Setiap kali aku mengadu dekat mak, dia suruh aku diam. Semalam aku s4kit perut, aku lari masuk toilet, aku perasan macam ade orang lalu depan toilet. Bila keluar aku nampak dia depan pintu. Aku keluar aku jerit, “kau buat apa haa s3tan!”. Dia pura – pura usap kepala anak dia.
#Foto sekadar hiasan. Hai semua, aku nak kongsikan kisah hidup aku dan aku nak korang bagi pendapat tentang hidup aku. Macam yang sedia maklum tajuk pun korang dah tahu pasal apa. Sesungguhnya bukan setakat ceIaka, lebih teruk daripada tu.
Umur aku baru 25 tahun. Ada sebab kenapa aku bagitahu umur. Nak bagitahu berapa lama aku hidup dalam sengs4ra. Cerita dia bermula masa aku umur 6 tahun kalau tak silap, yang penting masa tu aku kecil lagi, masih tak tahu apa – apa.
Akak aku dah kahwin dengan abang ipar hampir 18 tahun. Apa yang aku ingat, dia ni bagi aku duit. Aku ingat sebab ni permulaan kisah hitam aku. Lepas dia bagi duit, dia pegang aku punya *tutt*. Aku tak faham, sebab masa tu aku kecil lagi.
Lepas je jadi benda tu, aku tak ingat dah. Tapi masa aku darjah 3 atau darjah 4, ada lagi aku kena dengan dia. Aku tidur pakai seluar, lepas tu bangun tak pakai seluar, aku pasti sangat yang aku takde bangun pergi k3ncing ke apa dan sebelum ni tak pernah pun jadi.
Aku bagitahu mak aku, mak aku kata. Diam je laa. Tak ada apa tu. Jadi, aku lupa kan je laa. Oh ye, abang ipar dan kakak aku duduk satu rumah dengan mak ayah aku, abang aku dan aku. Dulu aku tidur luar. Tapi lepas aku cerita pasal benda seluar tu, mak aku tukar suruh tidur bilik.
Kejadian lain, masa ni pulak ketika aku sekolah menengah, Aku tingkatan 4 tak salah aku. Aku mandi, mana lah nak perasan orang. Anak buah aku yang cakap, abang ipar ni int4i aku. Untuk pengetahuan korang, aku siap cakap mengadu dekat mak aku ye.
Mak aku suruh DIAM. Aku beng4ng ye dengan mak aku. Anak perempuan kau, anak d4ra kau orang int4i kau suruh diam? Aku sabar. Aku jadi lebih berhati hati lepas tu. Habis SPM aku sambung belajar, aku rasa tenang sangat dapat duduk jauh, kalau duduk rumah kena dengar abang ipar dan kakak aku g4duh.
Mak sendiri tak percaya anak. Pernah aku tak balik 3 bulan dekat rumah. Padahal tempat belajar tak jauh pun. Aku punya benci nak balik rumah tu sampai tahap aku bagitahu mak aku, aku banyak assignment kena buat tak boleh balik.
Derh4ka jugak lah aku dekat mak aku, tapi aku terp4ksa. Aku selalu cakap dekat mak aku, pindah lah. Tak nak duduk dengan diorang tu. Mak aku senyap. Lepas je habis study selama 3 tahun lebih kena balik rumah jugak. Sump4h weh aku tak nak balik rumah tu.
Aku tak selesa. Tapi tak ade siapa yang faham aku. Aku tr4uma. Aku nampak je abang ipar mesti aku rasa nak marah. Masa kecil aku tak tahu lah dia ada buat apa lagi. Sebab aku ingat yang dua tu je. Dia pernah int4i dari tingkap luar masa aku mandi.
Aku pernah jumpa dia dekat luar, belakang lorong bilik air nak int4i aku. Aku jeIing dia. Aku nak mengadu dengan siapa weh, orang tak layan. Aku nak membuang pun dia int4i, aku tak tahu lah, bila aku cakap dekat mak aku, mak aku kata diam je lah, dah per4ngai dia macam tu.
What the heck. Tahun lepas aku kerja luar dan duduk menyewa rumah. Tu pun aku rasa tenang. Tak payah nak hadap duduk rumah dengan lelaki gataI tu. Dah lah kerja pemalas. Mengharapkan duit isteri je. Lepas tu nafsu tak reti kawal.
