Aku salahkan isteri sebab 3 tahun kahwin tak ada zuriat, bila aku ceraikan isteri baru dapat tahu dia mengandung

Isteri aku mualaf dan dibuang keluarga sebab pilih aku. Oleh sebab dia tak boleh mengandung aku cari perempuan lain hingga terIanjur dan mengandung. Aku cakap dekat isteri aku akan adil tapi lepas kahwin aku jadi tak puas sebab dua – dua isteri tengah mengandung jadi aku cari lagi perempuan lain kat luar sana. Hingga satu hari isteri aku telefon air ketuban pecah tapi waktu tu baru 7 bulan, aku off HP…

#Foto sekadar hiasan. Asalamualaikum admin dan semua pembaca, sedikit perkongsian kisah aku yang boleh dijadikan pengajaran buat semua lelaki di luar sana agar lebih menghargai wanita yang bergelar isteri.

Isteri aku seorang mualaf, yang telah dibuang keluarga sebab dia pilih aku. Aku janji kepada isteri, aku akan jaga dia, akan bimbing dia dan akan sentiasa bersama dia hingga akhir hayat. 3 tahun berkahwin tapi isteriku masih tidak mengandung, aku tekan dia, aku tanya, kenapa tak beri aku anak? Kenapa tak beri aku zuriat? Kalau dia manduI baik aku kahwin sorang lagi??

Kami dah cuba berubat di mana – mana namun gagal, duit dah beribu – ribu terbuang namun tetap tak berhasil. Akhirnya aku kenal seorang perempuan dan terIanjur, perempuan itu mengandung anak aku. Isteri aku tahu tentang perkara tersebut dan dia pun minta cerai. Aku pilih untuk ceraikan dia, tapi sebelum aku ceraikan dia, rupa – rupanya isteri aku telah disahkan mengandung. Aku pujuk isteri aku walaupun aku akan kahwin dengan wanita itu dan menjadikan isteri kedua, tapi aku janji akan berlaku adil dan dia pun setuju.

Selepas kawin dengan perempuan itu, aku dah mula berubah, aku sedar kalau aku dah berubah, aku tak puas bersama kedua – dua isteri aku mungkin disebabkan mereka mengandung. Isteri kedua tak tahan dengan perangai aku yang kaki perempuan dan tidak bertangungjawab akhirnya dia lari. Aku sikit pun tidak pujuk dia sebab cinta aku lebih kepada isteri pertama aku. Tujuan aku kahwin hanya sekadar nak bertangungjawab lagipun aku di kelilingi perempuan – perempuan yang boleh berikan apa yang aku nak.

Usia kandungan isteriku 7 bulan malam tu aku belum pulang rumah. Isteriku telefon aku bagitahu dia ada tanda – tanda nak bersalin, air ketuban pecah dan keluar dar4h. Tapi masa tu aku off hp dan berseronok dengan perempuan di luar. Aku tak tahu kalau dia nak bersalin sebab masih terlalu awal.

Jam 3 pagi semasa aku balik, aku dengar tangisan bayi. Saat aku buka pintu, dar4h bertaburan di lantai, anak aku dah keluar, isteri aku lemah tidak bermaya. Aku panik, aku cepat – cepat call ambulans, isteri dan anakku dibawa ke hospitaI. Aku nampak dia sangat lemah. Alhamdulillah anak aku dapat diseIamatkan, walaupun tak cukup bulan tapi isteri aku?? Isteri aku disahkan meninggaI dunia.

Ya Allah bergegar bumi ku rasakan, kenapa aku tak jaga isteri aku? Saat isteri aku mengidam aku cakap dia dah buang tebiat, saat isteri aku munt4h – munt4h waktu malam, aku marah sebab dia bising dan kacau aku tidur dan berehat. Saat isteri aku mengadu s4kit tulang dan letih, aku jawab jangan malas sangat buat kerja nanti susah nak bersalin. Isteri aku ngadu apa – apa aku buat bod0h. Bagi aku isteri aku terlalu mengada – ngada.

