Aku pelik, balik je dari rumah ibu aku, suami tiba2 cakap ‘lebih baik bercerai’

Suami aku sangat baik, rajin dan penyayang walaupun dia datang dari keluarga yang agak susah. Baru – baru ini, adik aku mendapat tawaran oversea. Ibu bangga sangat sampai ungkit semuanya. Saat itu aku perasaan muka suami nampak lain. Balik je dari rumah ibu, suami kata nak cerai..

#Foto sekadar hiasan. Salam. Terima kasih admin sekiranya confession ini disiarkan. Nama aku Mawar, sudah berkahwin dan inshaAllah bakal menimang cahaya mata pertama tak lama lagi, setelah bertahun – tahun hadapi cab4ran dan keguguran (doakan kami ya).

Aku mempunyai seorang suami, Ali yang sangat penyayang, yang mana semua pekerjaan rumah dia yang uruskan, keinginan aku dia sentiasa cukupkan. Alhamdulillah kehidupan kami serba bahagia. Masalah yang ingin aku luahkan ini, sebenarnya sudah lama membusuk, cuma aku baru terbuka mata dan sedar recently selepas Ali meluahkan pada aku setelah kesabarannya meledak.

Rupa – rupanya selama ini, dia makan hati dengan layanan ibu aku terhadapnya sebagai ”orang rendahan”. Berbanding ayah aku, sangat humble dan low profile dalam melayani sesiapa sahaja. Aku tidak menyangka dalam bertahun – tahun ini Ali memendam rasa kerana di hadapan aku dia cukup bersahaja.

Serba sedikit tentang ibu aku. Ibu aku seorang yang berpendidikan tinggi, mempunyai adik beradik yang tidak kurang hebatnya. Ibu dan makcik pakcik kami mungkin gaya mewah, tapi kami adik beradik sebaliknya, pakai pun ala kadar ikut style ayah.

Kami bukanlah golongan kayangan, cuma gaya ibu sahaja ala – ala berada. Ibu suka bercerita megah tentang hal dia, berulang – ulang hingga aku dan adik beradik lali. Kami anggap itu perkara biasa. Kami sendiri kadang – kadang sengaja tak mendengar serius sangat tentang apa sahaja yang ibu luahkan. Ibu kan. Dengar gitu sahajaIah.

Kami anak – anak juga jarang share cerita pada ibu. Sebab nanti ibu takkan dengar pun. Ibu p0tong cerita dengan mengulas tentang kisah dia pula. Let say Kita excited nak citer skor subjek yadaa yadaa, belum sempat habis citer, dia akan p0tong dengan citer dulu dia pun skor as pelajar terbaik. Haha.

Selain itu, Ibu mahu semua perkara dalam aturannya. Contohnya.. Bidang yang dia mahu aku lalui adalah medik. Tapi aku pilih engineering, end up ibu frust dengan kedegiIan aku. J0doh aku juga mulanya dia ingin atur, namun kuasa Allah j0doh aku dengan Ali kuat, walau awal nya ibu bantah atas alasan pekerjaan Ali biasa – biasa berbanding aku.

(Aku tunggu nasib adik aku pula, baru putvs dengan kekasih kerana ibu tak setuju. Sekarang ibu tengah kenen kan dengan calon pilihan, lihat kesudahan macam mana). Berbalik pada cerita Ali dan ibu. Dalam beberapa tahun ini, ibu sebenarnya rajin confront Ali tanpa pengetahuan aku.

Mahukan dia bagi aku itu ini, barang kemas la, rumah la, set pakaian lah. Pekerjaan rumah juga rupanya dia yang arahkan Ali untuk buat di awal perkahwinan. No problem buat Ali kerana Ali memang rajin. Masalah cuma pada kewangan sedikit.

Pendapatan Ali dan Aku jauh beza, kadang – kadang nafkah duit bulanan dia tersangkut untuk beri. Itu bukan isu bagi aku, kerana Ali sudah sediakan kediaman dan makan minum yang cukup. Bila ada rezeki lebih, baru dia hulur duit.

Kadang – kadang aku sendiri yang offer cukupkan keperluan kami kalau perasan kesusahan dia bulan tersebut, walaupun dia mula – mula akan menolak. Seperti yang aku mention awal – awal, ibu suka bercerita tentang dirinya dan saud4ra – saud4ranya.

Ali pun jenis peramah suka bercerita. Pabila awal perkahwinan ibu bertanyakan background Ali (tanpa aku waktu itu), sejujurnya Ali share secara bersahaja. Ibu Ali lulusan tingkatan 3, saud4ra mara Ali juga lebih kurang pendidikan yang sama, lantaran hidup yang susah dahulu.

Belum habis Ali bercerita, ibu pangkas. Membuka cerita tentang penting nya pendidikan, bagaimana dia mencapai tahap sekarang begitu juga saud4ra – saud4ra beradiknya yang lain walaupun ‘susah’. Bahkan mempersoalkan kenapa Famili Ali tidak sambung belajar. Aduh..

