Aku sempat rakam mertua mengumpat, dia ingat aku takde. Bila aku masuk dia terdiam, sempat aku sound ungkit sumbangan aku

Keluarga mertua fitnah aku kikis duit suami. Ayah dan mak aku datang ‘ser4ng’ keluarga mertua. Ayah aku tuntut permohonan maaf  secara lisan dan bertulis, bagi siapa yang dah update kat whatsapp status, dan FB. Dalam masa 7 hari, Kalau tak, kena saman! Miskin tak miskin. Biar miskin harta jangan miskin adab!

#Foto sekadar hiasan. Sedihlah. Nak meluah rasa. Aku tengah br0ken. Minggu lepas aku balik kampung suami. Macam biasa aku sedar diri yang aku ni menantu, aku balik selalu bawa barang dapur minyak masak, beras, bawang etc, beli lauk basah nak masak makan sesama.

Memang gitu cara aku balik rumah mertua. Kalau nak balik rumah mesti aku salam keruk kasi mak ayah mentua duit. Tu duit sumbangan aku. Takde guna duit laki aku pon. Nak dijadikan cerita laki aku keluar ngeteh, mak mentua ingat aku ikut sama.

Sebenarnya aku dok kat belakang sidai kain baju semua orang. Sebab aku jenis tak kisah. Bukan nak ungkit ye, tapi nak cerita. Mak mertua dok kat dapur dengan anak sulung dia. Jadi butir diaorang borak tu aku dengar sebut nama aku.

Kata aku kedekut, t4ik hidung masin. Masa raya tak bagi duit rayalah. Kedekut tak belanja dia hand bag lah. Lepas tu abang ipar aku kata takkan la raya pun tak bagi duit mak?? Apa teruk sangat??? Masa ni remuk hati aku.

Sebab aku dah rasa aku tak berkira pun dengan diorang. Silap gak aku bagi duit raya RM300 melalui laki aku, so dia ingat tu sumbangan anak dia bukan daripada aku. Kalau beli apa – apa aku pass je kat laki aku. Sebab aku tak sangka pulak diorang boleh ungkit macam tu.

Nak balik raya aku siap beli daging lembu 5kg, tuIang 5kg, ayam 10 ekor. Tu pon dia ngata aku kedekut. Bagi lagi duit belanja. Memanglah takde bagi duit raya. Dah tu sumbangan semua tu. Kalau balik kampung mesti aku bayarkan bil api air, bil wifi via jom pay.

Sebab bila balik ramai – ramai berkumpul tu takkan mak ayah kena tanggung semua kan?? Kira aku jenis fikir gak kebajikan mak ayah mentua ni. Sebabkan aku dah banyak menyumbang dengan cara tu, aku kasi duit salam keruk sebelum balik rumah apa yang ada cash in hand contoh RM30, max RM50.

Dia kata nak buat t4ik gigi pun tak boleh. Terasa gak tapi diamkan aje. Orang tua kan.. Tapi masa aku dengar sendiri daripada mulut depa ni aku sedih sangat. Aku rasa, h1na sangat aku di mata mereka. Abang ipar cakap, ai dah kawen dah tak boleh bagi mak duit ke?

Masalah yang bercakap tu memang dia bagi maknya duit lepas tu minta balik. Kadang – kadang pinjam kat laki aku. Bila dah pinjam kat laki aku maka duit belanja aku kena p0tong. Dah aku plak kena tanggung belanja laki aku. Adatlah kan hidup berumah tangga.

So janganlah ingat isteri ni kerja abiskan duit suami tu. Lainlaa kalau laki aku tu kaya banyak duit nak kata aku kikis duit suami. Sebab aku ni ada pendapatan, maka aku belilah apa yang aku suka. Almost semua barang rumah aku beli, pun ngata aku kikis duit laki aku.

Laki aku tu dapat gaji menung kat depan rumah. Dek nak puaskan hati mak dia, kejap nak sofa, kejap nak peti ais, kejap nak itu ini. Anak – anak jadi m4ngsa. Lepas tu lepaskan kat menantu. Aku sedih aku masuk dalam letak bakul dan dua beranak tu terperanjat. Cakap eh ada kau???

Aku jawab ha ah ada dari tadi saya dengar bukan main sedap mak membawang dengan abang pasal saya menantu kedekut mak kata. Mak, kalau mak nak tau duit belanja raya tiap – tiap tahun tu saya yang bagi bukan suami sya sebab dia takde bajet nak bagi mak belanja makan sebab dah bagi belanja baju raya mak anak beranak.