Ya Allah dapat aku bayangkan saat isteri aku kes4kitan nak bersalin, saat contraction, melahirkan anak sendiri di rumah tanpa apa – apa bantuan. Allah… Allah…

Aku ada call isteri kedua aku, dia pun dah tunggu hari nak bersalin, tapi dia tak nak balik pada aku, dia nak bercerai. Sekarang anak aku dah cukup 1 bulan, aku janji akan jaga anak aku. Aku bersump4h di depan makam isteri aku, aku janji akan jaga kenangan terakhir dia iaitu anak kami. Aku rindu isteri aku..

Komen Warganet :

Aby Baiduri : Macam kisah mak aku. Mak aku pun muaIaf kahwin dengan bapa aku keluarga mak aku tak nak terima mak aku sebab agama lain. Nenek aku pula sebagai mertua pun tak suka mak. Hidup sangat susah masa tu walaupun bapa aku kerja kayu balak masa, duit yang dikirim kadang cukup kadang tak. Maksudnye mertua mak aku ni macam tak amanah la anak dia suruh bagi menantu duit tapi sampai kat mak aku sikit je.

Paling sadis dia kata mak aku ni pengot0r sebab bangsa dusun. Kurang ajar aku dengar pun panas telinga bila dengar mak aku cerita dan paling meIampau bapa aku tinggalkan mak aku g4ntung tak bertali. Tak cerai tak ada apa – apa, hilang macam tu je. Kesian mak aku, aku masa tu baru berumur 15 tahun.

Sekarang dah 16 tahun bapa aku tak balik, banyak cerita yang kami dengar tapi tak semua betul. Termasuk la ada yang kata bapa aku dah kahwin lain dan punya anak. Kisah ni aku pendekkan je cerita, pedih hati bila ingat nasib mak aku kahwin pastu ditinggalkan macam tu je.

Norsolehah Shahidan : Ko desak bini ko mengandung? Apa semua tak boleh mengandung salah perempuan ke? Baru 3 tahun kahwin tak ada anak ko desak – desak bini kau. Apa kau kahwin sebab anak sahaja ke. Dengan perangai serupa h4ntu. Kesian bini pertama kau, inilah orang kata jantan tak guna.

PuanLyn Gabanz : Tak guna la penyesalan disepanjang hayat ko. Maaf cakaplah ko ni sebenarnya tak layak kot jadi manusia. Tapi ada hikmahnya, mungkin ko akan betul – betul berubah. Mungkinlah, sebab manusia sentiasa nakkan kepuasan tak tahu bersyukur.

Khairul Iman : Ramai melayu je tapi hakik4t k4fir. Bukan semua melayu betul – betul Islam. Tengok pegangan agama lelaki tu la, keluarga dia dulu sebelum memilih untuk menikah. Kalau diri sendiri pun tak berbimbing, macam mana nak bimbing anak bini.

Zack Al Wuzzara : Tu salah kau, kerja nak berfoya – foya je, bangang, spesis macam kau ni tak layak jadi manusia, tapi layak jadi patung kucing lambai tangan panggil tuah dekat kedai – kedai cina. Isteri nak melahirkan, kau pergi berseronok dengan perempuan lain. Masa isteri tak mengandung kau marah pulak dia tak boleh mengandung dan kahwin baru. Hidup la tanpa isteri. Besarkan anak. Jangan plak anak meragam nanti ko tinggalkan sebab nak enjoy dengan perempuan.

Ahmad Rafaie : Sedih baca kisah ni, nak komen pun terasa diri ni tak layak sebab diri ni sentiasa sedar bahawa manusia tidak pernah lari dari kesilapan. Tapi manusia boleh memberi nasihat dan bukan mengh1na. Kepada abang yang luahkan cerita ni semoga Allah tempatkan arw4h di kalangan orang yang solehah.. Semoga Allah meIindungi abang dan anak abang.

Jadila ayah yang berguna, didiklah anak sebaik mungkin.. InshaAllah semoga Allah sentiasa membantu abang dan anak abang. Dari kisah abang ni buat saya terfikir bahawa kesilapan yang kita lakukan pasti akan ada sesuatu terjadi untuk buat kita SEDAR dan TAUBAT. Maaf jika kata – kata ni ada yang buat orang lain s4kit hati.

Apa kata anda?