Aku datang nak jumpa suami tapi mak mertua tak bagi. Aku ambik semua baju aku dalam bilik, kak ipar ikut aku dari belakang macam polis. Whatsapp, mesej, suami block aku. Aku email suami, merayu jumpa aku dekat hotel.
#Foto sekadar hiasan. Salam semua. Aku sorang perempuan berumur menghampiri mid 30-an, seorang ibu kepada baby lelaki berusia setahun, dan bakal menjadi janda. Jadikan lah kisah aku sebagai teladan dan sempadan.
Bakal duda aku, gelarkan BD (Bakal Duda), berusia tua beberapa tahun dari aku. Kami telah bernikah 3 tahun, dan kenal sebelum nikah selama setahun. Aku menulis luahan ini, kerana sudah sampai tahap penamat kepada perjuaangan aku menuntut hak aku selayaknya seorang isteri dapat.
Aku bekerja dalam bidang swasta penerbangan, bergaji bawah 5k, bekerja 5 hari seminggu 9.00am – 6.00pm, dan cuti pada hari sabtu dan ahad, menetap di selangor. Sebelum nikah aku sudah mempunyai aset rumah dan kereta sendiri.
Rumah subsale, apartment 3 tingkat, tiada lift, 3 bilik tidur, 2 bilik air, 1 balkoni depan, 1 balkoni tepi dapur. Latar belakang BD, anak lelaki tunggal daripada 6 beradik. 4 kakak dan satu adik perempuan. Sekarang ini BD bekerja sebagai freelancer oil & gas inspector.
Freelancer meaning apabila dia on job, kebiasaanya akan mengambil masa 1 – 4 bulan. Dalam setahun biasanya dia akan on job 3/4 kali, dengan duration 1 – 4 bulan. Selebihnya dia akan free jika tidak naik job. Ibu nya seorang pesara kerajaan, sudah bercerai dengan si ayah.
Kakak nya, dua pensyarah satu kakak istimewa dan satu kakak tidak bekerja tetap, hanya kerja sambilan, adik bongsu BD doktor. Boleh dik4takan keluarga yang berjaya dari segi pendidikan, keagamaan dan kehidupan.
Neraka 1 tahun.. Sebelum nikah, aku kenal BD dari seorang penyewa rumah aku. Aku gelarkan dia Cikgu Dee. Cikgu Dee bertanya adakah aku sudah berpunya, kerana dia melihat kehidupan aku hampir sempurna, ada kerja tetap, rumah (subsale) dan kereta namun tidak lengkap kerana tidak bernikah.
Ketika itu aku baru mencecah usia 30. Beliau menyatakan ingin mengenalkan aku kepada kawan suaminya, yang belum bernikah. Pada luaran nampak baik solat tidak tinggal jika di tempat kerja. Aku pada mulanya kurang berminat kerana sudah berderet calon yang aku kenal namun menemui titik noktah kerana kurang sesuai dan tidak menepati ciri – ciri aku cari.
Namun memikirkan usia sudah 30, niat cuma satu ingin menikah dan mempunyai anak. Aku bersetuju (bermodalkan BD tidak tinggal solat) untuk kenal dan mula kenal dengan BD pada penghujung tahun 2020. Permulaan perhubungan semuanya baik, walaupun ketika itu musim kovit dan kami berkenalan melalui whatsapp, dan bersetuju untuk ke next step walaupun hanya baru kenal beberapa minggu.
Sebelum serious, sudah aku bertanya kepada BD adakah dia single dan tidak mempunyai teman istimewa, katanya ya dia single kerana tidak ramai perempuan berminat dengan lelaki yang kerja tidak tetap (freelancer) dan dia juga tidak mempunyai kereta, menguatkan lagi tidak ramai perempuan akan terpaut.
Namun aku tidak pernah memikirkan semuanya kerana aku sudah ada kereta dan rumah. CUMA tiada suami. Disebabkan kovit, kami tidak dapat jumpa, hanya BD pergi berjumpa dengan ibu dan ayah aku di kelantan, dia berasal di terengganu. Menggunakan surat rentas negeri, maka berkenalan lah mereka.
