Aku sanggup letak mas kahwin murah, tapi akhirnya suami layan aku macam sampah. Suami kata itu layak dengan ‘harga’ aku

Mas kahwin lebih murah dari kos taska anak aku sekarang. Tapi dia layan aku tak ubah macam sampah. Dalam senyap – senyap ada mesej perempuan lain, bekas awek dia yang lain. Aku takkan menipu pada anak aku, biarlah dia jelas dan menilai..

#Foto sekadar hiasan. Hi semua, aku Panda, berumur hampir 30an. Maaf andai bosan, aku hanya sekadar meluah. Baru – baru ni aku ada terbaca balik isu lama yang selalu dibincangkan tentang hantaran. Katanya, kalau minta hantaran mahal itu jual diri atau jual anak.

Katanya kalau hantaran tinggi hanya maggi yang reti rugi. Sampai ada yang tertanya “ada lagi ke yang sanggup terima hantaran rendah dan bersusah payah?” Jawapannya ya masih ada. Aku berkahwin tanpa majlis bertunang, hantaran pun tiada duit sendiri – sendiri je.

Kan kata kalau susah kena sama – sama. Jadi aku susah la bersama. Mas kahwin asalnya minta gelang tangan since hantaran dan tak da, tunang tak da. Last minit jadi wang ringgit. Tak apa aku telan. Kan ada yang tanya “ada lagi ke perempuan yang sanggup susah bersama dan sabar ketika suami tiada apa?” jawapannya “Ya ada”

Suami aku ketika tu baru habis belajar, tiada kend3raan sedangkan aku dah kerja. Aku terima baik buruk kurang dia. Asalkan dia rajin bekerja dan ikhlas dengan aku. Ingatkan panas berpelangi rupanya senja gerimis hadir.

Bermula episod rumah tangga berantakan. Waktu ni suami dah bekerja dan gaji dia lebih kurang aku. Komitmen kami tak sama. Dia bayar rumah sewa termasuk bil dan makan. Rumah tak ada sofa, tak ada kerusi meja makan.

Peti ais dan mesin basuh aku beli guna simpanan sendiri tunai. Katil aku tak minta tapi suami tetap nak belikan. Aku terima dan berterima kasih. Komitmen aku, rumah yang aku beli di negeri lain dengan impian ingin habiskan sisa tua bersama di sana.

Jumlah bulanan nya lebih RM300 dari rumah sewa kami tambahan lagi loan kereta. Yang suami pun turut guna dan loan belajar ptptn selain bil postpaid aku. Itupun kadang – kadang bil wifi aku tolong bayar kan dan kadang – kadang topap sikit barang dapur.

Dalam keadaan sendiri pun tak semewah mana dan komitmen aku lebih tinggi aku cuba untuk bantu suami. Dalam niat nak bantu suami, rupanya dia mula atur strategi. Komitmen bil dia cuba bahagi lagi ke aku. Beban yang aku ada dia tambah lagi.

Aku mengandung. Persediaan baju anak sehelai pun tak ada. Aku beli semuanya termasuk hadiah kawan dan keluarga aku sahaja. Kami pernah berg4duh dan suami baling handphone aku. Berkecai dan melengkung sedikit.

Rasanya macam agak susah nak baiki. Kos pun tinggi. Tapi satu hari suami ambil telefon tu nak bawa repair rupanya untuk kegunaan sendiri. Ex lama suami macam dah sepi tapi entah la.. Dua – dua kot seakan macam nak lagi.

Aku pun ada ex bf yang contact aku senyap – senyap waktu wife dia dalam pantang, aku biar je telefon berdering. Waktu tu aku single. Tak berani nak berteman tapi mesra dengan kisah yang dah pergi. Satu hari suami ajak pergi ke kenduri kawan dia negeri timur sana. Tapi tiada duit.

Katanya nak bawak aku makan angin sekali. Tapi minta aku keluarkan saving aku. Katanya “Jangan complaint I tak bawak u bercuti”. Tapi kenapa dengan aku kena duit sendiri? Aku bersalin pun duit mengurut semua duit aku.

