Aku pelik dengan suami, semua benda dia mengadu dekat group whatsapp family mertua. Baru ni dia mengadu mak aku ‘halau’ kami

Sikit – sikit tanya pendapat maknya, sikit – sikit mengadu dekat maknya. Anak kami susah nak tidur malam, dia cerita. Anak suka nak berdukung je tak mau letak, dia cerita. Berat anak setiap kali timbang, dia cerita. Anak inject nangis, dia cerita. Semua benda kena bagitahu ke??

#Foto sekadar hiasan. Salam semuanya. Pertama sekali saya nak ucapkan terima kasih pada admin sebab sudi siarkan saya punya luahan. Luahan atau lebih kepada berkongsi dilema saya dengan semua, dengan harapan saya tahu mungkin ada yang punya rasa yang sama dengan saya.

Atau lebih baik boleh memberi pendapat pada saya. Saya dengan suami berkahwin atas dasar sama suka. Saya kenal suami di majlis perkahwinan kawan saya, kebetulan kawan dia juga. Di situ kami bertukar no telefon dan hanya berjumpa sebulan sekali saja disebabkan suami saya bekerja luar dari negeri asal kami.

Jadi boleh kira dengan jari kami berjumpa, selebihnya hanya di WhatsApp, call dan video call. Saya ok dengan per4ngai suami sebelum kahwin, saya terbuka hati dengan cara dia layan saya. Pada awal perkenalan, saya rasa suami saya ini jenis family centre pada awalnya.

Sebagai info, suami saya anak ke-2 dari 6 adik beradik. Saya tahu dari ceritanya memang keluarga dia rapat antara satu sama lain. Dan yang “pengik4t”nya tentu ibunya. Semuanya berpaksikan mak mertua saya ni. Saya ada ayah mertua tapi… entah saya rasa ayah mertua saya tu hanya title saja, selebihnya mak mertua saya yang handle dan buat keputusan.

Jadi saya beranggapan “oh! Lelaki yang rapat dengan mak ni, mesti akan layan isteri baik.” Setidaknya itu lah acap kali saya dengar atau baca sebelum ni. Jangan salah faham, suami saya baik orang nya, TERLALU baik sampaikan saya rasa kadang – kadang suami saya ni innocent sangat.

Sebelum kahwin per4ngai macam tu, saya masih okay, tapi kalau lepas kahwin terbawa – bawa per4ngai “innocent”-nya tu, lama – kelaman saya jadi s4kit hati. Berbalik pada suami saya yang jenis rapat dengan keluarganya ni, saya tak kata salah dan saya rasa bagus sangat keluarga yang rapat ni sebab saya dan keluarga biasa – biasa saja, dengan adik beradik tak ada lah rapat sangat sampai nak berkongsi semua hal.

Berbeza dengan suami saya. Dia ada group keluarga sendiri, literally “keluarga” saja. Orang luar (menantu) tiada dalam group itu. Saya okay je. Saya lagi suka sebenarnya sebab saya memang jenis silent reader saja kalau dalam group – group whatsapp ni.

Semua hal kongsi dalam group tu, instead of personal WhatsApp. Saya tak tahu la kalau ipar saya yang lain ada berkongsi masalah secara peribadi dengan mak mereka dan cuma suami saya saja “innocent” kongsi dalam group.

Saya tak kisah kalau suami nak cerita atau tanya pendapat mak nya belakang saya tapi bukan la secara terang – terangan macam tu dalam group adik beradiknya sebab saya terasa kami ni tak boleh nak buat keputusan atau ada privasi sendiri.

Saya mengaku ada juga tanya pendapat mak saya tapi secara peribadi, saya tak lemparkan soalan atau dilema saya dalam group, biarpun itu keluarga saya sendiri. Jadi inilah isunya, disebabkan “rapat” sesama keluarga tu, suami saya bercerita semua dalam group tu.

Semua tu tak bermaksud hal dalam bilik kami. Itu saya harap dan berdoa tak terjadi lah. Hal – hal remeh yang saya rasa tak perlu diceritakan pun suami cerita juga. Lebih lagi lepas kami ada baby baru. Anak kami ni bukan la cucu sulung, cuma mungkin sebab sudah lama tiada bayi dalam keluarga tu, jadi mereka terlebih excited.

Dan selepas bersalin saya anak sindrom ‘new mom’ yang saya rasa melampau, sampaikan saya rasa keluarga suami nak cuba ambil anak saya untuk jadinya sebahagian dari mereka. Maksud saya lebih kepada buatkan keputusan untuk saya macam mana nak jaga atau besarkan anak saya sendiri.

Saya BENCI rasa itu. Rasa tu membuak – buak ditambahkan pula dengan sikap suami saya yang terlalu jujur dengan keluarganya. Sikit – sikit tanya pendapat maknya, sikit – sikit mengadu dekat maknya, saya rasa macam suami saya tak tahu buat keputusan sendiri untuk kami. Semua nak berpaksi-kan mak mertua saya.

Ada sekali tu, anak kami susah nak tidur malam, dia cerita. Anak suka nak berdukung je tak mau letak, dia cerita. Berat anak setiap kali timbang, dia inform. Anak inject nangis, dia cerita. Anak dedau – dedau BARU nak demam, tapi tak jadi demam, pun dia cerita.

Macam mana saya tahu? Sudah semestinya saya curi – curi baca WhatsApp groupnya. Dan setiap kali itu lah saya akan rasa s4kit hati sangat – sangat dan saya akan terfikir, suami saya ni lemah. Saya faham kalau dia nak inform mak dia pasal anak kami tak sihat, tapi perlu ke dalam group walhal yang nak ditanya maknya seorang?