Pada minggu awal perkenalan semuanya okay, BD akan call aku setiap kali lunch hour, (ketika itu dia bekerja maintenance oil & gas dengan office hour dalam satu daerah di terengganu), after work 5.00pm, dan malam 10.30pm lebih kurang.
Namun beberapa minggu selepas itu dia m4kin dingin, dan akan memarahi aku jika aku menelefon pada waktu – waktu yang selalu dia call. Aku sudah pelik sebab dia mula menggunakan bahasa kasar dengan aku tiap kali aku call, padahal aku tahu timing tersebut dia free (sebelum ni dia kerja office hour, ahad – khamis) malah selalu menelefon aku sehingga pukuI 1 atau 2 pagi. Namun aku mengendahkan mungkin dia penat bekerja. Namun…
Semuanya terbongkar, saat dia mengunjungi rakannya untuk majlis nikah di kelantan, dan tidur di sana selama 1 malam. Dia bergerak ke kelantan bersama – sama 2 rakan lelakinya, dan ketika sampai di sana kebetulan kereta rakannya mengalami kerosakan pada petang hari, dan terp4ksa meninggaIkan kereta di depan rumah orang (jalan kampung) dan bergerak ke hotel tempat mereka menginap.
Kami sentiasa berhubung melalui whatsapp dan call. Selepas magrib mereka keluar untuk menguruskan kereta rakannya itu, dengan meminta pertolongan rakan di kelantan. Namun pada malam itu, dia tiba – tiba senyap. Dan menghampiri pukuI 12 malam menelefon aku mengatakan baru sahaja settle uruskan kereta rakannya.
Keesokan paginya, dia chat mengatakan ingin keluar breakfast, dan akan contact selepas balik makan. Namun menghampiri jam 12 tengah hari, masih senyap. Call dan whatsapp juga tidak berbaIas. Akhirnya hampir jam 12 tengah hari dia contact. Aku sudah syak sesuatu.
Disebabkan rimas dengan desakan, BD akhirnya membuka cerita bahawa rakan yang membantunya pada malam itu adalah seorang wanita bernama Siti. Dan pada pagi ketika breakfast, Siti juga yang menjemputnya untuk makan di luar, dengan meninggaIkan dua rakan lelakinya di hotel dengan alasan mereka masih tido.
Aku mendesak siapa Siti, sedangkan kami dalam proses bertunang. (Selepas dia berjumpa kedua ibubapa aku kami bersetuju untuk bertunang) dia juga sempat berjumpa aku 1/2 kali di Selangor. Dan kami bersetuju untuk serious.
Dia menceritakan Siti merupakan seorang perempuan yang diperkenalkan oleh rakannya, Bad. Siji bekerja di salah sebuah kedai Cat di Kota Bharu, sebagai kerani. Bad dan BD berkawan ketika sama – sama belajar di Politeknik. Manakala Siti pula merupakan rakan sekolah rendah dan menengah Bad berasal di Kota Bharu.
Bad memperkenalkan Siti kepada BD pada tahun 2017, dengan memberikan gambar. Namun BD tidak pernah tergerak untuk berjumpa Siti kerana katanya bukan pilihan hatinya (melalui gambar yang diberikan oleh Bad) dia tidak berminat dan hanya berhubung melalui Whatsapp sebagai kawan dari 2017 sehingga la situasi dia menolong pada malam itu, merupakan kali pertama bertemu dengan Siti pada 2020.
BD mengaku katanya dia mula terbuai dengan Siti, selepas jumpa pada malam itu, Siti kelihatan agak cantik, berhidung jambu, hitam manis, bertubuh montok, tidak seperti di dalam gambar yang dikirimkan oleh Bad kepadanya.
BD juga mengaku mula berasa terbuai dan dalam dilema untuk meneruskan pertunangan dengan aku atau tidak. Aku meminta kata dua jika tidak aku akan angkat kaki kerana aku tidak berminat untuk berebut tetapi aku berminat untuk menikah. Jika dia tidak sedia aku akan cari calon lain. Bukan main – main.
