Aku selongkar beg suami, kant0i ada minyak pengasih dalam botol kecik. Malam tu suami terus mesej lafaz cerai

Terpampang nama “Aisyah” pada mesej whatsapp tu. Ya! Aisyah, Bekas kekasih suami aku di zaman universiti dulu. Isi kandungan mesej pula, amat memaIukan dan meny4kitkan hati jika aku ceritakan di sini. Ianya aib. Malam tu whatsapp masuk, “Nurul Jannah Binti Arifin aku ceraikan kamu..”

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin dan semua pembaca. Kecoh juga sebelum ini dengan kisah seorang ustaz yang menceraikan bininya melalui aplikasi whatsapp kan. Bila dengar gossip tu aku terus ingat tentang diri aku dan bekas suami.

Kisah ini mengingatkan aku pada kejadian yang turut sama berlaku pada aku pada 2 tahun yang lepas. Bezanya cuma terdapat penglibatan ilmu hitam dalam kes aku ini. Begini ceritanya.. Cerita bermula semasa zaman universiti dahulu.

Aku telah lama menaruh hati pada Zain. Perwatakannya menarik hati aku. Selalu terlibat dengan program – program keagaaman, kerja sosiaI dan aktif dengan sukan. Aku dan Zain berada di bawah persatuan yang sama. Dan ditakdirkan kami ditugaskan untuk menguruskan satu program bersama.

Di mana dia sebagai Pengarah dan aku pula sebagai timbalan Pengarah. Waktu ini Zain sudahpun mempunyai seorang kekasih. Aisyah. Seorang wanita yang lemah lembut. Menurut cerita yang aku dengar, Zain dan Aisyah sudahpun merancang untuk mengik4t tali pertunangan selepas sahaja habis pengajian di Universiti. Yelah, berbaki 2 semetester lagi sebelum semuanya berakhir.

Entah apa yang terjadi, Zain dan Aisyah putus di tengah jalan. Aku sendiri tidak pasti akan sebab utamanya. Ada yang mengatakan, ibu bapa Aisyah yang tidak setuju. Ini kerana kedua – duanya masih mencari hala tuju untuk menuju ke alam perkerjaan.

Pada waktu Zain putus, dia menjadi sangat down dan murung sepanjang masa. Kadang – kadang dia meluah keluh kesah, kesedihannya pada aku. Oleh kerana kerap berhubung, Zain akhirnya melafazkan rasa sayang pada aku.

Siapa yang tak nak pemuda ‘se-perfect’ Zain. Aku pun menerimanya sebagai kekasih. Kira – kira 1 semester lebih kami bercinta. Zain mula pulih dari tekanan perasaanya. Selepas sahaja Universiti, kami ditakdirkan mendapat kerja.

Aku mendapat kerja di Johor Bahru, Zain pula berkerja di band4raya Kuala Lumpur. Dipendekkan cerita, apabila kedua – dua pihak keluarga tahu hubungan kami, majlis pertunangan dan pernikahan pun berjalan seperti biasa.

Pada mulanya hubungan kami bahagia seperti pasangan – pasangan yang baru berkahwin. Tidak tahan berjauhan Johor – KL. Zain meminta aku untuk berhenti kerja, dan biarlah dia seorang sahaja menyara keluarga. Bukan main gembira aku waktu itu.

Aku rasakan Zain sangat sayang pada aku sehingga menyuruh aku berehat sahaja di rumah, dan dia tidak dapat berjauhan dengan aku. 3 bulan selepas perkahwinan, aku disahkan hamil. Apa yang lebih menggembirakan aku adalah aku mendapat anak kembar. Syukur Alhamdulillah.

Pada usia kandungan aku 5 bulan, aku mulai rasa perubahan pada suami aku. Aku cuba bersangka baik. Mungkin kerana banyak kerja di pejabat agaknya. Rutin aku semasa hamil ini adalah, suami keluar kerja pada pukuI 7, kemudian aku berseorangan di rumah sehinggalah pukuI 6:30 petang. Ketika itu barulah suami balik.

Sejak perut aku m4kin sarat ni, suami pula m4kin kerap balik lewat. Kadang – kadang pukuI 9, kadang – kadang pukuI 10. Balik sahaja dari kerja, dia akan melayan telefonnya sahaja. Sehinggalah tidur pada pukuI 12 tengah malam. Aku cuba bersabar dan bersangka baik.

Pernah suatu hari, waktu suami pergi ke tempat kerja, aku mencuci baju – baju suami aku. Di dalam kocek seluar aku jumpa resit Kenny’s Roger. Bila aku lihat, hidangan untuk 2 orang dan pada pukuI 8:30 malam. Aku istigfar panjang. Cuba menjauhi prasangka buruk.

Hujung minggu, usia kandungan aku sudah masuk 6 bulan. Suami aku tidak ada di rumah. Awal pagi lagi dia telah keluar rumah. Ada urusan katanya. Aku mulai rasa curiga, aku cuba menyelongkar beg kerja suami aku. Kot – kot terjumpa apa – apa benda.

Dan akhirnya aku terjumpa seakan minyak wangi di dalam botol kaca yang bertutupkan kayu. Minyak itu berwarna kuning cair. Di dasarnya ada sekana butiran – butiran tanah dan pasir. “Takkanlah ini sih1r? S4ntau? Atau apa??”