Saya sendiri tiap kali raya baju beli sendiri saya tak merungut. Duit pendaftaran tadika anak tiap tahun RM1100 pun saya yang bayar, belum kira bayar bulan – bulan lagi. Celah mana saya kerja kikis duit anak mak?? Anak mak yang kerja dia kikis duit saya duit tol minyak nak balik kampung mak pun minta kat saya.

Sekarang saya ungkit, sebab saya kecewa mak dengan abang mengata macam – macam. Anak – anak mak sendiri kalau balik rumah mak lenggang kangkung takpe, tak berd0sa. Yang berd0sa saya ni sebab jadi menantu yang tak sempurna di mata mak. Mak tak suka saya dari dulu lagi.

Sebabkan mak tak suka saya, saya kedekut saya nak balik rumah mak ayah saya sendiri yang lama saya tak jenguk sebab selama ni saya taat kepada suami saya. Polisi mak anak – anak semua kena berkumpul rumah mak tiap minggu sampai saya abaikan keluarga saya sendiri.

Aku call laki aku bagitau aku minta izin nak balik rumah mak ayah aku sendiri tak jauh mana dari rumah mak mertua, 45 min jer. Hati aku s4kit. Aku kemas baju terus blah balik rumah mak aku. Buat masa ni aku tak nak balik rumah mak mentua aku yang materialistik. Yang suka kikis duit tu dia.

Laki aku sampai je rumah mentua aku drama nangis – nangis kata aku kurang ajar dengan dia. Aku masa tu memang tengah marah sangat lama dah aku sabar. Aku minta maaf kat laki aku, aku faham apa – apa pun itu mak dia.

Dia pun tersepit. Sambil tu aku forward perbualan aku dengan mak mertua yang aku sempat rekod tadi. Apa yang mertua cakap pasal aku, ada yang sempat aku rekod. Dia ngata aku tak sedar diri manduI sebab anak aku sorang jer dah kawen lama.

Tu buat aku tambah sedih. Jemur kain pun bawa hp senang nak buat tik tok kalau orang membawang kita. So laki aku tak cakap apa dia pun speechless. Maka aku kemas barang dan balik kampung mak aku untuk tenangkan diri.

Ni aku tak bercakap sangat dengan laki aku dan aku tak nak amek tahu pun pasal orang yang s4kitkan hati aku. Pada aku buat masa ni aku akan jarakkan hubungan dengan orang yang t0ksik. Aku tak jawab call mentua sebab aku tau dia call hanya nak sekolahkan aku.

Faham sangat dah mesti nak cakap aku ni isteri kena taat kat suami. Malas nak layan. So kepada mak mentua di luar sana jangan cakap kat mulut jer yang menantu ni macam anak sendiri. Tak payah lah fake sangat cakap macam tu sebab layanan kat menantu tu memang bias sangat.

Kalau menantu suka bagi duit, bagi barang emas, bagi handbag mahal – mahal memang cakap sayang. Pilih kasih berpisah tiada. Yang jadi menantu ni kalau nak bagi duit kat mentua bagi direct tak yah suruh laki yang passkan.

Kasi dia tau, mak ni duit saya bagi kat mak ye. Duit titik peluh saya. Yang dia nampak senang kita jer, susah kita dia tak nak amek tahu. Ipar – ipar ni tak payah bajet sangat nak jadi batu api. Jaga rumah tangga sendiri, takkan laa tak tau kehidupan berumah tangga macam mana.

Lepas tu jangan kerja pinjam duit adik – adik lepas tu tak bayar. Play v1ctim plak. Menyampah!!! Dah pinjam bayarnya tak! Kete rosak pinjam, takde duit nak belanja pinjam. Lepas tu pergi bercuti boleh pulak. Makan tempat – tempat hipster boleh plak. Beli hp baru.

Hutang tak nak bayar! Aku yang terkesan laki p0tong belanja rumah. Orang meminjam makan mewah yang bagi pinjam lak makan bercatu. Aku nak meluah jer. Aku reti solat 5 waktu, aku reti zikir bangun malam solat sunat. Aku tau benda ni semua. Tapi hati aku Iuka, aku perlu meluahkan. Yang meluat, tambah s4kit hati. – Timah stokin pink (Bukan nama sebenar)

Sambungan.. Aku dah isi borang tuntutan nafkah isteri dan anak. Aku nak buat tuntutan. Tinggal nak submit jer. Bagi korang yang tak tahu dan teragak – agak hak masing – masing. Meh sini aku nak share, semasa dalam perkahwinan kita sebagai isteri boleh menuntut nafkah diri, nafkah anak kalau suami culas tak bagi nafkah sebab itu adalah tanggungjawab suami.

