Aku dah ready nak sahur, tengok – tengok isteri masak nasi goreng dan lauk kari ayam sedangkan tu lauk semalam. Dia tak tahu kalau dia derh4ka sebab tidak menyediakan makanan sayur untuk suami, betapa besar pahala jika dia layan suami dengan baik. Tapi sekarang aku buntu isteri aku dah lari rumah..
#Foto sekadar hiasan. Salam admin, harini aku berbuka sorang – sorang, aku tapau kat luar je, aku pening rumah aku bersepah, singki berantakan, baju aku dah bertimbun. Rumah aku berulat. Aku down sangat.
Ceritanya begini min, aku jenis memang tak makan lauk semalam, aku nak lauk yang baru dimasak. Sebelum semua ni terjadi, masa tu di pagi subuh, masa sahur, isteri aku terlewat bangun sebab anak kami yang sebulan lebih meragam teruk.
Jadi aku tidur bilik sebeIah. PukuI 5 aku terbangun isteri aku tengah tidur sedangkan alarm dah bunyi. Aku k3jutkan isteri aku cepat untuk masak menu yang aku nak iaitu patin masak temp0yak, dia pun cepat – cepat bangun untuk siapkan tapi maIangnya ikan masih beku jadi memang tak sempat masak.
Ceritanya pagi tu Lepas aku siap – siap belek whatsap ig fb, aku dah bersedia nak sahur tapi kau bayangkan min dia hanya masak nasi goreng dan lauk kari ayam sedangkan tu lauk semalam. Dia je la makan, kalau aku memang tak lah.
Aku cakap baik masak megi je kalau macam ni. Jadi isteri aku tergesa – gesa masak air untuk rebus megi, bila dah nak dimasak. Rupa – rupanya megi dah habis. Ko bayangkan lah aku nak makan benda yang tak ada.
Sebab terlalu m4rah tanpa sedar aku sedar, aku tend4ng meja makan sampai terbalik dan lauk pauk yang isteri aku masak bersepah atas lantai. Dia tak tahu kalau dia derh4ka sebab tidak menyediakan makanan sayur untuk suami, betapa besar pahala jika dia layan suami dengan baik.
Tapi kenapa dia tak nak manfaatkan semua tu di bulan ramadhan yang mulia ini? Lepas tu isteri aku menangis sekuat – kuatnya. Dia cakap aku tak hargai dia, aku marah sangat masa tu, aku masuk bilik sebeIah dan tidur. Aku puasa tanpa sahur.
Saat aku masih marah, dia hitunglah d0sanya pada aku, bila aku bangun tidur, rumah masih bersepah dengan kari ayam, nasi goreng, kuali, semua tak basuh, lantai kotor kesan tumpah makanan sedangkan isteri aku seorang yang pembersih, habuk sikit pun tak ada, baju pingang mangkuk semua bersih – bersih belaka.
Kenapa tiba – tiba jadi macam ni? Dalam keadaan aku masih marah. Aku cari dia dan anak dalam bilik, tapi mereka dah tak ada, aku cari ke mana – mana tak ada. Lepas tu aku tejumpa satu nota dia atas meja yang bertulis begini..
“Abang ayang dah cukup sabar dengan abang, selama ni abang tak hargai ayang, ayang dah cuba terbaik untuk rumah tangga kita, sejak ayang mengandung dan lahirkan anak, abang dah tak nak tidur sama – sama, abang tak nak sentuh ayang, tapi ayang sedar dan faham.
Mungkin ayang dah gemuk, dah tak cantik. Jadi ayang tak layak dengan abang. Ayang minta maaf, sebab ayang lupa keluarkan ikan tu awal – awal untuk dicairkan kerana masa ayang nak keluarkan tiba – tiba anak menangis dan lepastu ayang terus terlupa.
Terima kasih sebab sebab selama ni abang sudi bersama – sama dengan ayang walaupun dalam masa yang singkat sebab abang dah janji akan bersama ayang seumur hidup. Tapi ayang sedar kalau ayang tak layak untuk abang.
Tentang perempuan yang abang kenal tu, ayang dah tahu dah lama, walaupun abang sembuyikan tapi naluri seorang isteri tak pernah salah, ayang dah siasat.