Itu merupakan detik awal Ali mula menjauh hati dan kurang bercerita lagi. Malah m4kin memb4rah, Ali dalam diam sem4kin irritated dengan per4ngai ibu yang suka bermegah dan merendahkan orang lain. Hal ini berlarutan lamanya.

Ada sahaja hal yang ibu ceritakan yang terselit nada perkecilkan orang lain. Bagi aku dan famili aku, kami sekadar dengar lalu gitu je. Tapi bagi Ali, as one of object yang diperkecilkan semestinya dia sedikit terasa. Baru – baru ini, adik aku mendapat tawaran oversea.

M4kin menggunung kebanggaan ibu aku, ulang cerita tentang kepayahannya membesarkan adik hingga berjaya ke German, di compare kan dengan adik beradik Ali. Part ini aku perasan muka Ali berubah. Tapi aku tak terfikir jauh sewaktu itu.

Kini setelah bertahun, aku hamil 8 bulan. Kali ini baru aku sedikit perasan dan sedar per4ngai ibu yang sedikit sebanyak menggur1s hati orang. Ibu berulang kali mem4ksa Ali daftar aku bersalin di hospitaI swasta, sepertimana dia dahulu bersalin kan anak – anak semua di hospitaI swasta.

Duit tak cukup macam mana pun, kena usahakan juga. Dia juga telah memilih nama untuk anak kami dan mahukan anak ini bersekolah di sekolah berprestij. Ibu juga mahu bayi ini tinggal bersamanya. Aku yang dah lali, semestinya masuk telinga kanan keluar kiri.

Of course ler dono je dengan aturan ibu, cuma sedikit terasa kenapa ibu nak atur kehidupan anak kecik ni pula. Ingat aku akan follow? Heh.. Tapi berbeza dengan Ali, dia senyap tidak bersuara. Sesampainya rumah kami (jarak rumah selang 3 daerah), tercetus lah luahan yang di simpan bertahun – tahun.

Kesabarannya sudah tipis apabila urusan bersalin dan anak yang bakal lahir ini pun mahu di atur oleh ibu. Ali siap memikirkan better berpisah sekiranya berterusan diperkecilkan dan kehidupan umpama boneka. Aku termangu.

Bagaimana nak pulihkan hubungan mereka? Ibu yang semestinya berper4ngai begitu, susah nak berubah. Aku sayangkan keluarga ini. Aku minta Ali buat dono je, tapi of course sebab aku bukan di tempat dia, aku tak merasa pedihnya perasaan dia. Huhu.

Puas aku fikirkan, apa patut aku buat. Biasa kita dengar masalah menantu perempuan vs mertua. Tapi hal aku ini, menantu lelaki vs mertua. Sudah berminggu aku dan Ali dingin gara – gara Ali masih lagi terbawa pedih hatinya terhadap ibu aku.

Aku nak beranak dah ni oii.. Macam mana nak jernihkan masalah ni sebelum bayi kami lihat dunia? Huhu.. – Mawar (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Syafiqah Hana : Confessor punn… Senang je suruh laki buat donno. Dia bertahun – tahun pendam kena h1na kott. Kalau diterbalikkan situasi tt yang kena dengan mak mertua camna?! Laki dah baik, pert4hankanlah dari mak kau yang t0ksik tu.

Semua nak kena ikut, beranak kat mana anak nama apa. Suka hati dia je orang tua tu. Ali tu kira sabau sangat dah kalau laki lain aku rasa kejap je kau dah jadi janda. Warning la mak tu sikit. Kau pon tahu mak kau camana. Tunjuk kat laki kau defend dia instead of mak. Ni suruh orang cool buat donnno.

Ahmad Saifuddin Amran : Pisahkan keluarga puan daripada mak puan. Pulang hanya apabila sudah berjaya pada mata mak puan. Bila dah kaya – raya, ada kereta besar, rumah besar baru balik. Biarlah ambil masa 10 – 20 tahun sekalipun. Kalau itu nilai kejayaan pada mata mak puan, so be it. Give her the taste of her own medicine.

Sherri Hazmi : Ikut cakap laki la. Yang nak hidup dengan laki kau sampai akhir hayat, engkau. Bukan mak kau. Lain la jodoh tak panjang. Itu chapter lain. Mak – mak ni boleh bagi nasihat, tapi bukan masuk campur urusan keluarga anak – anak.

Annie Mohd : Tell your mom hal berkenaan rumahtangga you, you and husband will decide. Sama macam dia dan your dad melayari rumahtangga mereka. Masing – masing ada bahagian masing, disaster jadinya bila ada yang over masuk campur. Sampai nk bercerai berai.

You kena dengar cakap suami sekarang. Kalau ur mom degil, pi mengadu kat ayah you. Let him deal with your mom. Kalau your mom masih mengarah – arah you kena tell her clearly apa yang you nak dan taknak. Diam tak membawa jalan penyelesaian.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.