Aku pelik ustaz offer nak ajar aku math tp kena sediakan kain pelikat, pen merah dan r0tan

Keluarga aku bukan orang senang, kalau nak beli buku rujukan tu memang kena berkira – kira. Masa aku dapat keputvsan percubaan UPSR aku lalu belakang kantin. Aku nampak timbunan buku dekat tempat orang bakar sampah..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Aku ada kisah yang nak dikongsikan masa aku berumur 12 tahun. Tiba – tiba teringat zaman tu. Aku bukan dari kalangan anak orang berada. Hanya anak golongan marhaen yang biasa – biasa.

Ayah kerja operator kilang, ibu suri rumah sepenuh masa. Aku anak sulung dari lima beradik. Hidup kami sederhana, cukup makan pakai. Tak ada extra duit macam ‘hadiah’ yang best – best kalau dapat nombor satu. Paling best giIa zaman tu kalau dapat makan KFC.

Sekarang nikmat Allah bagi sampai muak – muak makan KFC. Huhu. Nak kata cerdik, tak. Tapi aku suka membaca. Aku suka buku. Mungkin hasil galakan arw4h nenek saud4ra aku yang sangat pentingkan pelajaran. Setiap kami sekeluarga melawat beliau di KL, mesti dia akan bawa ke kedai buku dan pilih je apa – apa buku yang interesting, dia akan bayarkan.

Dari kecil macam tu. Dan habit nak pergi kedai buku tu sampai ke besar aku terbawa – bawa. Dia macam rasa relax bila kita enjoy ourselves, treat and feed our soul with different kind of book genre. Berbalik kepada topik, flashback zaman UPSR.

Ayah gajinya cukup – cukup makan. Macam aku kata tadi, extra duit macam nak beli buku rujukan ke, amat terhad. Nak kena bajet – bajet duit lauk, duit sekolah aku dan adik – adik. Tapi diorang tahu kena jugak belikan aku buku, terutamanya untuk subjek matem4tik.

Aku lemah dalam Math masa tu. Satu hari, masa tu darjah 6 dan dah lepas percubaan UPSR yang tak berapa nak hado resultnya, aku merayap sampai belakang kantin masa waktu rehat. Ternampak satu timbunan buku – buku kat tempat orang bakar sampah.

Aku pun kep0chi lah tengok tengok sebab tak pernah nampak buku – buku tu sebelum ni. Selak punya selak, mata aku ni ternampak satu buku latihan Matem4tik UPSR tahun 1998. Buka je buku latihan tu, bersih! Maksudnya buku buku tu semua dibuang sebab lama, bukan sebab dah diguna.

Kira latihan dalam tu semua tak pernah ada orang buat lagi. Aku pun apa lagi, kutip lah buku – buku latihan Math dan Sains yg ada masa kat tempat orang buang sampah untuk dibakar tu. Mungkin pemikiran suci seorang budak 12 tahun, balik rumah happy – happy cakap dengan mak ayah aku dapat buku free.

Bila parent tanya macam mana boleh dapat free, aku komplen cikgu yang buang buku tak pernah orang guna tu. Haha. Membazir kata aku. Kecik – kecik dah pandai membawang ek aku ni hahaha. Tapi aku sedar, mak ayah aku rasa sedih sebab tak dapat nak belikan buku yang elok untuk aku sampai aku kutip buku orang nak buang kat tempat buang sampah.

Tapi tapi tapi. Haaa. Ada hikmah di sebalik semua tu. Masa tu sedar dah aku tak berapa cerdik bab Math lepas dapat result trial kan. Jadi aku pulun pulun pulun belajar. Masa tu ayah aku kerja office hour lagi. Jadi malam dia boleh pantau aku study.

Ayah aku garang okay. Setiap kali ujian bulanan, pertengahan dan akhir tahun, kalau satu subjek tu tak dapat 80 ke atas, kena k3tuk ketampi 100 kali. So kiralah weh kalau dah sampai 4 – 5 subjek aku dapat B ke C, berapa kali aku kena.