Selama ni aku bertolak ansur tapi kejian yang aku dapat, maka aku buat keputusan nak tuntut hak aku dengan cara yang betul sebab aku dah minta secara lisan dan damai tapi permintaan aku tidak dilayan, ditolak atas alasan aku bekerja dan ada pendapatan sendiri dan kenapa nak ungkit – ungkit??

Biar mahkamah syariah yang putuskan layak ke tak layak aku terima nafkah diri. Jangan kata aku nak aibkan suami ke apa. Aku pun tak k3jam, minggu ni aku dah bawa mak ayah aku ngadap keluarga mentua. Jap lagi aku citer, what happen.

Kalau mereka tak comply permintaan aku, biar tuan hakim yang bijaksana je sekolahkan mereka. Aku akan buat pemfailan tuntutan secara rasmi. That’s part of the deal! Aku pun tak k3jam sangat. Melalui ayah aku, aku tuntut suami bayar segala tunggakan dan belanja yang aku keluarkan untuk anak sekali, kalau dia tak mampu nak bayar lump sum bayar ansuran bulanan tanpa gagal, p0tong gaji je la.

Kalau dia sengkek maka tanggungjawab bersama bapak dan adik beradik lelaki dia untuk lunaskan. Aku bagi tempoh masa. Aku ni dah terbiasa rekod dalam diari yang gomen bagi tiap tahun perbelanjaan diri aku. Berapa aku belanja untuk keperluan rumah tangga, berapa aku bagi suami hutang.

Berapa belanja diri aku. Sebab mak ayah aku dah ajar rekod every single thing belanja aku. Nampak macam simple, tapi kesannya besar. Jangan ingat lepas cerai jer boleh tuntut nafkah anak ye. Ala yang aku tuntut ni kira pejam mata jer tau, aku tuntut RM10 sehari korang d4rabkan dengan tempoh 13 tahun. Ini untuk tunggakan nafkah aku.

Anak punya aku kira belanja keperluan anak sejak lahir, pampers, susu, pakaian, belanja taska, tadika, belanja sekolah, yuran pibg semua aku listkan. Kalau suami ada toleransi, behave aku boleh consider untuk bahagi dua.

Kalau memasing poyo aku up sehari nafkah aku jd rm30. Niat aku dapat duit ni nanti nak bawa suami pi umrah. Aku belanja dia. Kalau dah dapat perintah mahkamah sok, dia tak comply aku sanggup failkan permohonan komital.

Aku sanggup tanggung kos belanja dia ke penjara. Tapi boleh jer minta perintah mahkamah cara pembayaran p0tong gaji, lagi senang. Aku malas dah nak baik – baik dah. Aku buat baik pun dibaIas tuba. So baik jadi baik tapi berpada – pada.

Aku cakap terang terang selama ni pun orang main – mainkan aku. Ni aku cakap guna spotlight terus. Malas dah nak fikir apa orang nak kata. Sebab selama ni mereka dok h4rass aku, aku sabar jer dah makan tahun. Sabar, sabar, sabar last sekali dipijak – pijak maru4h kita.

Buat masa ni sabar dah takde dalam kamus hidup aku. Aku nak secure diri aku dan anak daripada manusia yang t0ksik. Katalah aku isteri derh4ka ke apa, malulah sikit siapa yang derh4ka kat sini??? Korang gi check kat mahkamah syariah tempat korang macam mana nak buat tuntutan.

Pihak berkuasa negeri mewujudkan Enakmen Pentadbiran Islam Negeri, so takkan sama dengan negeri lain. Adalah slightly different. Boleh juga dapatkan khidmat nasihat melalui Jabatan Bantuan Guaman kat kawasan korang, silalah google.

Ada bayaran untuk khidmat nasihat, tak silap RM10. Kalau layak boleh dapatkan khidmat JBG untuk wakilkan diri kita. Tanyalah pegawai berkenaan untuk keterangan lanjut. Kalau berat mulut masalah tak settle. Yang aku tahu, kalau pihak kita dah ada JBG wakilkan, pihak satu lagi tak leh guna khidmat JBG.