Mendengar kata dua dari aku, BD meyakinkan aku bahawa dia tetap akan teruskan plan menikah dengan aku dan meminta aku tidak meninggaIkan dia. Namun sikapnya kian berubah, semua masa yang dia allocate-kan untuk call aku tidak lagi available dan dia akan engage / on call.
Aku tahu tidak lain hanya dengan Siti. Kami kerap berg4duh dan aku ugvt untuk meninggaIkan dia, namum BD tetap menahan aku dan mengatakan sudah memberitahu family hendak bertunang dengan aku. Akhirnya bertunanglah kami.
Walaupun situasi sentiasa panas dan perg4duhan berlaku SETIAP hari. Kerana BD akan senyap pada waktu tengah hari, petang selepas balik kerja dan malam hari selepas solat isyak. BD akan chat aku pada pagi keesokan hari untuk wish kerja elok – elok.
Aku tahu, dia masih sibuk dengan Siti, kerana last seen dia tetap pada jam almost 1 – 2 pagi. Tetapi dengan aku senyap. Dalam keadaan sentiasa panas, dia mengatakan akan block aku untuk elak berg4duh, padahal dia rimas aku call dia nonstop waktu dia oncall.
Dan dia akan unblock aku pada jam 1 – 2 pagi selepas dia selesai dengan Siti. Dan keesokan dia akan chat aku seperti biasa. Selepas bertunang, kami kembali g4duh besar dan putus tunang, hanya beberapa minggu dari tarikh nikah.
Kerana, BD memanggil aku B4BI disebabkan dia marah aku tidak bersetuju dia ingin menjemput Siti menghadiri pernikahan kami di rumah aku, di Kelantan. Aku mengatakan jika jemput Siti baik cancel nikah dan putus tunang.
Dia akhirnya setuju. Berita putus tunang kami diketahui oleh keluarga bakal mertua. Dan sememangnya mertua perempuan tidak berkenan dengan aku. Selepas putus tunang, aku merasakan perlu menyelamatkan hubungan ni, kerana kami sangat hampir dengan tarikh nikah, borang, tempahan semua sudah siap.
Kedua ibu bapa aku juga mengetahui. Aku merasakan amat remeh, putus tunang kerana tidak setuju jemput SITI datang. BD telah block aku lepas putus tunang. Keesokkan hari, aku gagahkan diri drive ke Terengganu, tempat BD kerja, dan menumpang rumah Cikgu Dee (Cikgu Dee sudah pindah dari rumah sewa aku dan menetap bersama suaminya di daerah sama BD kerja). Aku ceritakan semuanya kepada Cikgu Dee dan suaminya.
Cikgu Dee dan suaminya memanggil BD ke rumahnya, dan bercakap dua mata dengan BD. Adakah betul ingin putus tunang. Aku dalam bilik rumah Cikgu Dee masa tu. BD mengatakan masih sayang pada aku. Dan agak menyesal. Dia setuju untuk sambung kembali. Namun memerIukan masa untuk memujuk ibunya.
Malam itu, BD jumpa aku di kedai makan dekat rumah Cikgu Dee, dan berjanji akan usahakan untuk stick pada plan asal, menikah. Cuma dia tidak tahu cara memujuk ibunya. BD call ibunya malam itu, dan buat Loudspeaker, dan mengatakan untuk kembali pada plan asal, nikah.
Hampir satu jam ibunya berdalih – dalih. Mengatakan tidak terima. Kerana aku yang putuskan. Dan bermacam alasan. Katanya dia serabut dengan masalah g4duh antara aku dan BD yang setiap hari tidak selesai. (BD ceritakan semuanya setiap kali g4duh dengan aku kepada ibunya) sedangkan dia tidak cerita punca sebenarnya adalah dia melayan SITI.
Ibunya menganggap aku trouble maker dan tidak berkenan dengan per4ngai aku. Selepas itu BD menyuruh aku memujuk dan berjanji dengan ibunya untuk ubah sikap. Akhirnya ibunya setuju membenarkan kami nikah dengan ayat “ini last w4rning mok bagi yer”.