Siap ada hutang – hutang tau kalau tak larat hari ni, sambung esok. Perghhh. Adik – adik aku pun kena benda yang sama. Jadi tak ada isu adil ke tak adil masa tu. Sama juga kes dengan trial ni. Aku hutang 300 kali k3tuk ketampi masa tu.

Tapi hutang dulu ayah aku kata. Kalau UPSR dapat 5A, 300 kali tu kira halal terus. Tak ke semangat jadinya. Sebab tu aku pulun habis – habisan. Buat semua latihan yang ada, termasuk semua buku yang aku kutip tu. SEMUA okay.

Punyalah nak lari dari k3tuk ketampi. Tapi macam aku cakap. Ada hikmah. Buku latihan Math tahun 1998 yang aku kutip tu, aku ingat lagi ada satu soalan objektif yang susah aku nak jawab sebab tak faham langsung. Sampai bawak buku tu kat sekolah, tanya cikgu macam mana nak jawab soalan tu.

Aku ingat lagi reaksi cikgu tu, terk3jut sebab buku tu tahun 1998 kot! Aku upsr tahun 2004. Long story short, cikgu tu ajarlah macam mana nak jawab and aku pun tak expect aku boleh ingat jalan kerja soalan tu. Sebab susah agaknya.

Kemudian sampai lah UPSR, hari exam Math. Macam nak melompat aku kat table. Soalan yang keluar sebijik sama macam soalan tahun 1998 tu! Cuma tukar nilai je. Contoh soalan tahun 1998 tu, nilai dia bagi 1500, soalan tahun aku 2115.

Ha macam tu je! Habis exam, memang boasting habis sebab aku sorang je tahu cara jawab dalam geng aku. Balik rumah, sambung lagi keeksaitedan aku tu, story dengan parent about the question. Dah besar – besar gini baru faham.

Kadang – kadang hikmah tu kita tak nampak. Bila kita dah berjaya lalui ujian tu, baru kita faham makna struggIe & patience. Another small story. Pun berlaku waktu zaman upsr nilah. Pun lepas peperiksaan percubaan juga. Kira timeline ni macam serentaklah.

Jadual harian aku waktu ni, pagi sekolah kebangsaan, petang sekolah agama. Kat sekolah agama masa ni, guru kelas aku nama dia Ustaz AD yang sukakan Naruto. Memang enjoy belajar kat kelas dia. Kadang – kadang sembang pasal kartun.

Dia suka melawak jugak. Tapi bila dia pegang r0tan, kecut perut gak lah. One day tengah kelas apa tah, beliau lalu sebeIah meja aku. Tetiba dia berhenti, pusing kat aku dan tanya, “Awak Matem4tik kat sekolah pagi dapat berapa?”

Aku malu nak jawab sebenarnya masa tu sebab aku dapat C je. Lagi pulak satu kelas dengar. Tapi aku jawab juga. Pastu dia angguk and jalankan kelas macam biasa. Kelas dia masa tu waktu akhir. So bila loceng balik bunyi je, semua dah berdedai – dedai keluar kela

Dalam aku sibuk nak balik kemas barang cepat – cepat sebab nak kejar bas sekolah, takut kena tinggal, tiba – tiba Ustaz AD ni panggil aku. Dia tanya, “Awak nak tak kalau saya ajar awak Matem4tik?” Aku pun macam blur mula – mula.

Dah apekehei nya tetiba ustaz ajar subjek Ibadat Tauhid nak ajar aku Matem4tik. Aku tak ingat aku jawab apa masa tu, tapi aku ingat lagi, dan ingat sangat – sangat dia reply apa, “Kalau awk nak saya ajar awak, balik tanya dengan mak ayah awak. Saya tak minta upah. Saya cuma nak minta ayah mak awak sediakan sehelai kain pelik4t, sebatang pen merah, dan r0tan.”

Maka aku dengan blur blur budak darjah 6 pun duk menghafal benda yang dia minta tu sepanjang perjalanan balik rumah. Nasib tak kena tinggal bas huhu. Malam tu aku bagitahu mak ayah aku. Malam tu jugak kitorang pegi cari sebilah r0tan ni ha.