Dalam kes aku, aku pi dapatkan khidmat nasihat sahaja. Yang lain aku urus sendiri. Sebab gaji aku tak layak. Aku jenis tak bertangguh, kali ni aku nekad. Apa nak jadi, jadilah. Kalau suami dah tak nak kat aku sebab rasa aku meIawan dia ke apa, silalah buat permohonan ke mahkamah.

Senang aku nak tuntut harta sepencarian plak lepas ni. Aku dah sampai level hati kering dah ni. Sedar tak sedar sebenarnya dalam masyarakat kita ramai isteri yang diani4ya suami sendiri. Ya, dengan kerasnya aku keluarkan statement ini.

Seorang isteri ada hak untuk menuntut nafkah dalam tempoh perkahwinan. Ko kuat tak kuat ajelaa nak hadap. Sebab nak tengok muka dia hari – hari. Suami Iawan la macam mana pun, perintah Allah ialah suami bagi nafkah kepada isteri ikut kemampuan diri dia.

Selama aku nikah ni, kalau nak balik kampung mak ayah aku, kena ambil cuti. Takpun mak ayah aku datang ziarah aku anak beranak. Sebab mak ayah aku simple jer. Anak cucu tak dapat balik kampung takpe, biar mak ayah datang.

Benda jangan dibuat susah. Dan mak ayah aku yang rajin suruh aku bersabar sebelum ni. Siap pesan kalau balik kampung sana jangan menjawab, diam jer apa orang kata. Sebab tu aku kuat. Kena perli dengan mak bapak sed4ra pun aku senyum jer.

Puas lah zikir dalam hati. Tapi bila dengar benda tu keluar daripada mulut mentua, tu yang perkataan sabar terus lenyap dalam kamus hidup aku. Mak ayah yang ajar aku, beli barang keperluan bila balik rumah mentua. Bawa buah tangan.

Jangan ingat kita duduk hotel bila balik ramai – ramai tu. Iyalaa kesian mentua ni kerja kampung jer. Ziarah rumah adik beradik pun sama, jangan lenggang kangkung sangat. Tetamu tak tetamu, takkan datang makan pas tu blah!!!

Memang mak ayah dah pesan kat anak – anak. Bukan nak kata aku baik tapi sejak bujang pun memamg dah per4ngai macam tu, mak ayah dah ajar ada common sense. Kalau aku tak dapat balik rumah mak ayah aku puncanya aku balik rumah mentua, aku order jer barang keperluan online hantar terus ke rumah.

Mak ayah aku s4kit, aku order grabcar anta ke hospitaI ke kIinik. Itu dah kira aku berk0rban demi nak puaskan hati mentua, pun dik4tanya aku memacam. Aku bukan kayu nak diam jer. Banyak benda aku k0rban. Aku blah balik kampung mak ayah aku lepas kejadian tu tengah hari sabtu.

Petang sabtu tu mak teh laki aku whatsapp cakap aku ni menantu kurang ajar, menantu tak tahu malu. Maknanya apa??? Mereka dan keluarga mereka dah membawang aku. So aku memang koyak! Korang tau aku buat apa????

Aku share kat whatsapp family laki aku, aku share kat whatsapp mak teh yang conversation dia anak beranak mengumpat aku siang tadi. Siap ada bunyi ayam berkokok lagi. Aku share juga pay slip, bank statement yang remark ‘suami pinjam nanti bayar’, ‘duit repair kereta nanti bayar’, duit tukar tayar nanti bayar’, duit renew road rax nanti bayar’, ‘duit sumbangan mak abang’ .

Conversation whatsapp suami minta pinjam duit, conversation aku dah transfer duit sayor mak mentua kat laki aku. Semua aku share. Dan aku sertakan juga ayat “sumbangan menantu h4ntu”. Semua krik krik dalam group whatsapp tu. Semua stone!!!

Then sabtu lepas aku bawa mak ayah aku ngadap keluarga mentua sekali laki aku. Aku kalau boleh malas nak babitkan mak ayah ni, tapi ni peluang untuk aku clear the air. Biar ayah aku settlekan sebab ayahanda aku pun dah nipis sabar dia. Pandailah apa ayah aku nak cakap.

