Aku pelik, adik langsung tak bantu jaga mak Iumpuh. Akhirnya mak bongkar rahsia, 28 tahun lalu bapa tiri telah musn4hkan hidup adik

Kami adik beradik tak percaya sebab bapa tiri yang uruskan emak dari mandi, pakaikan lampin, masak, kemas rumah, cuci n4jis emak. Takde lelaki yang baik macam bapa tiri, sehinggalah mak bongkar rahsia bapa tiri dengan adik perempuan aku…

#Foto sekadar hiasan. Saya tidak tahu nak mula dari mana tapi saya ceritakan latar belakang keluarga saya terlebih dahulu. Saya merupakan anak sulung dari 6 orang adik beradik, 3 orang seibu sebapa (saya sulung, ke-2 lelaki dan ke-3 perempuan) dan 3 orang seibu berlainan bapa (3 orang perempuan).

Emak saya berkahwin lagi semasa umur saya 14 tahun setelah kem4tian bapa saya. Emak balu anak 3 berkahwin dengan lelaki bujang muda 4 tahun dari emak. Emak berkahwin lain kerana perIukan suami untuk menampung hidup susah ketika itu tambahan pula adik – adik saya masih kecil.

Tahun berganti tahun sehinggalah semua adik beradik saya seibu sebapa dan adik – adik berlainan bapa masing – masing telah berkahwin. Emak saya pula Iumpuh 7 tahun yang lalu dan dijaga oleh bapa tiri saya di kampung.

Oleh kerana semua kami adik beradik tinggal jauh dari emak dan bapa maka kami mengharapkan adik perempuan saya yang ke-3 untuk menjenguk dan menjaga emak di kampung kerana rumahnya berhampiran dengan rumah emak.

Tetapi adik saya jarang menjenguk emak dan tidak begitu mengambil berat tentang emak yang Iumpuh. Kami adik beradik yang lain kerap balik melawat emak dan bapa secara bergilir. Ada juga cadangan untuk membawa emak dan bapa tinggal bersama kami di bandar untuk dijaga secara bergilir tetapi emak tidak mahu tinggal bersama kami.

Mungkin emak lebih selesa di rumah sendiri, bapa pula sejak emak s4kit, bapa tidak lagi bekerja kerana menjaga emak yang s4kit sepenuh masa. Maka kami adik beradik sepakat menanggung perbelanjaan harian dan perubatan emak setiap bulan.

Berbalik kepada cerita adik perempuan tadi, beberapa bulan yang lalu adik dan keluarganya telah berpindah ke lokasi yang lebih jauh kira – kira 8km dari rumah emak dan bapa. Oleh kerana masalah kesihatan emak yang tidak menentu dan kami meminta tolong adik perempuan tersebut untuk melihat keadaan emak sekali sekali tetapi dia tak memperdulikan permintaan kami.

Dia tidak pergi melawat dan kadang – kadang dia tidak melayan panggiIan dan mesej dari kami. Emak pula sejak s4kit dan Iumpuh separuh badan mula bercerita kepada anak – anak perempuannya tentang bapa yang berubah sikap terhadapnya.

Emak juga menuduh bapa berkahwin lain senyap – senyap. Kami adik beradik tidak percaya kerana bapa yang menguruskan emak dari mandi, pakaikan lampin, masak, kemas rumah, cuci n4jis emak dan segala urusan merawat emak, bapa lakukan seorang diri.

Kami semua tidak percaya cakap emak, bagi kami, bapa seorang yang baik, tidak ada suami yang baik seperti bapa menjaga isteri yang Iumpuh selama bertahun – tahun seorang diri. Sehinggalah suatu hari adik bongsu mengambil emak dan bapa untuk tinggal sementara di rumahnya kerana banjir di kampung.

Suatu hari saya pergi ke rumah adik saya untuk melawat emak, pada waktu itu bapa, adik dan suaminya keluar membeli barang. Emak saya mula menceritakan kepada saya kejadian yang berlaku 28 tahun yang lalu yang mana adik perempuan saya yang tinggal di kampung telah dir0goI oleh bapa tiri saya.

Allahuakbar terasa sesak d4da saya mendengar cerita tersebut, hanya Allah sahaja yang tahu. Saya bertanya kepada emak jika betul perkara tersebut berlaku mengapa emak sanggup membiarkan sahaja perbuatan k3ji suami emak terhadap anak emak sendiri.

Saya mula meninggi suara terhadap emak sebab selama ini saya anggap bapa tiri saya sangat baik rupa – rupanya dia sanggup musn4hkan hidup adik saya. Emak saya berkata, ketika itu dia memikirkan adik – adik saya yang masih kecil dan saya yang sedang belajar di university, jika emak melaporkan kepada polis apa nasib kami adik beradik jika bapa di penjara.

Semua yang berlaku seperti drama tetapi realitinya memang ada isteri yang melindungi suami jahat demi kelangsungan hidup seperti emak saya. Baru lah saya sedar selama ini mengapa sikap adik saya seperti tidak peduli kepada emak dan bapa rupanya adik saya menanggung d3rita demi kami adik beradik yang lain. Dia sanggup berk0rban demi kami semua.

Emak juga mengaku bahawa emak yang meminta adik dan suaminya berpindah jauh supaya adik saya tenang bersama keluarganya jauh dari bapa tiri kami. Emak meminta saya merahsiakan cerita ini dari 3 adik – adik saya lain (anak emak dengan bapa tiri saya)

Saya serba salah sama ada perlu memberitahu kejadian tersebut atau tidak. Jika saya beritahu bimbang hubungan kami adik beradik menjadi tidak baik selepas ini, jika tidak diberitahu adik – adik akan terus bersangka buruk terhadap kakak mereka (m4ngsa adik saya no.3).

Saya juga tidak memberitahu kejadian tersebut kepada suami saya kerana bimbang suami saya hilang rasa hormat terhadap bapa tiri saya. Apakah yang patut saya lakukan? – Pn Chempaka (Bukan nama sebenar)

Komen w4rganet :

Munirah Mokhtar : Jumpa adik. Bagitau yang mak awak dah cerita semua perkara. Tanya adik dia nak apa. Is there anything that she want to do? If she wants justice, supports her. If she wants to keep silent, also support her. Be there for her. At least emotionally. Apa – apa tindakan perlu persetujuan m4ngsa. Bukan hak orang lain untuk decide bagi pihak m4ngsa.

Shima Ali : Memang layak lah bapak tiri tu hilang rasa hormat dari kamu sekeluarga. Memang tak layak langsung dihorm4ti. Mer0goI anak tiri bukan perkara kecil. Kesian si adik selama ni menanggung d3rita kerana sanggup berk0rban simpan rahsia demi adik beradik lain.

Menanggung d3rita seorang diri adalah sesuatu yang sengs4ra tau. Tambahan lagi, ibu sendiri yang suruh merahsiakan. Saya yang tak ada kaitan pun rasa sebak mengenangkan nasib maIang adik tu. Semoga Allah pelihara adik kamu, dan diberikan kebahagiaan hingga ke akhir hayat.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.