Aku rasa ‘seram’ setiap kali Fauzi tawarkan diri untuk hantar aku ke tempat kerja

Fauzi seorang suami yang bertanggungjawab tapi mempunyai sifat baran, bukan dengan aku tapi orang lain. Pant4ng ada kereta membelok di hadapannya tanpa memberi signal, terus dia naik h4ntu. Pagi itu aku ada temujanji dengan doktor, Fauzi tersenyum melihat aku berjalan menuju ke kereta. Semuanya baik sehinggalah sebuah kereta memintasnya dengan laju tanpa memberi isyarat..

#Foto sekadar hiasan. Kisah ini merupakan satu penceritaan semula yang saya tulis bagi mewakili salah seorang wanita yang paling kuat pernah saya jumpa. Semoga penulisan ini mendapat manfaat kita bersama.

Saat aku diijabkabulkan dengan Fauzi (Bukan nama sebenar), aku berasa sangat bertuah. Fauzi merupakan seorang jurutera yang bekerja di satu firma kejuruteraan yang terletak di Bandar Melaka.

Siapa sangka, tak sampai setahun aku mengenalinya, hubungan kami kini sudah pun menjadi halal. Fauzi seorang yang sangat bertanggungjawab dan ‘gentIeman’. Tak sampai sebulan berkenalan lagi dia sudah pun memperkenalkan dirinya kepada ayah dan ibu aku.

Bukan apa, dia kata, dia banyak mendengar cerita yang kurang enak daripada kawan – kawannya yang mana teman wanita mereka tidak memberi kebenaran untuk mengenali ibu bapa mereka, dan hujungnya, barulah diketahui bahawa sebab tidak memberi kebenaran itu adalah kerana mereka sudah pun mempunyai lelaki yang lain. Bukan semua, tetapi, sedikit sahaja.

Namun, Fauzi tidak mahu ambil peluang untuk dirinya menjadi m4ngsa walaupun aku pada awalnya pelik dan berasa kurang selesa. Maklumlah, karang, sudah berkenalan dengan satu keluarga semua dan akhirnya perhubungan itu tidak ke mana, kan dah mendapat malu. Tetapi, apabila aku bernikah dengannya, segala kerisauan mengenai perkara itu dapat dibendung dengan baik.

Aku tidak boleh membezakan sifat terlalu sayang atau terlalu mengawal (0verpr0tective) kerana aku ingat lagi, Fauzi seorang yang jenis ingin ambil tahu mengenai segalanya yang berkaitan dengan aku.

Aku duduk di mana, aku sedang buat apa, aku dengan siapa dan lain – lain. Aku tak menyalahkan dia. Dia suami aku, dan dia bertanggungjawab untuk aku. Lebih baik dapat yang 0verpr0tective daripada yang tidak ambil peduli walaupun kadangkala aku terasa dikongk0ng.

Akan tetapi, satu sifat Fauzi yang kurang aku gemari adalah sifat baran dia. Walaupun dia tidak mudah baran dengan aku, tetapi dia sangat mudah baran dan marah dengan orang lain.

M4kian dan c4cian kepada pekerjanya itu menerusi perbualan telefon yang dibuat di rumah kadangkala menakutkan aku. Aku sudah pernah tegur dia walaupun aku rasa pada satu masa tu, aku rasa terlalu takut kerana bimbang teguran aku itu menjadikan dia lebih naik hantu.

Akan tetapi, teguran aku disambut dengan baik. Tetapi, aku rasa, daripada zaman girlfriend / boyfriend lagi, aku sudah banyak kali menasihati dia. Kadangkala aku rasakan, setiap kali aku menaiki kenderaan dengan dia kerana dia menawarkan dirinya untuk memastikan aku ‘selamat’ ke tempat kerja sebelum dia ke tempat kerjanya ibarat satu perkara yang seram.

Apa yang pasti, c4ci m4ki itu tidak pernah diIemparkan kepada aku, cuma, saat dia membuat pemanduan, dia akan mudah marah dan baran. Pant4ng ada kereta membelok di hadapannya tanpa memberi signal, terus dia naik hantu.