Aku bermonolog dalam hati. Aku menunggu suami balik. Kira – kira pukuI 9 malam suami aku balik rumah.

“Abang, ini benda apa ni??” Suami aku menjegil melihat benda yang aku pegang.

“Awak ni, boleh tak jangan suka hati selongkar barang abang.!!” Dia menengking pada aku.

“Bagitahulah bang, ini apa benda ni??”

“Bukan urusan awak. Mari bagi abang tu.” Dia merampas minyak wangi tadi dari aku. Kemudian keluar rumah dan menghempas pintu dengan kuat.

Malam itu, dia tidak balik ke rumah. Puas aku whatsapp, call semuanya tidak berbaIas. Aku menangis semahu – mahunya dengan apa yang jadi pada aku. Suami aku mula dingin pada aku disaat aku sarat mengandung. Tidak tahan dengan semua ini, aku bertanya kepada bapa.

Bapa merupakan seorang perawat islam. Dia banyak merawat kes – kes sih1r, s4ntau dan sebagainya. Aku menelefon bapa disaat suami aku pergi kerja.

“Pak, Adik nak tanya bapa ni.”

“Apa dia??Semua okey ke kat sana?”

“Begini pak, adik ada jumpa macam minyak wangi dalan beg abg zain, minyak wangi tu nampak pelik. Dengan bertutup kayu..” Terang aku pada bapa..

“Dalam minyak tu ada apa – apa tak? Daun ke, batang kayu, atau tanah??”

“haaa..ada pak. Ada tanah dalam minyak tu..”

“Astagfirullah al azim, kalau mengikut pengalaman bapa, tu minyak pengasih.”

“haa, yeke pak?Allahh..”

“Suami kamu nak buat apa pula dengan benda tu..?”

“Entahlah pak, boleh jadi orang yang letak minyak tu pada abang zain.” Aku cuba menyebeIahi suami aku di depan bapa.

Perbualan kami terhenti setakat itu sahaja. Cuma ayah cadangkan, bawa Zain balik ke kampung aku hujung bulan ni. Untuk berubat dan selesaikan semuanya. Kemuncak peristiwa ini terjadi apabila, suami aku sedang mandi dan aku berjaya melihat mesej – mesej suami aku pada aplikasi whatsapp pada telefonnya. Luluh hati aku melihatnya.

Terpampang nama “Aisyah” pada mesej whatsapp tu. Ya! Aisyah, Bekas kekasih suami aku di zaman universiti dulu. Isi kandungan mesej pula, amat memaIukan dan meny4kitkan hati jika aku ceritakan di sini. Ianya aib. Biarlah ianya menjadi rahsia.

Keluar sahaja suami dari bilik mandi, aku bertanya soal benda itu. Marah bukan kepalang suami aku. Dia tidak menjawab persoalann aku. Sebaliknya, dia memakai baju dan terus keluar dari rumah. Malam itu aku ditemani air mata. Tiba – tiba.. mesej whatsapp masuk.

“Awak, abang dah tak tahan”

“Nurul Jannah Binti Arifin aku ceraikan kamu..”

Tiba – tiba aku lihat dunia aku gelap!.. Aku dik3jutkan dengan azan subuh. Dan berharap semua tadi adalah mimpi. Aku memeriksa handphone aku. Betul. Memang itu mesej yang suami aku hantar. Dipendekkan cerita, akhirnya urusan perceraian selesai secara aman melalui mahkamah.

Aku pula selamat melahirkan anak kembar aku selepas semuanya selesai. Aku bersyukur kerana Allah tarik seorang insan dari diri aku dan digantikan dengan 2 orang putera kembar penyeri hari – hari aku yang mendatang.

Aku mendapat tahu Zain selamat berkahwin dengan bekas kekasihnya di Universiti dulu Aisyah. Bapa pula memberitahu, memang terdapat campur tangan ilmu hitam dalam perhubungan rumah tangga kami. Cuma bapa tidak pasti adakah Zain yang menggunakan ilmu pengasih, ataupun Aisyah.

Bapa menasihati, untuk bersangka baik kepada kedua – dua mereka bagi mengelakkan terjatuh fitnah. Doakan aku untuk istiqamah dan kuat membesarkan 2 putera aku ini. Sekian terima kasih. Cuma aku rasa sedikit menyesal meninggaIkan pekerjaan aku di Johor Bahru dulu. Kalau kerja masih ada, senanglah sedikit menyara anak – anak.

Komen Warganet :

Nor Riz Riz : Kalau kahwin melibat an ilmu pengasih, paling – paling lama pun 10 tahun ja tahan. Tu yang paling lama la. Apa pun, ingat lah ada hikmah di sebalik yang berlaku. Tabah ya.. ramai yang mendoa kan awak.

Noor Asmira Mohamad Nazir : Semoga bahagia la zain dan aisyah.. Tapi jangan lupa karma. Kepada puan penulis, teruskan hidup ni walaupun perit. Mengadu la pada allah.. Tak guna pun kalau bersedih. Yang pasti tuntut nafkah anak – anak sampai dapat.

Ellyss Mohamad : Sis, kalau ada rekod baik try la mohon kerja kat jb ni, banyak kerja kosong. Insya allah ada rezeki tak ke mana.. Abaikan kenangan lama, cipta kenangan yang indah bersama anak – anak dan hidup baru.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.