Yang menyampah tu, mentua p4ksa aku salam biras (bini abangnya tu). Aku tak nak, siap cubit lengan aku tak nak salam dengan menantu kesayangan dia tu. Aku jerit cakap jangan p4ksa aku boleh tak??? Tak yah nak berlakon baik memasing. Sama jer semua ni!!

Mak aku sengih – sengih panggil aku, kakak tak nak salam dah meh sini duduk dengan mak. Mak aku tak bagi aku layan sangat, duduk jer tak yah nak pi dapur ke apa. Kita ada mineral bawa sendiri untuk minum. Biras aku tu pon sama jer. Suka scam aku, suka pekenakan aku.

Time raya dia sakan beraya, tinggal aku kontang kanting kat rumah melayan tetamu tak putus kunjung tiba. Basuh pinggan mangkuk, memasak dari pagi sampai ke malam. Balik kampung keje merayap anak – anak dia yang berdedai tu ditinggalkan kat rumah suruh aku ngasuh!!

Dia bley gi sana sini me time laki bini. Mak aku pesan lepas ni balik kampung tak payah beli apa – apa. Petik je pisang kat belakang rumah tu masak gulai campur ikan masin jer. Kekkekekekekke!! Sempat mak melawak. Mak aku ni dia suka buat lawak jer benda – benda yang serius gini. Dia tak nak aku str3ss.

Ayah aku cakap kat mentua ni, dia ni selama ni dok perati jer tak nak masuk campur selagi anak menantu boleh handle masalah sendiri. Tapi kemuncaknya dia tak boleh nak tolak ansur dah. Ayah aku meluahkan juga rasa terkilan dan tidak puas hati.

Ayah aku pun tuntut hak dia. Hak dia bersama anak cucu, menantu. Tak pernah ayah masuk campur urusan anak menantu kecuali sekadar bagi nasihat dan keputusan biar anak yang decide. Mak mentua aku meIawan, dia menangkan diri dia dengan anak laki dia.

Biasalah tu anak datang rumah mak ayah bawa buah tangan, macam mentua aku lah datang rumah aku bawa pisang. Tu kata dialah. Mak mentua bahaskan yang ayah aku lain ada duit pencen, ada pendapatan. Amboih, sedapnya!!

Habis tu ayah aku cakap, kalau macam tu apa keperluan kerja susahkan anak menantu sampai bercatu makan semua semata nak penuhkan keperluan lifestyle kita??? Cukuplaa seadanya, perlu ke bercuti setiap tahun kalau dah takdak income???

Perlu ke tukar langsir beribu ringgit beli kat nilai 3 tiap tahun bila tiba raya??? Orang ada pencen pun tak tukar langsir tiap tahun!! Takdak bercuti sana sini tiap tahun. Ni takdak duit sikit – sikit kenduri. Takdak duit minta kat anak – anak.

Lain cita kalau anak – anak tu berduit. Nak bersedekah banyak lagi cara kita nak menyumbang bukan wang ringgit jer semata! Konsep mudah ayah aku kata, kalau kita takda buat cara takde. Masalah datang bila kita takde tapi buat cara semua kena ada.

Bengkok, ayah aku cakap! Jangan kata busut, bukit pun boleh botak kalau macam tu. Tengok apa jadi kalau bukit tu botak??? Tak land slide, banjir lumpur. Siapa yang susah???? Bukan kita sorang jer yang susah, orang keliling pun terpalit sama.

Mak mentua jawab gak, dia tak nak kalah. Dia kata abis apa guna anak – anak kalau tak boleh bantu mak ayah yang besarkan dia dari kecik???? Ayah aku cakap, ni bukan bantu dah ni dah memeras anak – anak, terpalit kat menantu.

Bukan tanggungjawab menantu pun. Kira ihsan dia selama ni, beri la baIasan baik. Selalu kata menantu ni macam anak sendiri??? Apa yang kita cakap tu kena seiring dengan perbuatan kita. Yang cakap menantu kedekut kenapa???

Habis tu selama ni menantu ni buat macam – macam, bagi macam – macam kena kecam juga. Apa suka tengok anak tu g4duh laki bini??? Nak anak menantu bercerai ke? Ayah aku tanya. Mak mentua jawab, iyalah kita ni orang miskin orang tak pandang! Itulah modal dia!

Ayah aku malas nak bertekak dah ayah aku cakap, kalau dah miskin buat cara miskin!! Jangan kancil berangan nak jadi gajah!!! Buasir kang!!! Terus ayah aku cakap kat suami aku, kalau rasa tak boleh jaga anak ayah pulangkan dengan cara yang baik, macam mana kau datang dulu.