Sepanjang saat genting itu, aku tidak lagi membangkitkan cerita Siti, walau pada dasarnya BD masih sama. Senyap, block itu biasa. Akhirnya nikah lah kami. Semuanya smooth. Kami honeymoon, Pahang, Perak dan Pulau Pinang dengan travel by kereta, aku yang drive.
Di perak, sewaktu BD di toilet, masuk chat Siti. Dan aku tahu mereka masih berhubung. Berg4duhlah kami untuk kesekian kalinya. Selama setahun aku perjuaangkan hubungan ini, sehingga nikah, masih lagi SITI chat BD. Dengan alasan kawan. Setahun ner4ka yang aku hadap. Letih penat. Jangan cerita. Sangat – sangat meletihkan.
Neraka 3 tahun.. Kami PJJ. Disebabkan kisah SITI ni, kami akan sentiasa berg4duh. Dalam seminggu 3 hari baik, 4 hari g4duh. Semua sebab SITI. BD akan block aku dan senyap untuk dia layan call / chat Siti. Aku di selangor. Dia di Terengganu.
Akhirnya berlaku perceraian pertama aku dan BD. Dia lafaz kerasa berg4duh hal siti. Puncanya, Bad kawan Siti contact aku, bersetuju untuk menemukan aku, BD, Siti serta Bad untuk selesaikan masalah ini. Aku bersetuju untuk jumpa kerana teringin bertanya adalah dia mau BD, aku boleh angkat kaki.
Tetapi tiba – tiba isteri Bad chat dengan m4ki hamun dan w4rning aku untuk tidak contact Bad lagi. Sedangkan Bad yang contact aku. Dan BD (masa tu laki aku la kan) ugvt untuk ambil Restriction Order ke atas aku isterinya jika aku berani usik dan cari SITI. Anehkan. Bercerai lah kami.
Seperti biasa, BD ceritakan hal cerai kepada keluarganya (ibu dan adik beradiknya). Berdasarkan janji aku dengan ibunya ketika pujuk untuk nikah, so aku Ianggar janji. Ibunya setuju untuk terus cerai. BD seperti biasa, senyap seperti pengecut dan block aku selepas kes terlafaz cerai.
Kebiasaanya pun dia akan block aku tanpa sebab munasabah sampai berbulan – bulan. Ketika ini pernikahan menjangkau lebih kurang setahun 3 bulan. Aku memikirkan untuk menyelamatkan rumah tangga aku, aku ambil tiket flight ke Terengganu, pada bulan puasa, ketika weekend, ambil grab dari airport sampai di rumah mertua, aku meminta untuk solat asar sebab belum solat.
BD ada tetapi, mertua menyuruh kakak BD memantau BD, agar tidak jumpa / cakap dengan aku, (mungkin risau BD lafaz rujuk) dan menyuruh BD keluar rumah dan jangan jumpa aku. BD start motor tinggalkan aku di rumah mertua. Ketika itu, hampir kurang 30 min waktu sebelum berbuka puasa.
Usai solat asar, mertua perempuan menarik aku masuk ke biliknya. Dengan lantangnya dia mengatakan “Mok tak mboh doh” maksudnya tak nak dengan aku. Aku tidak memujuk sebab aku tahu, aku di matanya seperti anjing. Aku balik sebab nak jumpa BD bukan familinya.
Aku cuma membaIas balik nak ambil pakaian aku di rumah BD. Rumah BD tepi rumah maknya. Kakak – kakak ipar aku semua ada. Hanya diam. Aku lewati meja makan, yang penuh dengan juadah berbuka puasa. Lagi beberapa minit nk berbuka. Tidak ada seorang pun yang pelawa aku untuk berbuka, padahal aku baru sampai dari KL.
Aku naik ke rumah BD bersama seorang lagi kakaknya memb0ntoti aku, aku berniat untuk jumpa BD tapi kakaknya lagak seorang polis memb0ntoti ke mana sahaja aku bergerak. Aku kemas pakaian dan kakaknya menanyakan mana nak tido malam ni?
