunggu wife aku aku nak minta maaf, pasal kekasih aku pulak lepas aku baca notes isteri aku, aku tak mesej dia langsung.

Aku nak jelaskan pada dia yang aku tak sanggup dah nak Iukakan hati isteri aku yang dah berbeIas tahun aku kenal. Kekasih aku merajuk dan m4ki aku, cakapnya aku main – mainkan perasaan dia dan gelarkan isteri aku ‘betina’ tu yang menghsut.

Aku terus off fon lepas tu. Aku tunggu isteri aku, dah setengah jam dia keluar tapi takda call – call. Oh baru aku ingat yang wife aku tinggal fon. Admin dan semua nak tahu tak rupanya isteri aku terlibat kemaIangan. Aku dimaklumkan abang ipar aku dia yang tahu dulu berita ni, hati aku tak sedap.

Aku naik motor ex5 aku (motor kenangan aku dan wife) admin. Isteri aku dah tak ada, kereta dia remuk teruk. Aku menangis giIa – giIa time tu. Aku lemah lutut, pertama kali aku rebah dan pengsan di tempat kejadian.

Bagaimana kondisi wife aku waktu tu tak perlu lah aku beritahu yang pastinya isteri aku telah kaku. Sekujur tubuh kaku tak bermaya telah pergi meninggaIkan aku di dunia ni. Allah bayar cash pada aku. Aku yang minta isteri aku pergi dari hidup aku supaya senang aku nak bernikah dengan kekasih aku.

Aku yang tak pernah beramah mesra lagi dengan isteri aku, tak pernah ambil tahu masalah dia sedangkan hatinya lagi terIuka. Sampai dalam notes dia ada dia tulis kalau dia terp4ksa k0rbankan nyawa dia demi untuk anak, dia rela.

Admin banyaknya salah aku pada dia, senang – senang je aku buang dia. Sekarang dia telah pergi tinggalkan aku, apa aku ada lagi di dunia? Hidup aku kosong. Orang yang selama ini yang setia bersama aku telah pergi selamanya.

Aku mengambil masa untuk meluah di sini, aku ambil masa untuk menaip. Sudah dua tiga kali aku ingin post kan kisah ni tapi setiap kali itu jugalah hati aku dilanda hiba sampaikan teresak – esak sendri. Admin.. sekarang sudah beberapa bulan isteri aku di alam sana dan aku?

Aku  masih kosong, aku sudah tidak bminat dengan mana – mana prenpuan lagi. Jiwa aku sungguh kosong. Setiap kali aku menangis, mak aku lah yang ingatkan supaya aku bacakan alquran. Emak dan ayah aku juga terkesan, seluruh keluarga dan aku tak pernah ceritakan lagi tentang hal aku yang bermain cinta dengan orang lain.

Admin sekarang aku sudah berhenti kerja, aku tinggal di kampung. Bila aku lalu di bendang, aku teringat kenangan aku dengan arw4h isteri. Bila aku naik motor ex5 aku bagai terasa arw4h ada di belakang sambil peIuk dan letakkan dagunya atas bahu aku sambil tersenyum dan kadang – kadang bercerita. Sump4h aku rindu!

Aku rindu dia, hilangnya tiada ganti. Maaf admin aku tak pandai mengarang aku cuma luahkan isi hati. Sesunguhnya sampai sekarang aku masih terbayang – bayang saat isteri aku pergi meninggaIkan aku dan kenangan kami berdua. Sungguh aku menangis teresak – esak saat menulis semua ini.

Komen Warganet :

Raflesia Selatan : Jadikan pengajaran dan lepas ni andai bertemu j0doh lain. Belajarlah hargai pasangan. Ada anak atau tak, sebenarnya tak menjanjikan kebahagiaan dalam rumahtangga. Tapi kasih sayang di antara suami isteri tu yang penting. Moga arw4h di tempatkan di kalangan orang – orang yang beriman.

Sinaran Mentari : Al Fatihah dibacakan untuk arw4h isteri Anda. Satu tamp4ran hebat yang anda alami setelah membaca note arw4h isteri anda. Anda terkilan dan anda akan terus terkilan sebab arw4h sudah pergi selamanya. Buatlah wakaf dan apa jua kebaikkan serta niatkan pahalanya untuk arw4h isteri Anda. Semoga Allah menenangkan jiwa dan hati anda.

Noorellma Mohd Zawawi : Biasa dengarkan. Isteri diuji time susah, bila senang suami pulak diuji. Kalau dah rasa kosong sangat. Kenapa tak ambik anak angkat saja? Sanggup Iukai isteri yang selama ni susah senang bersama. Bila dah senang cari orang lain? Rezeki anak tak datang, sebab belom masanya lagi. Allah akan bagi bila tiba waktunya. Masa ada, buat tak tau, bila dah takde baru kita sedar baiknya.

ZetyFendi BundleShop : Sebenarnya perkahwinan bukan soal zuriat. Takde zuriat takde hati. Orang yang ada zuriat pun curang. Sebab apa? Sebab diri sendiri tak pernah syukur dengan apa yang Allah bagi. Bila hati isteri terIuka baru nak datang 1001 penyesalan. Terlambat bro. Sekali kau Iukakan hati isteri kau, sampai m4ti dia simpan. Dia tak mungkin baIas, tapi dia tunggu keadilan depan Allah nanti.

Ree Yusri : Ok. Aku nampak sebenarnya jauh di sudut hati kau sangat sayang isteri kau. Cuma kau ingin zuriat. Memang itulah salah satu tujuan berkahwin. Dan aku rasa isteri kau pun faham kehendak kau, cuma dia tak beritahu sebab dia munkin tahu hayatnya takkan lama. Teruskan untuk cari isteri yang kedua serta berusaha untuk dapatkan zuriat. Jangan putvs berdoa.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?