Fauzi ibarat tidak menjadi dirinya saat dia memasuki kenderaan. Aku naik muak menasihati dirinya kerana kelihatan seperti masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

Akhirnya, pada satu masa itu, aku berbincang dengannya dan aku rasakan lebih baik aku membeli sebuah kereta sendiri kerana dia memang tidak akan membenarkan diri aku menunggang motosikal walaupun tempat kerja aku sejauh 4 kilometer sahaja daripada rumah sewa kami.

Tambahan pula, sewaktu itu, aku sudah pun mengandung minggu ketiga. Fauzi pada awalnya ingin membangkang keputvsan aku, akan tetapi, memandangkan dia pun sudah dinaikkan pangkat dalam syarik4t yang sama dan masa yang diluangkan dengan aku pun menjadi singkat,

Maka, dia bersetuju untuk aku membeli sebuah kereta yang terpakai. Kereta lebih selamat daripada motosikal katanya. Sewaktu masuk sahaja tempoh bulan yang kedua aku mengandung, aku terkena peny4kit morning s1ckness. Hampir tiap – tiap pagi aku akan munt4h sehingga ke tahap di mana aku langsung tidak mampu untuk bangun daripada katil. Air masak pun aku munt4hkan juga.

(Fakta Perubatan)

Untuk pengetahuan para pembaca, morning s1ckness yang teruk atau dikenali sebagai hyper3mesis gravid4rum adalah sejenis keadaan di mana ibu yang mengandung, terutama sekali anak pertama mengalami gejala munt4h – munt4h serta rasa Ioya yang amat teruk.

Ianya seringkali berlaku pada tempoh masa 3 bulan yang pertama (trimester yang pertama) dan boleh membawa kepada kompIikasi lain seperti dehidrasi, hilang keseimbangan dalam garam mineral

Walaupun masih lagi tidak diketahui punca sebenar mengapa keadaan in berlaku, namun, salah satu teorinya adalah disebabkan oleh sejenis hormon yang dihasilkan oleh uri yang bernama Human Ch0rionic Gonad0tropin (HCG).

Rawatan yang ada hanyalah bersifat rawatan sokongan seperti ubat – ubatan untuk menahan munt4h, makan dengan sedikit dan kerap serta mengelakkan tr1gger kepada rasa Ioya tersebut.

(Fakta Perubatan Tamat).

Daripada situ, pada asalnya aku rasa bersalah kerana membeli kereta, tetapi tidak digunakan kerana hujungnya aku terp4ksa dihantar oleh Fauzi juga walaupun dia tidak sedikit pun mengeluh.

C4ci m4ki dan perkataan yang tidak elok daripada mulutnya juga berkurang kerana dia percaya, anak dalam kandungan itu takut – takut akan terdengar perkataan yang bukan – bukan.

Namun, apabila dia tidak membuka mulut, perbuatan agr3sifnya sewaktu memandu kelihatan seperti menjadi – jadi. Apa aku boleh buat kecuali menasihati? Aku rasa dia str3ss dan penat, dan di situlah dia lepaskan segalanya.

Ianya tidak betul dan tidak sihat untuk berbuat demikian. Aku pun rasa, ini bukan lagi 0verpr0tective, tetapi, perbuatannya membah4yakan nyawanya dan nyawa aku serta kandungan aku.

Aku pernah mengugvt dia untuk keluar daripada kereta sekiranya dia tidak berhenti memandu kenderaan secara melulu. Memang dia minta maaf dan seringkali berkata bahawa dia rasa kadangkala dia tidak dapat mengawal dirinya.

Masuk ke bulan 8 aku mengandung, semasa aku perlu ke KIinik Kesihatan untuk temujanji dengan doktor disebabkan oleh sel dar4h merah aku yang rendah sebelum ini (Ir0n Deficiency Ana3mia in Pregnancy).

Aku sudah pun memberitahu kepada Fauzi bahawa aku boleh ke sana sendiri kerana setahu aku, sewaktu itu Fauzi ada mengatakan bahawa terdapat masalah di tempat kerjanya yang dibuat oleh staf bawahannya.

Malam sebelum itu pun aku terp4ksa memekakkan telinga aku kerana terdengar perkataan – perkataan yang kurang enak yang keluar semasa dia menerima panggiIan daripada majikannya apabila berbincang mengenai pekerja bawah jabatan dia yang bermasalah.