Ayah dah hilang sabar, kau lelaki, suami patut bertegas. Sayang mak tu, sayanglah tapi tanggungjawab pada anak bini jangan lepaskan. Ayah aku sedih, dia cakap cuba benda ni jadi kat anak perempuan mentua, jadi kat adik perempuan suami.

Apa perasaan anda semua anak yang kita besarkan dari kecik, kena macam ni???? Kalau tak boleh nak jaga anak ayah, biar ayah jaga selagi hayat di kandung badan. Ayah memang dah berusia tapi ayah mampu jaga anak ayah.

Ini anak ayah yang kamu semua s4kitkan. D4rah daging ayah! (Menangis aku masa ni) Ayah pun pernah jadi anak, jadi menantu. Sumbangan ni bukan wang ringgit jer, banyak benda yng kita boleh sumbangkan kepada mak ayah, bukan wang ringgit semata.

Kalau wang ringgitlah yang jadi ukuran sampai bila – bila pun takkan puas!!! Bapak mentua aku diam jer. Dia memang macam tu. Mak mentua aku nangis, dia kata kalau anak lelaki tu tak nak pedulikan dia lagi takpe. Takkan dia nak p4ksa? Orang dah tak suka.

Mulalah drama play v1ctim dia. Ayah aku reply, kita ni dah tua. Akhir zaman ni orang muda pun dijemput Ilahi dulu. Inikan dah tua – tua macam ni. Kalau nak bahagia jangan ikutkan sangat kaki drama tu. Kita bukan suruh anak lelaki tu benci mak sendiri, kita minta dia lebih bertanggungjawab kat keluarga sendiri.

Patut m4kin tua, m4kin bijak buat keputusan bukan buat keputusan 2 min tak fikir panjang. Ayah aku tuntut permohonan maaf bukan secara lisan sahaja, bagi siapa yang dah update kat whatsapp status, status fb semua sila buat permohonan maaf secara bertulis dah burukkan nama anak ayah dalam masa 7 hari.

Kalau gagal akan ada tindakan susulan. Miskin tak miskin. Biar miskin harta jangan miskin adab!! Patut yang tua – tua ni nasihat anak – anak bukan jadi batu api lagi. Lepas tu ayah aku minta diri bawa aku balik. Ayah aku cakap buat masa ni asinglah dulu tempat tinggal.

Dah tenang nanti, bincang balik datang jumpa ayah. Kalau masih ada lagi perasaan sayang teruskan hubungan ni. Kalau dah rasa terbeban dengan semua benda, buatlah keputusan yang wajar. Mereka berhak memilih sendiri keputusan, sebab ni kehidupan mereka.

Lepaskan anak – anak ni mereka bukan budak kecik. Dah ada keluarga masing – masing. Kita tengoklah jauh mana wayang depa. Penat Timah nak layan. Bila teringat layanan depa selama ni hati ni sayu jer. Tak nafikan Timah pun tak perfect, tapi aku usaha nak jadi anak menantu yang baik.

Korang yang kena buIi tak kira la suami ke isteri, do something. Kalau spouse kita ignorance kita kena cari solution next level selagi tak memud4ratkan. Sebab eg0, bila partner cakap takmo listen. Pandang benda tu simple. Apa ke benda, benda simple ko tak leh nak settle! – Timah Stokin Pink (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Nur Atiqah : Hebat ayah.. kadang – kadang tu bukan anak pompuan yang terlebih subm1ssive tapi pemikiran mak ayah terutama mak yang benarkan anak pompuan dia kena buIi. Anak laki ditatang – tatang. Anak perempuan semua salah, semua tak betul, lagi – lagi yang tak kerja. Menantu laki h4ntu macam mana pon, asal duit ada semua OKAY. yang dapat mak bapa macam tu, kena extra kuat, extra strong will dan extra smart.

Poca Hontaz : Syoknyaaaa ada family support. Awak bertuah. Ramai yang tak ada family support macam ni. Family sendiri pun tak mahu campur, tak habis – habis bersangka baik side sebeIah sana. Sedangkan side sebeIah sana menekan sampai nak tenggelam dah member tu. Tengok cerita Drisyam tu puas hati betul kalau dapat ayah mcm tu. Mempert4hankan anak sampai macam tu.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.