Masa aku nak balik, aku nampak abang tu kebetulan parking sebelah kereta aku. Aku selamba tanya dia kenapa dia menangis. Waktu dia cerita tu, dengan aku sekali bergenang air mata. Esoknya aku terk3jut sebab terjumpa sekali lagi dengan dia tengah beli tepung dengan telur dua biji. Kali ni aku nekad, apa jadi, jadi la
#Foto sekadar hiasan. Masa aku duduk solat terawih, aku dengar orang sebelah aku ni menangis teresak – esak. Aku pon nak tegur risau juga apa hal Brother ni menangis pula, baru rakaat pertama lepas imam baca surah Fatihah.
Jadi aku biarkan je tapi dia asyik menangis je. Bila sudah habis witir dia bangun dan terus duduk kat luar. Aku pon tengok kan aje, kemudian waktu nak balik aku pon terus pergi dekat kereta, tak sangka pulak dia letak kereta sebeIah kereta aku.
Aku tengok dia nampak sugul je tepi kereta. Aku pon tegur la dia. “Balik mana?” Dia kata, nak balik hostel. Dia kerja kat sini, kampung dia kat Kedah. Aku pon tanya seIamba je, “kenapa abang menangis tadi waktu solat?”
Kau tau dia cakap apa? Dia menangis bila imam tu baca Fatihah sebab dia terkenangkan arw4h bapa dia yang dah meninggaI dunia. Dia menyesal sebab tak dapat nak balik sewaktu PKP hari tu.
Aku tanya dia kenapa tak balik, dia tak nak cerita sebab katanya macam macam rint4ngan dan masalah yang dia terp4ksa hadap. Tapi dia sempat balik waktu nak kebvmi cuma waktu s4kit tak sempat balik.
Kali terakhir dia jumpa tahun lepas. Waktu dia cerita, dengan aku sekali bergenang air mata. Dia pulak baru kena buang kerja dan tak ada duit nak balik kampung. Sebelum dia pergi ada la sumbangan sedikit nak beri, langsung tak nak dia.
Dia bukan dia tolak rezeki, dia kata dia masih sihat untuk cari kerja dengan hasil sendiri. Puas aku pujuk dia, dia tak ambil langsung. Sampai sudah dia tak nak ambil. See?
Kau nampak tak bila ada orang yang betul nak balik sebab hal macam ni tapi tak dapat bila ada orang lain yang senang senang ja salah gunakan kebenaran. Semoga kau dipermudahkan urusan bang. -Masjid Hussain Seremban 2
Sambungan.. Tadi tengah beratur beli barang aku nampak ada seorang ni duk tercegat ja tepi bahagian tepung, aku tengah beratur. Dok tengok sambil cakap dalam hati macam pernah tengok orang ni tapi macam takut salah orang.
Masayallah!!! Ni brother semalam aku jumpa kat Masjid Hussain waktu terawih semalam. Korang tahu dia beli apa? 2 biji telur dan tepung sepeket ja. Aku sapa dia. “Bang Ingat saya lagi, Terawih Masjid Hussain. Kecil betul dunia ni. Ada rezeki kita jumpa semula kan.”
Senyum dia. Dia cakap nak beli tepong ni buat lempeng nak buat makan untuk berbuka nanti. Aku tergamam. Kenapa dia beli tepong dan telur? Dia kata kalau beli beras nanti dia tak da lauk nak buat makan.
Segan asyik tumpang kawan. Baru dapat kerja tak ada gaji lagi. Boleh la buat tahan dalam 2 – 3 hari lagi. Duit ada hari tu hantar kampung sebab adik sekolah. Mak tak boleh pergi menoreh sebab sekarang musim hujan, dulu ayah ada.
Kalau beli tepong boleh cicah dengan gula kalau nasi kosong ja nanti. Allahu. H4ng memang buat aku t0uching bang. Kali ni aku tak kira aku nak belanja jugak. Dia m4ti – m4ti berkeras cakap tak payah.
Aku tak kira apa nak jadi, jadi lah. Aku tarik tangan dia ambil bakul aku cakap, “abang nak apa saya bayar semua. Dia tak mau juga. Dia kata, “saya sihat bang, saya boleh ikhtiar. Ramai lagi susah kat luar sana tu.”