Aku plan nak tido rumah BD (dalam hati), yela aku masih dalam Eddah. Namun tidak sempat aku jawab “takpe nanti kak long hantar ye”. Usai je kemas pakaian, aku book hotel, dalam hati takpe malam ni BD datang. Kakaknya hantar aku ke hotel di bandar terengganu.
Without any food untuk berbuka. Sampai hotel, dia balik. Lama aku termenung dan menangis. Lagak seperti anjing. Dibuang. Aku email BD menyuruh datang untuk rujuk, sebab dia dah block aku di semua tempat. Aku tunggu sampai subuh. Tido – tido ayam. Dia tak sampai.
Aku jaga aku check email. Tidak reply. Aku nangis lagi. BD tak datang pun. Di bulan ramdahan aku bangun solat hajat. Dan mohon Allah membaIas semua kes4kitan yang aku hadap. Lama aku termenung. Aku memikirnya, h1nanya aku di mata mereka. Hanya kerana aku yang nak nikah dengan anaknya..
Aku seakan mendapat semangat baru. Dan aku email BD kata kepadanya, aku sudah redha. Kita selesaikan di mahkamah sahaja lah. Keesokan aku balik selangor. Aku sudah usaha sampai sini sahaja jodoh aku. Aku telefon ayah aku dia menjawab, “Takpe Abah ada, lepas ni hujung minggu balik rumah abah sahaja lah”.
Aku kerja airline jadi setiap weekend memang balik jumpa BD di Terengganu. Selepas sehari BD tiba – tiba unblock aku dan memaksa aku balik jumpanya kembali. Hanya sebab ayat yang aku email kepadanya “Saya dah bagitahu abah (abah aku), abah cakap tak payah rujuk”
Dia merasa terc4bar, dan mengatakan bahawa aku masih isterinya. Dan jangan dengar cakap abah aku. Aku wajib taat dia. Padahal masa famili kau halau aku 10 minit sebelum berbuka, kau diam macam orang b0doh, dvngu dan benduI.
Tiba – tiba mengaku aku masih isterinya. Dia akhirnya call aku dan cakap kita rujuk sahajaIah. Aku tanya macam mana familynya. BD cakap takpe bagi masa untuk mereka terima aku. 15 Ramadhan aku balik jumpa BD, dia book hotel berdekatan rumahnya, dan kami jumpa di situ.
Tanpa pengetahuan familinya, dia rujuk aku. Izin Allah selepas sebulan aku mengandung. Rupanya baby 15 Ramadhan. Namun.. nera4ka aku berterusan. Aku ringkaskan seperti di bawah.
1) BD akan sentiasa mencari alasan untuk tidak duduk dengan aku di selangor walaupun aku sudah sarat 7/8 bulan dengan alasan, tiada orang yang uruskan kucing di kampung.
2) Kena balik sebab adik nak pindah rumah,
3) Kena balik sebab bunyi seperti ada orang berjalan belakang rumah. Aku siap tolong order CCTV untuk rumahnya supaya BD duduk dengan aku di Selangor sebab aku sudah sarat 7 bulan dan aku GDM, kena beranak awal dua minggu. Aku risau turun air sorang – sorang. Namun dia tetap akan balik ke kampung dengan alasan remeh.
Tinggallah aku sendirian di Selangor. Balik kerja selepas solat magrib menangisi nasib diri. Mengandung 7 bulan pun, kena mengalah. Walhal BD tidak on job. If dia On Job aku paham. Kemuncak, BD kononnya buat plan, nak aku beranak di terengganu, untuk anak first (cucu first familinya, semua ahli keluarganya tidak nikah, kecuali kakaknya sorang baru nikah ketika usia 46 tahun).
Ibu ayah aku pada awalnya nak ambil aku di selangor, dan disebabkan janji BD berkeras aku beranak di terengganu, maka ibu ayah aku melepaskan aku kepada BD dan kebetulan mereka bercuti ke oversea. Namun janji tinggal janji, aku b0doh, famili BD benci aku mana mungkin dia nk menjaga aku beranak.