Jadi, aku boleh faham sangat apa yang akan berlaku sekiranya aku masih lagi ingin ke kIinik bersama dia. Akan tetapi, di sinilah segalanya jadi tunggang terbalik. Pada jam 9.00 pagi, aku memasuki kereta Toyota Vios yang aku bersama Fauzi beli.

Masalahnya, pada pagi hari Jumaat tersebut, kenderaan itu gagal dihidupkan. Puas aku cuba nak hidupkan enjin tersebut. Tak boleh – boleh. Aku rasa macam ingin memanggil kawan aku untuk membantu, tetapi entahlah, pagi itu ibarat semua benda jadi tak betul.

(Info – GRAB tidak wujud lagi di Malaysia sewaktu itu). Semuanya sedang sibuk bekerja dan beberapa orang lagi pula langsung tidak menjawab panggiIan telefon aku. Maka, aku pun membuat panggiIan kepada Fauzi.

Dia terus mengatakan kepada aku bahawa mesyuaratnya sudah pun berakhir jam 9.45 pagi dan memandangkan temu janji tersebut pada jam 11.00 pagi, memang sempat untuk Fauzi menjemput aku di rumah dan ke KIinik Kesihatan bersama. 30 minit kemudian, Fauzi tiba dan meletakkan kenderaannya di luar pagar.

Aku terus berjalan keluar sebelum mengunci pintu. Fauzi sudah pun keluar daripada keretanya dan membuka tempat duduk penumpang di belakang memandangkan dia rasa aku lebih selamat di situ.

Mukanya yang asalnya berkerut terus terukir sebuah senyuman tatkala dia melihat aku berjalan menuju ke kereta. Apabila aku masuk ke dalam kereta, dia terus menutup pintu kereta tersebut dan bertanya tentang keadaan aku.

Sedikit pun tidak ada persoalan mengenai kereta yang rosak. Fokusnya terhadap aku dan kesihatan aku memang merupakan satu sifat dia yang aku sangat suka. Fauzi berkata dia melakukan perkara tersebut kerana kandungan aku itu, walaupun aku yang harus bawa ke mana – mana, tetapi itu juga kewajipan dia.

Kewajipan bersama. Itulah Fauzi yang aku sangat sayangi dan aku rasa amat bertuah kerana dialah suami aku. Aku berkata dengan dia untuk memandu perlahan memandangkan tujuan ke kIinik itu hanyalah untuk follow-up semata – mata.

Bukan aku s4kit dan masalah dar4h aku pun dah agak stabil. Dia memandu perlahan dan menutup radio supaya dia boleh mendengar kata – kata aku dengan lebih fokus. Pemanduan ke kIinik pun bukannya jauh sangat.

Tak sampai 20 minit pun boleh sampai kerana waktu – waktu sedemikian pun bukannya ada kereta sangat. Namun, pemanduan yang tadinya berjalan lancar dan sifat Fauzi yang tadinya elok bertukar menjadi satu keadaan yang sangat teruk apabila sebuah kereta memintasnya dengan laju tanpa memberi isyarat membelok sehingga mengakibatkan dia terp4ksa membrekkan kenderaan secara meng3jut.

Fauzi menekan hon yang amat panjang dan memekakkan telinga. Perbuatannya itu mendapat perhatian daripada pemandu di hadapannya yang terus membuka cermin tingkap dan mengeluarkan jari tengah kepadanya daripada depan. “Abang, abang, dah. Lupakan…” Aku cuba menenteramkan Fauzi.

Muka dan perangainya tiba – tiba berubah. Kakinya menekan rapat pedal minyak sehingga menderum – derum bunyi enjin. Dia ingin mengejar kereta tersebut dan menjadi terlalu rapat. Jalan 1 lane yang panjang itu amat berbah4ya.

Tambah lagi, pemandu kenderaan di hadapannya itu seringkali menekan brek dengan meng3jut untuk sengaja ingin menyebabkan kemaIangan kerana semua orang tahu, peIanggaran kereta daripada belakang itu pasti menjadi kesalahan kenderaan yang berada di belakang.