Yang lain senanglah nak jumpa kan. Aku pun taktahu kenapa mudah sangat ayah aku setuju nak suruh aku belajar personal dengan Ustaz AD ni padahal diorang tak pernah pun jumpa ke, berbual ke. Bukan jiran sebeIah rumah ke.

Aku dahlah perempuan. Tapi alhamdulillah, Allah mudahkan. Esoknya jugak dan dan aku terus serah barang – barang tu tanda setuju nak berguru. Cewahh. Maka bermulalah perguruan aku dengan Ustaz AD. Sekolah agama aku start pukuI 3.30 petang.

Kelas dengan Ustaz AD mula pukuI 2.30 petang sampai lah perhimpunan untuk budak – budak kelas 3.30 mula. Orang start beratur, kadang – kadang aku tak beratur pun sebab ada lesen besar belajar dengan Ustaz AD. Hehe. Sukalah aku.

Tak payah nak beratur panas – panas terik tu. Jadi jadual harian aku pun berubah jugak. Selalu balik sekolah pagi pukuI 1.30 sampai rumah sempat makan, lelap sekejap sementara tunggu bas pukuI 3 sampai. Bila mula berguru, aku macam Power Rangers lah buat semua laju – laju.

1.30 balik. Mandi, makan, tukar baju terus pegi sekolah agama jalan kaki. Nak tunggu bas sekolah trip pukuI 2 kadang – kadang lambat lalu depan rumah. Jadi sambil sambil jalan kalau bas sekolah aku lalu, aku tahan lah tengah jalan baru naik.

Lecak lah jugak ketiak. Tapi nak buat macam mana kan. Habit berkejar – kejar ni sampai ke besar aku buat. Study punya study, baru aku perasan pen merah yang dia mintak tu, rupanya untuk tanda kesalahan kesalahan matem4tik yang aku buat.

R0tan pulak, untuk rotan tapak kaki kalau ada salah. Satu salah satu r0tan. Adoii. Alhamdulillah jadi orang. Takdelah pi report polis kena r0tan. Uppss. Cuma masa tu tak berani nak tanya kain pelik4t tu apa tujuan dia mintak. Jadi aku assume tu hadiah lah.

Kawan – kawan aku jeles lah jugak masa tu sebab ustaz tu diorang suka, tapi aku yang dapat belajar dengan dia. Yiihaaa. Fast forward lagi, hari keputvsan UPSR pun tiba. Aku lupalah aku tercalon ke tak sebagai pelajar harapan sekolah.

Maklumlah da 15 tahun berlalu. Tapi yang pasti, aku berjaya dapat 5A. Wuhuuu. Masa tu macam biasa drama air mata aku dengan mak aku. Tapi serius. Aku menangis sebab aku rasa terbayar dengan penat aku selama ni belajar.

Drama kan aku walaupun baru 12 tahun. Tapi rasa tu memang aku ingat sampai sekarang. Aku mintak bapak aku berhenti r0kok kalau aku dapat 5A. Haah berhenti, tapi kejap je pastu sambung balik hahahahha. Tapi dia botakkan kepala.

Nazar kata dia. Memang dia tak pernah botak pun sebelum ni. So untuk appreciate cikgu – cikgu yang terlibat, mak ayah aku bawak pergi Hot Market pilih hadiah. Termasuk hadiah untuk Ustaz AD. Aku pilih jam loceng Tweety masa tu.

Beli 5 buah. Satu cikgu satu lah kan. Tiba hari yang dinanti nak bagi hadiah kat ustaz, aku sorok dulu hadiah tu bawah meja. Niat nak bagi lepas habis kelas. Sekaliiiii jam loceng tu berbunyi daaaa! Uncle yang test bateri kat jam tu lupa nak cabut, and it happens kat jam yang nak dibagi kat ustaz pulak tu.

Ya Allah. Rasa nak sorok muka bawah meja. Satu kelas bantai gelak. Malu siottt. Dah kant0i tu, bagi je lah terus kan. Dah tak surpr1se lah hadiahnya apa sebab da bunyi. Sampai sekarang aku ingat benda benda ni semua. Sebab masa tahun terakhir kat U, aku baru tertanya – tanya kenapa ustaz tu offer kat aku sorang je.