Sepanjang mengandung tidak ada seorang pun ibu mahupun kakak – kakaknya tanya aku sihat atau tidak. P4ksa BD balik ke kampung adalah. Aku yang sarat 8 bulan tinggal seorang diri. Akhirnya abah dan ibu aku balik dari oversea dan drive bawa aku pulang ke pasir mas.
BD seperti biasa sibuk dengan familinya. Aku w4rded di Kota Bharu, dan BD datang dengan ayah mertua aku. BD book hotel berdekatan dengan hospitaI, konon untuk mudah melawat aku. Akhirnya lahirlah anak lelaki, anugerah Allah yang aku panggil Baby Mommy.
Selepas discharge aku balik kampung di pasir mas. Dan BD balik ke rumahnya di Terengganu kerana ada hal. Sampai je di kampung aku terjumpa, kuih t4ik itik, bunga tanjung di dalam peti ais rumah famili aku. Tidak lain tidak bukan, Siti yang berikan kepada BD.
Hal ini kerana, dari 2017, Siti akan sentiasa poskan kuih – kuih tradisional kelantan kepada BD. Dan ternyata ketika aku dalam labour room, Siti datang dan jumpa BD untuk bagi kuih ni. Famili aku tidak ada seorang pun yang makan kuih ni.
Sebab (bagi kami satu famili) kuih ni memang tidak sedap hanya manis semata – mata. No wonderla masa waktu melawat lepas beranak BD lambat sampai. Sibuk dengan Siti kedai Cat. So berg4duh lagi kami, lepas beranak pun tak habis lagi cerita Siti.
Aku nekad untuk tuntut cerai. Mengenangkan sudah beranak, famili mertua pun tidak ada yang tanya sepatah cucu yang baru lahir. Anak saud4ra sorang ini sahaja pun. So aku nekad. Akhirnya BD datang pujuk dan bertaklik jika dia berhubung lagi dengan Siti maka jatuh talak.
Aku senyap dan cuba bagi peluang. Mungkin dia berubah selepas ada anak. Selepas seminggu mertua perempuan datang. Akhirnya, jumpa juga dengan cucu walaupun selepas seminggu. Puncanya, ayah mertua datang bawa bini baru jumpa anak aku.
Jadi mertua perempuan merasa terc4bar dan berpesan kepada BD agar bini baru bekas suaminya tidak sentuh anak aku, (cucu 1st dia) sebab marah dan terc4bar maka sampai lah mertua tengok cucu. Selepas sekian lama lagak seperti tidak ada menantu.
Namun kakaknya tidak singgah ya, hanya hantar mertua perempuan, dengan alasan ada kerja. Lepas jumpa cucu, mertua nak balik, aku ke depan rumah bersalam dengan kakaknya dan mempelawa dia naik untuk tengok anak saud4ra pertamanya, namun tidak ya..
Dia hanya di depan pintu rumah mengatakan kakak yang 0ku dalam kereta munt4h dan tengah mood swing, so dia agak kotor tak elok pegang baby. Walhal semasa letak ibu mertua dia boleh sahaja naik. So kesimpulan.. dia memang tidak berminat nak tengok baby.. Its okay..
So selepas habis pantang balik la aku ke selangor untuk sambung kerja. BD seperti biasa selepas habis job, sentiasa dengan alasan – alasan b0doh untuk balik urus family. Walaupun dia tahu aku dengan anak berusia 3 bulan berdua di selangor, aku kerja dan perlu urus anak ke rumah pengasuh, masak makanan setiap pagi, anak nangis aku perlu bersiap terp4ksa biarkan anak menangis sendirian.
Dengan rumah apartment tingkat 3. Barang – barang baby, bag kerja aku, bag pam susu. Namun tidak ya.. BD tidak betah tinggal dengan aku dan anak walaupun dia tidak on job. Ada sahaja alasan keluarganya untuk menghalalkan BD untuk balik ke kampung.
Kemuncak per4ng kedua, BD habis job di labuan, aku ambil di KLIA 2, ayat pertama selepas nampak aku dan anak, “saya tak boleh lama, sudah janji dengan Din untuk ke Ipoh.” BD peminat bundle – bundle mahal, yang harga ratus.