Aku cakap, “ni ikhlas bang. Jangan la macam ni. Kita ni tak kenal, abang anggap la saya ni kawan kalau abang tak nak terima saya sedekah.” Aku tak rasa dia tipu. Dia memang nampak kusut sangat.
Banyak benda dia macam rahsia kan. Dia pegang ja bakul tu sampai sudah tak amik apa apa. Aku yang tolong ambilkan apa yang aku rasa keperluan. Boleh la kot dia tahan dalam 1 minggu lebih. Dia kata nanti dapat gaji dia ganti.
Aku cakap tak payah bang. Sebelum dia blah aku tengok ja dia dari jauh, asyik kesat mata je, menangis. Aduii bang, betul betul kau menguji. Ya Allah, Kau permudahkan h4mba mu ini.
Allah tu maha kaya. Dia uji kita waktu kita senang apa kita boleh buat dengan orang susah. Semoga urusan kau di permudahkan
Komen Warganet :
Aiman Tomok : Sebenarnya Allah bukan sahaja menguji abang tu, yang sebenar – benarnya Allah menguji abang yang belanja tu. Allah sengaja mempertemukan abang tu sekali lagi dengan penulis cerita ni.
Allah nak tengok sejauh Mana keikhlasan hati penulis ni, ke mana dia membelanjakan wang dia, dia boleh terima tak ujian tu, sanggup atau tidak dia menolong h4mba Allah yang sedang dalam kesusahan tu.
Apa – apa pun semoga abang tu tabah menghadapi ujian hidup ini dan dipermudahkan segala urusan. Dan semoga Allah membaIas kebaikan abang dalam menolong insan yang susah tadi.
Norliza Mat Shawal : Bertuah kamu Allah temukan dengan abang tu yang memang sedang diuji. Kita juga diuji, jika saya berada di tempat kamu, saya pun akan belanja sepuas hati takat kemampuan saya.
Anggap berd0sa jika kita sengaja buat tak peduli. Allah menguji kita. Tahniah kamu seorang insan yang berhati mulia. Semoga abang tu diberi kelebihan rezeki nanti.
Encik Jejai : Alhamdulillah, terima kasih kepada brader yang membantu. Moralnya di sini adalah
1. Kita hendaklah bersyukur dengan rezeki yang Allah dah kurniakan. Kadangkala kita masih merungut dengan pekerjaan kita. Kadangkala kita juga merungut dengan makanan. Rajin – rajinlah kita mengungkapkan Alhamdulillah. Di sebalik kesusahan kita, ada lagi insan yang lebih susah.
2. Ringan – ringankan tangan untuk menghulur. Kita menghulur kerana bukanlah kita kaya. Kita menghulur kerana kita tahu betapa p3ritnya kesusahan. Jangan mengharapkan balasan. Ikhlaskan hati, hanya mengharapkan redha Allah.
Lipat gandakan amalan di bulan ramadhan ini, dan lebih manis jika dipanjangkan seterusnya di bulan bulan yang akan datang, inshaAllah. Kita saling ingat mengingati. Sama – sama kita cari redha Allah.
Mastura Mustafa : Semalam baca, rasa sebak je. Tapi yang ni, bergenang terus meleleh… Baik hati kepada yang memberi. Saya doakan, semoga kedua – dua yang mmberi dan menerima dipermudahkan segala urusan, dikurniakan rezeki daripada pelbagai arah serta semoga senantiasa berada di bawah rahmat dan berkatNya. Aamiin… Doa saya ini juga buat mereka – mereka yang turut memberi dan menerima di luar sana, mudah – mudahan. Aamiin
Mizie Mivec : Allahhuakhbar. Betul – betul tersentuh hati aku dari semalam aku baca kisah pertama dan hari ni baca lagi kisah kedua. Memang berlinang air mata aku. Sangat beruntung abang ni dapat ujian dari Allah dengan bertemu abang sorang tu dalam bulan mulia ni. Semoga allah Iimpahkan rahmat beribu kali ganda buat abang – abang berdua. Allahhuakhbar…..