Saya rasa benda – benda macam tu jadi cerita instant pada adik beradik dia yang lain. Pandangan orang ni lain – lain tak sama. Mana saya tahu apa adik beradik dia fikirkan tentang anak saya atau tentang saya sendiri? Saya pun ada mak ayah yang saya boleh minta pendapat atau pandangan dalam besarkan anak, tapi tak ada lah pula semua benda saya mengadu dengan parents saya.

Lagi satu keluarga kami ni jenis chill, tak terlalu rigid sangat. Sampaikan nak ke hospitaI jarak 30min, appointment 8 pagi 6.30 dah kena bertolak, kalau tak dipanggil lembab. Baru – baru ni saya terbaca yang suami saya inform keluarganya yang saya nak keluar dari rumah mak saya untuk hidup sendiri.

Sepanjang kami kahwin memang kami duduk di rumah mak saya. Disebabkan suami hanya balik hujung minggu saja, jadi saya ok. Tetapi lepas anak lahir, Alhamdulillah rezeki suami dapat kerja satu negeri dengan saya jadi kami boleh tinggal sekali.

Suami ni jenis introvert sangat sampaikan mak dan ayah saya perasan yang sepanjang suami duduk sekali, keadaan jadi janggal. Jadi mak ayah saya sarankan untuk cari rumah sendiri. Saya faham maksud mak ayah saya tu, yelah kami ni dah kahwin tapi menumpang rumahnya lama – kelamaan saya rasa kami ni beban.

Tambahan saya tak nak suami saya nampak buruk depan mak ayah saya. Saya sampaikan pada suami, tapi lain pula fahamannya. Dia sampaikan pada keluarganya yang saya nak keluarga dari rumah mak ayah saya sebab takut nanti mak saya cakap apa nanti duduk menumpang lama – lama.

Memang betul, itu ayat yang saya olahkan untuk sampaikan pada suami saya, supaya tak ada salah faham dan kecil hati. Tapi kalau dah dia sampaikan pada keluarga tercinta dia tu, bukan ke seakan – akan menampakkan mak saya berkira dengan anak menantu sendiri?

Saya jadi panas hati bila baca apa yang disampaikan suami pada keluarga dia. Saya pernah tegur sebelum ni, kenapa cakap hal tu dalam group, segan la nanti family cakap apa. (hal lain, bukan hal keluar rumah). Suami baIas, “alah abang cakap dengan keluarga sendiri je bukan orang lain. Lagipun mak tak fikir bukan – bukan punya. Dia ok.”

Mengeluh saya dengar jawapan suami yang macam tu. Dia lupa yang saya ni orang luar walaupun saya isterinya tapi kalau ada negative thoughts yang mak ayah atau adik beradik dia fikirkan tentang saya, semestinya saya rasa tak selesa kan?

Mak dia bercerita tentang saya dengan adik beradik yang lain, dia mana tahu? Saya kadang – kadang nak jerit je dekat suami, tolong la faham sesetengah situasi tak perlu pun nak diceritakan pada keluarga dia. Paling best kalau saya balik ziarah mertua, dia akan pura – pura tanya saya hal yang anak dia dah sampaikan pada dia, saya pun tak tahu nak jadikan topik berborak atau nak tengok saya menipu atau putar belit cerita tak. Entah lah.

Jujur saya cakap, saya tak kisah kalau secara personal atau call maknya untuk sampaikan sesetengah berita, tapi kalau sampaikan dalam group. Saya jadi ann0ying dan saya rasa saya dan suami ni tak ada privasi dan semua berpunca dari sikap suami saya yang tak tahu nak bezakan saya sebagai isteri dan keluarganya.

Saya tak tahu nak cakap pada siapa sebab saya tak nak burukkan mana – mana pihak. Jadi sama ada saya berg4duh dengan suami atau saya pendam. Itu saja. Terima kasih sebab sudi baca. – Tity (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Mahfudz Mohamad Nor : Rasanya TT ni tak faham apa yang dimaksudkan antara bercerita, mengadu dan meminta pendapat la. Kalau rasa ada benda private dikongsikan, bincang je lah elok – elok bagi suami tu faham. Sekadar details yang disebutkan, takde la private bagi saya.

Bagitau apa yang patut pm atau boleh dekat group. Kita tak tau sometimes level transparency keluarga mereka macam mana, mungkin bagi mereka biasa je berbincang macam tu, tapi keluarga kita sendiri big no no nak sebut dalam group.

Tang salah faham dan salah menyampaikan tu, polish lah skill komunikasi. Contoh kalau parents cadang cari rumah sendiri, kau takyah pun kata bapak suruh cari rumah sendiri. Cakap je la kau sendiri rasa tak best duduk dengan parents, jom kita usaha cari tempat sendiri. Komunikasi kena bagus la, matlamat sama, macam2 cara boleh dibuat.

Raidah Omar : Normal la tu setakat bercerita pasal anak kepada family. Bukannya suami awak cakap awak tak pandai jaga anak sampai anak demam ke apa. Lagipun bila balik rumah mentua, mentua ok je kan. Takde sindir – sindir ke apa.

Lagi 1 tak perlu mention kat suami bahawa parents suruh cari rumah sendiri. Banyak lagi alasan yang boleh diberi. Alasan dah tak pjj, dah lama kahwin tak merasa duduk sendiri. Berkenaan pergi hospitaI awal. Saya ada anak autisme. Ada 5 kad temujanji hospitaI. Kadang – kadang appointment pukuI 11, pukuI 8.30 dah keluar. Takde masalah pun. Kalau sampai awal senang nak cari parking, dapat rehat kejap.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.