Aku senyapkan diri, tapi seingat aku kami berg4duh kerana aku memohon dia membantu aku, sebab anak masih kecil perlu dipegang setiap pagi sewaktu aku bersiap. Namun seperti biasa, sewaktu aku kerja, dia lari balik kampung tanpa jumpa aku. Konon untuk elak berg4duh.
Aku block dia dan nekad untuk berpisah. Dia setuju dan menyuruh aku teruskan sahaja ke mahkamah dan dia block aku. Kebetulan anak s4kit w4rded, sebab demam dan kahak. Aku update ibu aku, dan ibu memberitahu BD anak w4rded.
BD datang dari Ipoh terus ke HospitaI. Tanpa rasa bersalah, seperti tidak ada apa berlaku. Aku mengatakan ini last w4rning. Tolong aku jaga anak. Aku susah sangat. Anak tak nak duduk dan m4kin melasak. Usia 7/ 8 bulan.
Tolong aku jaga anak. Dia janji akan berubah. Namun sama.. 1 minggu di selangor, dua minggu di kampung. Dengan bermacam alasan b0doh. Famili mertua akan berusaha memberikan idea agar BD boleh balik ke kampung.
Kemuncaknya, aku berg4duh dengan BD mengenai maintenance rumah aku, aku terp4ksa menaiki tangga untuk lap kipas sendiri sebab habuk, sambil anak menangis di bawah, BD ada sewaktu tiada job, tapi sebab ni rumah aku, tiada rasa bertanggungjawab untuk membantu.
Punca g4duh sebab aku tunjuk sudah 3 jam aku membaiki basin singki bilik air rumah, tidak berjaya. Di mana sewaktu dia ada di rumah aku tidak ada rasa tanggungjawab untuk baiki. Sedang dia tahu, di situlah tempat aku memandikan anak.
Dengan singki menitis, aku terp4ksa elak anak dari kena air menitis. Dengan toilet tangki tandas rosak, aku beli shoppe baiki sendiri. Dia takde rasa untuk baiki. Kerana satu, aku BUKAN d4rah daging dia. Jika aku adik beradik dia, baru dia rasa bertanggungjawab.
Pernah aku menyuruh dia menyidai tudung aku 4 helai (sewaktu dia tidak on job, dia free di rumah) dia membaIas “Wowww macam balachi mu dah aku!” Padahal ketika itu, aku sudah lambat untuk masuk kerja, jam almost 9.00 am, aku kena letak anak lagi di rumah pengasuh.
Sedangkan jika di kampungnya, pantang ada kain dalam mesin basuh, dia akan jemur. Aku lupa itu pakaian adik beradiknya. Dan aku orang luar.. Semasa berg4duh, BD cakap, “takpe mu ambil terus anok. Aku dah lama sabar dengan mu”
Maksudnya sila ke mahkamah dan hak anak sudah dia setuju bagi kepada aku. Jadi tahulah aku, anak aku pun tidak dia ingin. Alhamdulillah. Patut sangat susah untuk dia duduk menetap di sini. Setelah berfikir panjang, aku akhirnya sudah report ke mahkamah Syariah tempat aku bermastautin dan menunggu masa untuk berjumpa kaunselor untuk membubarkan perkahwinan.
So kepada keluarga bakal duda aku, ambil lah kembali anak jate mu ni. Aku boleh besarkan anak aku seorang diri di sini. Kepada Siti, semoga boleh jadi isteri BD aku. Dan semoga berkekalan sepanjang hajat. Semoga aku dikurniakan Allah umur yang panjang untuk aku jaga anak aku Baby Mommy dengan penuh kasih sayang.
Doa aku kepada semua per4mpas hak aku seorang isteri, hak anak aku, aku doa tidak akan selamat kamu semua di dunia mahupun akhir4t. Buat BD, semoga kau dapat balik kehidupan yang selama ini kau nak. Selamat menjadi bujang dan duda. Sayonara orang – orang jahat.. Aku.. signing off. – Aku (Bukan nama sebenar)
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.