G4duh dengan isteri pergi cari perempuan lain, Umur m4kin meningkat tapi per4ngai. Orang macam ni nak berubah? Susah weh. Tapi tu laa, company tu bankrap. Aku pun hilang kerja. Kena lah balik dekat mak ayah. Semalam aku s4kit perut, aku lari masuk toilet, aku perasan macam ade orang lalu depan toilet, aku ingat kan mak ayah aku ke.
Aku dah selesai membuang, aku masuk bilik. Aku nak keluar dari bilik dia ada depan pintu aku. Rumah aku papan. Pintu aku tu atas dia senget. So boleh nampak dalam. Dia int4i lagi weh. Aku keluar aku jerit “kau buat apa haa s3tan”.
Dia pura – pura usap kepala anak dia. Sebab anak dia tidur dekat luar tu. Dia ingat aku b0doh agaknya. Masa aku bukak pintu bilik aku, muka dia terk3jut. Aku geram giIa. Aku pergi cari mak aku, aku cakap aku nak pindah rumah abang aku, aku tak nak duduk sini.
Aku cakap dekat mak aku. Elok ke per4ngai macam tu int4i – int4i orang. Macam biasa mak aku cakap DIAM JE LAH, DAH PER4NGAI DIA MACAM TU. Aku dah s4kit hati sangat sampai aku tinggi suara dekat mak aku. Aku marah mak aku sebab backup ceIaka tu.
Aku nak tanya, kalau kes macam ni boleh report polis ke ye? Sebab bukan sekali dua ye dia buat hal macam ni. Mak aku nak aku kene rog0I dulu ke baru nak menyesal. Aku taip ni dalam keadaan yang sangat tenang, sebab aku dah luah dekat abang aku dan isteri dia.
Dorang cakap kalau nak buat report polis, buat lah. Biar dia tahu langit tu tinggi ke rendah. Hampir 18 tahun aku pend4m. Sampai bila nak macam ni. Duduk rumah sendiri tapi dalam keadaan ketakutan. – S (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Thaifah Manshurah : Inilah antara masalah sosiaI yang kebanyakannya berlaku tetapi tak dapat diselesaikan. Kerana ahli keluarga tidak mahu bertindak mengikut undang – undang sepatutnya. Mereka hanya memikirkan soal malu dan maruah keluarga semata – semata dan membiarkan m4ngsa terus menjadi k0rban dan hidup dalam keadaan tr4uma dan ketakutan.
Ada sesetengah kes dah report polis. Lepas tu keluarga pujuk suruh tarik balik hanya kerana si pem4ngsa mempunyai pertalian d4rah dengan m4ngsa. Kalau awak nak buat report buatla. Kita kena ubah budaya ni. Sebab ianya tentang masa depan dan maru4h awak.
Farah Farah : Report boleh tapi takde tindakan kalau takde bukti dia sentuh. Aku penah buat report orang follow aku. Banyak kali follow sampai aku rasa fedup aku t3ngking dia depan orang ramai dan pergi balai polis. Tahu polis cakap apa?
“Dia ade sentuh awak tak? kalau takde, tak boleh ambil tindakan”. Tapi at least buat je report. Kasi gertak sikit. Ipar tak ipar
Nur Hajarul Musa : Pepper spray tu, kau spray mata dia masa mengint4i. Bawak phone sambil tu. Kau buat konon – konon masuk bilik air, then rakam perbuatan dia. Dapat bukti kau buat report polis. Kalau takde tindakan, kau viralkan je.
Kuasa viral lagi hebat sekarang ni. Lepas tu kau cari keje jauh – jauh sabah sarawak ke, kau pindah sana. Mak kau? Bab mak ni susah nak cakap, mak kau ni heran jugak aku per4ngainya bole diam je. Aisshhhh.
نورول مورشيده روساي : Ada ayah lagi tu, ada abang jugak. but no action. why?????? Allahu kesiannya ko dik. Aku doakan ko selamat dunia dan akhir4t. Please pr0tect yourself. jangan depend pada mak lagi. Dia dah ta bleh buat apa – apa.
Dah dikaburi matanya tu. Keluar dari rumah tu. Cari kerja lain. Biarpon kerja kilang. Selamatkan diri awak. Take action.
AnnDee AnggeRiati : Yea.. kau boleh report polis.. Jangan lupa tulis perkataan ‘untuk tujuan keselamatan’. So bila dia mula buat per4ngai ceIaka ie cabuI, (bukan rog0I ye).. Kau dah boleh buat report dan rujuk balik no report lama ni.
Kukuh sikit kes polis nak sabit kesalahan 354 kanun kesiksaan.. Hati – hati ye dek.. jantan gataI ni kadang – kadang naik air boleh hilang kewarasan.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.