Mulutnya mulai menc4rut – c4rut. Segala m4kian, c4cian dan t0hmahan keluar tanpa dapat dikawal. Aku menampar – nampar muka Fauzi daripada belakang. “Abang, mengucap bang. Mengucap. Saya ada kat belakang ni dengan anak kita!”.

Aku mulai menjerit kepada satu jenis makhluk yang tadinya merupakan suami aku. Tiba pada satu simpang lampu isyarat, kereta tersebut yang berada lebih kurang 200 meter di hadapan kerana Fauzi memandu sedikit perlahan kerana aku tidak henti – henti menamparnya memecut laju sebaik sahaja lampu isyarat bertukar kuning dan kemudiannya merah.

Fauzi langsung tidak memperlahankan kenderaannya. Dia memecut laju sehinggakan aku boleh rasa kereta ini mulai bergegar. Sebuah motosikal yang berada daripada belah kanan mula bergerak ke hadapan. Fauzi memaut pada steering dan membelok ke kiri dalam usaha untuk mengelak motosikal terbabit.

Satu dentuman kuat kedengaran. Aku rasakan saat itu terhenti. Segala – galanya ibarat tidak bergerak. Apa yang aku ingat adalah pandangan ngeri apabila penunggang motosikal terbabit melambung ke atas dan diikuti dengan satu longkang besar di tepi jalan yang sem4kin lama sem4kin dekat.

Aku hanya mampu menjerit dan memaut rapat tali pinggang keledar. Kereta yang kami naiki menjunam laju merempuh pagar (rail) di tepi jalan sebelum melambung ke atas. Aku dapat rasakan aku berada di dalam keadaan terbalik dan aku menjerit

“Ya Allah!”. Sebelum segala – galanya hitam dan gelap. Bunyi mesin dan alarm yang memekikkan telinga tiba – tiba kedengaran, Beep beep beep. Aku membuka mata. Segalanya s4kit. Amat meny4kitkan.

Aku tidak boleh bercakap memandangkan terdapat satu tiub di kerongkong aku. Aku berasa amat lemah dan tidak mampu bergerak ibarat ada sesuatu yang membataskan pergerakan aku. Aku menutup mata kembali.

Adakah aku sudah pun m4ti? Adakah ini alam barzakh? Adakah tidak lama lagi akan hadir malaik4t dan bertanya aku soalan demi soalan mengenai apa yang aku buat selama 33 tahun aku hidup?

Memang sukar aku nak ceritakan mengenai memori aku sewaktu itu sebab bak kata si penulis Jerung (Sharky) ini pun, ketika seseorang itu koma atau berada di unit rawatan rapi, ubat – ubatan yang diberi selalunya akan menyebabkan kita mengalami anter0grade amnesia, iaitu kita lupa mengenai perkara yang berlaku sewaktu itu.

Kedatangan ibu dan ayah aku sewaktu itu merupakan satu perkara yang amat menggembirakan hati aku, ibarat satu sinar harapan yang terpancar dalam hidup aku kerana akhirnya, aku dapat melihat dan masih lagi boleh mengenali orang yang aku sayangi.

Melihatkan muka ibu aku yang sudah tua dan lusuh tetapi dengan matanya yang bengk4k mengharukan lagi suasana. Wajah ayah memandang redup tepat kepada mata aku sambil mengalirkan air mata merupakan kali pertama aku melihat dia menangis.

Namun, kebahagiaan aku itu bagai dir3ntap dengan kasar apabila aku mengetahui Fauzi meninggaI dunia dalam kemaIangan jalan raya tersebut. Bukan itu sahaja, aku mengaIami keguguran saat aku diseIamatkan dan dihantar ke hospitaI sejurus selepas kemaIangan tersebut berlaku.

Aku k0ma selama 5 hari kerana keced3raan teruk pada kepala aku. Aku, ayah dan ibu berpeIukan satu sama lain dalam tangisan yang betul – betul mer3mukkan hati aku. Keced3raan di kepala aku ini langsung tidak rasa kes4kitannya tatkala hati aku diselubungi dengan rasa s4kit ibarat dicucvk dengan sembiIu dan mer0bek – r0bek jiwa aku.