Dari pregnant lagi ayang dah tahu abang ada bersama dengan janda. Tak apalah bang. Abang jandakanlah ayang demi janda. Tak guna dah ayang cuba yang terbaik sebab ayang tetap salah tetap jijik di mata abang.
Semoga perempuan tu dapat bahagiakan abang, jaga makan minum abang, p0tong kuku abang, urut badan abang, hidang semua makanan kesukaan abang.
Dan ayang akan besarkan anak kita. Lepas habis p4ntang. Ayang akan ke makamah tuntut cerai. Ayang nak abang bahagia. Ayang dah tak nak menyusahkan abang. selamat tinggal abang. Ayang pergi dulu.”
Lepas baca nota isteri aku lagi aku down sangat min. Pasal janda tu, ya memang betul aku ada berkenalan dengan janda masa bini aku awal – awal mengandung tapi aku kenal buat sekadar main – main je min.
Aku bukan serius nak janda tu. Aku nak isteri aku sampai akhir hayat kami. Aku bukan tak nak sentuh dia, tapi sejak dia pregnant badan dia mengelebar dan menggerutu. Aku suruh dia jaga badan tapi masih tetap macam tu.
Aku memang nak bersama dia sampai akhir hayat aku. Sejak dia tak ada rumah aku berantakan. Aku dah tak tahu nak buat apa. Call mak mertua tapi mereka kata isteri aku tak ada. Aku risau sangat sebab isteri aku masih berp4ntang.
Aku call tak dapat. Whatsapp chat semua tak dapat. Apa perlu aku buat min, perlu ke buat report isteri aku hilang. Aku buntu nak cari dia kat mana lagi. Kawan – kawan dia semua tak tahu. Aku risaukan anak kecil aku. Tolong aku min.
Isteri aku ada dalam page ni. Aku harap sangat dia baca dan balik lah kepangkuan aku. Aku down sangat.
Komen Warganet :
Noor Aishah Abdullah : Dalam p4ntang isteri buat semua kerja, rezeki Allah dah tetap kari ayam tapi kau boleh tend4ng rezeki tu, betul – betul tak bersyukur. Nak orang layan macam raja, konon kau syurga dia, pastikah h4ng masuk syurga?
Rezeki allah bagi pun h4ng tak reti hargai. Jenis melayu tipikal. Lelaki mesti dilayan macam raja tapi bini jadi h4mba.
Noor Shuhada Fazda : Nasihat saya kepad aisteri lelaki nie. Kesian, anda kahwin dengan lelaki yang tak pandai hargai anda. Anak baru sebulan pun anda dah disuruh buat macam – macam.
Sepatutnya dia jaga makan minum orang sedang berp4ntang bukan dijadikan kuIi. Teruskan menjauhi orang mcm nie. Tetapkan pendirian. Anda layak hidup bahagia.
Rasyidah Rasid : Kepada isteri pengadu ni, teruskan dengan tindakan anda. Kuatkan hati, kuatkan semangat demi anak. Janganlah patah balik dengan lelaki tak guna ni. Cukuplah selama ini dia layan anda seperti orang gaji, masa berp4ntang pun dikerah tenaga anda sehabisnya. Terlalu pentingkan diri. Semoga ada sinar bahagia buat sis dan anak lepas ni. Aamin
Siti Nor Haidah Basuni : Elok la isteri anda tinggalkan anda. Kahwin bukan jadikan isteri tapi orang gaji. Dah banyak sangat ke pahala sendiri sampai suruh isteri hitung d0sa pahala sebab tak sediakan makanan kegemararan anda.
Kena ada tolak ansur. Isteri anda dalam p4ntang dan anda sihat walafiat takkan tak boleh PREPARE sendiri untuk sahur. Tak yah la nk makan bagai, cukup la kurma dan susu ataupun oa t/ nestum.. itu memadai..
AJ Idris : Untuk isterinya, Dik, kalau kau baca komen akak ni. Fikirlah baik – baik. Takyah balik pun tak apa. Balik karang jadi maid lagi. Never change. You deserve to be happy. Ni anak baru sorang dia dah layan kau gini.
Kesian anak tu nanti membesar menyaksikan persekitaran yang mencerminkan ‘ibu adalah h4mba bapa’. Bukan mengh4sut, tapi nak suruh kau fikir dalam – dalam. All the best dan semoga sentiasa dalam peliharaan Allah selalu.