Itu pun minta beli susu anak dia delay – delay last bila aku beli guna duit aku laju dia beli r0kok. Berg4duh tu tak boleh nak kira, g4duh saja dia naik tangan malah masa mengandung dan lepas dah bersalin. Dalam senyap – senyap ada mesej perempuan lain, bekas awek dia yang lain.

Walau bukti whatsapp tunjuk suami mula dulu tapi dia kata perempuan tu text yang dia dulu. Aku diam. Malas nak layan. Suami pernah text kak aku kata aku ada masalah mental, pernah kata depan mak aku yang aku ni isteri yang teruk, mak yang teruk, perempuan yang teruk.

Bila kak aku kata, “Kalau dah teruk kenapa tak nak lepas”. Dia kata “Sayang”. Ya la sayang sebab dia nampak macam suami sempurna cukup pakai anak bini dengan ihsan aku. Itu yang dia cuba pertahan kan. Aku terima dia seadanya tapi aku pun manusia biasa.

Kadang – kadang g4duh dia akan keluar rumah, katanya nak bertenang. Anak ditinggalkan dengan aku dia, bertenang – tenang. Nak mer0yan rasa. Tapi aku cuba kuat tengok muka anak tapi aku mula benci suami aku.

Kemuncaknya tiap kali g4duh dia ugvt, “nanti I cari lain baru tahu”. Dulu aku cemburu tapi lama – lama tak sabar yang baru wujud. Aku kata, “beri number phone si dia”. Suami terk3jut dan bertanya “kenapa?”. Aku menjawab, “untuk I call suruh dia ambil u dan jangan hantar balik”. Suami terdiam.

Aku dah habis terima dia seadanya. Mas kahwin lebih murah dari kos taska anak aku sekarang. Tapi dia layan aku tak ubah macam sampah. Gaslighting dan narsistik tu tak payah cakap. Beberapa kali kena manipulate. Sampai la dia boleh kata, “itu lah harga diri kau,” dia tuju kan jumlah mas kahwin aku. Aku sedih dan s4kit hati.

Moga tak ada lagi orang akan ulang kesilapan aku dengan manusia sebegitu. Kisah kami dah berakhir, dah berpisah dan nafkah anak tak di beri masih dia continue sampai saat ini. Itulah kejayaan terbaik dia. Aku takkan menipu pada anak aku, biarlah dia jelas dan menilai.. Selagi mana kudrat di kandung badan aku akan usaha besarkan anak aku. Nyawa aku. Sekian – Panda (Bukan nama sebenar)

Komen w4rganet :

Akied Rahman : Sebab tu husband saya kata, lelaki yang tak nak bayar duit hantaran dan selalu minta perempuan susah senang sama – sama tu tanda – tanda lelaki redflag. Duit hantaran pun takmau kumpul macam mana nak jalankan tanggungjawab beri nafkah pada isteri dan anak – anak? Susah senang sama – sama konon, akhirnya isteri asyik susah jer tak senang – senang.. so pendapat saya, lari jauh – jauh dari lelaki yang macam tu.

Fiqa ZA : Sebab tulah orang tua – tua letakkan nilai hantaran supaya lelaki tak sewenang – wenangnya begitu. Lelaki kena rasa susahnya nak kahwin tu supaya timbul rasa tanggungjawab pada perkahwinan itu. Kalau dah mudah sangat jalan dia nak kahwin, maka mudahnya juga dia melepaskan.

I don’t know how to put this in a good words tapi itulah isi nya. Jadi perempuan kena ade sifat selfish. Niat dah baik nak bantu suami tapi hati – hati, banyak kes suami lepas tangan bab – bab nafkah sebab banyak dibantu isteri. Harap yang lain boleh ambil iktibar ya.

Que Ashiela : Terus kuat sis. Didik anak jangan berper4ngai macam bapa tak guna dia tu. Nafkah anak yang dia culas tu biarkan dia berurusan dengan Allah. Takkan senang hidup dia selagi tanggungjawab pada anak tidak ditunaikan. Saya doakan awak bahagia dan hidup tenang. Hugs

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.