Lama jugak aku fikir. Salah satu sebab, mungkin dia nampak hala tuju aku. Well macam vision lah orang kata. Mungkinlah. Masa tu mungkin Math aku C, tapi siapa sangka selepas tu aku sambung belajar dalam bidang akautan.

Aku sendiri tak sangka. Sebab masa sekolah menengah aku amik Sains Tulen. Keputvsan UPU keluar, aku dapat sambung dalam Diploma Akauntan. Masa tu tahun 2010. Sekarang alhamdulillah, an ACCA student. A private tutor for Math subject (primary school).

An account officer. Hidup aku dikeliIingi dengan nombor sekarang. Mungkin itu yang dia nampak. Mungkin juga itu adalah apa yang mak ayah aku nampak. Kain pelik4t yang Ustaz AD mintak? Aku rasa aku dah dapat jawapan yang paling logik dan tepat, kenapa kena bagi ‘hadiah’.

Kain pelik4t tu dia akan guna waktu solat dan selitkan doa untuk aku. Wallahualam. Kalau betul, alhamdulillah. Terima kasih ustaz. Kesimpulannya? Aku taktau nak simpulkan macam mana. Sebab a grateful feeling yang aku rasa sekarang much more meaningful than any other words.

You guys please, feel free to c0nclude apa sahaja iktibar yang baik baik untuk diikuti. Aku meluahkan kerana aku bersyukur bila terkenang balik semua ni. Plus, sebab dah tak boleh lelapkan. For Ustaz AD, saya tak tahu ustaz ingat saya lagi tak.

Tapi kalau ustaz ada terbaca kisah ni, dan teringat pasal ni, ya, ni lah saya. Terima kasih syukur Allah temukan saya dengan ustaz. Saya cuma nak ustaz tau, pelajar yang pernah ustaz personal ajar Matem4tik dulu dah jadi manusia.

Mungkin berkat doa ustaz selain mak ayah dan cikgu cikgu saya lainnya. Mungkin keterlibatan ustaz secara tak sengaja yang buatkan saya rasa speechless dan syukur sangat sangat. Saya nak cari ustaz balik, untuk buktikan dekat ustaz, “Ustaz, saya dah jadi manusia!” tapi tak tahu nak mula dari mana. Semoga ustaz dan keluarga sentiasa dalam lindungan Allah SWT. – N. A

Komen Warganet :

Shazreen Shafi : Saya pon ada guru yang tolong cantikkan sijil SPM saya math jadi A. Tak faham mcm mna dari C blh jadi A dengan kaedah dia ajar. Senang sangat dapat markah ikut kaedah dia. Tapi saya murid derh4ka.. saya tak ingat nama cikgu tu dan konpius samada cikgu ganti ke cikgu tetap yang ajar. Sampai sekarang still tak pandai math dan tak suka math sebab azali memang tak suka pon.hurmmmm.

Siti Aminah Che Hashim : Tahniah, setiap kali dalam solat jangan lupa doakan kesejahteraan guru – guru yang menjadikan awak manusia, semoga awak terus berjaya dan menjadi pelapis pemimpin pada masa hadapan.

Dina Ryoko : Kebanyakan pelajar paling tak suka math termasuklah saya, tapi bapa saya kata math paling senang sebab tak payah study. Cuma perlu faham konsep dan apa formula sesuai nak guna, mesti dapat jawapan. Belajar math ni tak pernah tak nangis sebab kita tak minat.

Walau susah result math tak pernah mengecewakan, paling tidak pun dapat C but most of the time scored A. Naik form 4 ambil pure science stream, bertambah tak suka pada add math. Ayah tak boleh ajar maka hantar ke tuisyen.

Result add math fail memanjang jadi lepas pergi tuisyen dan buat math driII and private tutor dengan cikgu sekolah, result tak pernah less than that. Result yang bagus membolehkan saya jadi tutor teacher tak bertauliah sehingga kan salah sorang anak murid saya dari kelas terakhir berjaya melangkah ke universiti ambil course statistics. This was my proudest moment ever.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?