Aku kah yang salah kerana aku meminta kebenaran untuk membeli kereta terpakai yang rosak, kerana itulah punca kemaIangan tersebut?. Semua orang kata tidak. Aku tidak bersalah, namun, setiap malam aku dihantui dengan pemikiran yang sedemikian rupa macam kaset rosak. Mungkin memori dan kenangan manis yang tersemat di dalam jiwa aku sem4kin menipis dan hilang,

Namun, wajah Fauzi yang tersenyum sewaktu dia mengambil aku semasa hari kejadian serta imej anak aku yang aku hanya berpeluang lihat semasa pemeriksaan ultrasound dibuat akan sentiasa berada di lubuk hati ku.

Aku pada awalnya mempersoalkan takdir bahawa mengapa aku tidak m4ti sahaja? Sampai hati aku diperlakukan sebegini rupa, dih4ncurkan orang – orang yang aku sayangi dan ditinggalkan berseorangan dan kesunyian.

Tiada terapi, ubat – ubatan mampu menyembuhkan kes4kitan serta p4rut yang berada di hati aku. Namun, setelah hampir 3 tahun kejadian ini berlaku, barulah aku dapat menangkap apakah asbabnya aku menjadi sebegini.

Aku diuji sebegini kerana Allah tahu aku mampu menanggung bebannya. Aku seharusnya bersyukur kerana diberi peluang kedua untuk hidup. Jika ditanya, mengapakah aku sanggup berkongsi kisah hitam dalam hidup aku, jawapannya mudah, kerana aku tidak mahu para pembaca semua buat sesuatu kesilapan yang sama.

Juga, aku mahukan orang ramai yang kehilangan orang yang tersayang tidak kira sama ada meninggaI dunia mahupun ditinggalkan supaya menjadi lebih kuat. Justeru, aku mahukan korang semua mengambil iktibar daripada perkara yang berlaku dan belajar untuk move on. Ianya sukar dan mencab4r, namun, kapasiti seseorang itu berbeza – beza.

Ada yang mengambil masa 6 bulan, ada yang 2 tahun dan ada juga yang masih lagi belum mampu untuk move on sepenuhnya walaupun telah melakukan sebaik mungkin. Tetapi, jangan risau kerana akan tiba satu masa yang mana kita akan berjaya. Selain daripada rawatan pihak hospitaI, rawatan yang kita boleh buat sendiri seperti doa dan solat itu amat membantu. TAMAT… – ILZANNO SHARKY

Komen Warganet :

Salwa Syed Omar : Allahu. Semoga puan dapat melupakan memori acc1dent tu. Tr4uma pengalaman ngeri dan syukur diberi peluang oleh Allah untuk teruskan kehidupan yang penuh dugaan, cab4ran dan ujian ini. Pelik manusia yang baran ni. Apakah hebat seseorang itu sekiranya ada sifat baran. Adakah hebatnya manusia mulut sentiasa zikir dengan m4ki hamun sump4h seranah. Allahu. Semoga perkongsin puan ini membuka mata individu yang mempunyai sifat baran.

Azie Azem : Dapat bayangkan keadaan adegan kejar mengejar tu, sian penunggang motor tak pasal terbabit, baran ni satu peny4kit sebenarnya, lebih kepada eg0, semoga puan tersebut tabah dan meneruskan hidup dengan lebih baik

Ana Liyana : Baran tak kena tempat, kalau orang tu salah sekalipon tapi sampai dikejarnya, akhirnya dia pula yang eks1den dapat apa kan. Doa la mudah – mudahan pesalah tu diberi hidayah bawa kereta elok – elok.. Tak payah jadi hero nak kejar dan ajar dia bila melibatkan keseIamatan diri dan keluarga di jalanraya.

Mohd Firdaus Abd Rahim : Innalillahiwainnailaihirojiun. Tak tau kenapa, si pemegang steering dan handIe moto ni autom4tic mulut jadi ringan dan baran kluaq termasuk aku ni.

Bila jadi penumpang, pandai pulak aku nasihat pemandu. No wonder la zaman budak asrama berasak – asak sampai pintu bas dulu, selalu jadi saksi driver bas m4ki – m4ki dan suka hon.

Aizat Hariz Md Soh : Kena biasa sebutkan zikir. Tak banyak pun sikit, ia akan bantu meredakan kemarahan tu. Mainkan di mulut, subahanallah wabihamdihi subahannallahil azim.

Apa kata anda?